Kisah Saya, Dia dan Baju Belang Itu


Di suatu petang Jumaat yang tenang, tiba-tiba terdengar suara gemersik cik Roomate dari hujung sana:

Dia – Abang…kita nak keluar sikit lagi ni, abang nak pakai baju yang mana satu? Saya nak iron ni.
Saya – Baju yang mana? Hmmm…tak payah ironlah Ayang. Abang pakai baju yang semalam jer nanti. Elok lagi tu, baru pakai sekejap jer semalam.
Dia – Baju yang mana tu?
Saya – Alaaa..baju yang biasa abang pakai tu lah. Baju hitam belang putih tu.
Dia – Haaa??? Baju tu lagi????. Sudah..sudah…jangan gatal. Pakai baju lain. Asyik baju itu ajer..!!!

Baju kegemaran hamba untuk tahun 2011-2012

Tiba-tiba cik roomate menghentak-hentakkan manja kakinya sambil membebel. Mujurlah rumah batu. Kalau rumah kayu, confirm bergegar dengan skala 7.2 Richter.

Saya – Ni apa hal lak ni?
Dia – Ya lah. Abang tu macamlah dah tak ada baju lain. Berpuluh lagi t-Shirt dalam almari tu ha. Baju hitam putih tu juga yang dia nak pakai.
Saya – Laaa..baju tu sedap pakai. Tak panas. Tak payah masuk ke dalam. Ringan pun ringan.
Dia – Ya lah. Tahulah sedap dipakai. Tapi tak kanlah tak boleh berenggang langsung dengan baju tu. Merata tau abang dah pakai. Gi Europe dulu, pakai baju tu. Gi Korea, gi Vietnam, gi JB, gi Kelantan, tiap kali balik kampung, gi kedai…semua pakai baju tu…!!! Dah nampak lusuh dah pun baju tu.
Saya – Oooo..ya ke? Tak perasan pulak abang. Tak apalah. Boleh pakai lagi, bukannya koyak ke apa ke kan. Tak nampak pusat pun…masih mampu menutup aurat tu. Hee hee.
Dia – Dah…Dah tu. Saya pilih baju lain yang dalam almari tu ya. Sayang jer. Beli mahal-mahal, tak mau pakai. Saya nak iron ni…malu jer orang tengok nanti. Macamlah tak ada baju lain…
Saya – Suka hatilah kalau Ayang nak iron baju yang lain. Tapi abang nak pakai baju yang tu juga…
Dia – Eeeeeeee…!!! Degilnya…!!! Jangan sampai saya sorok baju tu nanti…tak peduli. Kalau sayangkan saya, pakai baju yang saya iron ni nanti.
Saya – ???? (diam tak terkata….susah nak faham orang perempuan ni)

Si baju belang di Tanjung Piai, Pontian

Si baju belang di Everland, Korea Selatan

Berbelang-belang di Titisee, German Barat

Titisee, German Barat

Satu lagi rakan feberet si belang di Volendam, Holland

Memang sukar untuk memahami jiwa dan pemikiran seorang orang yang bergelar wanita ini. Suami tak suka pakai banyak baju silih berganti pun nak kecoh. Bukan ke elok begitu. Tak perlu susah-susah nak membasuh banyak baju setiap hari atau setiap minggu nanti. Kalau suami hilang dalam kelompok orang ramai pun, mudah untuk dikesan nanti kerana sudah ada jalinan atau ikatan antara mata, hati dan baju yang sering dipakai oleh suami. Ntahlah..hati seorang perempuan bergelar isteri ni memang misteri…

Moral of the story : Lelaki ni sifat semulajadinya memang seboleh mungkin suka dan ingin setia kepada yang satu. Kalau telah berjumpa sesuatu yang dia rasa selesa dan berkenan…dia akan kekal bersama selamanya, selagi terdaya. Itu sebab kami tak perlukan banyak baju, banyak seluar, banyak kasut, handbag lagilah tak perlu langsung…bukannya macam orang perempuan. Yang baru dibeli minggu lalu pun mungkin belum sempat dipakai, namun dalam hati telah mula merancang untuk membeli sesuatu yang baru.

Sekiranya diterjemahkan dalam konteks perhubungan ??? Yuppp…sebenarnya lelaki ni sememang nalurinya seboleh mungkin, selagi terdaya memang suka setia pada yang satu. Sekira sebaliknya yang berlaku…??? Pasti ada sesuatu yang menganggu tumpuan mereka. Perhati, fahami, dalami…insyaallah kesetiaan itu pasti akan mekar mewangi kembali…

Posted on June 16, 2012, in Rumahtangga. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: