Jom Sambung Belajar Nak ??? – Master atau Terus ke PhD


Cerita dari seorang rakan. Seorang bakal pelajar PhD dari Segamat, datang membuat temujanji di satu pagi, untuk bertanyakan tentang peluang belajar di UTM. Bila bercakap tentang biasiswa…

Bakal pelajar – Dr. ada cadangan tak di mana saya boleh mohon scholarship ke, kerja dalam kampus ke?
Penyelia – Ada beberapa pilihan. Since awak akan sambung full time, tak ada kerja tetap lagi, trylah mohon scholarship MyPhD atau biasiswa Zamalah. Kalau nak kerja, boleh mohon jadi teaching assistant nanti…tapi biasanya 2nd semester baru boleh apply. 1st semester boleh try mohon apa2 skim students bekerja nanti.
Bakal pelajar – Ooo ya ke? Biasiswa MyPhD tu saya pernah dengar. Sama dengan myBrain 15 kan? Pernah jumpa websitenya…dari KPM kan? Nanti saya try mohon.
Penyelia – Haah..MyPhD scholarship daripada Ministry of Education. Try juga mohon biasiswa UTM sendiri..Biasiswa Zamalah.
Bakal pelajar – Zamalah? Hmmm. Boleh juga. Di mana saya boleh jumpa Puan Zamalah tu Dr? Di fakulti ni ke atau di mana ya? Siapa Puan Zamalah tu? Isteri VC ya?
Penyelia – …….(diam seketika sambil menggigit gigi sendiri agar tidak jatuh berguling2…ketawa).

Nota kaki kiri:
Zamalah merujuk kepada nama biasiswa dan ianya tidak merujuk kepada nama isteri sesiapa pun. Harap maklum.

Dialog yang dipaparkan di atas ini berlaku beberapa bulan yang lalu antara seorang rakan sekerja dan seorang bakal pelajar pasca-siswzah dan pada hari ini, saya terfikir ada baiknya saya menulis sesuatu di sini untuk dikongsikan bersama dengan para pelajar pra-siswazah yang semuanya merupakan calon bakal pelajar pasca-siswazah suatu hari nanti. Sama ada percaya atau tidak, sedar mahupun mimpi, sebahagian daripada anda yang sedang membaca blog Rojak ini kini mungkin sedang berada di tahun akhir pengajian di peringkat Sarjana Muda dan semester ini atau mungkin semester hadapan merupakan semester terakhir anda di sini. Apa perancangan seterusnya ?

  • Balik kampung…menghabiskan koleksi butiran beras ibu bapa sementara menunggu surat untuk posting.
  • Mencari kerja sambilan sementara menunggu surat untuk posting.
  • Balik kampung…tunggu dipinang atau dikahwinkan (cuma sesuai bagi individu yang dalam Kad Pengenalannya tertulis di bahagian jantina: Perempuan)
  • Ntah…tak ada apa-apa perancangan…..nak berehat. Penat ooo belajar 4, 5 tahun ni. Malas nak fikir apa-apa lagi.

Maka…apa kata, bukakan pintu hati itu untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar…apa kata fikir-fikirkan peluang untuk mungkin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi….postgraduate (sarjana atau masters atau terus ke peringkat Doktor falsafah atau PhD bagi yang berkelayakan) misalnya.

Mengapa perlu untuk sambung belajar lagi ya…? Rasa-rasanya macam dah cukup pandai..cukup bijak kan..? Ilmu yang diperolah di sepanjang 4 atau 5 (atau 6) tahun pengajian sudah cukup rasanya untuk meletakkan diri anda sebagai seorang yang berada dalam liga manusia yang (dilihat) berilmu. Atau…bagi anda yang sememangnya telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan sedang bekerja…pasti kalau tidak banyak, sedikit pasti ada niat dan keinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mengapa agaknya ya..??? Hmm….ada banyak sebabnya…antara yang utama (dalam konteks pelajar dan bekas pelajar Fakulti Pendidikan):

  • Sekiranya anda bercadang untuk menjadi guru…pastinya ia menjadi satu bonus kerana anda telah bersedia dengan kelulusan Sarjana dan boleh memberikan komitmen dalam tugas….tak perlulah fikir-fikir dah bila nak sambung belajar dan sebagainya.
  • Sekiranya anda sememangnya seorang guru, suatu hari nanti pastinya ada arahan atau makluman yang menyatakan setiap guru sekolah menengah mempunyai kelulusan yang lebih tinggi daripada Sarjana Muda. Sekurang-kurangnya anda telah bersedia dengan sijil yang diperlukan atau pun dengan tambahan ilmu, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk meneruskan bidang kerjaya dengan lebih cemerlang.
  • Bagi anda yang bercita-cita lebih tinggi…mahu menjadi staf akademik di IPTA atau IPTS misalnya…ianya merupakan satu persediaan awal. Malaysia kini mempunyai lebih daripada 20 buah universiti awam (IPTA). Itu tidak termasuk universiti swasta (IPTS), kolej universiti, kolej matrikulasi, institut perguruan, politeknik dan macam-macam institusi pengajian yang lain. Semuanya sememangnya memerlukan staf akademik dan seorang yang memiliki PhD sememangnya merupakan satu bonus untuk diserapkan terus ke dalam institusi yang berkenaan.

Persoalannya sekarang….susah ke nak sambung Master atau PhD ni ? Apa syaratnya ? Layak ke saya ? Ada biasiswa ke ? Program apa nak sambung ya…? Kena ikut kelas juga ke atau buat penyelidikan sahaja? dan…..seribu satu soalan lagi. Mari kita cuba sembang-sembang pasal sambung belajar ni….

Layak ke saya nak sambung belajar ni..??

Ntah…manalah saya tahu awak layak ke tidak. Ingat ini kaunter pertanyaan ke…? Tapi kalau rasa dah cukup syarat sebegini..layaklah kot.

Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana :

  • telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda (tanpa pengalaman kerja – CGPA mestilah 3.0 dan ke atas)
  • telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda (dengan pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan – CGPA mestilah 2.7 ke atas (>1 tahun pengalaman kerja), 2.5 ke atas (>3 tahun pengalaman kerja), 2.3 ke atas (>5 tahun pengalaman kerja)

Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) – Pelajar Normal

  • telah mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang yang bersesuaian

Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) – Pelajar tak Normal – Fast Track

Untuk pelajar-pelajar yang cemerlang semasa pra-siswazah dan memperoleh  keputusan yang memberangsangkan, anda layak untuk melompat terus dari Ijazah Sarjana Muda terus ke PHD (tanpa memerlukan Ijazah Sarjana). Apa syaratnya..??

  • Kalau pelajar luar dari UTM, CGPA semasa pra-siswazah mestilah 3.7 ke atas.
  • Kalau pelajar UTM, CGPA semasa pra-siswazah mestilah 3.5 ke atas. Tetapi, ada sesetengah fakulti (FPPSM dan FP mislanya) menetapkan syarat tambahan iaitu pelajar haruslah memperoleh 1st Class (CGPA 3.67 ke atas).

Mod Pembelajaran

Sebenarnya kalau sambung belajar ke peringkat Sarjana atau master biasanya ada 3 mod pembelajaran:

  • Mod kerja kursus sepenuhnya – Full coursework (Taught course)
  • Mod Campuran – Mix-mode (Taught course + research)
  • Mod Penyelidikan sepenuhnya (Full research)

Apa bezanya…??? Berikut merupakan penerangan ringkas mengenainya (dalam konteks di Fakulti Pendidikan, UTM)

Mod kerja kursus sepenuhnya

Pelajar mengikuti pembelajaran (kuliah) seperti biasa. Biasanya anda perlu memilih x bidang dari y bidang (atau major) yang disediakan. Bagi setiap bidang, anda perlu memilih sekurang-kurang 1 subjek elektif yang disediakan. Pendek kata, anda yang tentukan bidang yang ingin diikuti. Sebagai contoh, bagi anda yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Teknologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM, terdapat 3 bidang utama yang disediakan untuk pilihan anda dengan pilihan subjek yang selari dengan keperluan semasa iaitu:

  • Major Pembangunan Multimedia – anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi multimedia ataupun laman web interaktif.
  • Major Media Digital – Anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan penerbitan media digital seperti penerbitan video dan animasi ataupun teknologi grafik termasuklah fotografi digital.
  • Major Pengurusan Sumber dan Rangkaian – Anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan pengurusan sumber maklumat dan juga pengurusan sistem rangkaian (networking)

Anda dikehendaki memilih mana-mana satu subjek elektif dari setiap bidang (atau major) yang disediakan. Selain itu, anda juga dikehendaki mengambil beberapa subjek wajib Program serta beberapa subjek wajib Fakulti dan juga Universiti.

Untuk contoh yang lebih jelas (termasuk sinopsis kursus yang ditawarkan), sila rujuk laman web berikut : Sarjana Teknologi Pendidikan


Contoh subjek yang ditawarkan untuk pilihan anda (tak boleh ambil semua..jangan tamak..nanti lambat graduate):

Subjek wajib Program (Core) – Mesti ambil semua

– MPT 1113 : Educational Technology Foundation
– MPT 1173 : Management of Information System and Educational Materials
– MPT 1193 : Authoring System
– MPT 1203 : Technology and Media Design

Major Pembangunan Multimedia (Pilih salah satu subjek sahaja)

– MPT 1293 : CD-ROM-Based Multimedia Development
– MPT 1393 : Web-Based Development

Major Media Digital (Pilih salah satu subjek sahaja)

– MPT 1483 : Visual Technology Production
– MPT 1383 : Video and Animation Technology Production

Major Pengurusan Sumber & Rangkaian  (Pilih salah satu subjek sahaja)

– MPT 1403 : Introduction to Networking System in Education
– MPT 1233 : Organization & Management of Resource Centre

Seterusnya, anda dikehendaki menjalankan penyelidikan selama 2 semester (boleh diambil serentak bersama subjek pilihan seperti mana yang dinyatakan, tetapi digalakkan mula mendaftar kajian pada semester yang kedua). Pada semester pertama penyelidikan dijalankan, anda dikendaki menyiapkan 3 bab penulisan dengan bimbingan penyelia yang telah dilantik (yang juga secara automatik akan menjadi penasihat akademik anda). Pada semester seterusnya, 2 bab lagi perlu disempurnakan sebelum dihantar keseluruhan kajian atau tesis tersebut untuk tujuan penilaian. Tiada sebarang proses pembentangan akan dilakukan. Penilaian adalah dalam ratio 70:30. 70 peratus markah akan diberikan oleh penyelia manakala 30% lagi akan diberikan oleh salah seorang pensyarah penilai yang dilantik untuk membaca dan menyemak tesis yang telah disempurnakan itu.

Mod Campuran atau Mix- Mode (Taught Course and Research)

Bagi pelajar yang tidak mahu atau merasakan tidak sempat untuk mengikuti kuliah yang banyak (posting di lokasi yang jauh dari kampus misalnya kelak, bagi yang berhasrat untuk meneruskan pengajian secara separuh masa), pilihan mix-mode ini mungkin lebih baik untuk anda. Untuk mod pembelajaran ini, pelajar perlu memilih salah satu bidang utama program seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini dengan minimum mana-mana 1 subjek mengikut keperluan masing-masing.

Seterusnya, pelajar dikekehendaki membuat penyelidikan, juga selama 2 semester (minimum). Pada semester pertama penyelidikan dijalankan, anda diperlukan menyiapkan 3 bab penulisan (ataupun komponen-komponen utama daripada 3 bab tersebut dan menghasilkan satu proposal penyelidikan tidak kurang daripada 30 mukasurat), dan seterusnya membentangkan proposal penyelidikan tersebut untuk dinilai oleh 2 pensyarah penilai. Seterusnya, apabila selesai penyelidikan yang dijalankan, anda sekali lagi diperlukan untuk membentangkan tesis akhir (viva) kepada 2 pensyarah penilai.

Mod Penyelidikan Sepenuhnya

Hmmm…tak perlu ceritalah. Namanya sendiri telah melambangkan apa yang perlu anda buat….tak perlu ambil apa-apa kelas (kecuali kursus pendek penyelidikan dan kelas wajib Universiti)…seterusnya buat sahaja research sampai muntah biru warna pelangi. Seperti juga mod campuran, terdapat dua kali pembentangan…iaitu pembentangan proposal dan pembentangan akhir (viva) yang akan dinilai oleh dua orang pensyarah penilai.

Ringkasnya..kalau ambil taught course…gi kelas jer macam undergraduate. Lepas tu buat basic research – lebih kurang seperti PSM. Kalau ambil Mixed-mode pula…ambil kelas juga..tapi tak banyak. lepas tu buat research yang besar sikit. Kalau ambil Full research..tak perlu gi kelas..buat research jer. Kalau gi kelas pun, kelas wajib Universiti atau fakulti jer.

Kalau takut tengah sambung tiba2 kena posting…kita masih dibolehkan menukar mod pembelajaran supaya kita masih boleh posting dan dalam masa yang sama masih boleh meneruskan pengajian…kalau posting di sekitar tempat belajarlah. Kalau UTM misalnya…posting sekitar Johor.

Kuliah..?? Saya dah bekerja..masa bila pula nak pergi kuliah ni..?

Kebanyakan kuliah untuk program Sarjana di Fakulti Pendidikan UTM diadakan di sebelah petang...dari jam 4.00 pm sehingga jam 7.00pm. Jadi kepada yang bekerja sebagai guru yang mengajar di sebelah pagi, anda boleh mengikuti sesi kuliah di sebelah petang tersebut. Bagi anda yang mengajar di sebelah petang pula…hmmm…yang gatal mengajar sebelah petang tu buat apa..?? Cuba usahakan supaya dapat mengajar di sebelah pagi ya…hee hee

Nak sambung kursus apa..??

Nak sambung kursus apa…? Satu lagi soalan yg memeningkan kepala. Tanya diri sendiri…nak jadi cikgu ke atau nak tukar bidang…(jadi pensyarah misalnya satu hari nanti). Atau nak jadi cikgu yang ada kepakaran tambahan..contohnya guru Matematik tetapi ada master dlm ICT atau Teknologi Pendidikan.

Adalah digalakkan kita sambung dalam bidang yang selari atau penambahan dengan bidang semasa undergraduate kita. Katakanlah semasa undergraduate kita kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik), maka bermakna kita boleh kembangkan dalam salah satu bidang tersebut. sama ada :

  • master dalam bidang pendidikan (misalnya; pengurusan, psikologi dan sebagainya)
  • master dalam bidang pendidikan fizik
  • master dalam bidang fizik
  • master dalam bidang IT & Multimedia (Educational Technology) – paling best..hee hee

Kalau cadangnya nak sambung belajar di Fakulti Pendidikan, UTM..boleh tengok senarai kursus lengkap yang ditawarkan di sini ya:

http://www.fp.utm.my/academic/bipostgrad/

Atau sekiranya anda berminat untuk bertukar disiplin..boleh juga sambung dalam bidang yang tiada kaitan dengan pendidikan..sebagai contoh nak cuba melompat ke Fakulti Sains Komputer atau Fakulti Sains misalnya. Tapi kalau buat begini biasanya kita perlu mengambil beberapa subjek tambahan…maka mungkin kalau sambung secara separuh masa, lambat sikitlah nak grad.

Yang terbaiknya ialah kita sambung dalam bidang yang berhubung kait dengan bidang kita masa undergraduate. Tapi kalau ditakdirkan ingin berhijrah….pastikan kita boleh membuat hubungan apa yg kita pelajari semasa undergraduate dengan apa yang bakal kita belajar semasa di peringkat sarjana itu nanti. Itu lebih baik dan memberi manfaat kepada ilmu. Sekurang2nya kita bersifat adil kepada ilmu yg telah dipelajari sebelum kita mencurahkan kasih kepada ilmu baru yang bakal dikenali.

Boleh tak ambil master yang tiada kaitan dengan Pendidikan ??

Boleh tak ambil master yang bukan pendidikan….?? Boleh..no problem..tapi sebaiknya biarlah ada kaitan sikit dengan bidang tersebut. Tidaklah berbeza sepenuhnya sangat kerana tujuan sambung belajar ke peringkat master atau PhD ialah untuk menjadikan kita pakar dalam bidang kita. Contohnya, sekiranya semasa undergrad bidang kita Sains…tak salah kalau semasa master kita sambung bidang Educational Technology kalau kita minat IT..dan kita kembangkan kajian ke arah IT dan multimedia dalam bidang ilmu Sains.

Begitu juga kalau masa undergrad kita bidang Pendidikan Kimia dan Komputer,  semasa master kita sambung bidang Pengurusan & Pentadbiran dalam Pendidikan…sebab kita suka sangat mengurus dan mentadbir orang. Mana tahu senang sikit nak jadi Pengetua nanti. Atau..kita malas nak posting..dan kita sasarkan selepas selesai Master kita ingin memohon untuk menjadi pensyarah..maka sambunglah bidang yang membolehkan kita menjadi Pensyarah dalam bidang yang diingini.

Seperkara lagi yang perlu difikirkan sekiranya kita berhasrat untuk bertukar bidang sepenuhnya, ada kemungkinan kita perlu mengambil subjek tambahan yang diperlukan..maka mungkin lambatlah sikit gradnya nanti. Tapi..ringkasnya tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Macam mana nak pilih Penyelia ?

Jangan risau tentang penyelia atau supervisor kajian. Ianya akan ditetapkan oleh pihak Jabatan kelak mengikut kesesuaian bidang dan beban tugas penyelia. Anda akan diberi seorang penyelia yang juga akan merangkap sebagai penasihat akademik di sepanjang pengajian anda kelak. Walau bagaimanapun, anda berhak untuk mencadangkan nama penyelia kegemaran atau pilihan anda kepada pihak Jabatan untuk dipertimbangkan. Sekiranya sesuai dengan bidang penyelidikan, dan penyelia itu sendiri memang masih ada ruang untuk menerima pelajar, permintaan anda akan dipenuhi. Bagi yang berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Multimedia (Teknologi Pendidikan), di Fakulti Pendidikan UTM…berikut merupakan senarai bakal penyelia yang boleh dilamar kelak…semuanya suci, bersih dan bermutu tinggi….

Senarai nama dan wajah comel pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM.

Nak lihat “keseronokan” pelajar PhD dan pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan bersuka-ria dalam persekitaran dunia akademik….perjumpaan mingguan dan sesekali kami makan-makan bersama.

dan sesekali kalau ada Research Grant dan Conference yang sesuai..kita boleh pergi berjimbaraya bersama-sama 😀

Nak lihat betapa seronoknya penyelia dan pensyarah menerima tesis yang anda hasilkan untuk disemak sebelum anda membentangkannya dengan penuh keyakinan di hadapan para penilai (hee hee)

Nak lihat bagaimana seronok dan riaknya pelajar-pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan membentangkan projek laman web masing-masing – subjek MPT1393 – Pembangunan Multimedia Menerusi Web (hee hee)


Berapa lama boleh habis belajar ? Takut tak kahwin saya nanti..

Biasanya, untuk program Sarjana, sekiranya anda pelajar sepenuh masa, anda boleh menyelesaikan pengajian dalam 2 atau 3 semester pengajian (1 hingga 1 1/2 tahun). Untuk program PhD pula…anda boleh menyelesaikan pengajian dalam 6 semester (3 tahun). Bagi anda yang terlalu sayangkan ilmu dan inginkan lebih masa menikmati saat-saat indah bergelar seorang pelajar Post-Graduate…boleh saja menambah masa yang diperuntukkan mengikut keperluan masing-masing (tetapi ada maksimum masa yang dibenarkan).

  • Masa maksimum bagi program Sarjana (sepenuh masa) ialah 6 semester (3 tahun) dan 10 semester (5 tahun) bagi anda yang menyambung pelajaran secara separuh masa. Masa minimum bagi pelajar Sarjana separuh masa dibenarkan menyelesaikan pengajian pula ialah 4 semester (2 tahun)
  • Masa maksimum bagi program PhD (sepenuh masa) ialah 14 semester (7 tahun) dan 18 semester (9 tahun) bagi anda yang menyambung pelajaran secara separuh masa. Masa minimum bagi pelajar PhD separuh masa dibenarkan menyelesaikan pengajian pula ialah 8 semester (4 tahun)

Ringkasnya…kalau nak kahwin cepat (bagi anda yang belum berkahwin semasa mula menyambung pelajaran)…habiskan belajar tu cepat sedikit ya..kalau tidak, memang confirm anda akan menjadi seorang yang pemarah semasa belajar nanti (kerana melihat kawan-kawan yang tidak sambung belajar telah pun bersuami/beristeri dan beranak-pinak…)

Bagaimana dengan Penaja, Biasiswazah ?

Banyak ruang yang disediakan, tetapi mengikut rezeki dan usaha masing-masing. Antaranya:

  • Skim Pelajar Bekerja (SPB)…daftar nama dengan HEMA. Boleh kerja di mana2 dalam UTM yang memerlukan pembantu. Sama ada dalam bidang pengkeranian, pembangunan web, multimedia atau tolong makcik cleaner (hee..hee). Gaji…ikut jam…dalam RM 7 sejam (atau maksimum RM56 sehari) dan bekerja tidak lebih 22 hari sebulan. Maka kalau pandai Matematik….dalam sebulan dapatlah gaji dalam lingkungan RM 1232.00
  • Pembantu pengajar…teaching assistant tolong mengajar amali di makmal misalnya. Maka, sekiranya anda mempunyai pengalaman dalam bidang Grafik, animasi misalnya..boleh tolong mengajar amali subjek Teknologi Multimedia…begitulah lebih kurang.
  • Jadi Felo…tak dapat gaji. Cuma dibenarkan menetap di kolej tanpa yuran asrama sepanjang menjadi felo. Kelebihan..dapat bilik besar, jalan-jalan cari makan..etc. Problemnya….dei sebelah malam…banyak meeting felo.
  • Graduate assistant…boleh mohon mulai semester 2 pengajian. Syaratnya…pelajar sepenuh masa, tiada sponsorship. Biasanya bertugas membantu pensyarah mengendalikan kelas. Lebih kurang seperti pembantu pengajar cuma bayaran lebih sedikit…
  • Biasiswazah myBrain15 – myPHD, myMaster…antara biasiswa popular yang mula diperkenalkan baru-baru ini (dalam 2 tahun lepas kalau tak silap). maklumat lanjut boleh di capai di laman web MOHE.
  • Biasiswazah Zamalah – Biasiswa dari UTM sendiri. Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman web Sekolah Pengajian Siswazah >> Biasiswa

Lain-lain..kerja kat Jusco ke Giant ke, Tutti Frutti ke..hee hee… ataupun bagi yang perempuan..cari bakal suami yang dah bekerja. Boleh terus tolong sponsor nanti. Bagi yang lelaki…hmm…kita redha jerlah…kena cari kerja ya…jangan gatal-gatal nak pergi lumba haram atau buat kerja-kerja yang haramlah pulak ya…Dosa…

Atau..baca paper..kadang2 ada iklan dari universiti-universiti tempatan, USM, UiTM misalnya, yang menawarkan skim pensyarah muda lebih kurang. Kita mohon..mereka akan taja kita untuk belajar dalam bidang yang diperlukan. Lepas tu, bila kita habis belajar terus jadi pensyarah di universiti berkenaan dalam tempoh masa yang diperlukan.

Sudahlah tu…banyak tulis pula. Macam mana nak memohon ni??

Hee hee…sorrylah..terover ceritalah pula. Permohonan boleh dilakukan terus secara online. Sila ke laman web Sekolah Pengajian Siswazah ya. Semua maklumat..borang permohonan, prosidur permohonan, maklumat tentang yuran pengajian dan sebagainya, ada di sana. Carilah sendiri ya. Bakal pelajar Sarjana atau PhD katakan…tak akanlah nak cari maklumat asas begitu pun tak boleh kan kan kan kan..?

Sekian….penat juga menaip sesuatu yang berfaedah ni ya….air..air….(kalau dapat Tutti Frutti pun best juga ni…

Kepada semua yang berminat untuk meneruskan pengajian anda di peringkat Master atau PhD di UTM, bolehlah ke laman web Sekolah Pengajian Siswazah di sini untuk maklumat lanjut. Penatlah kalau nak cerita semua di sini.

Selamat belajar….dan didoakan agar dipermudahkan semua urusan anda….

Posted on May 29, 2012, in Akademik and tagged , , . Bookmark the permalink. 157 Comments.

  1. kenapa semua biasiswazah tu dia offer utk org tak kerja je? kenapa org kerja tak leh dapat biasiswa??..ini tidak adil….

  2. Sebab orang dah kerja…dah ada duit. boleh simpan duit…Hee hee. Lepas tu, orang yang dah kerja, nanti boleh mohon biasiswazah yang lain dari KPM misalnya, boleh cuti separuh gaji, boleh cuti belajar penuh, gaji jalan dan macam-macam lagi. Pendek kata…setiap orang ada laluan masing-masing….

  3. tengkiu lah..! blog ni byk menjawab soalan yg terbuku di minda ni.. nk sambung juga, tp tu lah, byk pulak persoalan dlm diri ni, mcm persoalan kt atas td tu lah. nasib baik ada jwpn, at least ada la yg terjawab skit2.. hehe.. tq2..

  4. pn zamalah..??hahaha~sakit perut gelak..

  5. keputusan muet diambil kira ker untuk smbg master?

  6. kenapa web vpn ni asyik error je… susahnye nak download jurnal kalau takde vpn utm ni… semua nak kene register n bayo… dunia..dunia…kenapa vpn ni..kenapa…

  7. salam…saya nak tanya pendapat berkenaan dengan master dlm pendidikan matematik..boleh saya tahu email tukang rojak,sbb ada byak persoalan saya nak tnya..lgi2 sya mmg teringin nk smbung master di utm..harap dapat membantu… 🙂

  8. as salam.nak tanye pendapat cikit.sy skrg sedang bekerja sebagai guru tp belum tetap.tiba2 terasa nak sambung master plak.rase yg sesuai tuk sy part time @ full time.sy bercadang ambik master yg mix (coursework+research)..TQ

  9. Siiti Rokayah Ahmad

    t.kasih, tulisan ni byk mmbantu. sy first degree pure science geology, brcdg nk buat part time master sains sukan. mohon bantuan & TQ again

  10. assalam..
    Betul, banyak info sy dapat dr sini.. Tenkiu =)

    Em, saya nak cuba buat phD terus,ada pape risiko tak? Tapi sy berminat dlm bidang pendidikan (misalnya; pengurusan, psikologi dan sebagainya). ada tak?

    pun begitu, saya suka teknologi, spt terlibat dgn grafik, membuat bahan p&p dll. selain tu, saya teringin nak explore ttg sistem key in markah yg cekap..

    ada apae2 suggestion utk saya, tuan?? tq

  11. assalam… saya ni cikgu…apply hlp banyak kali gagal. Pastu minta master dengan semangat gaji yang ada mampu tanggung sendiri la konon… dapat la pulak masuk Februari 2013. Try mintak tangguh masuk September cos tak sedia masuk awal, cuti pun tak lepas lagi. Bila tanya KPM , tunggu tawaran HLP & CBBPTB dibuka yang tak tau bila tahun depan katenye… biasa buka tengah tahun, sempat ke tidak permohonan diluluskan… tak kan nak cuti tanpa gaji kot, nak bayar yuran ngan ape? last-last kene tolak jer, tak blacklist ke nanti… ayo, kawan2 yang budiman… tolong bagi semangat kit… tqvm

  12. ” Salam…..Bila ya kita boleh tahu keputusan permohonan sarjana pendidikan dari UTM nie untuk pengambilan semester 2 2013 ? “

  13. love reading this. thank you for the info 😀

  14. nak tanya, postgraduate selalunya boleh dapat hostel tak?

  15. Salam,sy ingin btya sy dr degree Pentadbiran muamalt.. bcita-cita ingin myambung master,kursus apa yg sesuai utk sy atau blh ke jika sy mnymbung pengajian didlm kursus syariah?? Harap dpt mbantu;)

  16. salam.sy nk tanya,misalan kata sy da dpt mybrain15 n skang sy berada di sem ke2 tp sy nk tnagguh pengajian 1 semester(sem3) boleh ke?mcm mna dgn mybrain15 sy,adakah ia dtarik balik or die dihentikan tuk 1 sem n nnt ble da smbung next sem diorng sambung baya blik??. sy student master.

  17. salam..blh x buat master wlaupun juz memiliki kelulusan Diploma sahaja dgn pengalaman kerja 2 tahun.

    • Normal dan biasanya…kelayakan untuk menyambung pelajaran ke peringkat master ialah ijazah sarjana muda…bermaksud dari Diploma perlu sambung belajar ke peringkar Sarjana Muda dahulu dan seterusnya barulah boleh ke peringkat Master.

  18. salam.. sori mngkin lari dari topik..
    sy sekarang di tahun akhir pengajian..
    so ade srg lcturer yg ajak sambng master dengan die..
    for first year sy perlu jadi research assistant..and katenye second year sy boleh apply master..
    tp sy ni tak pasti lagi nak buat keputusan.. masih terfikir-fikir nk kerja or sambng..
    sy terfikir macam mana kalau masa sy jadi reserch assistant tu tiba2 sy dapat kerja.. of koz sy lebih prefer nk kerja.. tp sy takot RA ni terikat ikot kontrak.. nk tnya pada lcturer tersebut agak segan..

    • Yupp…RA biasanya ada ikatan kontrak 1 atau 2 tahun (atau bergantung kepada surat lantikan yang diterima). kalau lecturer tu betul nak membantu…boleh sahaja sambung master terus pada tahun pertama tu…tak perlu tunggu setahun jadi RA kerana masa semasa kita sambung belajar tu…kita boleh dilantik terus sebagai RSG (Reserach Student Grant) misalnya…so dua dalam satu…gaji dapat, master dapat, dalam masa yang sama membantu penyelia membuat reserach tu….so win-win situation

  19. Salam…sy berminat nk amik master pendidikan teknologi…sy menetap di segamat…ada tak tempat yg hampir…

  20. salam. sy nk tnye ni xbkenaan dgn utm, bleh ke? huhu. sy berminat nk smbung master di usm scr sambilan. tp sy dgar di usm jadual kelas nya adalah on weekdays. sy da cuba google jadual klas utk master di usm tp xdpt. maaf la kalau soalan sy tak related dgn artikel ni. huhu

    • kalau di UTM..kelas untuk master memang weekdays, sebelah petang iaitu jam 4-7pm kecuali bagi program yang dijalankan secara persisir (luar kampus), yang ini kelasnya memang weekend..tapi tak banyak kawasan..contohnya sabah, Serawak, KL, Melaka etc…(ikut program). Kalau di USM pula…sepanjang pengetahuan saya ada yang weekdays dan ada yang weekend. kalau weekdays kelasnya ada yang dari jam 5pm-8pm atau 6pm-9pm. Mungkin perlu semak terus dengan pihak USM, takut info saya ni sudah tidak relevan.

  21. thanks bro.. aku memng ada rancang nak sambung master@sarjana, tapi sijil Ijazah sarjana muda aku ada masalah sikit (dalam proses penyelidikan) dengan pihak JPA. Aku grad di IAIN Aceh Indonesia. So kalau nak sambung, Ijazah sarjana kene ada pengiktirafan dari JPA jugak ke bro? mohon dibalas. Time kasih.

    • Setahu saya, kebanyakan Universiti sememangnya memilih pelajar yang graduan dari Universiti yang diiktiraf oleh JPA…takut nanti tak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak akredetasi pula (MQA misalnya). Kalau tidak disenarai atau kes-kes unik seperti saudara ni..kenalah dapatkan surat sokongan atau surat pensetaraan yang boleh membantu pihak universiti membuat keputusan. waalahualam.

  22. Sgt bermanfaat. Tq for sharing

  23. tqvm… such a good info… 🙂

  24. sy jua akan sambung master dalam pendidikan teknologi maklumat di UPSI mei ini…cuma cuti sekolah shj akan trn belajar…wat secara part time…program ni khas untuk guru2 yg mengajar di sabah dan sarawak…option sarjana muda sblm ni pendidikan perakaunan….sy sdg cari silibus supaya ada persediaan ckt2…tq atas perkongsian maklumat yg sgt berguna ini…

  25. Soalan saya…blh ke yg sdg buat degree memohon utk buat master jg? Sy pnh dengar ni..tp..betul ke ade, klo ade bmna kaedahnya?

    • Setahu saya untuk sambung master mesti ada degree. Walau bagaimanapun ada universiti yang membenarkan masa degree khususnya pelajar tahun akhir/sem akhir memohon master dengan menggunakan transkrip peperiksaan (yang kemudiannya perlu dibuktikan telah lulus penuh masa mendaftar kelak).

  26. rahimah ahmad

    berapa ya jumlah yuran utk master pendidikan

  27. saya pelajar undergraduate bkn pendidikan lau buat master nanti blh x saya nak sambung dalam bidang pendidikan???

  28. assalamualaikum tuan, sy ada beberapa soalan dan harap jwapan tuan dapat membantu.

    sedikit background sy:
    – diploma kej. elektrik mekatronik dari UTM
    – sy baru sj grad Ijazah sarjana muda pendidikan (kejuruteraan elektrik) dari OUM.
    – sekarng bekerja swasta dgn gj diploma bidang teknikal
    – pengalaman kerja hampir 10 tahun
    – berminat menjadi pengajar/pensyarah

    sy bercadang menyambung pengajian ke peringkat master spenuh masa.
    soalan sy:

    1) mode pengajian apa yang sesuai bg pengajian sepenuh masa; research, coursework, mix mode?

    2) step mohon untuk jadi GRA

    3) adakah mode full research maka sy secara automatik mnjadi GRA?

    4) antara master pendidkan dan master kejuruteraan yang mana cadangan tuan untuk sy.?

    5) IPT cadangan?

    terima kasih

  29. thanks…sgt berguna info yg diberikan…

  30. salam…sambung master dlm bidang teknologi pendidikan ni adakah terlalu susah/berat utk sy yg tidak ada basic IT?..degree sy dlm Matematik….tq for info yg sgt berguna..

    • Susah nak cakap…kerana ada yang pernah masuk tanpa kelulusan khas dalam bidang IT tetapi minat untuk explore dan mencuba..boleh jer lulus dengan jayanya. Ada juga yang lulusan dari Science Comp..pun terkial-kial sebab rasa diri dah terrer. Bidang edu tech di FP, UTM lebih bersifat visual (grafik, animasi, multimedia, pengurusan sumber etc) hanya satu subjek sahaja yang ada sedikit programming (yang selalu menjadi masalah kepada yang kurang kemahiran logik-matematik). kalau ada usaha dan kerajinan..insyaallah Allah akan permudahkan nanti…

    • Susah senang tu agak subjektif kerana nilainya bergantung kepada individu. Tetapi sepanjang pengetahuan saya tidak semua yang turut serta dalam program ini mempunyai latarbelakang IT yang kuat. Ada yang datangnya dari bidang Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya. Dengan usaha dan minat, insyaallah segala urusan akan dipermudahkan olehNya.

  31. aslm. terima kasih untuk info yg dberikan. sy dpt tawaran utk sambung master pendidikan tetapi sy mempunyai degree dlm bidang lain. sy nak tya, adakah bidang master dlm pnddkan ini sama spt degree pnddkn, mksd sy..student degree pnddkn akan keluar menjadi guru. adakah saya juga mempunyai kelayakan menjadi seorang guru. terima kasih.

    • Program Master Pendidikan tidak melayakkan seseorang itu untuk menjadi seorang guru kerajaan di bawah KPM kerana guru di bawah skim perkhidmatan pendidikan perlu mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan (ie degree pendidikan, sijil perguruan, DLP, KPLI etc).

  32. cikgu dpli utm

    Salam…sy nk tanya..klu ijazah kejuruteraan usm dh smbg dpli n dh posting leh apply master education kat utm x?n xde ke kelas master utm buat kat tmp len cth kuantan ke.thankk in advance

    • Untuk program MEd UTM, selain program di kampus utama, terdapat juga beberapa program (berdasarkan permintaan dan pasaran) yang dikenali program Pesisir yang dijalankan di luar kampus di beberapa bandar di seluruh Malaysia. Biasanya lokasi tersebut ada diiklankan bersama2 dengan iklan kemasukan program. Kalau tak silap saya, antara lokasi di mana pernah di adakan program pesisir ialah Batu Pahat, Segamat, Melaka, Kuantan, Kota Kinabalu etc….

  33. Assalam… sy akan graduate xlama lg dgn degree in IT(Software Engineering). sy bercadangkan utk sambung master. mmg selama neh sy cari bidang yg ada kaitan dgn multimedia dan sy trjumpa pulak entry neh. terima kasih =)

    cuma sy nak tanya, adakah utk sambung master dalam bidang IT & Multimedia (Educational Technology) ini mesti ada degree pendidikan juga?

    • Tak semestinya perlu degree dalam bidang pendidikan. Tetapi biasanya, saudari dikehendaki mengikuti beberapa subjek pra-syarat yang berkaitan bidang pendidikan bagi membantu meningkatkan kefahaman konsep2 asas dalam bidang pendidikan.

  34. Salam. Sy baru masuk sem 2 part time kat UTM. If nk tukar untuk full time, sy kena isi borang pertukaran yg memerlukan sign penyelia & timb. Dekan. Mcm mne sy nk dptkan sign dy org? Sy tanya admin, jwb x clear la….

    • Nak dapatkan tandatangan penyelia..pergilah ke pejabat penyelia tu. nak dapatkan tandangan timbalan dekan..pergilah ke pejabat timbalan dekan tu. hee hee.

      ps : kalau nama penyelia masih belum dikenalpasti, boleh jumpa ketua jabatan atau penyelaras program. Kalau tak tahu juga, pergi sahaja ke pejabat di fakulti tu. tanya sahaja mana2 kerani postgraduate…insyallah mereka akan membantu.

  35. apa beza mainstream dengan externel program?

    • Mainstream – aliran perdana, sepenuh masa dan kuliah/program dijalankan di kampus seperti biasa.

      External – juga dikenali dengan pelbagai nama lain (di UTM misalnya dikenali sebagai program Pesisir) merupakan program luar kampus, di mana-mana lokasi yang terdapat permintaan. Pelajar tidak perlu ke kampus sebaliknya pensyarah/penyelia yang akan bergerak ke lokasi yang ditetapkan. Kuliah juga biasanya diadakan di hujung minggu dan yuran juga biasanya lebih mahal berbanding dengan aliran perdana.

  36. salam… saya sedang menunggu panggilan untuk posting tpi dlm masa yang sama saya juga ingin melanjutkan pelajaran dperingkat sarjana…di sini saya ada beberapa soalan.
    1. kalau saya sambung dulu baru posting berapa lama saya boleh menangguhkan pengajian?
    2. bagaimana saya ingin membatalkn pengajian di pertengahan sem dan bagaimana dengan yuran mengajian?
    3. jikalau saya posting dlu baru sambung belajar.. adakah saya perlu mengajar untuk beberapa tahun baru dibenarkan menyambung pengajian..???

    terima kaseh=)

    • 1. Berapa lama boleh tangguh pengajian?
      Setiap universiti mungkin berbeza peraturannya. Di UTM misalnya, syarat tangguh pengajian ialah tidak boleh lebih daripada 2 semester berturut-turut. Maksudnya, kalau selepas setahun lebih (atau 2 semester), saudari perlu mengikuti pengajian pada semester 3 dan sekiranya terpaksa, tangguhkan semula pengajian pada semester ke 4…yang penting tidak lebih 2 semester berturut-turut.

      2. Bagaimana membatalkan pengajian di pertengahan semester dan status yuran?
      Boleh buat surat ke pihak Universiti atau pun mengisi borang yang disediakan. Sekiranya penangguhan pengajian, yuran akan dikembalikan selepas dipotong peratus yang ditetapkan (mengikut tempoh masa pengajian yang diikuti). Tetapi sekiranya pembatalan pengajian, kalau tak silap saya…yuran di anggap burn..tidak akan dipulangkan.

      3. Selepas posting, bila boleh sambung pengajian?
      Bila-bila masa. Kalau cgpa semasa undergraduate 3 pointer ke atas, saudari boleh mulakan pengajian bila-bila masa. Tetapi sekiranya kurang daripada 3 pointer, ada syarat tambahan yang mungkin disediakan; contohnya pengalaman mengajar tidak kurang 2 tahun dan sebagainya.

      Saudari boleh semak website universiti untuk maklumat lanjut dan lebih tepat kerana setiap universiti berbeza sedikit syarat dan peraturannya.

      Harap ianya membantu…..

  37. salam, saya berminat nk jd seorang guru.skrg ni tgh wat degree final year.ingt nk sambung ambik master. klau master holder, had umur nk apply brape
    ?

  38. apa yg saya maksudkan umur yg dihadkan utk aply guru brape?apa yg saya dengar tdk lebih dari 35 thn.betul ke?

  39. salam..agak2 ciri2 cmne yg perlu ada klu kita master mixed mode ni 🙂

  40. Thank you atas info yg diberikan! Saye bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pensyarah ipta tetapi skrg persaingan sangat kuat. Saya pernah bekerja dlm industri tp rse xpuas sbb still xcapai target atau cita2 saye. Akhirnye berhenti kerja dan skrg bakal lanjutkan pelajaran peringkat master di uk. Harap2 satu hari nanti adelah rezeki saya dilamar utk jd seorg pensyarah…;-)

  41. assalamulaikum tuan rumah… saya baru menyambung master.. tetapi skrg sy rasakan course yg sy dpt skrg seperti tidak sesuai dgn diri sy dan sy mcm tak dpt untuk teruskan.. untuk quit dirasakan syg… boleh ke jika saya nak tukar course? huhuhu

    sy pelajar pendidik dn menymbung master pndidikn…

  42. As’salam.. mohon utk bertanya sedikit…

    1. saya ada degree dr UKM tapi bukan dlm bidang pendidikan, boleh x saya nak smbung master pendidikan di utm?

    2. saya ingin tahu, bila permohonan sem 2 sesi 2013/2014 mula dibuka ye?

    3. jika saya sudah mempunyai master dlm pendidikan, bagaimana dgn peluang kerjaya..adakah kita sudh ada link dgn KPT untuk diberi tempat sebagai pengajar atau perlu memohon kerja sendiri..

    trima kasih.. 🙂

  43. nak sambung master dah lama …baru skg byk persoalan terjawab terima kasih pd penulis blog ni…cuma umur dah 41 tahun dah tua rasanya..masih ada tak tpt nak mohon biasiswa..saya guru ijazah dulu dalam teknologi maklumat dan nak sambung pun dalam bidang pendidikan teknologi maklumat so kat usm ada tak master dlm bidang yang saya nak mohon dan biasiswa yang sesuai…tq 😉

  44. Salam…info sangat berguna…cuma kalau tempoh permohonan utk sem 2013/2014 dah terlepas…bila lagi biasanya akan dibuka?

  45. Assalamualaikum admin.. saya tgh bt degree Pengajian Islam tahun akhir di Kolej Swasta,,
    boleh kah saya bt master dalam bidang pendidikan?

  46. Assalamualaikum,saya sangat berminat untuk menyambung pengajian terus ke peringkat PHD,ini kerana saya pelajar yang tak normal (spt yg ditulis di atas) kerana saya berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama di salah sebuah 1PTA DI Malaysia dengan CGPA 3.69 sahaja,mohon sedikit nasihat dan pendapat, IPTA (selain UTM) mana yang menawarkan peluang sedemikian? terima kasih daun keladi 😉

  47. Hi. Nak tanya, macam mana nak tau entry requirements untuk apply masters kat UTM eh? Cari2 tak jumpa pulak.

  48. Assalamualaikum nak tanya nih.. kalo kita mase degree account n then nk cont master pndidikan matematik agak2 nye boleh ke tdak ye?

  49. assalam..saya baru grad dr upsi..sy nak tnyer pasal fast phd tue..yang tak normal tue..selain utm, ada tak u lain yg offer macm nie??

  50. Mmm..gud info….ai dah hampir 10 tahun keje gomen…since takde orang nak masuk minang ai ingat nak sambung blaja jer….harap2 dipermudahkanlah yer…

  51. Asslm.. sy mohon master maths edu fakulti pendidikan sepenuh masa. Kat mna sy boleh tgk subjek yg sy akn belajar nanti? Waktu mmg petang jer blajar erk…

  52. Salam, Saya akan sambung master nanti.. full research.. nanti ada tak sesi kelas, tutorial untuk pelajar mendalami sesuatu bidang.. sebab saya buat master by research.. dlm fikiran saya akan buat research dan di guide oleh supervisor..it just research activity or ade learning tutorial cam coursework? sy tertanya2 nanti ade subjek tak yg akan di ajar.. kalau tak ada subjek cam ne kita boleh layak untuk mengajar student suatu hari nanti kan?

    • salam, saya mempunyai degree dalam pendidikan dengan sains pengkhususan dalam matematik, boleh ka saya ambil master dalam bidang pure math/ statistic/applied math? dan adakah universiti yang menawarkan program master berkenaan secara kerja kursus? terima kasih

      • Bergantung kepada Fakulti/Universiti. Ada universiti yang membenarkannya tetapi dengan mungkin beberapa syarat tambahan seperti mengikuti beberapa kursus pra-syarat dalam bidang yang berkaitan.

    • Kalau sambung Full research saudari boleh sahaja masuk mana-mana kelas yang diperlukan (seperti mana rakan-rakan yang mengikuti full coursework) untuk menambah ilmu sendiri..daftar sebagai hadir sahaja misalnya (dengan kebenaran pensyarah dan penyelia). Biasanya kelas sebegini tidak memerlukan saudari mengambil final exam dan sedikit tugasan mungkin perlu dibuat sekiranya diperlukan oleh pensyarah terbabit. Tambahan pula…membuat research itu sendiri sebenarnya akan mengajar saudari mendalami ilmu dalam bidang berkaitan dan insyallah dengan usaha berterusan..ia cukup untuk menjadikan saudari seorang pensyarah kelak…

  53. Salam..sy ada mohon master utm dlm bidang biotechnology tp masih xda jwpn..sy tkt lau sy cr keje t dpt tawaran plak..slalu bila keputusan tawaran akan di kua kan..

  54. Slm..wahhh dgn tekun saya membaca dr ats smpai ke akhir komen.hehwhe..
    Saya sbenrnya tgh kompiuz..saya memg ada hjt yg sgt2 bsar utk smbung ke master…skrng nie saya trikat contract stahun bersama satu company sbgai apprentice.saya akn tmt pada july nie elok jew lpaz raya hoho..saya tringin sgt2 nk mngajar..mula2 nak mnjadi pensyarah lpaz 2 rsa mcm tkowt plak xdk pluang pkerjaan sebab ada mster pown mcm sush jew nk apply jd lecturer..hari2 saya lalu dpan skolah saya.saya tringin lak nk membalaz budi dgn mnjadi cikgu d skolah rendh@ mnengah..so sy mencari2 la kos master in education technolgy sebab saya dr dip smpai ke deg saya dlm aliran IT mcm xbley pisah lak hehe..
    Soalan saya berbunyi begini ewahhh hahaha.. slepas tmt blajar master layak kew saya utk apply mnjadi seorang guru? Cara2 nak apply kat mn nk apply or kena pergi direct ke skolah trsebut utk apply jd ckgu…ckgu apa yg saya layak utk mngajar slain dr IT?? jika skolah rendah saya rela mngajar BI MATH Bm n sama waktu dgnnyaa..
    Erm..mcm mn ek?? Kompiuz2..
    Akhir kata saya berharap agak persoalan saya dijwb terima kasih…
    Hehehe
    Yg ikhlazz
    Ingin tahu

    • Tahniah kerana mempunya minat yang ikhlas dalam bidang pendidikan…di kala semakin ramai yang memandang rendah pada bidang tersebut. Untuk menjadi seorang guru, sambung belajar dalam bidang sarjana pendidikan bukanlah langkah yang terbaik kerana ia tidak menjanjikan peluang tersebut. Saudari masih perlu mempunyai kelayakan akademik dan latihan ikhtisas (Sarjana muda dalam bidang Pendidikan) ataupun bagi sesiapa yang telah mempunyai degree dalam bidang berbeza boleh sambung belajar dalam Diploma Lanjutan Pendidikan (DLP) atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Untuk terus ke sekolah memohon sendiri..memang boleh..tetapi hanya sekadar guru sandaran atau guru sementara sahaja. Boleh jug ake arah bidang pendidikan yang lebih tinggi…bila dan ada master..boleh mohon menjadi pensyarah politeknik, kolej matrikulasi, universiti-universiti muda atau intai juga peluang-peluang tawaran skim pensyarah muda/tutor etc yang menwarkan biasiswa untuk sambung belajar ke peringkat phD dan seterusnya menjadi pensyarah terus di universiti yang menwarkan biasiswa tersebut.

      • ermm….mnarik jugak 2…ermm..hari 2 saya ada dgr direct dr wakil usm bahawa terdapat fellowship,.saya rsa trtarik gler ngan fellowship tapi syarat dia kena amek master by research only.. 2 sebab nyer yuran ditanggung dan dlm sminggu kita kena mngajar dlm 6jam dan dibayar sebanyak rm 16++ monthly..ermm..mnarik2..saya rsa saya akn ke arh mnjadi seorang lecturer insyaAllah..apa pandangan awk? hohoho…kompius2

  55. salam. So informative. thx for sharing. what if i am post-grad civil eng, better sambung master in civil or apa?… ramai kwn2 and also my boss ckp, better smbg master in business, MBA… what’s your opinion?.tqvm

  56. Assalamualaikum. Saya dah jadi guru dari 2001 lagi……ijazah pertama dari UKM major PSikologi Dan Sejarah…n kat sekolah saya mengajar Pra universiti t.6 sejarah. N Aliran perdana tg.4,..,,,saya sangat2 berminat nak Sambung master dLM bidang sejarah mengkhusus Sejarah ISlam….n kalau boleh yang Ada manfaatnya untuk perkembangann ISlam di bumi Sabah,,,,,adakah patut saya buat research sepenuh masa atau …..saya berminat nak jadi pensyarah dalam bidang sejarah Islam…….tolong bagi saya pencrahan…..t kasih

  57. Assalamualaikum..
    Sy kini sedang melanjutkn pengajian di peringkat master di uk dlm bidang computer Sc.Sy memang berminat utk menjadi pensyarah di IPTA dan sebelum sy melanjutkn pengajian ke peringkat master sy telah bekerja sbg pensyarah di IPTS. Tetapi sekarang utk menjadi pensyarah IPTA rata2 memerlukan Phd dan setelah sy membaca blog ini sy berminat dgn course educational in IT coz tidak lari sgt dgn course computer sc. Persoalan sy, sekiranya sy ingin membuat PHd adakah kite perlu mencari tajuk research sendiri atau ada lecturer yang telah da project or title utk student?tq 🙂

    • Bergantung kepada penyelia saudara. Terdapat penyelia yang telah mempunyai tajuk yang ingin diteruskan maka saudara digalakkan (atau diarahkan) untuk meneruskan penyelidikan dalam bidang atau tajuk yang telah ditetapkan. Ada juga penyelia yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk menentukan tajuknya sendiri (tetapi dengan penilaian, pemantauan dan kelulusan fokus atau bidang yang telah ditetapkan oleh penyelia).

  58. Assalamualaikum dan terima kasih ‘tukang rojak’ di atas informasi yang sangat berguna yang disediakan. Insya’allah semoga dapat kita semua manfaatkan maklumat yang diberikan. Tak sabar rasanya nak sambung ke peringkat lebih tinggi. ^_^

  59. salam. nak tanya. saya skrg belajar diploma dalam bidang engineering. tp bercadang nak sambung belajar dalam bidang psikologi time degree nnt. rasa2nya ad peluang tk nk blajar dlm bidang psikologi sedangkn saya tkde basic langsung untk course ni. mklm lah sbb dr sekolah mmg blajar course engineering. thnks.

    • Tak ada masalah kerana untuk 1st degree, rata-rata adalah pelajar fresh yang sememangnya tiada atau kurang basic dalam disiplin yang bakal diceburi. Tetapi, saudara/i sewajarnya sambung pelajaran dalam bidang yang telah menjadi dasar kepada pengajian saudara/i. Kalau tidak, rugilah nanti apa yang telah dikuasai sebelum ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Melainkan memang ada perancangan jangka panjang untuk bertukar bidang.

  60. Salam. Blog yang bagus. Banyak info saya dapat. Saya undergraduate sekarang, tengah praktikum. Nak sambung Master tapi tak tahu macam mana prosedur, biasiswa semua. Lepas baca ini saya dah tahu serba sedikit. Jazakallahu khairan kathira. Moga Allah merahmati penulisan tuan 🙂

  61. salam ‘tukang rojak’..sy skrg final yr fizik di UPM..dan bercadang nk smbg jurusan fizik jugak di UTM…. saya nak tanya…yuran utk tought courses, mix-mode & research sama ke??

  62. saya bercadang nak sambung belajar M.Ed (Eduational Technology) secara part time. ada tak mixed mod. kalau research macam payak sgt. Saya dah aply HLP, syaratnya mesti buat research.

  63. Salam..harap dapat bagi panduan. saya berminat utk mengajar, tapi saya bukan seorang pendidik. pekerja swasta, exec.dip human capital management..mmg nak sambung belajar tapi nak jadi lecturer in tesl…boleh tolong beri pandangan.tq

  64. Terima kasih, maklumat yang sangat membantu. Saya sdg meneliti dua universiti di Johor utk permohonan sambung Master separuh masa, tapi keliru tentang jadual kuliah. Biasanya jika kuliah diadakan pada sebelah ptg/mlm pada hari bekerja, adakah akan ada kuliah hujung minggu juga?

  65. hi, sy ad degree in pure physic. dulu sy student utm. sy nak smbung master tp in account. boleh ke mcm tu?? nak aplly dkat u mane ye?? ke kene ambik secound degree?? konpius2..

  66. Gatal ajar petang, ingat sekolah tu ko punya??

  67. Sekiranya saya masa degree dulu ambik course bukan pendidikan, adakah master pendidikan ni relevan untuk saya sambung belajar dan jadi pendidik?

    • sambung master dalam bidang pendikan tidak melayakkan saudari untuk menjadi guru kerana guru memerlukan latihan khusus perguruan di peringkat degree di universiti atau IPG. Bagi yang dah ada degree dalam bidang lain tetapi ingin menjadi guru boleh mengikuti program khas seperti DPLI/KPLI (diploma/kursus perguruan lepasan ijazah).

      Untuk menjadi pensyarah…no problem. Sentiasa relevan dan peluang sentiasa terbuka luas kelak, insyaallah (tetapi kena sambung sampai PhD lah)

  68. Assalamualaikum..terima kasih banyak2 ..rasa nk buat master la pulak… sy ada 1)diploma kejuruteraan elektronik utmkl (selepas bekerja selama 6 thn di kilang electronik. Sy berhenti maksuk maktab jd cikgu KH)
    2) Diploma pendidikan Kemahiran Hidup & pendidikan moral
    3) sarjana muda kemahitan hidup Oum
    Klu nk selari dgn ijazah sy .. sy kena ambil sarjana teknik dan vokasional kan?
    Mohon pencerahan

  69. Assalamualaikum..sya nak minta pendapat sket..sya skrng seorg guru sek rendah…berminat utk sambung master dlm pendidikan awal kanak2..tapi degre sya dlu ialah degre pengurusan sumber manusia..utk jangka msa pnjg kalau sya nak apply lectr ipta/ipts adakah perlu utk smbung mster dlm bidang yg sma dengan degre dulu atau smbung phd dlm bidang yg sma dengan master?lagi satu master pengurusan pendidikan ada link tak dengan degre pengurusan sumber manusia?tq

  70. Assalamualaikum..
    Kalau orang macam saya (umur 52) bol;eh tak nak sambung belajar peringkat PHd ?
    Sekarang dah ada Master (MBA) CGPA 3,31
    Boleh ke mohon MyBrain 15. Tengok dalam sysrat Mybrain macam macam. Ada yang kata setakat umur 45 dan ada jugak kata Mybrain PHd tak ada had umur. Boleh tolong bagi pencerahan ?

  71. Assalammualaikum. Bagi research mode. Apa beza pengumpulan data dari secondary dan primary? Antara dua yang mana lebih berbaloi apabila melakukan research mode?Dan kenapa? Mohon penjelasan. Terima kasih.

  72. AS SALAM..

    Nak tanya kos untuk master berapa ye if di UiTM (Amek coursework- full time or part time)?
    stk.

  73. assal..kalau diploma separuh masa ade tk? pjj kan.. agak2 yuran tuk pjj diploma brapa ye?

  74. salam,minta pendapat. saya degree accountancy tapi telah ambil master in business administration (MBA) . Saya berniat utk smbung phd dalan bidang international business. adakah wajar saya ambil international business. saya risau nanti x expert dalam satu bidang

    # saya ingin menjadi pensyarah

  75. Tmpg tya mcm sy bru tamat ipg taun lpas dan dipostingkan awal jan tahun ni sbg guru d sk, jd klu sy nak smbg ke master apa beza full time n part time? Adaka klu sy ambil full time sy x perlu mgajar lagi atau mcm mna? Dan mcm mna pula dgn gaji, brbza ka utk amik full time n part time?

  76. Assalamualaikum…saya ingin mendapatkan pandangan tentang situasi saya..saya mempunyai ijazah pertama dalam bidang TESL dan master dalam pentadbiran pendidikan. baru-baru ini saya ditawarkan cuti belajar untuk menyambung pelajaran dlm peringkat Phd tetapi bidang yang ditawarkan agak berbeza iaitu e-learning. untuk pengetahuan, sy hanya mempunyai basic IT sahaja..so wajarkah saya menerima tawaran tersebut memandang bidang yang berbeza. saya bimbang pengajian saya kandas dipertengahan jalan.

  77. farzeli Che mat mustafa

    assalamukalaikum, saya berhajat menyambung pelajaran peringkat Ph.D dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan sesuai dengan tugas saya sebagai pentadbir di sekolah. Saya sudah mempunyai saujana kepengetuaan dari UM (2001) dan Sarjana Muda Pendidikan (USM 1993). Bagaimanakah saya boleh mendaftar dan maklumat maklumat berkaitan program tersebut.terima kasih.

  78. assalamualaikum, saya nak tanya kalau kita diterima masuk ke ipg bagi PISMP kursus’pendidikan awal kanak2′,sejurus kita habis belajar 5 tahun tu boleh terus sambung belajar tanpa harus diposting dulu ke? ke wajib mengajar dahulu, baru boleh sambung belajar balik? terima kasih (:

  79. Assalam. Saya nk mnta pndapat antara master in human resource development dan master in business administration, mana 1 lbih bgus? sy degree in islamic finance. thnk u 🙂

  80. Megat Khudri

    Assalamualaikum. Saya nak tanya boleh tak saya sambung pengajian ke peringkat master semasa dalam kontrak perjanjian perkhidmatan? Begini, saya seorang pelajar IPG semester 5 Ijazah Sarjana Muda dan akan menamatkan pengajian pada hujung tahun hadapan. Saya bercadang untuk terus menyambung pengajian ke peringkat Sarjana sebelum posting? Tetapi saya masih terikat dekat kontrak perjanjian perkhidmatan selama 3 hingga 5 tahun. Persoalannya bolehkah saya terus menyambungkan pengajian semasa kontrak?

  81. Assalamualaikum wbt.

    Saya pelajar Degree daripada Uthm kini sedang menjalani practical di semester akhir (semester 8) di sebuah company. Pada masa sama pendaftaran di UM dalam peringkat Master kini dibuka. Permasalahan di sini UM meminta Transkip dan Sijil daripada universiti sebagai bukti. Transkrip dan sijil hanya dikeluarkan selepas konvo. Tarikh tutup Master di UM adalah sebelum tarikh konvo saya. Ada tak alternatif lain selain menggunakan Transkrip dan Sijil tersebut.

    Sekian.

  82. salam.. saya dah habis 2 sem for class. nak masuk sem 3 tuk tesis. saya dapat biasiswa mymaster. saya bekerja dan belajar. dalam kepale saye ni masih xjumpe tajuk yang sesuai tuk tesis saye. memandangkan saye bekerja dalam bidang lain dan menyambung pelajaan dalam bidang yang berbeza iaitu sejarah. so agak sukar tuk saya manage. boleh tak bantu saye?

  83. terbaik
    semoga allah membals budi

  84. SALAM.

    Berapa lama eh ipta proses pengambilan phd?

  85. Assalamualaikum.. sy graduate major dlm bidang sejarah falkuti kemanusiaan. Adakah sesuai untuk saya sambung sarjana pendidikan sejarah

  86. Norazima Mohamad

    saya dah dapat temuduga CBBPTB…jika saya berjaya bagaimana jadual kuliahnya..adakah full seminggu atau hujung minggu sahaja..maklumlah..universiti jauh..keluarga juga perlu difikirkan dengan anak2 yg semakin remaja.

  87. Salam..
    Sy cikgu mpv menservis motosikal.. degree engineering… sedang merancang proposal utk master educational technology. Mohon cdgkan tajuk2 yg hot sekarang ni atau sumber2 rujukan yg sesuai. Tq

  88. Terima kasih. Info dan penulisan yang menarik.

  89. Terbaik! Terima kasi atas ilmu yg dikongsikan. Sangat bermanfaat untuk semua. Smg terus berjaya dlm bidang yg diceburi… wslm

  90. SAIFUL BIN SAMAD

    kalo diploma nk sambung master kerja dh lebuh 4 thn bln ke mohon sapa2 bg pencerahan pada sya yg noon ni tp ingin blaja..

  91. Tompang tanya…sekarang sy sedang study MBA di OUM akan berakhir Dec 2017, dan berhajat nak apply PHD research di UTM Skudai @ KL. Persoalan saya, boleh tak kalau saya nak buat research untuk PHD ni dalam bahasa melayu atau ada tak lain2 PHD yang ada buat research dalam bahasa melayu.

  92. syahirah natasya (baby manja)

    bagaimana pula kalau seorang pelajar pondok ingin sambung belajar di pengajian utm ? dan saya kurang tahu apakah yang mahu saya ambil nanti .

  93. nak tanya 1 ni.klu nak sambung belajar bidang pendidikan awal kanak-kanak peringkat master universiti mana yang ada menawarkan bidang tu.

  94. Raja Mazlan @ Abang Lan

    Assalamualaikum !
    Nak tanya kalu buat PHd atau DBA dalam Bahasa Melayu ada ko ?.Saya ada MBA (UUM 2014) minat nak buat PHd kat UTM atau yang sewaktu dengan nya ..tapi dalam Bahasa Melayu. Biadang saya nak buat tu.. Samada Pendidikan Awal kanak-Kanak atau Pengendalian / Pengurusan Koperasi di Malaysia dan Indonesia. Tapi umur saya dah nak masuk 55 yrs. Boleh ko ??

    • Bergantung pada program. Tetapi tiada masalah untuk menulis tesis dalam bahasa melayu dengan syarat mampu juga menulis dalam bahasa inggeris bagi tujuan penghasilan kertas kerja (conference, jurnal dan sebagainya) kerana kebanyakan universiti menetapkan syarat untuk pelajar menerbitkan hasil kajian PhD mereka.

      Umur juga bukan masalah. Siap dapat diskaun yuran lagi kalau warga emas 😊

  95. Terbakar pulak semangat nak sambung studyni…tapikan UTM xde tawaran sarjana pend.khas…sedih..kalau tak dekat jer dgn rumah😭😭😭😭

  96. Bagaiamana pula dengan bukan aliran pendidikan tetapi ingin sambung master pendidikan. Adakah boleh? Terima kasih

    • Tidak ada masalah. Cuma biasanya fakulti akan tetapkan pelajar yang bukan dari aliran pendidikan ini mengikuti beberapa subjek asas pendidikan bagi membantu mereka untuk lebih bersedia apabila mengikuti subjek2 dalam program masing-masing nanti.

  97. Wahhh…banyak betul information yg saya dapat..btw,sy student 1st year degree civil engineering(still baby face)..hehhe..sy memang bercita2 sangat nak sambung Master dan PhD..kalau boleh insyaALlah sy nk amik fast PhD fast track insyaAllah..doakan saya ye. .

  98. terima kasih untuk perkongsian!

  99. Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini. boleh sy tahu program master pendidikan Matematik yang terdekat di kelantan?

  100. As Salam . Tumpang tanya ye . Fastrack daripada degree terus ke PhD atau master convert terus ke PhD tu ditawarkan ke semua ipta or di UTM sahaja ?

  101. Salam nk bertanya,boleh ke sambung master kalau degree dr oum. Ambik bba kat oum.

  102. salam . boleh ke saya sambung master education kalau saya amik degree in engineering? Then if lets say saya nak mohon master , saya mohon master after saya habis last semester or after saya habis graduation.

    • Boleh. Tetapi biasanya Fakulti akan minta pelajar ambil beberapa subjek tambahan yang berkaitan dengan foundation of education.

      Boleh mohon sebaik sahaja selesai semester akhir dengan menggunakan results yang ada. Tetapi biasanya hanya akan dapat conditional offer letter (keputusan akhir penerimaan bergantung kepada results terakhir nanti). Kalau malas nak pening kepala, tunggu sampai confirm dapat results terkini dan surat senat baru apply 😅

  103. thank u kak ^_^ Saya ada terfikir nak ambil master nanti tapi rasa2 nak tukar course sebab saya xnak menyesal nnti dh xblh nak belajar benda yg saya minat sebenarnya. Artikel ni membantu saya membuat keputusan berkenaan menyambung pengajian Sarjana nanti. Doakan saya moga dapat follow my dream.

  104. kalau pelajar UM ijazah sarjana muda. PnGK 3.5 ke atas boleh tak terus sambung PHD di UTM atau universiti lain. bidang pengajian alam sekitar

    • Syarat untuk sambung terus ke Phd di mana-mana universiti ialah PnGK 3.67 ke atas atau 1st class. Kalau tak cukup syarat, boleh jer sambung master dahulu dan mohon convert terus ke PhD pada 2nd semester (ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi, contohnya lulus ujian kelayakan dan telah berjaya terbitkan artikel penyelidikan (2 artikel kalau tak silap saya) – ikut universiti.

  105. Kak, boleh ka dari ijazah nak ke PHD terus? Apa syarat syaratnya?

  1. Pingback: Mengapa Perlu Menyambung Pengajian ke Peringkat Master atau terus ke PhD ?? | Pascasiswazah

Leave a reply to Qistina Remlay Cancel reply