Kali ini betul-betul blog yang rojak…


Blog ohhh blog. Ini kali ntah keberapa puluh kali rasanya saya mengarahkan jari dan hati ini untuk mendaftar akaun blog dan seterusnya memulakan aktiviti kegemaran saya iaitu merepek meraban dalam skala besar….kini secara digital dan dalam HD.

Malangnya….setiap kali satu akaun blog didaftarkan, setiap kali itulah juga ianya hanya kekal sebagai satu akaun blog semata-mata…tanpa isi, tanpa matlamat dan selepas beberapa ketika….ianya hanya tinggal kenangan di hujung jalan tanpa sempadan.

my BlogBanyak faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal menghidupkan blog masing-masing..tidak seperti mana yang diharap atau diimpikan. Sebelum kita lihat ehhh…maksud saya sebelum kita baca faktor-faktor tersebut, kita soal diri kita dahulu, mengapa agaknya kita ingin memblog…(ada ke perkataan ini…? Tak kisahlah…blog saya, suka hatilah saya nak tulis apa dan lenggok bahasa yang bagaimana ingin saya gunakan). Ya..berbalik kepada soalan tadi..mengapa kita ingin menghasilkan blog? Cuba kita dengar…ehhh baca beberapa jawapan rakan kita ini:

Cik Maria : “Mengapa saya nak buat blog? Laaa…apa punya soalan ni. Mestilah sebab nak ikut perkembangan teknologi. Semua rakan sepejabat saya dah ada blog. Malulah saya kalau tak ada blog sendiri. Nanti..bila jumpa orang, bolehlah bagi kad..dan kata..this is my blog…keeeeeeeelasssss ko Maria…”

En. Fuad : “hmmm…mengapa yek? ntahlah. Saya ni minat menulis dan berkongsi cerita dengan orang lain. Jadi menerusi blog, saya boleh menyampaikan cerita-cerita tersebut dengan rakan-rakan dan juga dunia. Cerita yang bagaimana ? Semualah. Cerita saya pergi bercuti. Cerita saya pergi shopping, makan-makan. Cerita saya bagi kucing dan hamster makan pagi. Cerita saya tak suka si polan bin si polan. Cerita saya beli set sofa baru…apa-apa sajalah. Siap dengan gambar lagi tau. Jemputlah nanti ke blog saya ya. Lepas tu jangan lupa tinggalkan komen ya. Saya sukaaaaaaaaa kalau ada orang komen…terasa diri ini begitu beharga. Ehhh…temubual ni keluar dekat mana nanti ya? Tolong calling-calling ya..saya nak ceritakan dalam blog saya tu nanti. Ehh..tak mo ambil gambar ke?”

Mr. Wong – “Why blog ha..? Why haa..? Wait haa..I want to think first. But before that…apa itu blog haa? Oooo…saya tahu..saya tahu. Itu macam website oo? Cannot answer maa…I don’t have any blog..how to answer. Apalah ini orang…”

En. Kassim – “blog ya..? Mengapa….? Satu sahaja sebabnya. Saya nak berkongsi dengan satu dunia mengenai hobi saya. Saya suka membela siput sedut. Jadi saya nak kongsikan dengan satu dunia mengenai keseronokan membela siput sedut ini.”

En. Ali Reza – “Ishhhh…mestilah sebab bisnes bang. Blog ni mudah untuk dihasilkan, mudah untuk dicapai oleh pengguna. Sebelum ada blog, saya nak jual produk saya, 2 set seminggu pun susah. Dengan blog…begini haaa order yang saya dapat. Kurang-kurang 10 set seminggu. Jimat, mudah dan tidak memedihkan mata..guna jari jer bang. Errrr…abang tak nak order produk saya tu..??”

Kelana Jiwa Saka (nama sebenar dirahsiakan) – “Blog ni mudah nak sampaikan sesuatu berita. Contohnya macam yg awak baca, tonton pasal perhimpunan SUCI 3.0 baru-baru ini. Bukan semuanya tu berita yang betul. Dengan menggunakan blog, saya boleh berkongsi pendapat saya dan juga rakan-rakan. Orang kata apa tu..media alternatif. Selamat pun selamat sebab tak ada siapa pun kenal kita.”

Puan Salmah – “akak ni sebenarnya boring. Anak semua dah besar, bekerja. Abang ko tu pula bukannya lekat di rumah. Jadi akak startlah menulis di blog. Bukannya tulis apa sangat. Tulis pasal gosip-gosip jiran tetangga, rakan marhaban. Lepas tu naik seronok pulak. Akak tulis pula yang berkaitan dengan gosip artis yang akak baca, dengar dan tonton. Tup-tup meletup engko. Ramai orang datang lawat blog akak. Iklan pun masuk bukan main banyak. Ada yang minta tumpang space untuk letak iklan. Ada yang minta akak review produk. Lepas tu akak register program klik-klik macam-macam iklan..last-last income akak sebulan daripada blog tu jer lebih banyak daripada gaji abang ko tu. “

Pendek kata, panjang bicara terdapat banyak sebab seseorang itu menulis blog. Berkongsi cerita peribadi, berkongsi hobi, berkongsi suka-duka, meluahkan pendapat, bisnes, politik, gosip merupakan sebahagian kecil sebab yang dinyatakan.

Tanpa sebab yang jelas, matlamat penulisan dan penghasilan blog juga pastinya kabur dan seterusnya tidak membawa sebarang manfaat samada kepada pembaca mahupun penulisnya.

my blog. my ideaDan hari ini…tarikh ini; 2 Oktober 2011, saya dengan boringnya mendaftar satu lagi akaun blog atas tujuan berkongsi cerita, pengalaman, pengetahuan, kasih-sayang, suka duka kehidupan seorang yang bernama saya…dan harap-harap ini bukanlah pos saya yang pertama dan yang terakhir. Sudi-sudikanlah melawat kalau tak setiap hari, seminggu sekali atau pun sebulan sekali…(kerana saya pun tak pasti..sebagai tuan tanah berapa kali yang saya sendiri akan ke sini…heee hee). Macam-macam yang nak saya kongsikan…terutamanya tips dan panduan menggunakan teknologi dalam pengajaran, dalam pembelajaran dan dalam kehidupan secara lebih berkesan. tapi..tengoklah…kalau rajin. Kalau tiba masa malas..pergilah tempat lain ya..layan diri sendiri.

Langkah pertama yang perlu dibuat…tukar theme blog ni dulu. Siapa tahu di mana nak download theme yang best-best? Ehhh…sebelum tu…akaun free begini, boleh install theme sendiri ke? Aiseh..malasnya nak mengoogle…susah-susah, beli domain dan akaun server sendiri jer nanti.

Apa-apa pun…buat masa 2, 3 masa ini…selamat datang ke https://digitalrojak.wordpress.com … Tiada apa yang spesifik di sini; semuanya rojak yang diadun secukup rasa dalam dunia digital. Sama-samalah kita menyedapkannya..(atau mungkin juga sebelum sempat ianya menjadi sedap, ianya telah menjadi basi terlebih dahulu…blog saya, rojak saya…saya punya sukalahkan…).

Posted on October 2, 2011, in Teknologi and tagged , , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. 1st comment? ehhh. Dr. Zaida dah sampai dulu ke. hu hu hu. anyway 2nd pun tak apalah. tak ada hadiah ke boss? ha ha ha

  2. Terima kasih semua atas lawatan dan komen. hee hee. (harap-harap ada benda lagi yang akan saya tulis dan seterusnya boleh dibaca nanti ya…)

  3. saya lebih suka bahas gosip hahahha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: