Aku, Mereka, Mee Goreng dan Lamunan yang Tidak Pernah Berhenti.


Dihadapan sebuah gerai makan, kelihatan dua jejaka asing dari negara seberang, berbadan agak sasa mengusik seorang gadis tempatan separuh manis yang sedang berdiri di sisi jalan. Gaya usikan mereka mampu membuatkan nyamuk pun menangis dek kerana agak kasar dan terlebih ajarnya usikan tersebut.

“Ishhh…apa cerita lak ni? Nak dibantu atau tidak budak ni..?”

Kata hati seorang pemuda yang sedang menikmati ais kopi dan sepinggan mee goreng berbaki dari dalam gerai makan tadi. Lelaki yang kelihatan suci air mukanya itu dalam kategori remaja usang berusia lewat 30an, duduk seorang diri…menanti teman lama yang berjanji untuk datang menemani tetapi masih belum kunjung tiba lagi.

“Kalau dibantu, nanti dikata menyibuk pula. Mungkin budak perempuan tu suka diusik begitu”

Bisik hati pemuda itu lagi. Namun demikian pemuda tadi yakin, amat yakin, si gadis itu kurang senang diusik sedemikian rupa. Air muka dan bahasa tubuhnya dapat mencerminkan segala-gala apa yg terapung di permukaan hatinya itu. Pemuda tadi juga yakin, sekiranya beliau cuba membantu juga, mungkin akan berlaku pertengkaran atau mungkin juga membawa kepada pergaduhan. Dia juga yakin, dengan kemahiran dalam dunia pergaduhan yang hanya berpandukan 3 kelas taekwondo sewaktu kegiatan ko-q di sekolah dahulu (kerana kemudiannya dia bertukar ke kelas St. John Ambulans pula dek kerana berminat untuk belajar cara-cara membuat CPR, diajar oleh seorang guru muda yang cantik giginya, cikgu Siti Mastura namanya, guru praktikal dari Maktab Perguruan yang berdekatan)….dia pasti akan kecundang.

Selain itu, pemuda tadi juga yakin, pengalaman beliau menendang, menumbuk, menembak, dan membunuh pelbagai jenis binatang dan makhluk asing dalam permainan berkomputer sejak daripada zaman belajar di Universiti dahulu sedikit pun tidak akan dapat membantu dalam menangani keadaan yang bakal dihadapi nanti.

Pendek kata, lewat bicara…dia pasti akan tewas sekiranya pergaduhan tercetus akibat campur mulutnya nanti menegur dua pemuda asing itu tadi. Dia amat yakin kerana jiwa heronya selalu berbisik begitu..”Hero mestilah kalah dahulu..bukan begitu..”? Mungkin juga dia akan cedera…mungkin juga luka..tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku kemudiannya.

Seterusnya pemuda itu juga yakin, seperti mana dalam kebanyakan drama atau filem melayu yang pernah ditonton olehnya, si gadis separuh manis tadi pasti akan terhutang budi dan ingin bertemu dengannya lagi…tanda terima kasih dan ingin terus kelihatan menghargai. Bertukar nombor telefon atau mungkin dijadikan best facebook buddy sepenuh hatinya nanti.

Seterusnya…hutang budi itu terus berkembang dan menjadi semakin subur umpama bunga kembang berseri daripada pinjaman Along yang tidak dibayar berbulan lama juga nanti. Bulan berganti bulan, si gadis itu kemudiannya mungkin akan tertarik dengan keikhlasan dan kesucian hati si pemuda tadi dan lama kelamaan mengimpikan sesuatu yang bukan sekadar best facebook buddy lagi. Setiap kali melayari laman facebook pemuda itu nanti, hatinya pasti berkata:

“Saya yakin betul Abang Aznil..inilah yang saya cari. Saya kunci jawapan ini…!!!”

Walaupun dia mungkin tahu…pemuda tadi telah pun berumahtangga…telah mempunyai taman bunga sendiri di dalam hati. Namun apakan daya, bila hati sendiri telah dipenuhi dgn bunga setaman, segala-galanya kelihatan indah sekali. Tidak akan dihiraukan sekiranya bunga dan taman yg disuburkan itu nanti mungkin menjadi semak-samun dan penghalang cahaya matahari untuk taman hakiki yg telah sedia ada di sana. Ya…Sesuatu yg tak sepatutnya berlaku kerana si pemuda tadi amat menyayangi isterinya. Tiada 2, 3 mahupun 13 apatah lagi 27…hanya si dia seorang telah berjaya memenuhi keseluruhan hati, jiwa dan raga…ehhh raga tak mau…ulang suara semula: hanya si dia seorang telah berjaya memenuhi keseluruhan hati, jiwa dan…dan…dan…tak tahulah dan apa…segala-galanya lah…

Apa tindakan yang perlu diambil oleh pemuda itu tadi? Melayan si gadis yang tidak sedar diri itu atau lari menyelamatkan diri? Lari daripada keadaan yg memungkinkan lebih banyak hati yang terluka? Lari daripada keadaan yang mungkin menyebabkan taman bunga kesayangan miliknya sendiri bakal dirosakkan oleh bunga tahi ayam yang ingin menumpang bermastautin walaupun pada asalnya hanya berhasrat menjadi musafir kelana cuma? Atau…terus mengikut rentak semasa sekadar melayan tuntutan jiwa seorang yang bernama lelaki…??

Tiba-tiba lamunan jiwanya tadi terhenti. “Ehhh…mana pulak budak pompuan tadi?” Katanya pada diri sendiri.

Laaaa…dah naik teksi rupanya si gadis separuh manis itu tadi. Dua orang jejaka asing tadi juga sudah hilang entah ke mana..masing-masing dengan destinasi yang tersendiri. Tinggallah si pemuda tadi bersama 3 sudu mee gorengnya yang masih berbaki…dan teman yang masih belum kunjung tiba lagi. Mujurlah semuanya selesai di sini. Si pemuda tadi sekali lagi telah diselamatkan oleh imaginasi dan lamunannya yg tidak pernah berhenti. Siapa kata mengelamun itu kerja yang sia-sia ? Kali ini ianya dapat menyelamatkan taman bunga…sebuah rumahtangga.

….dan pemuda itu tersenyum sendiri sambil cuba menghabiskan mee goreng yang masih berbaki….

p/s : Moral of the story ? Mengelamun dan bercakap dengan hati sendiri mampu menyelamatkan taman bunga…(dan makan mee goreng seorang diri amatlah membosankan…) hee hee..

Sekian, laporan monolog apabila jiwa kacau dan bosan di perantauan…jauh dari isteri tersayang…miss her sooooo much…muah..muah…I see U….
– Coretan seorang suami di kala keseorangan di “perantauan” suatu ketika dahulu..

Abang
Kota Bharu Kelantan
10.30 malam
22 Julai 2011

Posted on October 15, 2011, in Rumahtangga and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Oh my goodness! Impressive article dude! Thanks, However I am going through issues with your RSS.
    I don’t know why I am unable to join it. Is there anybody else
    getting identical RSS problems? Anyone who knows the answer can you kindly respond?
    Thanx!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: