Kisah Saya dan Kakak Cleaner


Semasa mengemas bilik untuk berpindah pejabat, banyak buku/draf tesis/surat lama yang tidak diperlukan lagi. Sudah disimpan sejak hampir 10 tahun yang lalu kerana sayang untuk dibuang…tetapi ada masanya kita kena dengar cakap orang-orang tua. Kalau kita sayangkan sesuatu…ada masanya adalah lebih baik kita berikan kepada orang lain. Atas dasar menghormati orang tua (hee hee)…saya bergegas terus mencari seorang kakak cleaner yang setia membersihkan kawasan sekitaran pejabat saya sejak bertahun dahulu.
Saya : Kak…saya tengah kemas bilik. Banyak kertas. Akak nak tak?
Kakak – Nak…nak…(mukanya terpancar cahaya kegembiraan).
Saya : OK kak…nanti datang ambil kat bilik ya, sikit lagi…sebab saya nak pergi pejabat dulu sekejap, tengok surat. Tahu kan nombor bilik saya?
Kakak – Tahu…apa pula tak tahunya. Terima kasih Dr.
Saya – Tapi…akak kena cari trolilah…banyak tau. Takut patah pinggang nanti nak mengangkatnya.
Kakak – Oooo ya ke. Tak apa…akak ada cara…guna kerusi yang ada roda tu. hee hee (suaranya ceria dan wajahnya begitu bercahaya…gembira pastinya).
Saya : Bijak…bijak…hee hee.
Kira-kira 45 minit kemudiannya…Di dalam bilik, saya mengemas, sambil kakak itu mengumpul kertas yang tidak diperlukan lagi, dimasukkan satu persatu ke dalam plastik sampah. Di asingkan mengikut warna dan kualiti.
Saya – Akak nak jual ni, kat mana kak?
Kakak – Tak ada masalah Dr. Telefon jer, ada lori datang ambil nanti. Kalau tak pun, seminggu sekali, dia datang.
Saya – Oooo…untunglah juga ya sebab kerja di kawasan universiti…memang banyak kertas.
Kakak – Bolehlah juga Dr. Tampung duit gaji….taklah seberapa, tapi bolehlah untuk beli jajan ke atau ikan kembong seekor dua.
Diam seketika….tiba-tiba dia bersuara semula…
Kakak – Terima kasih ya Dr. Banyak ni rezekinya. Dapatlah duit lebih sikit ni untuk buat belanja dapur.
Saya – Ehhhh… tak ada apalah kak. Saya memang nak buang pun semua ni. Saya yang patut berterima kasih dengan akak sebab tolong saya.
Kakak – Tapi..Akak rasa bersalah ni Dr. Ini bukan kawasan akak. Kawan akak tu dah marah.
Saya – Kawan marah? Kawasan apanya pulak ni?
Kakak – Ya lah. Akak jaga blok sebelah tu. Dulu ya lah akak jaga sini. Sekarang, blok ni kawan akak yang jaga.
Saya – Laaaa…ada main-main jaga kawasan macam dalam dramalah pulak. Hee hee
Kakak – Dia cuti hari ni kebetulannya tapi kawan dia nampak tadi…dia dah report. Tadi dia nampak akak tolak  2 plastik. Ni ada lagi banyak ni. Dia mesti marah lagi ni.
Saya – Laaaa…apa lak masalahnya. Akak bukannya kutip di luar bilik ke apa ke. Saya yang memang cari akak sebab saya memang nak bagi akak.
Kakak – Tu lah pasal. Akak dah cakap. Dia tak peduli, dia mintak share juga sebab ini kawasan dia.
Saya – Laaa..macam tu pun ada. Tok sah layanlah kak. Karoot Komedia sungguhlah.
Kakak – Tak apalah Dr. Nanti akak bahagi dualah dengan dia. Malas nak panjangkan cerita. Nanti berbulan-bulan dia bawa cerita ni ke hulu-ke hilir.
Saya – Hmmm…tak apalah akak kalau gitu. Tapi kalau saya…buat bodoh jer…hak akak.
Sambil terus mengemas, kami meneruskan perbualan..pelbagai tajuk. Tentang kesukaran hidup apabila kos sara hidup semakin meningkat, tentang harga kertas yang dijual semula,  ada beza harganya mengikut warna rupanya (patutlah dia asingkan kertas tu tadi mengikut warna…canggih), harga botol air mineral yang dijual semula….dan macam-macam lagi. Murah gila rupanya semua tu bila di jual pada orang tengah. Tak berbaloi rasanya. Banyak yang saya belajar tentang hidup dari kakak yang seorang ni…yang tiada dalam buku….

Dunia akademik...dunia penuh dengan kertas

Dunia akademik…dunia penuh dengan timbunan kertas. Mungkin suatu hari nanti, jangan terkejut kalau terbaca berita mengenai guru/pensyarah yang cedera dihempap buku/tesis

Sebaik sahaja selesai mengumpulkan semua kertas dan saya anggarkan ada  7 atau 8 beg plastik besar…yang harganya kalau dijual..ntahlah..mungkin hanya beberapa ringgit sahaja…
Kakak – Terima kasih ya Dr. Banyak sungguh ni. Rasa nak terseliuh pinggang dibuatnya. Hee hee.
Saya – Ehhh ya ke? Sorry ya kak…menyusahkan akak jer.
Kakak – ehhh bukan..bukan. Apa lak Dr. nak minta maaf. Dr. beri rezeki ni. Akak yang sepatutnya ucapkan terima kasih.
Seusai semua, saya memberikan sekeping duit RM50 kepadanya. Walaupun ditolak berkali-kali tapi akhirnya dia mengalah juga…
Saya – Tak apa lah kak..duit tu upah penat akak sebab tolong saya clearkan bilik ni. Yang dijual tu..rezeki tambahan…dah lah kena share nanti kan dengan kawan kesayangan akak tu? hee hee.
Kakak – hee hee. Terima kasih Dr. (kelihatan ada air yang bergenang di hujung matanya…)
Perbualan ringkas tak sampai hampir 30 minit itu, menyebabkan saya mula berfikir semula tentang nilai duit. RM10 itu sebenarnya amat besar nilainya. RM5 itu juga besar nilainya. RM2 itu juga amat bernilai. Pendek kata….bila kita sudah mula rasa selesa dengan hidup, walaupun bukan kaya…kita perlu menghargai keselesaan yang dipinjamkan olehNya itu. JANGAN MEMBAZIR…!!!! (Ingatan untuk diri sendiri juga…jangan asyik sibuk nak membeli gadget2 yang tidak diperlukan sangat, jangan sibuk nak ke LEGOLAND pagi petang siang malam, jangan sibuk nak beli handbag berharga ratusan (atau ribuan) ringgit…lebih baik disimpan untuk hari tua atau disedekahlan kepada yang lebih memerlukannya). Kalau kita rasa kita susah, ada orang yang lagi susah. Kalau kita rasa kita kaya…sudah pasti ada orang yang jauh lebih kaya. Maka…bersyukurlah dengan kesihatan, kegembiraan, kasih-sayang, ketenangan yang kita sedia miliki…itu jauh lebih bernilai dari wang ringgit yang dipinjamkan seketika cuma….

Posted on January 10, 2013, in Akademik and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Infinite Like…..mulia nya hati Dr.J….

  2. Salam,nasihat yang berguna……untuk kita semua muhasabah diri.sesunggohnya orang yg membazir itu adalah saudara SYAITAN,kan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: