Travelogue Video : Korea-Saigon


Berikut merupakan koleksi 5 episod video travelogue di sepanjang sesi jalan-jalan cari pasal kami ke Vietnam dan juga Korea pada bulan April 2012 yang lalu.

Episod 1
Saigon  Central Mosque & Vietnamese Water Puppet Show

Video perjalanan dari KL ke Saigon, Vietnam. Berhenti seketika (selama 8 jam) sebelum bertolak ke Seoul, Korea. Sempat meluangkan masa seketika melawat kawasan sekitaran bandar Saigon atau Ho Chi Minh City termasuk Saigon Central Mosque dan menonton pertunjukan patung air yang popular iaitu Vietnamese Water Puppet Show.

Catatan penuh perjalanan ini boleh dibaca di sini :

Spring Sonata 1 – Saigon : Bermulanya Sebuah Perjalanan.


Episod 2

Traditional Korean Lunch, Nami Island & Namsangol Hanok Village

Video hari pertama aktiviti jalan-jalan di Korea Selatan. Selepas menikmati makan tengahari cara tradisional Korea, kami terus ke Nami Island untuk menjejaki sejarah Winter Sonata yang hilang. Seterusnya meluangkan sedikit masa untuk meninjau Namsangol Hanok Village, sebuah perkampungan tradisional Korea sebelum menikmati makan malam dan solat di masjid besar Seoul di Itaewon.

Catatan penuh perjalanan boleh dibaca di sini :

Spring Sonata 2 – Korea : berSpring Sonata di Nami Island

Spring Sonata 3 – Korea : Namsangol Hanok Village


Episod 3

Everland Resort & Shopping@Dongdaemon

Video hari kedua aktiviti jalan-jalan di Korea Selatan. Selepas melawat pusat Jed dan Ginseng Korea, kami terus ke Everland Resort, sebuah taman tema ala-ala Disney World. Lewat petangnya pula, kami berhenti seketika membeli-belah di kawasan Dongdaemon.

Catatan penuh perjalanan boleh dibaca di sini :

Spring Sonata 4 – Korea : Everland Resort

Spring Sonata 5 – Korea : Membeli dan Membelah di Dongdaemun


Episod 4

Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum & Shopping@Namdaemun

Video hari ketiga aktiviti jalan-jalan di Korea Selatan.

Hari ini kita kembali ke zaman silam kegemilangan sistem beraja Korea. Kita melawat kawasan bersejarah di sekitar Korea termasuklah istana yang dikenali sebagai Gyeongbokgung Palace. Seterusnya, kami juga melawat National Folk Museum untuk meninjau cara hidup, budaya dan amalan seharian masyarakat Korea tradisional. Akhirnya, kami juga sempat singgah untuk aktiviti membeli-belah di kawasan Namdaemun, salah sebuah kawasan pasar terbuka utama tumpuan para pelancong.


Catatan penuh perjalanan boleh dibaca di sini :

Spring Sonata 6 – Korea : Gyeongbokgung Palace

Spring Sonata 7 – Korea : Membelah Poket di Nandaemun Marke

Episod 5
Ben Thanh Market & Night Market at Saigon, Vietnam.

Episod akhir video catatan perjalanan hari keempat di Korea dan seterusnya bertolak kembali ke Saigon, Vietnam. Kami menetap sehari di Saigon untuk aktiviti membeli-belah di kawasan Ben Thanh Market sebelum akhirnya bertolak balik ke Malaysia…melengkapkan catatan perjalanan 6 hari 5 malam di Korea-Saigon.

Catatan penuh perjalanan boleh dibaca di sini :

Spring Sonata 8 – Vietnam : Missing in Action @ Ben Thanh Market

Anda juga mungkin berminat dengan koleksi video travelogue kami semasa ke Eropah. Ianya boleh dicapai di sini :

Travelogue Video : Eropah-London

Terima kasih kerana sudi membuang masa di sini…

Posted on August 24, 2012, in Jalan-jalan Cuti Sakan, Korea, Travelogue-luar.Negara and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: