Awak..Isteri awak cantik tak (di rumah) ?


Wei..awak..ya awak semua yang bergelar suami dan mempunyai isteri. Tadi selepas berbuka dan solat terawih..ingat lagi tak “penampilan” isteri masing-masing…cantik tak? Menawan? Atau rupa parasnya saling tak tumpah seperti sepupu hantu kak limah..?

Dan Awak…ya masih awak…Sebelum tidur ni, cuba lihat “penampilan” isteri masing-masing sekali lagi. Cantik tak? Menawan? atau masih kekal setia seperti sepupu hantu kak limah yang menawan kalbu..?

Keayuan Hantu Kak Limah Balik Rumah jelas nyata

Dan Awak…ya awaklah oiii. Esok pagi…cuba perhatikan isteri awak bersiap-siap untuk keluar bekerja. Cuba perhalusi penampilan dirinya…dari hujung tudung bawal 3 tonar warna..sehinggalah ke hujung ibu jari kaki kirinya. Rupanya, baunya, lenggang lenguknya. Cantik tak? Menawan? dan pastinya penampilan mereka tidak akan kelihatan seperti sepupu hantu kak limah (melainkan isteri awak sememangnya merupakan  sepupu kak Limah tu).

Dan kita pastinya selalu mendengar, membaca bahawa isteri yang baik ialah isteri yang berusaha menghias dirinya khusus untuk suaminya sendiri (dan bukannya menghias diri untuk rakan-sekerja atau mata-mata umum yang pastinya suami milik orang lain di luar sana). dalam erti kata lain….sepatutnya isteri kita kelihatan ayu menawan di rumah sendiri lebih berbanding semasa keluar dari rumah. Bukan tak boleh untuk kelihatan ayu semasa keluar rumah tetapi sekadar untuk tidak kelihatan seperti hantu kak limah…dan juga bukannya menghias diri untuk tujuan agar mampu “menawan” sesiapa.

Oleh yang demikian, nak ditegur, dimarah ke isteri kita tu? Kerana menghias diri untuk orang lebih daripada untuk kita? Atau adakah ada antara kita yang tersium riang seperti kanak-kanak ribena kerana berbangga punya isteri yg sering dipuji cantik oleh ramai kawan-kawan di luar sana..?

Dan Awak…ya Awaklah. Siapa lagi…penatlah nak bercakap dengan awak ni…tak faham-faham bahasa. Cuba perhatikan pula diri awak sendiri…di rumah…hensemkah awak? Bersihkah awak, segakkah awak? rajinkah awak ? Atau awak lebih selesa terbaring, terbungkang dengan kain pelikat, tidak berbaju atau bersinglet putih yang bukannya putih FAB buku baru…kuning tetapi tidaklah sekuning BERSIH 3.0…menampakkan sesi seksi awak yang siksa itu..??

Pakaian seragam kebanyakan lelaki bergelar suami semasa di rumah

Suami yang pemalas, memanglah sesuai kalau pasangannya nanti juga seorang isteri yang suka bermalas-malas..di depan siaran TV Astro Bella

Dan bila awak keluar rumah pula..?? Segakkah awak? Kemas kah awak…?? Pastiiiii…kan..kan…kan…

maka….di situ ada jawapannya….

Jikalau awak sendiri pun selekeh dan pemalas semasa berada di rumah…mengapa marah kalau isteri awak pun duduk bersimpuh diselekoh yang sama?

Isteri yang baik..untuk suami yang baik. Isteri yang selekeh…untuk suami yang juga selekeh…

Maka..kalau awak…ya awaklah…inginkan isteri yang comel rupa parasnya, indah budi bahasanya semasa berada di rumah dan juga di luar sana…mulakan dengan diri awak..ehhh kita sendiri dulu ya…hiasi diri jasmani, emosi, rohani yang terbaik untuk isteri dan keluarga…

Jom…peluk ciumlah isteri kita sebelum tidur (dengan andaian rupa parasnya tidaklah sehebat hantu kak limah…kalau ya pun…tutuplah lampu…cium dan peluklah juga untuk mengambil hati dan mengumpul pahala), maafkan segala dosanya untuk hari ini…dan doakan dia akan menjadi isteri yang lebih baik untuk kita di hari esok….dengan syarat..kita juga akan berusaha untuk menjadi seorang suami yang lebih baik untuknya nanti…

Jom tidur…bermalas-malas di sebelah isteri sendiri….

Posted on August 10, 2012, in Rumahtangga. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: