Cuti-cuti : Grand Lexis Port Dickson


Cuti…cuti..cuti lagi. Itulah untungnya kita rakyat Malaysia ini…pelbagai agama dan bangsa yang membawa bersamanya pelbagai perayaan (baca sebagai cuti…cuti…cuti). Baru-baru ini, sempena cuti Maulidul Rasul yang disusuli dengan cuti perayaan Thaipusam membolehkan saya dan isteri “berehat” sebentar dari kesibukan dan kegilaan bekerja yang tidak ada penghujungnya.

Kebetulannya cuti Maulidul Rasul itu sama tarikh dengan hari kelahiran si isteri…istimewa sungguh tarikh tersebut. Alhamdulillah…semoga dia terus kekal sebagai seorang isteri solehah yang mampu menenang dan menyenangkan suami dalam mengharungi arus kehidupan. Fikir punya fikir, ke manakah diri mahu di bawa berehat dan seterusnya meraikan hari ulang tahun kelahiran si isteri. Syaratnya ialah lokasi yang tidak terlalu jauh, boleh dikunjungi dengan memandu dan lain daripada yang lain. Cari punya cari…terdetik hati untuk ke mari…yuppp…nampak macam best…Grand Lexis, Port Dickson.

Grand Lexis, Port Dickson

Grand Lexis, Port Dickson (gambar dari website Grand Lexis)

Mengapa ianya menjadi pilihan kali ini? Sekejap ya..nak upload gambar sekejap. Nah…tengok gambar ni dulu.

Private Swimming Pool (dalam bilik)

Private Swimming Pool (dalam bilik) untuk bilik jenis Executive Pool Villa

Kedalaman kolam : 4 kaki

Faham dah mengapa? Yuppp…dalam setiap bilik ada private swimming pool yooooo…!!! Tempat lain, mana nak dapat. Layan video ni dulu.

ehhh….jap..jap..video belum siap lagi rupanya. nanti ya…tengoklah dalam sehari dua lagi..insyaallah.

Sebenarnya, si isteri selalu sangat merengek nak berendam di laut atau swimming pool (berendam ya…bukan berenang sebab dia tak tahu berenang…apalahkan. Samalah juga dengan hubbynya ini…kik kik). Tapi setiap kali dia meminta izin, saya selalunya tidak berapa nak bersetuju. Faham-fahamlah kan bila orang perempuan ni masuk air. Yang pertamanya…mungkin susah nak keluar. Yang keduanya…semua yang tak sepatutnya keluar….mulalah terkeluar. Kalau boleh kita elak, kita cubalah elakkan ya tak?

Ringkas cerita, kami menetap 3 hari 2 malam di Grand Lexis, Port Dickson ini. Lokasi dan alamat penuhnya bolehlah rujuk peta dan maklumat yang disediakan di laman web Grand Lexis ya. Tak ada masa nak cerita benda remeh-temeh ni. Hee hee. Gi sini :  http://www.grandlexispd.com

GPS koordinatnya pula : Longitude : 101.7967844 Latitude : 2.55099969. Kalau tak ada GPS, redah jerlah sekitar Port Dickson tu, pasti jumpa. Port Dickson tu bukannya besar sangat kan. Papan penunjuk arah ke hotel tersebut pun banyak kelihatan di sepanjang jalan.

Senarai harganya pula : antara RM 500 ++ sehinggalah kepada RM 1000++

Yupppp…bagi rakyat biasa macam kita ni, memang agak mahal dan boleh dianggap membazir kalau kita pergi sekadar untuk tidur. Kalau dalam episod kehidupan kita banyak lagi perkara wajib dan sunat yang perlu ditunaikan, lebih baik jangan dibazirkan duit ke mari, bersedekah kepada yang memerlukannya juga adalah lebih baik. Tetapi sekiranya semua keperluan dan tanggungjawab tersebut telah selesai disempurnakan dan menunaikan hak dan memberikan kegembiraan kepada ahli keluarga juga pastinya satu keutamaan…maka dipersilakanlah ke mari ya. Boleh berkuak lentang berirama tango dari subuh sampailah ke tengah malam bersama keluarga, di dalam kolam renang peribadi di dalam bilik  tidur masing-masing. Perghhh….

Hotel Grand Lexis ini menyediakan 3 jenis penginapan yang utama iaitu:

  • Above the Sea (challet atas air)
  • Garden Living (bilik dengan taman di taman)
  • Sky Living (bilik hotel di dalam bangunan hotel)

Setiap jenis penginapan ini pula menawarkan pelbagai jenis bilik. Sebagai contoh (dengan anggaran harga (sebelum tax) – berubah ikut musim dan masa):

Above the Sea

  • Deluxe Pool Villa (paling kecil, paling murah – RM500++)
  • Executive Pool Villa (RM650++)
  • Premium Pool Villa (RM700++)
  • Grand Pool Villa (paling besar, paling mahal – RM 800++)

Garden Living

  • Garden Pool Villa (RM550++)
  • Grand Garden Pool Villa (RM650++)

Sky Living

  • Sky Pool Villa (RM600++)
  • Sky Pool Grand Villa (RM1000++)

Selain daripada itu, terdapat juga dua jenis suite :

Suite (Garden Living)

  • Deluxe Suite (RM550++)
  • Premier Suite (RM860++)

Apa bezanya setiap jenis bilik ini ialah dari segi saiz bilik, jumlah katil, saiz kolam renang dan lain-lain kemudahan yang disediakan. Dan…oh ya…harganya juga mestilah berbeza, ya tak?

DSC01485

Ruang berjalan kaki di sekitar penginapan jenis Garden living

DSC01513

Pintu masuk penginapan jenis Garden living (tak pasti bilik jenis yang mana. Tak kuasa nak ketuk pintu bilik dan tanya penghuninya pula)

DSC01512

Nampak tingkat atas tu…?? Itulah kolam renang jenis open air (penginapan jenis Garden Living)

Untuk sesi merehatkan minda kali ini, kami menginap di bilik jenis Executive Pool Villa yang di atas laut. Harganya boleh tahan…huhuhu…dalam RM 630 satu malam (dengan breakfast untuk 2 orang), campur tax dan ntah apa ke benda yang lain tu, cecahlah juga dekat-dekat RM700 semalam (kalau digunakan untuk bersedekah, berapa ramailah anak yatim yang kenyang dan gembira agaknya kan…huhuhu). Sesekali tak apalah kan…untuk menggembirakan ahli keluarga sendiri.

Ada masanya, kalau bernasib baik dan kita pergi bukan masa peak (cuti), boleh dapat pakej promosi dengan harga yang lebih murah ataupun boleh gunakan tempahan menerusi kemudahan cuti.my, agoda, booking.com dan sebagainya. Bagi yang kerja gomen, pun boleh gunakan keistimewaan tersebut. Dapatlah diskaun dalam 15%. Masa kami pergi ni…ntah macam manalah pula boleh terlupa yang kami ni kerja dengan gomen…cisss…..cisss double cissss.

Berbalik kepada bilik jenis Executive Pool Villa tadi. Mengapa pilih bilik yang begini..?? Kerana ianya di atas laut. Ada dua katil saiz King yang besar (satu boleh guna untuk tidur, satu lagi boleh digunakan untuk melompat-lompat dan mencampakkan segala benda, barang yang dibawa). Kolam renangnya juga dengan saiz yang lebih besar berbanding dengan bilik-bilik yang lain (kecuali bilik jenis suite dan yang seangkatan dengannya)…dan yang paling penting bilik ini menghadap ke laut. Maksud menghadap ke laut ni ialah biliknya yang agak hujung dan ianya memudahkan kita melihat laut yang terbentang luas (rasanya lah).

DSC01510

Penginapan jenis above the sea (challet atas air)

DSC01471

Penginapan jenis above the sea (challet atas air)

Bila biliknya sudah jauh ke tengah laut (sebenarnya…taklah ke tengah mana sangat pun), untuk menapak membawa bag untuk ke bilik dari lobi hotel memang agak kemalasan dan kepayahan juga pastinya. Tapi jangan risau, pihak hotel menyediakan buggy services yang boleh dicalling-calling untuk diminta menghantar dan mengambil kita dari/ke bilik masing-masing. Cuba juga ditanya…boleh tak buggy tersebut kami pandu sendiri. Maklumlah…teringin juga di hati ini. Soalan tersebut hanya dijawab dengan senyuman….hmmm…tanda tak bolehlah tu. Apa pun tak boley…!!! Akhirnya, selepas berjimbaraya selama 3-5 minit di atas buggy, kami selamat sampai ke bilik bernombor 2053a.

DSC01450

Di hadapan pintu bilik, sebelum memulakan aktiviti jalan-jalan cari pasal

DSC01468

Muka gedik selepas dapat sarapan

Bilik yang kami diami memang agak besar, mempunyai 2 katil besar (King Size) dan boleh didiami 4 atau 6 orang (kalau anak-anak saiz minilah). Sengaja ditempah sebegitu demi memastikan keselesaan si isteri yang semakin mengembang juga saiz dan ukur lilitnya (hee hee).

Dua king size bed

Dua katil jenis King Size

DSC01446

Kalau dah ada kolam renang dalam bilik, katil nak buat apa kan…tempat mencampakkan barang jerlah

Kalau yang tidak berkeperluan untuk bilik yang besar, bolehlah menginap di bilik jenis Deluxe Pool Villa (kalau berminat penginapan jenis Above the sea) yang hanya mempunyai 1 katil dan saiz kolam renangnya juga lebih kecil.Untuk berkuak lentang kupu-kupu beirama mungkin tak sampai hajat kot rasanya tetapi kalau sekadar untuk aktiviti berendam sambil menggelupur dua tiga kuak bergether-gether sambil minum sirap limau, lebih daripada cukup.

Bilik jenis Grand Deluxe Pool Villa

Bilik jenis Grand Deluxe Pool Villa

Kolam renang untuk bilik jenis Deluxe

Kolam renang untuk bilik jenis Grand Deluxe Pool

Bilik yang kami pilih ni memang auuuusomeee…..Bersih serta dilengkapi semua kemudahan asas yang diperlukan. Flat Screen TV dengan Astro, DVD player (boleh sewa DVD movie kalau nak), free wifi, peti sejuk, microwave, pinggan mangkuk dan sebagainya….dan of courselah…kolam renang. Oh ya, bilik yang kami pilih ni, siap dengan dry kitchen lagi dan 2 kerusi dan meja makan (yang melekat di dinding).

DSC01503

Dry Kitchen dengan sinki, microwave, cerek, kerusi dan “meja” makan

DSC01504

Sinki di luar bilik mandi

Walau bagaimanapun, satu kelemahan water chalet di Grand Lexis ini ialah, tidak seperti saingan terdekatnya, Hotel Avillion PD, penghuni akan sedikit rasa terkurung. Ini kerana ianya tidak mempunyai beranda atau balkoni yang membolehkan kita keluar menikmati keindahan laut terus dari bilik kediaman. Kalau nak juga, bolehlah dibuka tingkap dan bergayut di situ. Itupun kalau tak malulah. Walau bagaimanapun, setiap bilik dilengkapi dengan ruang mengintai ikan dilautan seperti di bawah ini. Sebenarnya, tak ada faedah sangat pun benda alah ni. Lainlah kalau ianya boleh dibuka. Bolehlah juga dicampakkan joran pancing sebatang dua, barulah berbaloi-baloi.

Kotak ajaib: boleh digunakan untuk memerhati ikan di lautan

Cermin ajaib: boleh digunakan untuk memerhati ikan di lautan (memang bertuahlah kalau nampak ikan)

Cerita mengenai kemudahan lain tak guna kan, sebab ianya tidak jauh bezanya dengan hotel-hotel yang lain. Kita sambung semula cerita pasal kolam renang tu ya. Kedalaman kolam renangnya ialah; 4 kaki. Untuk dewasa, memang agak selamat. Untuk yang membawa anak kecil, jangan risau. Untuk ke kolam renang atau kolam berendam itu, ada pintu yang boleh dikunci dan ada satu lagi lapisan pintu yang hanya boleh dibuka oleh orang yang dewasa tenaganya. Disediakan juga pelampung dan seekor patung ikan (pancuran air) sebagai peneman sepanjang masa. Ikan tersebut dan juga sistem penapisan airnya berfungsi secara automatik dengan timer. Jadi..janganlah jakun dan sibuk mencari suis on atau off atau menelefon front desk membuat aduan ikan tersebut koma dan tidak mengeluarkan air lagi (kamilah yang jakun tu…hee hee). Berkata-kata berdasarkan pengalaman.

Katak ohh Katak

Ikan ooo ikan mengapa engkau diam…macam mana aku tak diam, mulut penuh air

DSC01524

Sesi gedik santai mengukur suhu kolam renang

DSC01522

Gambar-gambar lain semasa aktiviti di dalam kolam renang tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab keselamatan negara. Hee hee

DSC01445

Suasana kolam renang di waktu malam, beratapkan langit terbuka, berudarakan Oksigen segar


Private Swimming Pool ? Betul ke betul-betul Private ni…??

Betul ke private pool di dalam setiap bilik tu betul-betul private…? Maklumlah…bagi kita yang beragama islam atau yang sesiapa yang mementingkan privasi, aurat, urat dan sebagainya, itu satu persoalan utama. Jawapannya…ya dan tidak. Bergantung jenis bilik yang anda diami. Kalau bilik jenis garden living tingkat bawah…yuppp…privacy habis. Nak mandi bogel (oppssss) pun boleh rasanya. Kalau garden living tingkat atas…kolamnya di luar (open air)…privacy juga tetapi kalau ada helikopter yang lalu, pandai-pandailah menutup apa yang patut ditutup kan. Sekiranya bilik tersebut tidak jauh dari bangunan utama hotel (tempat menginapnya penghuni bilik jenis sky living), maka hati-hatilah. Manalah tahu, ada yang meneropong dari kejauhan tingkat atas.

Penginapan jenis Garden Living, tingkat atas : Hati-hati semasa mandi, ada mata yang mungkin memerhati

Penginapan jenis Garden Living, tingkat atas : Hati-hati semasa mandi, ada mata yang mungkin memerhati dari kejauhan

Kalau kita menginap di water chalet pula, satu kelebihannya ialah ianya jauh ke arah pantai maka bermakna ianya jauhlah juga daripada penglihatan penginap yang duduk di bilik sky living tersebut. Ini bermakna, walaupun sebahagian daripada pool yang ada di dalam bilik jenis ini, berkonsepkan langit terbuka, kita masih bebas untuk berkuak lentang kupu-kupu berirama cha-cha sambil menikmati keindahan langit yang indah membiru. Walau bagaimanapun, disebabkan konsep water challet ini ingin menampakkan laut yang terbuka, maka di sekeliling kolam terdapat beberapa cermin yang membolehkan kita melihat keluar tetapi ianya juga memungkinkan jiran berdekatan boleh memerhati ke dalam. Tetapi jangan risau…jiran-jiran terdekat tu agak jauh jaraknya (dalam 70-80m) dipisahkan oleh laut yang luas. Dan…sebaik sahaja kaki kita mencecah ke dalam kolam…tiada siapa pun yang boleh mengintai.

Water chalet, lebih privacy (tetapi hati-hati dengan cermin tingkap tu ya)

Water chalet, lebih privacy (tetapi hati-hati dengan cermin tingkap tu ya)

Ruang membersih diri di seblah kolam renang

Ruang membersih diri di sebelah kolam renang. Juga…hati-hati dengan cermin pandang keluar tu ya.

Terdapat juga penginapan jenis Above the sea ini yang berada di tingkat atas. Kalau tak silap, bilik jenis Deluxe Pool Villa. Maka, samalah juga isunya dengan bilik jenis Garden Living yang tingkat atas tu juga. Selamat dari pandangan mata manusia biasa melainkan kalau memang ada yang berniat untuk mengintai dan menggunakan teropong dengan kuasa kuda lumba.

Water Challet di tingkat atas.

Water Challet di tingkat atas.

Bagi penghuni yang duduk di bangunan utama hotel pula (kediaman jenis sky living), kolam renangnya berada di luar (tetapi masih berada di dalam bilik), berkonsepkan langit terbuka. Masih kekal privasi memandangkan ianya agak tinggi dan jauh dari penglihatan orang ramai (kecuali sekiranya ada yang datang berhelikopter).

Seperti mana hotel atau resort percutian yang lain, hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan asas yang lain seperti kolam renang, gym, game room dan sebagainya. Bagi yang berminat nak memanah, scuba diving, berbasikal dan sebagainya, kemudahan tersebut turut disediakan (dengan sedikit bayaran).

Kolam renang

Kolam renang

Taman permainan kanak-kanak

DSC01507

Restoran Duyung : Tempat Sarapan

DSC01462

Kesan terlebih makan kek masa sarapan…comot

Hotel Grand Lexis ini dahulunya dikenali sebagai Legend International Water Homes dan kedudukannya betul-betul di sebelah adik (atau abangnya)…hotel Lexis. Hotel Lexis ini jangan disalah ertikan dengan hotel Grand Lexis kerana ianya tidak mempunyai private swimming pool seperti mana di Grand Lexis.

Di sebelah kiri tu Lexis. Sebelah kanan pula Grand Lexis

Di sebelah kiri tu Lexis. Sebelah kanan pula Grand Lexis

DSC01488 DSC01487 DSC01514 DSC01483

Satu sahaja yang tak berapa baiknya dengan hotel ni…tak ada pantai terbuka yang boleh digunakan untuk mandi-manda mahupun berjimba-raya. Kalau nak ke pantai, pandai-pandailah bergerak mengikut arah angin…hee hee. Banyak pantai peranginan yang boleh dikunjungi, pantai Teluk Kemang, pantai Tanjung Gemuk, pantai Cahaya apa ntah…aisehhh..saya tak ingatlah nama-nama pantai tu. Pergilah cari sendiri nanti….

Opsss…sebelum saya stop…lupa nak pesan. Bagi yang berminat nak cari dan pekena ikan bakar di PD…bolehlah cari dua tempat ini. Pasti tidak rugi. Yang pertama ialah Restoran Seri Mesra Ikan Bakar dan Seafood, bersebelahan dengan pasaraya Mesra. Yang keduanya ialah Samudra Ikan Bakar, di dalam kawasan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Memang berbaloi-baloi….macam mana nak pergi..?? Googlelah sendiri ya. Penat dah menaip ni. Banyak kerja lain nak dibuat….sayonara….

Medan Ikan Bakar Port Dickson

Medan Ikan Bakar Port Dickson

Yummy...semuanya kaya dengan kolestrol

Yummy…semuanya kaya dengan kolestrol

Dear Grand Lexis, kalau terbaca post ini….since I dah buat promotion free ni, why don’t you guys give me a free 1 or 2 night(s) stay ? Haa haa. janganlah kedekut. Kelas belajar berenang kami hari tu masih belum selesai lagi oooo.

Posted on January 27, 2013, in Negeri Sembilan, Travelogue-Malaysia and tagged , , . Bookmark the permalink. 9 Comments.

  1. Pergh….jeles..
    Best giler ini tempat…
    Harus bawa inchik hasben nih…

  2. kalo direct book hotel ni mahal x?berape yer per nite?sbb guna kredit card bagai klo guna internet.tq

  3. best! next cuti-cuti destination. thank you for sharing bro

  4. Info yg sgt2 bguna…. thanks for sharing

  5. menarik sgt and detail betul pasal pool and room type.. tgh planning nk bawak anak anak ni
    tq for sharing

  6. memang menarik sesangat x sabar rasanye nak bercuti ke sana. TQVVM for detail sharing…

  7. Di yan kedah da tempat private pool.ala2 kg dan semulajadi.tgk blog salakdenai.blogspot. Mlm2 blh buat barbeque

  8. penerangan lengkap..terujany nak pergi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: