Spring Sonata 7 – Korea : Membelah Poket di Nandaemun Market


Sedutan daripada episod lalu : Spring Sonata 6 – Korea : Gyeongbokgung Palace.

Setelah puas menghayati dan menghargai sejarah dan budaya di Gyeongbokgung Palace….masa untuk BERTUKAR..!!! Masa untuk membeli-belah sekali lagi. Kali ini kami akan ke Nandaemun market pula.

Membeli dan Membelah Poket di Nandaemun Market

Namdaemun Market merupakan salah sebuah pasar tradisional yang paling lama dan paling besar terletak di Seoul. Ianya terletak di Namdaemun atau “Great South Gate” iaitu pagar atau gate utama untuk memasuki bandar asal dari sebelah selatan.  Terdapat 8 pintu/pagar yang boleh digunakan untuk memasuki Namdaemun. Disebabkan saiz pasar ini yang besar, anda boleh meluangkan masa sehari-suntuk di sini dengan aktiviti membelah poket yang ada.

Salah satu pintu (gate) laluan masuk/keluar ke Nandaemun. Perhatikan nombor gate bagi membantu perjalanan anda (agar tidak sesat dan kemungkinan tidak bertemu jalan keluar)

Di Nandaemun…segalanya ada di sini. Daripada kasut, pakaian, bag tangan, bag baju, barangan kulit, barangan dapur, peralatan elektronik, makanan, minuman pendek kata semuanya adalah. Harga juga jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dijual di pasaraya Dotta di kawasan Dongdaemun yang kami kunjungi sebelum ini.

Terlalu banyak kedai/gerai, terlalu banyak pilihan. Kemungkinan besar, ada yang mahu tidur di sini tidak mahu balik

Pelbagai barangan boleh diperoleh di sini dengan harga yang agak murah

Tengok, pegang, pilih, tawar harga, letak semula, tawar lagi harga…aktiviti utama untuk hari ini

Di sini juga ramai kaum wanita yang mengambil peluang membeli pelbagai jenis brooch atau kerongsang dan lain-lain aksesori wanita. Harganya memang lebih murah berbanding di negara kita. Ini menyebabkan sekali tengok semua ahli rombongan cik Kiah kelihatan seperti dirasuk hantu brooch Korea…tengoklah sendiri…dua kali tengok..macam hantu Thailand Nang Nak tu pun ada juga..comel…hee hee

Wajah-wajah yang kelihatannya seperti disampuk hantu brooch Korea

Harga adalah mengikut saiz kerongsang dan juga kemahiran anda menawar harga. Rata-rata kerongsang saiz kecil dan sederhana boleh diperoleh dengan harga serendah 2000 hingga 6000 KRW (RM 6 hingga RM 18). Ada juga yang lebih mahal (mengikut saiz dan rekabentuk). Walau bagaimanapun, ianya dikatakan masih lagi boleh dianggap murah…lebih murah dalam 50% berbanding dengan harga di Malaysia (ikut kata myHoneylah –  tak tahulah takut-takut dia tipu sebab nak jadikan alasan untuk dia terus membeli dan membeli dan membeli dan lagi dan lagi….

Walaupun di kalangan rakyat Malaysia, brooch Korea merupakan sesuatu yang agak popular, tetapi tidak di Korea itu sendiri. Jangan terkejut sekiranya wanita Korea sendiri tidak tahu apa dia brooch Korea. Pemandu pelancong kami di sini…Miss Julie sendiri terkejut apabila melihat rombongan cik Kiah dari Malaysia ini begitu “gila” dengan brooch sedangkan dia sendiri tidak tahu ianya untuk apa. Untunglah siapa yang kahwin dengan Miss Julie tu nanti…

Ini kedai brooch pertama yang kami jumpa dan di sini sahaja sudah hampir 1 jam. Alasan mereka : “tak apa, beli jer dulu. Mana tahu tak jumpa kedai yang lain nanti.”

Selain brooch, jaket dan segala jenis pakaian sejuk juga banyak terdapat di sini dengan pelbagai pilihan (k-Pop style). Terlalu banyak pilihan sehinggakan bukan setakat rambang mata, hidung, telinga gigi, paru-paru, jantung semuanya pun turut terasa rambang bergether-gether. Walaupun tidak tahu ianya nanti dibeli untuk tujuan apa, mahu dipakai di mana nantinya, tetapi kami tetap bergotong-royong memilih beberapa jaket  untuk membantu industri perlancongan negara Korea (ya lah…tak kanlah nak beli dan dipakai untuk ke pejabat atau pergi jalan-jalan sekitar kota raya di Malaysia berpakaian begini…mahu berasap nanti dibuatnya)

Jaket pelbagai bentuk, saiz dan stail. Kalaulah Malaysia negara sejuk…

Pilih jangan tak pilih. Jangan lupa tawar menawar. Tak tahu bahasa tak apa. Guna sahaja kalkulator sebagai bahasa utama

Apa yang dibuat oleh kaum lelaki…??? Kami hanya duduk di kaki lima melihat dan memantau…susahnya nak jumpa orang Korea yang gemuk. Semuanya kurus dan steady…mungkin agaknya kerana kecut disebabkan banyak sangat makan jeruk kimchi…hee hee…

Orang sentiasa ramai di Nandaemun Market

Dari Nandaemun kita juga boleh berjalan kaki ke satu lagi lokasi membeli belah yang dikenali sebagai Myeong Dong..tak jauh. 10 minit sahaja…itupun kalau tak sesatlah. Kami tak sempat nak pergi…kerana sudah terkulai layu di perigi asmara.brooch.dana. Penat giler….

Setelah selesai di Nandaemun, kami bergerak pulang untuk makan malam dan seterusnya ke bandar Incheon untuk daftar masuk ke hotel yang baru iaitu Incheon Royal Hotel yang lebih dekat dengan airport. Esok paginya kami akan terbang meninggalkan negara Winter Sonata ini dan menyerang negara Vietnam pula. Lokasi sasaran..Saigon sekali lagi.

Selamat tinggal Korea…kini kami lebih mengerti. Banyak yang telah dipelajari sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Semuanya boleh dimanfaatkan untuk membentuk jati diri sendiri ke arah yang lebih baiknya nantinya pasti.

Wajah-wajah ceria dalam kepenatan membelah poket di Namdaemun

Bersambung ke Episod seterusnya :
Spring Sonata 8 – Vietnam : Missing in Action @ Ben Thanh Market.

atau untuk menonton koleksi 5 episod video travelogue di sepanjang sesi jalan-jalan cari pasal kami ke Vietnam dan juga Korea yang lalu…terus sahaja ke sini : Video Travelogue Vietnam-Korea

Posted on April 20, 2012, in Korea, Travelogue-luar.Negara and tagged , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. salam…sy bru lps bce entry spring sonata.byk y boleh membantu sy nnt.pape pun enjoy gile bile bace ape yang penulis ceritakan sampai gelak sakan at sutera mall…mata memandang dan buat bodo ajer…pape pun tq n hepi holiday

  2. akak, nak tumpang tanya..harga baju sejuk mahal x kat sane berbanding Malaysia?

  3. Salam akak, itu harga brooch untuk batu biasa ke?kalau yang batu swaroski tu harga dalam bape eh?

    • Anie…terima kasih kerana sudi membaca catatan kami di sini. Tapi hati2 gelak sakan di khalayak ramai…boleh menimbulkan curiga di hati rakyat jelata nanti…hee hee

      Amanda….kalau di bazar dan open market baju sejuk di sana lebih murah dan pelbagai fesyen dan kualiti kira OKlah. Kalau yang dishopping complex…harganya tak berapa nak berbaloi untuk dibeli…mahal juga…

      Brooch di sana memang kebanyakannya guna batu swaroski. Harga kalau design biasa harganya seperti yang dinyatakan dalam post di atas tu. Tapi kalau yang design unik sikit…harganya sekitar RM 50 hingga 80

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: