3.30am – Nikmati Rumahtangga dengan Maksimum


Terjaga Jam 3.30 pagi: Bagaimana untuk Mendapat Nikmat Maksimum dalam Rumahtangga…

Amaran Lembut: Hanya untuk Bacaan Pasangan  Suami-Isteri Sahaja ya..

Jam 3.30 am: Apakah caranya untuk mendapat hiburan di tengah malam (atau pagi buta) apabila anda terjaga daripada tidur, kebosanan atau sukar untuk tidur semula…sedangkan pasangan anda sedang tidur dengan nyenyaknya. Ikuti langkah kerja yang berikut untuk mendapat kepuasan atau nikmat yang maksimum dalam berumahtangga.

  • Ambil jam loceng (atau telefon pasangan masing-masing).
  • Semak waktu yang ditetapkan untuk ianya berbunyi. Sebagai contoh, telefon roomate saya telah ditetapkan untuk berbunyi jam 6.00am setiap hari.
  • Ubah masa pada jam tersebut kepada waktu sekarang. Sebagai contoh, sekarang ni jam 3.30am…tukarkan ianya kepada jam 3.25am.
  • Sekiranya di dalam bilik tidur anda mempunyai jam dinding, ubahsuai juga waktu jam dinding itu agar sama dengan waktu pada jam loceng atau telefon pasangan anda.
  • Berlari ke bilik air, bersihkan diri agar diri anda kelihatan bersih dan suci…sesuci embun pagi yang jatuh di atas daun keladi.
  • Seterusnya, dengan suara yg cukup romantik dan penuh kasih sayang sentuh kaki kanan pasangan anda dan ucapkan dialog yang berikutnya:

“Yang..bangun. Dah subuh. Jom solat…”

  • Diam seketika dan perhatikan pasangan anda akan mengeliat dan kemungkinan mengong seketika. Seterusnya duduk di penjuru katil, di sebelah kanan kepalanya dan belai pula rambutnya atau kucup dahinya dan ucapkan dialog yang berikutnya pula:

Busyuk…bangun. Cukup dah tidur tu. Bangun solat ya…”

  • Pasangan anda akan terus mengeliat-liat dan berkata:

“Ngantuknya…pukul berapa ni bang? Loceng tak berbunyi lagi. 5 minit lagi saya bangun”

  • Jawablah dengan penuh lemah-lembut:

“Dah pukul 6 ni….sikit lagi bunyilah jam tu”

  • dan KRINGGGGGGGGGG…!!!! jam loceng yang telah diubah masanya tadi akan berbunyi dengan nyaringnya tanpa segan dan silu.
  • Pasangan anda akan bangun, bergerak ke bilik air, membersihkan diri dan terus mengambil wuduk.
  • Apa yang perlu anda buat….diam, tahan daripada ketawa (atau buat-buat sedang tidur).
  • Pasangan anda akan menukar pakaian, dalam konteks ini roomate saya akan mula memakai telekung, menghamparkan sejadah…dan di sinilah anda perlu bertindak segera.
  • Buat-buat terjaga daripada tidur…dan tegur pasangan anda dengan suara yang serak-serak sumbang.

“Yang, jam berapa dah ni..? Dah subuh ke..?”

  • Pasangan anda menoleh ke arah anda dengan muka kebingungan…bagaikan Pen Drive yang tidak menemui USB Port dan cuba disumbat masuk ke dalam Floppy Disk Drive.
  • Bagi yang pertama kali melakukan aktiviti ini…tindakan seterusnya boleh mula dipelbagaikan. Contohnya anda boleh mengambil jam tangan anda dan bertanya, pasangan anda terlupa solat isyak ke sebelum tidur..kerana sekarang ni baru jam 3.30am. Bila ditanya bukan ke anda yang mengejutkan dia daripada tidur sebentar tadi, anda perlu buat-buat keliru dan tidak mengaku…dan sebaliknya tuduh pasangan anda itu yang mungkin sedanga mengigau.
  • Selepas beberapa ketika melihat dia kebingungan barulah anda terangkan dengan lembut apa yang sebenarnya sedang berlaku. Maklumkan kepada pasangan masing-masing bahawa waktu sekarang bukannya jam 6 pagi seperti yang disangkakan. Bawa pasangan masing-masing ke luar bilik dan tunjukkan waktu sebenar menggunakan jam lain yang ada di rumah anda.
  • Buat seketika, pasangan anda akan marah-marah tetapi lembutkan hatinya dengan memberikan pelukan teddy bear atau berikan kucupan kasih abadi untuk menenangkan dia (itu gunanya kita membersihkan diri tadi, kalau tidak ada bau air liur basi nantinya pasti).
  • Ucapkanlah dialog-dialog seperti yang berikut mengikut kesesuaian:

“Alaaa…abang terjaga tadi. Lepas tu dah tak mo tidur…tiba-tiba rinnnnnnnduuuuuu sangat dengan busyuk abang ni..tu yang abang kejutkan awak tu.”

atau

 “Janganlah marah…kan elok bangun waktu-waktu sebegini. Awak pun dah ada wuduk, dah pakai telekung…bolehlah solat tahajud. Sejuk hati suami dapat isteri solehah macam ni”

atau

 “Boringlah luv…tak mo tido. Jom kita gi McD nak..? Awak jangan tanggal telekung tu…Kita buat gaya macam cerita Hantu Kak Limah pergi McD.”

  • Bergantung kepada jenis pasangan masing-masing, tahap penerimaan mereka mungkin berbeza-beza. tetapi percayalah..apa juga hasilnya…aktiviti ini memang best..mampu memberikan kepuasan maksimum dalam menggeletek hempedu masing-masing di subuh buta di kala semua orang sedang tidur nyenyak membalut rindu.
  • Dan dalam konteks saya..ianya telah pun dilakukan  berulang-ulang kali (rasanya adalah dalam 7, 8 kali kot sepanjang lebih 15 tahun perkahwinan kami..dan ianya tidak pernah mengecewakan..kerana pelanduk comel itu sering terlupa jerat yang menunggunya. kik kik…kesian betul pada si jantung hati ni..dapat suami yang tak reti duduk atau baring dengan diam begini…Awak….kalau awak terbaca ni, saya cuma nak ucapkan (tulis omputeh ya, sebab kalau tulis melayu…malulah..
  • ..I See U..

I love you..always and forever, more than I can say, each day, I love you more, today more than yesterday and less than tomorrow. If I had a rose for every time I thought of you, I’d walk through a garden forever. Grow old along with me ya sayang; because the best is yet to be….I see U…

  • (walaupun setiap kali bangun tidur jam 3.30 pagi…muka awak macam adik hantu kak Limahpergi McD…tapi saya memang sentiasa merindukan watak-watak hantu dalam hidup kita..kerana kalau awak hantu, sayalah pakunya…dan kita pasti akan terpaku mati, kekal bersama selamanya…hee hee..)
  • p/s : saya tidak akan bertanggungjawab atas apa juga hasil yang diperoleh daripada aktiviti ini sekiranya ianya cuba diikuti oleh mana-mana individu yang terbaca catatan ini. Lu langsi..lu pergi McD sendiri loh…

Posted on October 15, 2011, in Rumahtangga and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. nais Dr. ;))

  2. macam gile best jek idea dr. J nih..
    kalau saya buat kat en. husbend..rasa2 kena makan pelempang tak pagi-pagi buta esok..
    * ngeri plak memikirkannya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: