Jom Kita Meniru Semasa Exam


Siapa yang TIDAK PERNAH MENIRU LANGSUNG semasa peperiksaan…..(sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi)…sila angkat tangan….

Haa haa haa….yuppp…susah untuk tidak mengangkat tangan. Tidak banyak sedikit, pastinya ada di antara kita yang pernah terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral ini. Ada yang menjadikan ianya kerjaya tetap dan profesional, sepenuh masa setiap kali musim peperiksaan, dan ada juga yang terjebak dalam kegiatan ini secara kecil-kecilan, tanpa dirancang khususnya dalam aktiviti menjeling-menjeling kertas jawapan rakan di sekeliling…sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu dan mengurangkan kerisauan akan kesahan jawapan yang bakal dikemukakan kepada panel pemeriksa kelak.

Tak perlulah dibincangkan teknik-teknik menipu dan meniru semasa peperiksaan ini kerana ilmu yang buruk dan memudaratkan ini tak elok untuk dipanjang-panjangkan. Tak perlu juga dikeluarkan akta, polisi, hukuman atau tindakan tatatertib  yang bakal dikenakan terhadap pelajar-pelajar yang terkantoi atau tertangkap semasa melakukan kegiatan masa lapang yang amat merbahaya ini. Semuanya memang telah sedia maklum tetapi sebagai manusia yang sukakan cabaran dan sentiasa bersangka baik dengan kebolehan diri masing-masing..kegiatan terlarang ini sentiasa menjadi pilihan ramai pelajar yang terdesak. Selain itu, ianya juga menjadi satu ketagihan bagi pelajar yang pernah melakukannya dan terselamat dari undang-undang dunia….

Saya yakin…dan pasti…bukan semua pelajar mempunyai “hobi” sebegini. Ramai yang masih mempunyai jati diri dan keyakinan yang tinggi untuk berjaya menggunakan kudrat dan akal fikiran sendiri yang dipinjamkan oleh Ilahi. Tahniah kepada anda semua.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah…kepada semua pelajar-pelajar di luar sana yang berhasrat atau menanam impian untuk cuba menjebakkan diri dalam aktiviti tiru-meniru, membawa toyol pelbagai bentuk samada secara konvensional (cetakan kecil di atas kertas, di atas meja, tapak tangan,  bekas pensil, pakaian dan sebagainya), digital (di dalam kalkulator, handphone, mp3 player dan sebagainya) mahupun wireless (jelingan kiri, kanan, atas, bawah, bertukar kod jawapan dengan rakan disebelah dan sebagainya)…berhati-hati ya. Sekali terlepas, tidak semesti selamanya anda akan bebas. Sekiranya ditakdirkan terlepas pun…anda pastinya tidak bebas dari beban pemikiran memikirkan suatu hari nanti, anda bekerjaya, berjaya mengumpul sumber kawangan untuk dikongsikan bersama keluarga dan makanan, minuman yang disalurkan ke usus kecil, usus besar anak dan isteri/suami…..sebahagiannya adalah berasaskan sumber daripada proses kerja awal yang tidak suci sifatnya. Sekiranya sumber benihnya tidak begitu suci sifatnya, bagaimana kita mampu mengharapkan hasil tanaman yang bakal diperoleh kelak sesuatu yang boleh dibanggakan dan mampu bertahan dalam aliran yang penuh dengan ketenangan…?

Sekadar untuk berkongsi apa yang pernah berlaku semasa peperiksaan akhir pada satu semester yang lalu. Tak kisahlah cerita ini berlaku di universiti mana, fakulti mana, pelajar mana, subjek apa..kerana rutin aktiviti bagi pelajar yang berusaha untuk berjaya dalam peperiksaan dengan cara TIDAK TERHORMAT ini..semuanya hampir sama….boleh dibaca…boleh dijangka…

Seseorang yang dipertanggungjawabkan mengawas peperiksaan, sewajarnya perlu prihatin dengan keadaan sekitaran dan sentiasa berburuk  sangka dan syak wasangka dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Memang tak baik berburuk sangka ini…tetapi untuk 1 hingga 3 jam….korbankanlah keindahan taman di hati masing-masing dan penuhi ianya dengan kekejaman kasih sayang seorang ibu/bapa kepada anaknya. Biarlah seorang anak itu marah atau membenci ibu/bapanya dengan disebabkan tingkahlaku atau tindakan yang bertentangan dengan kemahuan mereka …tetapi kita tahu di akhir episod kehidupan, mereka akan berterima kasih kepada kita….itu namanya tough love…

Berbalik kepada sifat buruk sangka semasa mengawas peperiksan tadi, beberapa aktiviti pelajar dan perubahan pada sekitaran yang berjaya diperhatikan, menyebabkan beberapa episod penipuan semasa menduduki peperiksaan berjaya dikesan. Kami tidak terus mengambil tindakan semasa ianya dikesan kerana masih ada sifat belas-ihsan dan tidak mahu menyebabkan ada ibu-bapa yang menangis nanti sekiranya mendapat surat dari pihak Universiti mengatakan anak mereka dikenakan tindakan tatatertib (atau diberhentikan pengajian) akibat “kebodohan” yang dilakukan. TETAPI….pelajar tersebut harus sedar bahawa aktiviti terlampau tersebut telah berjaya dikesan dan direkodkan. Inilah gunanya teknologi. Dengan handphone bersaiz kecil, berkamera resolusi tinggi ianya boleh ditinggalkan di celah-celah “rimba” untuk merekod dan mencari bukti kukuh untuk membawa pelajar yang berkaitan ke muka pengadilan kelak…

Rakaman video dari handphone yang “sempat” merakamkan aktiviti pelajar yang “dahagakan” ilmu tambahan semasa peperiksaan berlangsung (janganlah tanya mana pelajarnya..tak nampak pun…tak baik mengaibkan sesama insan)

“Oleh yang demikian, kepada pelajar berkenaan…(anda tahu siapa anda, dan saya juga tahu siapa anda..kerana anda direkodkan)…tolong berjumpa dengan saya secepat yang mungkin untuk membincangkan kes ini. Tindakan tatatertib tetap perlu diambil…tetapi atas dasar kasih-sayang saya sebagai seorang pensyarah terhadap pelajarnya. Sekiranya tidak…kes ini akan di bawa ke pihak pengurusan Universiti…dan tindakan yang lebih tegas pastinya akan diterima nanti…”

Itu contoh pesanan saya kepada kumpulan pelajar yang berkenaan sehari selepas selesai sesi peperiksaan (menerusi kemudahan forum di  sistem e-Learning). Yupp..dari segi peraturan mengendalikan peperiksaan, tindakan sebegini memang salah. Saya sendiri boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak melaporkan kepada pihak Universiti. Pelajar tersebut sepatutnya perlu diadili oleh jawatan kuasa tatatertib Universiti….tetapi sebagai seorang manusia biasa yang ada masanya, dalam hati ada sedikit taman…ada masanya kita terdorong melakukan sesuatu yang “salah” demi memastikan keselamatan dan masa hadapan pelajar kita. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka akan dilepaskan begitu sahaja…

Selain itu juga….salah satu aktiviti menyimpan toyol di tandas juga sudah semakin lapuk. Kepada semua pelajar…TOLONGLah….idea sebegini sudah basi….

Mengapa saya berkongsi maklumat awal penipuan ini bersama pelajar-pelajar yang lain secara umum dan tidak terus menghubungi pelajar yang berkenaan….?? Kerana untuk memaklumkan kepada semua pelajar bahawa pensyarah anda tidak bodoh, pengawas peperiksaan juga tidak buta…kami sentiasa memerhati, menilai dan membuat justifikasi demi kepentingan semua pihak. Maka berhati-hatilah. jangan sia-siakan harapan keluarga. Sepandai-pandai tupai melompat….tidak ada tupai yang tidak pernah jatuh ke bumi..kalau tidak sekarang, pastinya satu masa nanti…

Dan sebelum kita menamatkan cerita ini…berikut merupakan respons yang diterima dari pelajar yang berkaitan. Bagus pelajar kita ni…BERANI KERANA SALAH….semoga hati mereka dilembutkan agar insaf dan tidak mengulangi perkara yang sama sekali atau berkali-kali lagi. Sekiranya sekali lagi tertangkap (atau kelihatan melakukan aksi-aksi mencurigakan), saya sendiri (dengan bantuan rakan-rakan pembantu pengawas yang lain) akan memastikan mereka terperangkap dengan mainan mereka sendiri dan bakal dikenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya…

Mesej dari Pelajar 1

Mesej seterusnya dari Pelajar 1

Mesej dari Pelajar 2

Ilmu yang tidak berkat, gred peperiksaan yang tidak berkat, akan membawa kepada dunia pekerjaan dan gaji yang juga tidak berkat nanti…dan apabila digunakan untuk menyuap makanan ahli keluarga, anak-anak satu masa nanti…”berkatnya” di bawa sampai ke mati. Fikir-fikirkanlah ya wahai pelajar-pelajar sekalian…sesuatu yang dianggap remeh buat masa ini, kalau diperhalusi akan memudaratkan diri sendiri, keluarga suatu masa nanti…sehingga ke mati…

Posted on June 13, 2012, in Akademik. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. takutnye bace entry nie..huhu~dl pernah gak wat skit2..hihi~

  2. saya copy text petikan ini ya. terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: