Pengalaman Umrah – Suatu Ibadah Ikut-ikutan


Bila terniat dan terpanggil sahaja untuk saya dan isteri menunaikan umrah, antara soalan utama yang bermain difikiran kami ialah…

  • Macam mana nak buat umrah ni?
  • Banyak ke doa dan bacaan yang perlu dihafal?
  • Macam mana nak jaga wuduk, orang ramai gila…confirm akan tersentuh juga khususnya semasa tawaf. ?
  • Dah bersediakah kami dari segi emosi, hati, perasaan selain dari kesediaan dari segi fizikal dan kesihatan.
  • Betul ke masa ihram..orang lelaki memang tak boleh pakai seluar dalam langsung..?? Ayark…

Bila berbual dengan beberapa orang yang pernah menunaikan umrah, pelbagai pandangan yang berbeza yang diterima. Ada yang mengatakan persediaan memang perlu rapi kerana ibadah ini walaupun nampak mudah tetapi memerlukan pengetahuan yang mendalam khususnya tentang rukun umrah dan wajib umrah.

Ada juga yang mengatakan tak perlu risau apa-apa pun sebab umrah ni senang sangat. Ikut sahaja apa yang orang lain buat. Kalau dapat ustaz pembimbing (mutawif) yang bagus, semuanya dia akan tunjukkan, doa masa tawaf atau saie’ pun dia yang bacakan, kita aminkan sahaja. Ustaz angkat tangan lambai Kaabah, kita pun angkatlah juga. Hmmmm…senang macam masak lemak sos kacang letak mayonis sungguhlah kalau begitu.

Memandangkan saya dan isteri sememangnya termasuk dalam golongan yang perisau khususnya kalau perkara yang melibatkan ibadah dan melibatkan hukum agama ini, maka sebagai seorang yang jahil kami pun mula mengkaji dan menghayati. Pelbagai jenis buku, dvd, blog, video youtube yang berkaitan dengan ibadah umrah yang kami kumpulkan dan diulangkaji. Rutin hidup kami sepanjang 2 bulan terakhir sebelum tarikh tempahan penerbangan disahkan, telah berubah. Setiap pagi, selepas solat subuh kami meluangkan antara 30 – 45 minit menonton video berkaitan dengan ibadah umrah. Begitu juga, 30 minit sebelum tidur setiap hari kami akan membaca buku atau blog yang berkaitan dengan umrah (hee hee…taklah setiap hari sebenarnya…nak bagi sedap bunyi jer. Sebelum tidur ni banyak sangat godaan aktiviti ko-kurikulum yang lain). Seterusnya, kami juga mengikuti kursus umrah yang dianjurkan oleh agensi yang menguruskan perjalanan kami ke Mekah dan Madinah.

Akhirnya, Alhamdulillah berkat usaha berterusan tersebut dan dengan izinNya juga membolehkan kami berdua menyempurnakan semua ibadah umrah dan juga aktiviti ziarah tanpa sebarang masalah yang ketara sehingga memerlukan panggilan talian hayat kepada ustaz dan sebagainya. Kemusykilan kecil-kecilan tu biasalah…masih ada, tetapi masih boleh dicari jawapannya di dalam kitab dan buku panduan umrah yang di bawa ke sana. Harap-harap ibadah tersebut diterima oleh Allah kerana kita manusia hanya berusaha yang menentukan segalanya adalah Dia. Dia yang maha Mengetahui.

Setelah selesai menjalani ibadah umrah untuk kali pertama ini, izinkan saya berkongsi beberapa isu yang saya perhatikan berlaku dan mungkin boleh difikirkan bersama. Opsssss…jangan salah faham ya. Bukan nak tunjuk pandai…sebab memang confirm saya tak pandai. Yuppp..saya baru sekali pergi umrah, bukannya dah pergi 4,5 kali seperti mana ramai yang lain. Saya juga belum pernah pergi menunaikan Haji…kalau mengikut tarikh yang diberikan oleh Tabung Haji ialah pada tahun 2039…haa haa..kena kerja lebih masa sikit ni…nak kena cari duit banyak-banyaklah nampaknya..kena pergi ikut pakej..takut tak sempat hidup sampai ke tahun yang bertahun-tahun lamanya lagi itu.

Saya cuma nak kongsikan betapa ibadah yang satu ini..yang memang agak mudah tetapi ada kalanya terlalu sering diambil mudah oleh ramai orang sehinggakan kadang-kala ia turut mengelirukan ramai rakan-rakan di sekitarnya.

Kita ambil contoh ya, yang paling penting dalam ibadah umrah ini ialah Rukun Umrah dan Wajib Umrah (aiseyman…macam ustazlah pulak jadinya..sabar ya..jangan salah faham..baca dalam konteks kita sama kita yang sama-sama nak belajar ni. Kalau ada ustaz yang baca…tolong komen dan betulkan kalau silap ya..)

Rukun Umrah ada lima iaitu:

  • Niat
  • Tawaf
  • Saie’
  • Tahalul (Bercukur/Bergunting)
  • Tertib

Rukun umrah merujuk kepada perkara asas yang wajib dilakukan dengan betul dan sempurna. Kalau salah sahaja caranya, ibadat umrah jadi tidak sah.

Kita ambil contoh mudah. Tawaf ialah rukun umrah, maka ia wajib dilakukan dengan betul mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Kalau salah cara tawaf kita, maka tawaf kita dianggap tidak sah dan sekaligus umrah kita juga tidak sah.

Apa dia syarat tawaf…antara yang paling asas ialah;

Bahu kiri sentiasa menghala ke Kaabah (Kiblat).

Mudah sahaja kan…?? Tak kan itu pun tak boleh buat. Tapi masalahnya saya sendiri dan ramai yang lain juga mungkin terlepas laku dan terambil mudah atau terlupa tentang perkara ini. Semasa tawaf mengelilingi Kaabah, orang memang ramai dan tidak seperti orang kita yang lebih sopan dan bertolak ansur sifatnya, orang dari negara-negara Arab, Afrika misalnya mempunyai saiz yang lebih besar dan kasar sifatnya. Kita berkemungkinan besar akan ditolak dan dirempuh yang menyebabkan mungkin bahu kiri kita beralih arah. Itu lain ceritalah. Itu dikira tidak sengaja dan kita perlu cepat-cepat kembali membetulkan bahu dan pusingan tawaf kita masih boleh disempurnakan.

Orang sentiasa ramai semasa tawaf. Ini baru umrah, kalau musim haji..lagilah kan.

Orang sentiasa ramai semasa tawaf. Ini baru umrah, kalau musim haji..lagilah kan.

Tak kira waktu panas atau waktu redup, suasananya tetap sama...hidup dan membara

Tak kira waktu panas atau waktu redup, suasananya tetap sama…hidup dan membara

Masalahnya sekarang, dalam keadaan biasa yang aman lagi tenteram, ada yang dengan sengaja dan sukarelanya menghalakan bahu ke arah lain. Contohnya:

  • Apabila kita tiba-tiba membelakangi kaabah kerana ingin mengambil gambar sendiri semasa sedang bertawaf.
  • Apabila kita sengaja mendepani Kaabah kerana tiba-tiba ingin mengambil gambar Kaabah atau gambar rakan/keluarga atau gambar suasana orang ramai yang sedang hampir dengan Kaabah.

Dalam keadaan “selesa” ini, bahu kita akan secara automatik tidak mengirikan Kaabah lagi…betul tak? Maka kalau kita berterusan dalam keadaan begitu, sedangkan kita sedar hukumnya maka…??? Cer gi tanya ustaz nanti. Tak berani nak bercerita pasal hukum di sini…tak layak.

Bukanlah tak boleh mengambil gambar sebagai kenangan. Faham…sungguh-sungguh faham. Tetapi tunggulah sehingga selesai proses tawaf dahulu. Selepas tu, nak posing bahu ke bawah, lutut ke atas pun, tali pusat tergantung…sukahatilah (tapi harap-harap, tak adalah yang buat begitu ya…hee hee).

Kalau nak bergambar bersama Kaabah, tunggulah di masa lapang dan bukannya semasa sedang tawaf ya.

Kalau nak bergambar bersama Kaabah, tunggulah di masa lapang dan bukannya semasa sedang tawaf ya.

Kaabah dan suasana orang sedang tawaf dari tingkat 2 Masjidil Haram

Kaabah dan suasana orang sedang tawaf dari tingkat 2 Masjidil Haram

Satu lagi yang selalu dilihat ialah bila mana ada yang melakukan tawaf (dan/atau saie’) secara “berjemaah” sama ada berjemaah beramai-ramai dengan seisi rombongan bas, berjemaah bersama seisi keluarga ataupun sekadar berjemaah bersama isteri/suami sendiri.

Betul…melakukan ibadah bersama-sama lebih seronok, lebih bersemangat. Dalam keadaan di mana orang terlalu ramai, kita juga mungkin takut tersesat atau kehilangan ahli keluarga, rakan, isteri, suami, anak dan sebagainya. Tetapi saya ada mendengar ceramah dari seorang ustaz yang mengatakan salah satu usaha kita untuk mendapatkan umrah yang mabrur ialah tawaf dan saie’ perlu dilakukan dengan penuh khusyuk (kalau boleh jalankan ianya seolah-olah seperti kita sedang solat). Tak bolehlah masa tu jugalah kita nak bersembang yang bukan-bukan, bergurau-senda, menjawab telefon, update status Facebook, mengelamun atau melakukannya sekadar ikut-ikutan; apa yang orang hadapan atau sebelah buat, kita pun ikut sahaja.

Berbalik kepada aktiviti tawaf/saie’ secara “berjemaah” tadi. Dalam beberapa keadaan, akan berlakunya kita terputus hubungan atau kehilangan ahli kumpulan. Suami mungkin kehilangan isteri, abang mungkin kehilangan adik, pak ngah mungkin kehilangan pak busu dan sebagainya. Apa yang kita buat bila keadaan ini berlaku ialah kita akan mula mencari. Kita mungkin memandang ke belakang, kiri, kanan dan sebagainya. Kemungkinan besar bahu kita akan beralih arah. Itu sebabnya, pada pandangan saya, ada baiknya kita fokus dan jalankan ibadah tawaf/saie’ ini secara sendirian. Ini tidaklah bermakna kita mementingkan diri atau mengabaikan keluarga atau rakan-rakan…tetapi berjanjilah kemudiannya apabila semuanya selesai, kita akan bertemu di mana dan bolehlah kembali hati-hati yang terpisah seketika tadinya bertaut kembali. Jangan risaulah sesat di dalam Masjidil Haram kerana ianya rumah Allah…..Allah senantiasa ada untuk memastikan keselamatan ahli keluarga kita (tapi jangan cakap besar pula…nanti sesat betul-betullah jadinya pula…hee hee).

Satu lagi yang sering berlaku ialah apabila kita ingin bertukar laluan (track) semasa tawaf. Katakanlah pada pusingan tawaf yang pertama hingga ke enam, kita berada dalam pusingan yang berhampiran dengan Kaabah. Masuk pusingan ke tujuh, yang terakhir, kita mengambil keputusan untuk berada pada pusingan yang terkeluar, jauh sedikit dari Kaabah. Ini bagi membolehkan kita mudah keluar daripada kelompok manusia yang sedang bertawaf nanti apabila diperlukan. Dalam proses menukar laluan itu, ramai yang mengambil jalan mudah dengan terus melintasi orang ramai, berjalan membelakangi Kaabah sehinggalah berada pada track atau laluan yang dikehendaki. Bukankah itu juga bermakna bahu kita tidak lagi mengirikan Kaabah? Mudah sahaja kan untuk kita menyebabkan tawaf kita tidak sah…tanpa kita sedar walaupun kita tahu hukum-hakamnya.

Saf dalam (dekat dengan Kaabah) biasanya jauh lebih sibuk berbanding dengan saf yang agak terkeluar. Hati-hati agar tidak membelakangi Kaabah sekiranya kita bercadang ingin menukar laluan.

Saf dalam (dekat dengan Kaabah) biasanya jauh lebih sibuk berbanding dengan saf yang agak terkeluar. Hati-hati agar tidak membelakangi Kaabah sekiranya kita bercadang ingin menukar laluan (track tawaf – saf).

Jemaah berkerusi roda juga banyak di sini. Hati-hati kerana semasa kita ingin mengelak atau melarikan diri daripada kerusi roda ini, kita mungkin tertukar niat ataupun membelakangkan Kaaabah tanpa kita sedari.

Jemaah berkerusi roda juga ramai di sini. Hati-hati kerana semasa kita ingin mengelak atau melarikan diri daripada kerusi roda ini, kita mungkin tertukar niat ataupun membelakangkan Kaaabah tanpa kita sedari.

Selain dari masalah bahu yang tidak mengirikan kaabah semasa tawaf, satu lagi masalah yang timbul ialah hati kita yang tidak fokus. Ada ustaz yang memaklumkan bahawa hati dan fikiran kita perlu fokus (khusyuk) semasa melakukan tawaf dan saie’. Tak boleh beralih niat. Contohnya…katakanlah kita sedang bertawaf pada pusingan ketiga, tiba-tiba kita terbayangkan bahawa bertawaf mengelilingi Kaabah ni tak jauh bezanya dengan aktiviti kita semasa kita kecil-kecil dahulu, bermain kejar-kejar mengelilingi pondok bersama adik-beradik dan kita terus mengelamun selama beberapa minit sehingga selesai satu pusingan tawaf. Maka kalau kita benar-benar prihatin dan berusaha untuk memastikan tawaf kita benar-benar diterima olehNya, pusingan mengelamun tadi dianggap batal dan perlu diulang semula kerana niat kita bertawaf pada pusingan tersebut telah berubah tanpa kita sedari.

Begitu juga sekiranya kita bersama rakan, ahli keluarga, suami/isteri. Katakanlah tiba-tiba mereka hilang dari pandangan kita buat beberapa ketika dalam mana-mana pusingan tawaf. Kita pun sibuk mencari…buat beberapa ketika, kita berjalan mengelilingi Kaabah bukan lagi atas niat untuk tawaf, sebaliknya kita sedang mencari rakan, sanak saudara, isteri, suami, anak dan sebagainya. Bukankah itu juga bermakna niat kita sudah berubah dan sepanjang berapa langkah yang kira ambil untuk mencari itu dianggap tidak sah. Sekiranya kita cepat sedar dan prihatin, mungkin kita akan mengundur dan mengulang semula langkah-langkah yang tersasar tadi mahupun menggantikan pusingan itu secara keseluruhannya. Tetapi bagi yang tidak peka…??? Bagaimana dengan pusingan tawaf mereka? Bagaimana dengan umrah mereka? Wallahualam.

Really…?? Serius…??? Ntahlah. Sebab itu yang saya baca dan dengar dan cuba usahakan. Apa jadi kalau tawaf tak sah..?? Umrah pun akan tidak sah…??? No problem…sebab nanti kita boleh buat umrah sunat lagi atau bayar dam untuk cover…kata orang. Tetapi sedarkah kita sekiranya tawaf tak sah, umrah tak sah…secara automatik kita masih dalam keadaan berihram sepanjang masa dan terikat dengan larangan semasa berihram (termasuk dalam Wajib Umrah) antaranya:

  • Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, mengelap dan sebagainya)
  • Memakai minyak rambut pada kepala (dan misai/janggut, bagi lelaki)
  • Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
  • Memakai sarung tangan
  • Mengerat kuku
  • Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
  • Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Bercumbuan atau mukadimah persetubuhan
  • Melakukan persetubuhan

Maksudnya…?? Huh…takut kan? Kena pergi jumpa ustaz untuk dapatkan maklumat lebih lanjut ni. Saya tak berani nak ulas lebih mendalam…takut salah.

Bercakap mengenai larangan ihram ni pun satu. Nampak macam mudah, tetapi ramai juga yang mungkin terleka dan sama ada sedar atau tidak…melanggar larangan ihram tersebut.

Beberapa contoh yang dapat saya perhatikan (pada pandangan saya, perkara ini melanggar larangan ihram tetapi mungkin tidak pada pandangan yang lain…wallahualam)

  • Dalam keadaan berihram (masih belum selesai umrahnya), seorang lelaki membasuh tangan menggunakan sabun (wangi) selepas makan. Apabila ada rakan yang menegur, dia hanya menjawab : “ehhhh apa salahnya. Untuk kebersihan..nak hilangkan bau kari ni haa. Lagipun, bukannya guna banyak pun”

Saya difahamkan, kalau niat penggunaan untuk tujuan pembersihan, hukumnya Harus tetapi sekira niat penggunaannya untuk berwangi-wangian, hukumnya haram dan perlu membayar dam. Apa jadi dengan umrah kita sekiranya kita tidak prihatin dan seterusnya tidak berusaha membayar dam sehinggalah selesai dan kembali ke tanah air? Wallahualam.

Satu contoh lain; dalam keadaan berihram (masih belum selesai umrahnya), seorang lelaki di dapati menukar pakaiannya kepada kain pelikat dan baju melayu untuk solat zohor. Apabila ada rakan yang menegur…”ehhhh ko dah selesai umrah ke..?? Cepatnya.” Jawab beliau “belum lagi. Panaslah sekarang ni. Aku cadang buat lepas Asar nanti…”

Ntahlah. Saya rasa dan yakin saya ni jahil jadi tak berani untuk membuat ulasan selanjutnya. Namun demikian ianya merupakan sesuatu perlu dipandang serius dan perlu diperdalami agar kita semua tidak terlalu mengambil mudah tentang ibadah ini.

Apa yang dapat saya perhatikan berdasarkan ilmu yang terlalu cetek ini…umrah bukannya satu ibadah yang susah sekiranya kita tidak terlalu ambil mudah. Tetapi…ianya juga bukanlah merupakan satu ibadah yang mudah dan tidak perlu membuat sebarang persediaan kerana jika tidak…kita hanya melaksanakan umrah secara ikut-ikutan. Jika tidak, mana mungkin kita akan melihat atau mendengar :

  • Orang perempuan turut berlari sama di kawasan lampu hijau semasa saie’ (Berlari disunatkan hanya untuk lelaki).
  • Orang perempuan beristilam di Hajar Aswad semasa tawaf dengan mengangkat tangan setinggi mungkin sehingga menampakkan aurat (lengan) sedangkan sepatutnya mereka mengangkat sedikit sahaja tangan. Aurat yang terbuka membatalkan tawaf sekiranya tidak dibetulkan segera. Wallahualam…
  • Seorang rakan dengan bangganya bercerita bahawa beliau berjaya juga akhirnya solat sunat dan berdoa di dalam kawasan Hijir Ismail dengan cara menyelit dalam pusingan tawafnya. (Hijir Ismail merupakan sebahagian daripada Kaabah dan berada di dalam kawasannya atau menyentuhnya semasa kita sedang tawaf, menyebabkan pusingan tawaf tersebut batal atau tidak sah).

Sebenarnya banyak lagi perkara pelik-pelik yang dapat diperhatikan sepanjang kami di sana. Tetapi ikut kata ustaz….kita cuba seboleh mungkin bersangka baik sahajalah. Mazhab yang berbeza juga menyebabkan ibadah umrah ini begitu bewarna-warni dengan kepelbagaian….maka sewajarnya kita bersedia dengan ilmu secukupnya kerana jika tidak, ibadah umrah kita kelak akan menjadi ibadah ikut-ikutan semata. Apa yang kita lihat orang lakukan, kita mungkin akan terikut-ikut tanpa menyedari ianya mungkin suatu Bidaa’h ataupun mungkin sesuatu yang dilarang.

Mohon maaf atas segala pandangan yang mungkin silap. Saya cuma seorang yang sedang belajar dan ingin terus belajar. Mohon dibetulkan segala maklumat yang salah dan mohon maaf sekira ada yang tersalah faham dan terkecil hati apabila terbaca tulisan ini. Maaf sangat-sangat….

Posted on March 14, 2013, in Umrah 2013 and tagged . Bookmark the permalink. 38 Comments.

  1. assalamualaikum dr.. sy berminat dengan ketinggian ilmu dr.. boleh sy follow dr melalui facebook?

  2. Tahniah…kerana telah betul-betul menghayati ibadah ini…semuga diberiksn pahala yang banyak….

  3. kita beranggapan baik shj, mereka yg mengambil gambar or tawaf beramai2 tu, dilakukan setelah selesai mengerjakan umrah or tawaf sunat,

  4. HJ ABDUL AZIZ HJ ABDUL SHUKOR

    Assalamualaikum Tn,

    Dugaan dan kesabaran lebih hebat semasa melakukan TAWAF pada musim Menunaikan Haji , dengan keadaan didalam Masjidil Haram yang kini dalam pernaikkan taraf untuk kesenangan Jemaah pada masa akan datang……….

    • Waaalaikumsalam. Betul tu Tuan Haji. Sama-samalah kita berdoa agar rakan-rakan kita yang bakal menunaikan haji dalam masa yang terdekat ini dipermudahkan semua urusan mereka.

  5. terima kasihhhh….
    moga anta akan terus dirahmati ALLAH SEKELUARGA

  6. Syabas! Bagus blog ni. Banyak informasi yang berguna untuk para pembaca. Jika ingin membaca artikel “The Hajj Journey”, sila click link berikut:

    http://ezinearticles.com/?expert=Kamaruddin_B_Hassan

  7. Assalamualaikum,saya sangat tertarik dengan info persediaan dan cara mengerja umrah yg tuan tulis.Yg penting kita beramal biarlah dgn ILMU,bukan ikut ikutan.

  8. TQ for sharing….. sedekit ilmu…besar makna nya……semoga panduan ini dapat saya praktik …Assalamualaikum..

  9. Terima kasih kerana catatan tuan dapat saya jadikan panduan..rupernya banyak yang saya terlepas pandang w/p dah menghadiri kursus..

    terima kasih skali lagi, semuga tuan sekeluarga beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat

  10. Terima kasih kepada tuan, banyak memberi panduan pada saya untuk menunaikan umrah pada january 2015 ni, insyallah

  11. Alhamdulillah banyak panduan terdapat diblog ni.. Hujung december merupakan pertama kali pergi umrah .. In syaa Allah.. Terimakaseh .. Saya mohon share..

  12. nice share.
    untuk paket perjalanan umrah anda silahkan klik kat sini

  13. Trima kasih atas perkongsian Tn.

  14. Norisah Hashim

    terimakasih atas peringatan yang diberi. Alhamdulillah .

  15. As salam…saya baru register untuk umrah bulan Dec ni dgn mak, ayah, kakak, mak sedara n sorang kenalan..baca perkongsian Dr. buat hati rs terjawab..apa yang wajib didahulukan…apa yg dikemudiankan…tq..

  16. Assalamualaikum,saya sangat tertarik dengan info persediaan dan cara mengerja umrah yg tuan tulis.Yg penting kita beramal biarlah dgn ILMU,bukan ikut ikutan.

  17. Suhailiza Hanim Adam

    Assalamualaikum, tuan seorang yang jujur dalam menyatakan pandangan meskipun rasanya ada yang tak senang. Banyak ilmu yang saya dapat pelajari dengan membaca blog ini. InsyaAllah, jika ada rezeki, saya akan menjadi tetamu Allah pada bulan Februari 2015. Moga Allah merahmati tuan sekeluarga. Amin.

  18. Assalamualaikum…info tuan amat berguna utk saya…byk yg dapat saya ketahui dari blog tuan .. ia byk membantu saya sblm berangkat ke sana pada bln dec depan.insyaAllah.

  19. Alhamdulillah.. Ilmu yg berguna untuk saya yg bakal mengerjakan umrah dhujong december ini.. Banyak tip2 yg saya dapat.. Terimakaseh .. Semuga Allah merahmati dan diberi kebrkatan pada tuan.. Saya mohon share ye..

  20. Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke sini dan membaca catatan ringkas saya ini. Kepada semua yang bakal menjadi tetamu Allah tidak lama lagi…saya doakan agar semua urusan akan dipermudahkan olehNya. Semoga semuanya berjalan lancar dan tuan/puan berjaya memperoleh umrah/haji yang mabrur.

  21. Terima kasih kepada saudara/saudari kerana memberikan beberapa gambaran pada diri saya dan suami utk beribadah pd tahun hadapan…Terima kasih byk2…sy doakan moga dgn penulisan dan beberapa tips yg diberikan ini memudahkan urusan saya semasa disana……DOAKAN SAYA DAN SUAMI DIPERMUDAHKAN segalanya…ameen

  22. AlhamduLiLLah , terima kasih atas kesudian berkongsi pendapat serta pengalaman yg menarik sepnjng menunaikan umrah , lepas nie giliran sya pula menyusul 🙂 moga dipermudahkan , kalo ada apa2 info menarik ttg tanah suci atau tips2 membina , kongsi la ! mekasih 🙂 hee

  23. terima kasih diatas pengalam Puan dpt share ilmu drpd puan…bolehkah Pn .dpat sharekan kat fbook saya –saya dapt merasakan spt Puan..tpi masih blum pernah pergi lagi Insha Allah pada bulan November 2015 ni

  24. Razman Malek

  25. terima kasih diatas pengalam Puan dpt share ilmu drpd puan…bolehkah Pn .dpat sharekan kat fbook saya –saya dapt merasakan spt Puan..tpi masih blum pernah pergi lagi Insha Allah pada bulan November 2015 ni -Razman Malek

  26. Syukur Alhamdulillah…. semoga kita semua dipilih untuk menjadi Tetamu Allah sekali lagi…. Aminn….

  27. tolong bagi metovasi kat saya Dr…….kali pertama

  28. Alhamdulillah .terima kasih di atas ilmu yang Dr sampaikan.Ianya sebagai panduan dan peringatan kepada saya untuk menunaikan umrah InsyaAllah bulan Desember 2015 ni.

  29. Syed Alyayha

    Bagus info ni.Sy baca slps pulang dr umrah Disember 2015.Mmg perasaan n jalan cerita nya hampir sama dgn yg sy hadapi.Cuma yg x fhm mengapa terpaksa tunggu 3 hingga 4 jam hanya dlm jarak beberapa meter ketika melepasi port imegresen Jeddah..Dia org mcm x bert.jwb sbb yg menunggu beribu2 manusia ..lorong masuk sedikit x adakala x bergrk..

  30. Yang saya tahu kalau setakat mengelamun itu tak batal tawaf. Yang batalnya apabila kita kehilangan pasangan kita akan tawaf sambil mencari-cari pasangan kita. Masa tu walaupun masih tawaf pergerakan kita lebih tertumpu untuk mengesan pasangan walaupun terus berjalan ke depan. Di situ kemungkinan niat sudah berubah.

  31. Mohd Nor Fuzy Kamarul

    AsSalamu’Alaikum
    Boleh saya bertanya tentang bahu beralih ketika tawaf sebab dilanggar jemaah lain

    • Waalaikumsalam…

      Berdasarkan apa yang saya dengar semasa ceramah ustaz masa kursus umrah, kalau bahu beralih arah ketika tawaf sebab dilanggar, itu masuk dalam kategori yang dimaafkan, dengan syarat kita cepat-cepat membetulkan kedudukan kembali.

      Tetapi kalau dirasakan ianya beralih arah dan kita turut bergerak sama ke hadapan dalam jarak tertentu, digalakkan juga kita mengundur kepada kedudukan sebelum terlanggar tadi dan barulah kita meneruskan tawaf kembali.

      Wallahualam.

Leave a reply to Razman Cancel reply