Jelajah.Pantai.Timur 01 : From Pekasam Gi Budu


Ikuti perjalanan dan catatan pengalaman kami menjelajah pantai Timur. Dari Johor menuju ke Perak dan seterusnya mendaki tanah tinggi Cameron Highlands. Dari Cameron Highlands kami bercadang seterusnya untuk ke Kota Bharu, Kelantan sebelum bergerak ke Terengganu, Pahang dan kembali ke Johor. Perjalanan yang tidak dirancang, tiada tempahan hotel dibuat, tiada agenda khusus, tiada lokasi sasaran yang ditetapkan…kami hanya memandu dan berhenti mengikut rasa, tidur apabila bertemu hotel/resort yang sesuai, menginap sekiranya merasakan badan sudah penat. Jarak perjalanan keseluruhannya ialah 2000km dan mengambil masa selama..selama…ntah tak ingatlah pula berapa hari…adalah dalam 4, 5 hari kot. Maklumlah…dah lama dah cerita ni. Tahun 2010 dulu..cuma hari ini di muat naik ke blog…sebelum ini ianya menginap dengan tenang di dalam naugan Facebook.

Kita ikuti dulu Episod pertama perjalanan Jelajah Pantai Timur ini menerusi Episod 1 yang diberi tajuk From Pekasam gi Budu. Dari Perak menuju ke Kelantan.

Perjalanan bermula dari kampung di Malim Nawar, Perak

Dari Malim Nawar kami sengaja mendaki sehingga ke Cameron Highlands, kononnya ingin mengikut laluan Gua Musang

Melihat-lihat apa yang patut di tanah tinggi Cameron..tanpa tujuan khusus

Sempat juga meninjau tanah yang diteroka bersama suatu ketika dahulu.

Walaupun perancangan awal kami mendaki ke Cameron ialah untuk mengambil laluan Gua Musang untuk terus menuju ke Kota Bharu Kelantan, tetapi ianya hanya tinggal perancangan. Kami akhirnya mengambil kesempatan untuk menidurkan diri kami sendiri semalam di Cameron. Macam best pula cuaca sejuk-sejuk tu. Keesokan harinya kami turun semula dari tanah tinggi dan mengambil jalan Kuala kangsar menuju ke Grik…saja jer gatal menyusahkan diri sendiri. Hee hee. Sebenarnya, keputusan mengejut selepas bermesyuarat 4 biji mata, kami mengambil keputusan akan menggunakan jalan Grik menuju ke Kelantan kerana inginkan sesuatu yang unik. Dengarnya laluan ke Kelantan menerusi Grik lebih mencabar dan lebih indah permandangannya.

Di mana ada sesuatu yang menarik, di situ kami berhenti dan menggedik seketika

Tasik Raban Resort, Lenggong - satu lokasi yang boleh dikunjungi nanti. Hari ni tak sempat. lain kali kami datang ya wahai En. Raban.

Dari Grik, perjalanan diteruskan lagi meredah hutan belantara, banjaran Titiwangsa..menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi. Memang berbaloi.

Akhirnya sampai ke Kelantan dan berhenti untuk solat seketika di Masjid Beijing atau Masjid Pagoda

Unik masjid ni. Dari kejauhan seperti Pagoda Cina.

Berhenti mencari nasi gulai kawah. Di mana ada kelihatan gerai usang dengan makcik yang berniaga, di situ kami berhenti. Selain dari berkongsi rezeki, pengalaman mengatakan rasa makanan di gerai begini lebih asli.

Perjalanan tanpa perancangan...mujurlah ada hotel yang boleh didiami

Aktivi jalan-jalan shopping-shopping di bandar Kota Bharu pun bermula

Mencari makanan tradisional Kelantan di gerai-gerai yang ditemui di sekitar bandar Kota Bharu

Hmmm....Wakah Che Yeh. Kalau ke Kelantan tak singgah mengoyak poket di sini, tak sah perjalanan tu. Batal. Kena datang semula nanti.

Macam-macam ada di Wakaf Che Yeh ni. Kira tercabut jugalah kaki mengikut gelagat si isteri yang seperti di sampuk penyakit misteri.

Pasar Siti Khadijah. Satu lagi lokasi membeli belah tumpuan pelancong. Jangan beli ikan sudahlah. Susah nak di bawa balik ke negeri masing-masing nanti.

Kalau ingin lihat wajah isteri anda ceria dan berseri-seri, bawalah dia ke pasar sebegini.

Macamlah di JB tak ada pasar. Ishhh....

Kawasan bebas cukai : Pengkalan Kubor. Nama sahaja kubor..tapi ianya hidup dan happening..!!!

Yati Ayam Percik. Indahnya hidup di Malaysia ni. Makanan pelbagai rasa, warna dan gaya.

Lupakan kolestrol, tekanan darah dan lain-lain penyakit. Niatkan sahaja...makan ni semua untuk buat ubat.

Pantai Sri Tujuh...tak tahulah apa yang Sri, apa yang tujuh. Tak sempat nak dikaji.

Akhirnya....selesai perjalanan pusing-pusing Kelantan.

Berakhir siri jalan-jalan pusing Kelantan. Seterusnya kita bergerak ke Terengganu. Ikuti Episod 02 dalam siri Jelajah Pantai timur ini di sini : Terengganu : Kau, Aku dan  Dia Bersatu (in progress).

atau anda juga boleh menonton video perjalanan kami dari JB ke Kelantan dan aktiviti pusing-pusing di Kelantan semasa datang bertugas suatu ketika dahulu di sini.

Posted on April 27, 2012, in Kelantan, Komik Realiti Bergambar, Perak, Travelogue-dalam.Negara and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Terbaik la… boleh buat buku la Dr… saya pegi print eh… buat cover cantik2…
    …. terkenang masa mula-mula mengurat orang rumah kat pasar tu.. he..he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: