Nak Makan Apa Malam Ini ?


Nak makan apa malam ni…??

Episod 1 – Wanita oh wanita; Kau memang susah untuk difahami…

Balik dari kerja tadi petangnya, kelihatan isteri saya agak keletihan gayanya….

Saya : Luv…kita makan luar jerlah malam ni ya..awak rehatlah, tak payah masak malam ni.
Dia : Haa…?? Thanks abang…abang ni macam faham-faham jer. Macam tak laratlah pulak. Hee..hee
Saya :  Kita nak makan apa ya? Kat mana?
Dia : Tak kisahlah Abang…ikut abanglah. apa-apa, kat mana-mana pun boleh.
Saya : Hmmm…makan apa ya? Nak makan nasi ke ? Kita makan kat kedai depan tu…nasi claypot tu nak tak?
Dia : Tak mau lah bang. Nasi dia banyak sangat…lagipun taklah lapar sangat ni.
Saya : Kita pergi Taman U nak..?. Ayam penyet atau ikan bakar cik mek?
Dia : Ala..tak mau lah bang. Rasanya kita makan simple jerlah. Kata nak diet, tak mau karbo waktu malam.
Saya : Diet…? Esoklah kita mula diet tu. Hmmm…kita gi makan sate ke, western ke, pizza ke nak tak ?
Dia : Usah gatal ya abang..semua daging tu. buat pasal jer nanti…
Saya : Abis tu..? Tadi kata tak kisah nak makan apa….ishhh…susah betullah dia ni….
Dia : hmmm…rasa macam malaslah pulak nak keluar. Saya masak cincai-cincai jerlah sikit lagi…hee hee. Abang nak makan apa?
Saya: Pulak dah..

Episod 2 – Wanita oh wanita; Ya…Kau memang susah untuk difahami…

Disebabkan malas nak keluar rumah….

Dia : Abang nak makan apa malam ni..?
Saya : Apa-apalah Yang…awak masak apa pun mesti sedap…masak simple dah lah.
Dia : Abang nak makan benda berunsur nasi ke, mee  ke,  sup ke, spaghetti ke..apa ke?
Saya : Hmmm…apa-apalah. Abang tak kisah….
Dia – Saya masak mee goreng boleh? Penatlah kalau nak masak yang lain.
Saya – OK…sedap gak tu. Letak udang ya…
Dia – Udang…? Janganlah. Abang punya kolestrol tinggi lagi kot. Last week dah banyak makan udang. Saya goreng mee letak ayam lah..boleh?
Saya – Hmmm…boleh lah. Nak mee goreng yang basah tu ya…mee dia tak mo panjang-panjang…kerat 3 cm, abang nak 23 urat jer.
Dia – Jangan mengada-ngadalah. OK, lepas maghrib nanti kita makan. Makan jer apa yang saya masak ya.

Hampir  2 jam kemudiannya…..

Episod 3 – Wanita oh wanita; Ya…confirm….Kau memang susah untuk difahami dan dimengerti..

Dia – Abangggggg….makan… (jeritnya dari dapur).
Saya – Yang…makan kat depan TV lah..ada cerita best ni…I-Robot…(jawab saya dari ruang tamu dengan penuh sopan-santunnya).
Dia – Tak bolehlah bang. Susah nak angkat ni. Makan kat dapur jer lah.
Saya – Apasal lak tak boleh ni ? Apa yang susahnya? Mee goreng sepinggan jer..(bercakap dengan diri sendiri…sambil bergerak ke dapur).

sampai di dapur…

Saya : Laaaaa….mee goreng apa bendanya ni…??
Dia – hee hee…
Saya : Tadi kata penat, ni masak nasi ayamlah pulak. Patutlah lamanya tadi….ishh ishhh..
Dia : hee hee. Kesianlah kat abang. Baru perasan, hari ni abang belum makan nasi lagi. Mengapa…tak suka ke…??? hee hee
Saya : Taklah…sukaaaaaaaa sangat. Tapi mind set tadi dah kata nak makan mee goreng…tiba-tiba dapat nasi ayam…tu yang jet-lag kejap tu. hee hee. Thanks luv…
Dia – OK…jom makan. Lepas ni saya nak rehat jap..sikit lagi nak tengok cerita Adam & Hawa…

Nasi Ayam

Nasi Ayam Oren Kak Tun : Dinner malam ini – 1 Jan 2013

Kesimpulannya : wanita oh wanita…kau memang susah untuk dimengerti. Apa yang dizahirkan di mulut, ada masanya tidak selari dengan apa yang tersimpan di hati. Apa yang difikirkan di fikiran, ada masanya tak sekata dengan apa yang diluahkan menerusi kata-kata. Apa yang dizahirkan menerusi perkataan, ada masanya tak selari dengan apa sebenarnya yang dihajati….

Walau bagaimanapun…itulah uniknya kaum wanita. Tanpa mereka, dunia kita pastinya jauh lebih sepi…..sunyi…

Maka kepada para suami….layannnnnnnnnnnn jerlah…..Bersyukurlah…sekurang-kurangnya kita dah ada isteri yang memahami (walaupun ada masanya…salah faham memanjang….hik hik..tetapi…itulah unik dan indahnya hidup berumahtangga…

Posted on January 1, 2013, in Rumahtangga. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. yaaa memang unik……….:))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: