Spring Sonata 5 – Korea : Membeli dan Membelah di Dongdaemun


Membeli-belah di Dongdaemun

Doota : gedung fesyen 10 tingkat untuk igauan anda

Setelah lebih 4 jam di Everland Resort (Rujuk Spring Sonata 4 – Korea : Everland Resort), kami bergerak keluar menuju ke pusat bandaraya. Pusat tumpuan kali ini ialah pusat fesyen dan membeli-belah di Dongdaemun. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai produk berkualiti buatan Korea khususnya yang berkaitan dengan fesyen – pakaian, kasut, bag tangan, topi, kerongsang dan sebagainya.

Dua pusat membeli dan membelah poket yang popular di sini ialah Doota dan Milliore. Di Doota misalnya Cenderahati boleh diperolehi di tingkat 5. Tingkat-tingkat yang lain dipenuhi dengan pelbagai barangan berbentuk pakaian, bag, kasut dan sebagainya. Kami meluangkan masa lebih daripada 2 jam di sini.

Muka tak sabar nak pergi shopping

Bila diberi peluang..bakul jadi peneman setia, suami tak kisah pun nak pergi ke mana

Dari sinar matamu itu, sudah ku tahu apa yang bakal berlaku. hu hu hu

Antara cenderhati yang boleh diperoleh di Tingkat 5

Harga..??? Mahal mak datuk nenek. Nenek kita kalau datang pun mungkin bergolek-golek terkejut. Bukan kerana ianya menjual barangan yang berjenama tetapi kerana kos sara hidup dan nilai mata wangnya yang agak tinggi menyebabkan setiap barangan terasa mahal apabila kita tukarkan kepada nilai matawang Ringgit Malaysia. Walaupun kebanyakan barangannya kelihatan cantik dan berkualiti tetapi tidak berbaloi rasanya membeli jaket misalnya yang beharga kira-kira RM400 sedangkan ianya boleh di dapati di Malaysia dengan harga kurang daripada RM150. Tetapi bagi anda yang memang telah jatuh cinta dengan barangan produk Korea, k-pop dan sebagainya, tutup sahaja kalkulator, tak perlu convert nilai matawang..beli sahajalah. Bukannya kita boleh datang shopping di Korea ni tiap-tiap hari betul tak ?? (Ayat penyejuk dan pemujuk hati kebanyakan pelancong ketika berada di luar negara).

Tingkat 2 (Fesyen untuk Wanita), Tingkat 3 (kasut & bag tangan), Tingkat 4 (Fesyen untuk Lelaki)

Walaupun kebanyakan kedai di dalam Doota meletakkan harga tetap, tak salah untuk anda cuba tawar-menawar harga ya kerana dengan kemahiran memujuk dan berbincang yang ada, anda mungkin mampu menawar harga 30-40% di sini (sebenarnya menurut apa yang saya difahamkan, tawar-menawar tidak digalakkan di gedung ini).

Aktiviti tawar-menawar sedang dilakukan dengan penuh sopan-santun dan senyuman mengukir di hati

Untuk mendapatkan barangan yang harganya lebih murah, anda boleh keluar dari gedung membeli-belah tersebut, ambil laluan bawah tanah untuk sampai ke satu lagi sisi Dongdaemun. Di sini, ianya lebih terbuka dan anda boleh berguling-guling mencuba kemahiran menawar harga terendah sehinggalah anda dihalau atau diangkat keluar.

Gerai terbuka di luar Doota ; lebih menarik perhatian (kerana murah…hee hee)

Muka senyum dalam paksa…kerana masih tak puas hati sebab tak puas shopping katanya. Lain kali kita pergi lagi ya.

Esok…kami akan pergi ke pasar terbuka (open market) yang pastinya menjual pelbagai barangan yang lebih murah dengan pilihan yang terbuka lebih luas. Terdapat beberapa pasar terbuka tumpuan pelancong yang popular di Korea. Pasar terbuka ni konsepnya lebih kurang seperti Petaling Street di Kuala Lumpur tu lah. Ada pakaian, makanan, pinggan mangkuk, elektronik, cenderahati, cenderapoket…semualah.

Antara pasar terbuka yang menjadi igauan kaum wanita Malaysia yang datang berbelanja di Korea khususnya selain dari Dongdaemun ialah Namdaemun dan Myeogdong. Sekali pergi memang tak mahu balik dah…kalau boleh ada yang mahu terus tidur dan berumah tangga di sana agaknya.

Opsss..bas sudah berhenti. Saya merekodkan cerita ini semasa masih di Korea…di sepanjang perjalanan menaiki bas mengelilingi bandar Seoul dan rakan-rakan setempat yang sama waktu dengannya. Masa untuk makan malam hari ini ialah di salah sebuah restoran Halal di sini. Tema hari ini…Makanan dari India dan Arab. Esok saya sambung lagi Entry mengenai Korea ini. Perlu diselesaikan sebelum balik ke Malaysia kerana bila sudah kembali bertugas nanti…jangan haraplah nak memblog ni…

Bersambung ke
Spring Sonata 6 :
Gyeongbokgung Palace

atau untuk menonton koleksi 5 episod video travelogue di sepanjang sesi jalan-jalan cari pasal kami ke Vietnam dan juga Korea yang lalu…terus sahaja ke sini : Video Travelogue Vietnam-Korea

Posted on April 19, 2012, in Korea, Travelogue-luar.Negara and tagged , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Best giler Dr J! Especially the photo on the blingbling accessories.. Korea probably has some of the most beautiful, simple and elegant women accesories!!! =)

  2. Hi Rach…memang giler. Go to Spring Sonata 7 episode…then you can see the real orang-orang giler. hee hee….

  3. Salam Akak, tumpang tanya. chopstick & sudu panjang satu set bape ringgit ea kat kedai tu?tq😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: