Kisah Saya dan Air Zam Zam


Air zam zam…air idaman hati semua umat islam, air seribu khasiat, air suci dari bumi Mekah yang di dalamnya mengandungi pelbagai penawar dan rahsia tersembunyi. Kajian saintifik juga menunjukkan air zam zam mengandungi pelbagai mineral alkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk kesihatan. Rasanya…tak perlulah dibincangkan kelebihan dan keistimewaan air zam zam itu disini kerana saya yakin semua telah sedar dan sedia maklum mengenainya. Kalau diGoogle atau diWikipedia mengenainya, terlalu banyak keistimewaan yang boleh diperoleh, bukan sahaja dari segi khasiat atau kelebihannya malah dari segi kewujudan serta kesinambungannya sejak berabad dahulu sehinggalah ke hari ini.

Tapi..bukan itu fokus kita kali ini. Sejak dari kecil dahulu lagi saya memang tidak sukakan air zam zam. Ya…betul….itu fokusnya. Nak cerita ni pun malu dan rasa berdosa sesangat. Maunya tidak…air ini amat tinggi “statusnya” di kalangan umat islam, yang mana ramai yang tidak berkesempatan untuk ke Mekah, Madinah berebut-rebut untuk mendapatkannya dari rakan-taulan yang baru kembali dari sana…walaupun dapat seteguk dua, ianya sudah cukup beharga dan begitu bermakna.

Masih teringat waktu kecil/remaja dahulu, setiap kali ada saudara-mara yang baru balik dari menunaikan haji/umrah…hati saya mula terasa gundah gulana. Alamak…mesti dapat air zam zam ni, mesti mak (dah arwah) akan beri air zam zam tu untuk saya minum. Ayat popular mak masa tu ialah :

“Minum air zam zam ni. Niatkan supaya belajar tu pandai sikit, sampai boleh pergi belajar luar negara nanti. Niat juga, jangan nakal-nakal sangat perangai tu, asyik nak main jer…tak larat dah mak nak nengoknya…”

Aduhhhh…dan setiap kali itulah juga saya akan mengikut arahan mak sebab tak mahu dianggap seorang anak yang derhaka atau mengecilkan hati ibunya sendiri. Tapi..setiap kali itulah saya akan menjadi seorang pelakon yang bijaksaaaaaaana. Air itu hanya saya kebamkan di dalam mulut dan kemudiannya saya luahkan semula di dalam bilik air atau sinki berhampiran apabila arwah mak sudah kembali sibuk dengan aktiviti keibuannya.

Mengapa saya tidak suka dan tidak boleh minum air zam zam…?? Sebab rasanya yang agak payau…dan setiap kali saya cuba menelannya, saya akan terasa seperti ingin muntah. Saya memang ada masalah dengan air masak/suam, yang juga saya tidak boleh minum kerana rasanya yang “kosong”, air zam zam apatah lagi…rasanya lebih kosong, payau dan seribu satu rasa yang sukar diterangkan.

Tapi…pada masa itu, tidak berani mulut ini dan malu untuk memaklumkan kepada mak. Ya lah…air penuh khasiat yang dibawa jauh dari tanah suci Mekah dan anaknya ini akan rasa ingin muntah setiap kali cuba meminum air tersebut? Ya Allah…terasa macam diri ini begitu berdosa dan banyak dosa sangat…sehinggakan Allah tarik nikmat air zamzam dari diri ini. Tapi sedikit sebanyak, diri ini terasa pelik juga. Banyak sangat ke dosa besar saya ni sampai Allah tarik nikmat untuk menikmati air zam zam tersebut ? Setakat sekali-sekala mengambil tanpa izin duit dari dalam dompet ayah (pun dah arwah..huhuhu) bila hati terasa nak pergi main video game di bandar (PacMan : feberet pada masa tu), atau “mengambil tanpa izin” buah rambutan pakcik bai seberang jalan setiap kali semasa balik dari sekolah atau buah manggis atau tebu tepi kubur setiap kali bila balik dari mengaji Al-Quran di madrasah berhampiran, atau buat-buat sakit perut sebab nak ponteng kelas Bahasa Inggeris setiap kali masa waktu untuk ” Spelling”…takkanlah begitu berat balasannya kot…? Huhuhu….

Dan selepas hampir 30 tahun kemudiannya, tahun 2013 ini bila saya berpeluang untuk ke tanah suci Mekah bersama isteri…perasaan risau dan malu itu datang lagi. Dengar kata dari kawan-kawan yang telah berpeluang ke tanah suci, di sana nanti air zam zam merupakan air minuman yang paling utama. Alamak…malunya kalau orang berebut-rebut minum dan menikmati air zam zam dan berniat dengan segala macam niat, dan saya pula sibuk mencari Fresh orange atau air tembikai laici (kalau adalah di sana..hee hee).

Dan…beberapa malam sebelum bertolak ke tanah suci Mekah, kami menziarahi seorang sahabat yang baru pulang daripada mengerjakan ibadat haji pada tahun sebelumnya. Cerita yang sama diceritakan. Air zam zam ada di mana-mana sahaja; di dalam dan di luar Masjid Nabawi dan Masjidil Haram khususnya. Menurut beliau lagi, orang akan berebut-rebut meminumnya khususnya setiap kali sebelum dan selepas solat. Ada juga yang membawa botol dan mengambil air tersebut untuk di bawa balik sama ada ke rumah, ke hotel atau bekal perjalananan menggantikan air mineral seperti mana kebiasaannya kita di Malaysia. Disebabkan cuaca yang agak panas di sana katanya lagi, sememangnya kita digalakkan kerap untuk minum dan bukannnya minum apabila terasa dahaga sahaja.

Pekerja sedang memunggahkan tong air zam zam untuk diagihkan ke sekitar Masjid Nabawi

Pekerja sedang memunggahkan tong air zam zam untuk diagihkan ke sekitar Masjid Nabawi

Tong baru yang berisi air zam zam dihantar ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di seluruh Masjid Nabawi dan Masjidil Haram

Tong baru yang berisi air zam zam dihantar ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di seluruh Masjid Nabawi dan Masjidil Haram

Jemaah sedang menikmati air zam zam (sejuk) di perkarangan luar Masjid Nabawi

Jemaah sedang menikmati air zam zam (sejuk) di perkarangan luar Masjid Nabawi. Ada jug ayang menjadikan ianya tempat mengambil wuduk di waktu kecemasan

Aduhhhhh….bagaimana ni dong…?? Saya seorang sahaja ke yang merasakan bahawa air zam zam ni tak begitu “menyelerakan”? Saya berserah sahaja sehinggalah apabila akhirnya kami terpilih untuk menjadi tetamu Allah baru-baru ini (Febuari 2013). Memang betul kata sahabat tadi. Tempat minum air zam zam memang ada di mana-mana sahaja. Setiap tong air zam zam tersebut ditandakan “Not Cold” bagi yang biasa dan selebihnya tong air zam zam yang lebih sejuk (ais) sifatnya. Ia menjadi sumber air utama yang percuma untuk semua. Pendek kata, tak payahlah susah-susah nak buang duit untuk membeli air mineral setiap hari kalau kita ni jenis yang suka minum air; tambahan pula semua pun sedia maklum akan cuaca yang agak panas di Mekah dan Madinah itu.

Deretan tong air zam zam yang disediakan di dalam Masjid Nabawi

Deretan tong air zam zam yang disediakan di dalam Masjid Nabawi. Pilih sahaja nak yang Cold atau Not Cold.

Salah satu amalan sunah yang dituntut semasa menunaikan umrah ialah minum air zam zam sebaik sahaja selesai tawaf dan solat sunat tawaf di belakang Makam Nabi Ibrahim. Saya sudah terbayangkan betapa malunya nanti kalau sekiranya saya termuntah di khalayak ramai pada masa tersebut. Tak pasal-pasal jadi cover page Harian Metro Edisi Arab pula nanti. Tak boleh jadi ni. Saya mesti cuba juga melatih diri untuk minum air zam zam tersebut sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Disunatkan minum air zam zam selepas selesai tawaf.

Disunatkan minum air zam zam selepas selesai tawaf.

Dan..suatu malam itu, di dalam Masjid Nabawi, selepas waktu Isyak di kala ramai orang mula mencari spot masing-masing untuk beribadat, solat sunat, membaca Al Quran dan sebagainya..saya mencari tong air zam zam yang agak terpencil lokasinya. Saya mengambil cawan plastik yang disediakan, menadah seteguk dua air zam zam, dan membawanya ke satu penjuru (bersedia untuk termuntah sekiranya ia benar-benar berlaku)….dengan lafaz Bismillah saya cuba meminumnya sambil berdoa agar air zam zam tersebut menjadi penawar kepada penyakit, memberi tenaga dan jiwa dalam hidup saya.

Seteguk…saya cuba menelannya. Hmmm…OK. Not bad..tak terasa payau pula, cuma rasanya masih tidak seperti rasa air biasa. Seteguk lagi…hmmmm…sejuk, segar terasa tekak ini. Seteguk lagi…ehhh boleh tahan juga sedapnya.

Yahooo..Google..AltaVista….saya telah berjaya menelan tiga teguk air zam zam yang pertama dalam hidup saya. Walaupun agak remeh, tetapi ianya sungguh bermakna untuk diri saya sendiri. Maksudnya…saya ni kira OKlah rupanya…hee hee. Rupa-rupanya saya boleh minum air zam zam tetapi hanya yang fresh dari ladang, bukannya yang dibawa jauh di dalam botol menyeberangi lautan dalam. Apa-apa pun, alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi nikmat untuk membolehkan saya menghargai dan menikmati air zamzam. Semuanya berlaku atas izinNya juga.

Dan seterusnya, sepanjang lebih 2 minggu berada di Madinah dan tanah suci Mekah, air zam zam telah menjadi antara air kegemaran saya (selain daripada air mango blended dan aiskrim coklat). Setiap kali bangun dari tidur, setiap kali sebelum dan selepas solat fardu, sebelum dan selepas mengerjakan tawaf sunat dan bila-bila masa hati ini terasa ingin minum. Alhamdulillah…

Mak….saya dah boleh minum air zam zam….hee hee..(tapi makbul juga doa mak untuk saya belajar sampai ke luar negara. Cuma part jangan nakal-nakal sangat tu sahaja yang tak berapa nak makbul rasanya….)

Dan semasa saya mengemaskini cerita ini, di rumah sendiri, dua hari sekembalinya dari tanah suci Mekah…di hadapan saya ada segelas air zam zam yang dibawa dari sana…dan saya telah memandangnya lebih 1 jam yang lalu…adakah saya boleh meminumnya atau phobia saya yang dahulu datang kembali.

Dari kejauhan dapur, terdengar cik isteri mempotpet (lagi):

“Abang..cepatlah minum air zam zam tu. Nak tunggu sampai bila. Niatkan dalam hati..biar baik cepat sikit batuk dan demam tu. Niatkan sekali juga, jangan nakal-nakal sangat dah. Ingat…abang tu dah pergi umrah…janji nak berubah…penat dah saya nak nengoknya…”

Huh….

About these ads

Posted on March 7, 2013, in Umrah 2013 and tagged . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Alhamdulillah :)

  2. Salam.. kami menjual air zam2 , butiran adalah seperti berikut-
    10liter rm110
    600ml rm10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers

%d bloggers like this: