Europe.de.Mana 01 : Persediaan Awal


Aktiviti Jelajah Eropah : Sepintas Lalu

Cerita jalan-jalan, cuti-cuti, shopping-shopping di Eropah ni sudah lama berakhirnya….bulan Jun tahun 2011 yang lalu tetapi memandangkan pada tahun April 2012 ini barulah terdetik di hati ini untuk kembali menceburi dunia blog memblog ini, maka kisah silam aktiviti percutian dan menjelajah Eropah suatu ketika dahulu dikembalikan di sini. Dahulunya kenangan ini hanya tersimpan di dalam Facebook dan juga DVD milik sendiri. Kenangan untuk kami sendiri dan seterusnya untuk dikongsikan bersama sebagai panduan dan rujukan kepada rakan-rakan yang mungkin berniat untuk melakukan aktiviti jalan-jalan cari pasal yang sama suatu hari nanti. Ia juga mungkin sebagai satu wadah perkongsian sumber dan rujukan tanpa ada sebarang niat yang tersirat.

Orang kata,  jauh perjalanan, luas pandangan. Semoga pandangan yang luas itu dapat mendekatkan diri kita lebih kepada yang maha pencipta. Betapa kerdilnya diri kita jika dibandingkan dengan kekuasaanNya.

Terdapat 16 buah video yang dihasilkan di sepanjang perjalanan kami mengelilingi sebahagian benua Eropah ini. Semuanya dirakam dan dihasilkan (sunting) terus menggunakan hanya menerusi telefon pintar IPhone 4 sahaja. Itulah yang dimaksudkan dengan IPhoneography – satu terma yang digunakan bagi mewakili bidang fotografi dan videografi menerusi penggunaan IPhone.

Europe.de.Mana 01  : Persediaan Awal

Catatan pengalaman perjalanan mengikut pakej percutian mengelilingi sebahagian Benua Eropah bermula di sini…di Johor Bahru..di rumah sendiri dan kawasan sekitarnya. Dari sini, seterusnya kami akan berguling-guling selama 13 hari 11 malam ke German, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium dan England.

Sebelum bertolak…apa persediaan yang perlu disediakan ? Saksikan video ini untuk mengetahui persediaan kami yang serba ringkas seadanya.

German

Belgium

Amsterdam, Holland

Paris

Switzerland

London

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 02 : dari KL menuju German

Posted on April 20, 2012, in Eropah, IPhoneography, Jalan-jalan Cuti Sakan, Travelogue-luar.Negara and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: