Awak ketua keluarga, awak kena berjalan di hadapan..!!!


Sekiranya anda berjalan dgn pasangan anda (suami atau isteri), adakah anda berjalan beriringan (sebelah menyebelah, berpimpinan tangan), berderetan (seorang di hadapan & seorang di belakang) atau bergulingan (sukahatilah nak berjalan macam mana pun)…?

Mungkin banyak pasangan (khususnya pasangan yang baru berkahwin atau pun yang masih ingin memperlihatkan mereka masih romantik seperti baru berkahwin) dengan pantasnya akan menjawab..mestilah beriringan, berpimpinan tangan. Tambahan pula sekiranya di dapati ada mata mata yang mungkin sedang memerhati, lagilah beriring-iring-iring-iringan mereka berjalan. Semuanya bagi memperlihatkan kepada umum, kitalah pasangan yang paling mesra alam dan romantik.  Alhamdulillah baguslah…kalau itu realiti yang ingin ditonjolkan.  Tak ada salahnya berjalan beriringan berpimpin tangan suami-isteri dan anak-anak. Saya juga suka berjalan beriringan bersama isteri dalam banyak keadaan terutamanya apabila berada di jalanraya, semasa melintas jalan dan sebagainya…agar mudah untuk saya menyeret dan mengheret beliau jikalau masih terkedek-kedek seperti itik pulang petang di tengah-tengah jalan raya yang sibuk. Ataupun..di shopping complex yang menawarkan jualan murah atau jualan tak murah…dengan memimpin tangan, mudah untuk tangan si isteri tadi digenggam erat agar tidak terlepas atau tersesat memasuki kawasan-kawasan yang tidak sama waktu dengannya..

Mungkin ada juga suami atau isteri yang merasakan…ehh..orang tahulah awak tu dah kahwin, dah halal untuk bersentuhan tapi tak perlulah nak dipaparkan untuk tatapan umum. Tak perlulah nak ditunjukkan bahawa awaklah suami atau isteri yang paling mesra, paling penyayang..berjalan beriringan, berpimpin tangan. Buat di rumah masing-masig sudahlah. Meluat nak ditengok…

Masing-masing ada pendapat..dan masing-masing dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati dan ianya penuh dengan perasaan hasad sekiranya gagal dikawal oleh yang empunya diri. Hati inilah yang juga sentiasa mendidik perasaan dan pemikiran kita agar senantiasa tidak puas hati dengan apa yang kita telah sedia miliki dan ada masanya tidak puas hati dengan apa sahaja yang orang lain miliki…sama ada dalam bentuk kebendaan, mahupun kebahagiaan.

Tapi itu bukan persoalannya….bukan itu yang ingin saya rojakkan di sini..Bukan..bukan…dan memang BUKAN..!!!

Saya bukan ingin bercerita mengenai jalan beriringan berpimpin tangan sebaliknya…saya nak bercerita mengenai kita yang suka berjalan berderetan…seorang di hadapan dan seorang di belakang. Ada masanya ianya perlu dilakukan…

Sebagai seorang suami…di manakah kedudukan yang sesuai untuk kita..? Berjalan di hadapan isteri atau membiarkan isteri yang berjalan terlebih dahulu dan kita mengikuti dari belakang (di atas atau di bawah mungkin kurang sesuai dalam konteks perbincangan kali ini)…

Di hadapan…? Yuppp…saya pasti ramai yang menjawab begitu. Lelaki adalah ketua keluarga, imam dalam rumah tangga. Pasti kedudukan suami perlu dihormati. Kita perlu sentiasa berada di hadapan…dan isteri sewajarnya berjalan mengikuti kita dari belakang…!!! SETUJU..???? Yalah…Betullah tu kan..?? Sebagai ketua dalam tentera, dalam peperangan pun…ketua sewajarnya berada di hadapan.

Dan…bayangkan keadaan ini….Kalaulah kita melihat seorang suami..berjalan di belakang isteri beliau. Apa kata hati kita (yang sentiasa ada rasa hasad tadi tu)…???

Mungkin ada yang berkata…(atau terdetik di hati)

ehh…tu suami yang ikut kata isterilah tu…

dah kena Queen Control

mengikut sahaja…seperti lembu dicucuk hidung

Betul ke…? Adakah itu kesimpulan yang boleh kita buat..? Salahkah seorang suami yang suka berjalan di bahagian belakang isterinya…??

Nampak remeh..tetapi apabila kita hidup dalam kelompok manusia yang mempunyai pelbagai perspektif…sekecil-kecil perkara, boleh menjadi satu isu untuk mereka…

Kenapa saya bertanya…???

Sebab…dalam banyak keadaan sekiranya keadaan tidak mengizinkan untuk saya berjalan secara beriringan dan memerlukan saya berjalan secara berderetan dengan isteri saya…saya lebih suka berjalan di bahagian belakang isteri saya…

KENAPA ?? awak ketua keluarga..awak kena berjalan di hadapan..!!!

Ya..saya tahu itu semua…TETAPI…Saya lebih suka berjalan di belakang isteri saya kerana..

  • Saya sentiasa risau sekiranya saya tidak nampak di mana kedudukan isteri saya sekiranya beliau berada di belakang saya. Kalau melintas jalan…betul ke dia dah berjaya melintas?  Kalau melangkah parit..cukup ke langkahnya untuk melangkah ? Kalau mengelak lopak air…selamatkah isteri saya..? atau mungkinkah terseliuh kakinya nanti…?? Kalau mendaki tangga…siapa pula nak membantu dia kalau tergelincir….?
  • Saya sentiasa risau keselamatan isteri saya sekiranya beliau berada di belakang saya…kerana sekiranya ada apa-apa bahaya yang datang, saya tidak dapat mempertahankannya..kerana saya tidak sedar apa yang sedang berlaku di belakang (maklumlah…ramai yang berpesan…Jangan Pandang Belakang..ehh..terbuat lawaklah pulak..sorry…back to work..)
  • Saya sentiasa gelisah sekiranya saya berjalan di hadapan..saya tidak nampak keseluruhan fizikal isteri saya dan juga kawasan sekitaran 360 darjah yang mengelilinginya. Apa bahaya yang mungkin mendatang….peragut, mat rempet, anjing gila, kucing mabuk..ishhh pendek kata… macam-macamlah bahaya yang mungkin ada…
  • Saya merupakan seorang yang ada masalah visual..mudah lupa jalan (atau lebih tepat..mudah sesat)…jadi dengan berjalan di bahagian belakang…secara tidak langsung, masalah lupa jalan itu dapat diminimumkan…hee hee; kerana isteri saya memang pakar dalam mengingati laluan perjalanan.

dan..semua kerisauan, kegelisahan ini berjaya saya kurangkan sekiranya saya berjalan di bahagian belakang isteri saya. Dengan berjalan di bahagian belakang..saya memperolehi kuasa sepenuhnya untuk memerhati, memantau dan menjaga keselamatan isteri saya, sama ada dari sekitaran mahupun daripada kecuaian dirinya sendiri.

dan..bukankah itu salah satu tanggungjawab sebagai ketua keluarga, imam dalam rumahtangga…? iaitu menjaga keselamatan isteri dan keluarga serta memastikan mereka sentiasa terpelihara daripada bahaya. Ketua keluarga dinilai dari segi tanggungjawab yang dimainkan olehnya..dan bukan di mana kedudukan atau lokasi  tempat tidurnya, tempat duduknya, aturan semasa berjalan dan sebagainya.

dan kalau itu masih dianggap salah…hanya kerana kita masih mempunyai jati diri yang amat kuat untuk berpegang pada prinsip..ketua keluarga perlu berjalan di hadapan, perlu duduk di bahagian paling atas…saya rela dipandang serong oleh hati-hati yang luka itu, asalkan saya yakin, saya mampu memainkan peranan sebagai seorang ketua keluarga dalam memastikan keselamatan dan ketenangan isteri saya…itu janji yang saya lafazkan, itu akad yang saya pertahankan sebaik sahaja lafaz “aku terima nikahnya….” diucapkan.

lagipun…berjalan di bahagian belakang..permandangannya juga lebih indah…..jauhhhhhhhh lebih indah…hik hik…

Maka..berbalik kepada persoalan tadi, apabila kita berjalan bersama keluarga: di manakah kita sebagai suami sepatutnya berada : diSebelah ? diHadapan? diBelakang? – Ya sesuatu yang dianggap remeh…satu isu yang tidak perlu dipandang serius…tetapi ada masanya menyebabkan kita berfikir…manusia..oh manusia…uniknya cara manusia berfikir, uniknya hati manusia yang sukar untuk dimengertikan…

Anda bagaimana…??

Posted on October 21, 2011, in Rumahtangga and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: