Cuti-cuti : Golden Palm Tree Resort


Selepas lebih 2 bulan cik isteri bertukar ke tempat kerja baru yang tahap stressnya lebih tinggi…tibalah masa dia dibawa berehat dan bercuti….sekadar untuk merehatkan minda dan hati yang bercelaru.

Puas berfikir…ke mana arah tuju kali ini. Desaru? Melaka? PD? Ya lah…itu sahaja kawasan laut yang terdekat bagi golongan orang-orang seperti kami yang malas untuk memenatkan diri untuk bergerak terlalu jauh dari JB. Akhirnya…destinasi yang menarik hati kali ini ialah resort yang bentuknya seperti pohon kelapa sawit…jauh sedikit menuju ke arah negeri Sayangi Selangor, Yakini BN….ehhh…sorry…terngiang-ngiang pula lagu tu bila kerap sangat terdengar di telinga sejak akhir-akhir ini.

Resort berbentuk kelapa sawit ini lebih indah daripada pokok kelapa sawit itu sendiri

Resort berbentuk kelapa sawit ini lebih indah daripada pokok kelapa sawit itu sendiri

Yuppp…cantik kan? Reka letak chalet atau villa airnya membentuk sepohon pokok kelapa sawit. Ada 8 dahan pokok kesemuanya. Reka bentuknya hampir menyerupai “pulau” kelapa sawit yang terkenal di Dubai tu. Nama resort ini ialah Golden Palm Tree Iconic Resort & SPA. Ada kalanya orang panggil Sepang Gold Coast sahaja memandangkan ianya terletak di Bagan Lalang, Sepang. Difahamkan tidak lama lagi, namanya akan bertukar kepada Aviani Golden Palm Resort & Spa…biasalah…keperluan perniagaan agaknya.

Terdapat beberapa jenis villa yang disediakan bergantung kepada tahap kemampuan kita mengeluarkan belanja dan juga jumlah ahli keluarga yang ingin kita sumbatkan bersama di dalam satu villa. Yang paling kecil bersaiz kira-kira 500 kaki persegi sehinggalah kepada villa (penthouse) 3 bilik tidur bersaiz kira-kira 2 000 kaki persegi, siap dengan jakuzi lagi.

Harga? Dah agak dah mesti nak tahu senarai harganya kan? Pemalas betul…Pergilah laman web resort tu, semuanya ada di sana. Harganya berubah-ubah ikut musim tetapi anggarannya bagi villa paling murah ialah kira-kira RM740 dan yang paling mahal mencecah sehingga RM3.5k semalam. Berikut merupakan contoh anggaran harga bagi setiap villa bagi tempahan hujung minggu.

Anggaran harga semalam di hujung minggu

Anggaran harga semalam di hujung minggu

Kalau nak murah sedikit, datanglah di hari biasa (Weekdays) dan berikut merupakan anggaran harga bagi setiap jenis villa  untuk tempahan pada hari biasa (Isnin – Jumaat dan bukan cuti umum):

Anggaran harga semalam di hari biasa

Anggaran harga semalam di hari biasa

Maka….rancanglah cuti anda dengan bijak ya. Kalau anda jenis yang rajin mencari diskaun, boleh juga mencuba kemudahan di agoda.com, booking.com, cuticuti.com dan sebagainya. Tapi hati-hati dengan kos tersembunyi. Harga dari laman web golden palm resort misalnya, siap telah dimasukkan tax dan breakfast misalnya sedangkan harga di laman web yang dinyatakan biasanya tidak. Jadi pastikan tidak terus membandingkan harga, sebaliknya kaji terlebih dahulu apa yang ditawarkan (atau tidak) di sebalik setiap harga tersebut.

Untuk kemungkinan mendapat diskaun sehingga 60%, sila teruskan membaca. Saya akan maklumkan bila-bila masa bagaimana untuk mendapatkannya nanti. Hee hee (macam rancangan TV lah pula kan).

Berbalik kepada percutian ringkas kami, kali ini kami memilih villa jenis Premier Travellers Palm Villa. Kos untuk pakej 3 hari 2 malam siap dengan breakfast masa itu ialah RM1.5k. Berbaloi ke tidak…?? Hmmm…bergantung kepada persepsi masing-masing.

xxx

Golden Palm Tree

Jemput masuk...

Jemput masuk ya

rrrr

Bangunan di belakang tu ialah Lobi. Dari lobi kita boleh berjalan kaki atau menunggu buggy untuk bergerak ke mana-mana bahagian resort yang dikehendaki

Kami tiba ke resort ini lebih kurang jam 12.30pm pada suatu hari Ahad. Pada masa itu, orang ramai sedang sibuk berebut-rebut check-out…kami sahaja yang tergedik-gedik sopan baru nak check in. Kebetulannya hari Rabu berikutnya ialah Cuti Hari Pekerja (1 Mei), jadi kami mengambil kesempatan untuk meng-awalkan sedikit waktu cuti hari pekerja kami. Hee hee. Disebabkan itu…maka terpaksalah kami menunggu agak lama di lobi resort kerana bilik yang ditempah masih belum dikemaskan lagi…maklumlah cuti hujung minggu. Lobinya kira OKlah..selesa dan banyak tempat merehatkan kaki, tangan, mata dan segala yang berada di antaranya.

Ruang menunggu, berehat dan minum-minum

Ruang menunggu, berehat dan minum-minum

Deretan sofa di ruang lobi

Deretan sofa di ruang lobi

Tempat bersantai di luar lobi

Tempat bersantai di luar lobi

aaa

Permandangan dari dalam lobi ke lautan + villa air (ketika ini air masih surut)

Kebosanan menunggu bilik yang masih belum disiapkan

Kebosanan menunggu bilik yang masih belum disiapkan. Mujurlah isteri pandai buat lawak tahap Amir Raja Lawak…terhiburlah juga (sikit)

Selepas menunggu lebih sejam, kami akhirnya dibawa menaiki buggy untuk ke villa jenis Premier Travellers Palm Villa yang telah ditempah. Villa ni kira OKlah untuk keluarga 2-3 orang. Ada sebuah katil saiz Raja-raja, sofa panjang tempat lepak dan bergedik santai serta balkoni dengan set kerusi dan meja untuk berehat sambil menikmati keindahan laut dan matahari terbit dan terbenam.

Katil saiz Raja (King Size)

Katil saiz Raja (King Size)

Sofa panjang : sedap untuk tidur mengadap lautan luas

Sofa panjang yang boleh juga dijadikan katil siang

Balkoni dengan set meja dan kerusi santai

Balkoni dengan set meja dan kerusi santai sesuai untuk makan kuaci

Set TV interaktif juga disediakan sama. Selain dari menonton rancangan TV yang biasa, kita juga boleh membuat pesanan makanan/minuman dan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan oleh resort terus menggunakan remote TV. Bilik airnya pula…tak senonoh. Mengapa? Tengoklah sendiri.

Bilik air, bahagian shower (jangan lupa tutup tirai ya)

Bilik air, bahagian shower (jangan lupa tutup tirai ya)

Hee hee. Siapa yang nak glamour, bolehlah mandi tanpa terlebih dahulu menutup cermin yang terbuka luas itu. Bagi kita yang tahu batas-batas yang membezakan manusia dengan haiwan…pandai-pandailah menurunkan bidai atau kain langsir yang disediakan tu ya. Jangan terlupa pula…nanti tak pasal-pasal popular satu kampung kita dibuatnya.

Apa yang istimewanya  villa ini berbanding tempat lain? Hmmm..susah nak cakap kerana ianya bergantung pada persepsi masing-masing. Pada pandangan saya, ia sememangnya lokasi yang sesuai untuk berehat bersama keluarga dengan segala kemudahan yang disediakan dan keindahan panorama. Cuma, puas difikirkan apa keistimewaan resort ini selain daripada bentuk kelapa sawitnya…susah nak dizahirkan. Tidak seperti hotel berkonsepkan resort atas air yang lain seperti Grand Lexis PD yang istimewa dengan menawarkan kolam renang peribadi terus di dalam chalet atau Avillion Port Dickson dengan harga yang hampir sama, ianya menawarkan bilik yang lebih luas, bilik mandi yang lebih “seksi” dan luas, balkoni yang lebih privacy dan katil berehat yang diletakkan betul-betul ditepi tingkap menghadap lautan…siyookkkk untuk tidur. Opsss…tak baik mengumpat. Kita teruskan cerita tentang Golden Palm Resort inilah ya. Kesian dia…

Berikut merupakan permandangan sekitaran dari balkoni villa yang kami diami. Sesuai untuk duduk berehat melayan kuaci atau kacang goreng sambil membaca akhbar sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa (sampai sekarang masih tak faham…kenapa agaknya bahasa itu yang disepoi-sepoikan bagi melambangkan angin..??).

Menunggu senja tiba

Menunggu waktu senja tiba

Jam 11 am

Permandangan dari balkoni : Jam 11 am

Permandangan dari balkoni

Permandangan dari balkoni : Jam 7.10pm

Satu sahaja kelemahan balkoni di sini..ianya terlalu terbuka. Tidak ada tirai atau sesuatu yang sekurang-kurangnya menghalang pandangan terbuka terus ke balkoni orang sebelah, kiri, kanan dan bawah. Bermaksud..sekiranya kita berkunjung ke mari semasa cuti hujung minggu atau cuti pesekolahan misalnya, bila keluar ke balkoni untuk menikmati keindahan laut nanti, pastinya kita turut ditemani dengan ramai jiran tetangga. Bagi sesiapa yang mementingkan privacy…sila balik ke rumah sendiri ya. Hee hee. Lagi satu yang tak bestnya ialah…resort ini mengamalkan konsep “DILARANG MEMANCING” dari dalam villa….ntah hapa-hapalah kan. Tapi kami lihat, ada juga orang yang buat bodoh dan melepaskan joran sebatang dua terus dari balkoni. Hee hee

Pandangan dari balkoni ke villa jiran sebelah

Pandangan dari balkoni ke villa jiran sebelah

Kesemua villa jenis Premier Travellers Palm ini terletak di tingkat atas manakala villa jenis Travellers Palm Villa pula terletak di tingkat bawah. Saiz kedua-duanya adalah sama cuma yang membezakannya ialah tingkat atas mempunyai siling yang lebih cantik/romantik dan lebih tinggi menyebabkan villa itu terasa lebih luas dan selesa.

Siling yang lebih tinggi, menyebabkan villa terasa lebih luas

Siling yang lebih tinggi, menyebabkan villa terasa lebih luas

Tingkat atas : Premier Travellers Palm Villa

Tingkat atas : Premier Travellers Palm Villa

Bagi anda yang ingin membawa ahli keluarga yang lebih ramai mungkin boleh menyewa villa yang lebih luas seperti :

  • Canary Palm Villa (anggaran harga RM 1200 semalam)
  • Ivory Palm Villa (anggaran harga RM 1600 semalam)
  • Royale Palm Villa (anggaran harga RM 3300 semalam).

Apa lagi yang penting untuk dikongsikan ya? Haaa…kolam renangnya…memang aweeeeesome. Kolam renangnya terletak di Club House, bersebelahan tempat kita breakfast (Restoran Bila-Bila). Ia dikenali sebagai Infinity Pool. Mengapa..? Tengoklah sendiri. Ianya direkabentuk untuk kelihatan tiada tembok pemisah dan bersambungam terus dengan lautan. Sekali pandang kelihatannya kita sedang berenang di lautan luas yang terbuka, saujana mata memandang.

Kolam renang: Infinity Pool nama diberi

Kolam renang: Infinity Pool nama diberi

Mandi-mana di Infinity Pool

Mandi-manda di Infinity Pool

Bagi yang tak pandai berenang, kita berinfinity fool jerlah di sini

Bagi yang tak pandai berenang, kita berinfinity fool jerlah di sini (tempat santai di keliling kolam renang)

Terasa seperti zaman Spartacus

Terasa seperti zaman Spartacus

Selain daripada kolam renang tadi, di club house juga terletaknya Restoran Bila Bila, Restoran Hai Sang Lou, Spa dan Gym. Club House ini kedudukannya kalau diperhatikan dalam konteks rekabentuk pohon kelapa sawit ialah di bahagian tengah atau buah kelapa sawit tersebut. Maka siapa yang villanya berada di batang atau pohon kelapa sawit yang agak jauh dari buahnya, dan mengalami penyakit lutut bergegar atau sememangnya pemalas…jangan risau, buggy sentiasa bersedia mengambil dan menghantar anda.

Selain dari Restoran Bila-Bila, Restoran Hai Sang Lou, terdapat juga beberapa restoran lain yang setiap satunya ada kelebihan tersendiri. Contohnya Buloh Bar (tepi kolam renang), Restoran Perahu (menghidangkan pelbagai pilihan makanan Melayu, BBQ, makanan laut di tepian pantai), Restoran Stimboat khas untuk penggemar steamboat, Sepoi sepoi Cafe (menu jenis ala carte, seperti kedai kopi Cina, sesuai untuk minum petang) dan Selat Bar (Bar tepi laut…kalau tak pergi pun tak apa sebab ianya turut menghidangkan minuman keras).

Bila-Bila restoran

Restoran Bila-Bila (bahagian luar) – tempat sarapan pagi

Sarapan pagi di restoran Bila-Bila

Sarapan pagi di restoran Bila-Bila

Sepoi Sepoi Cafe

Sepoi Sepoi Cafe

Kalau yang jemu atau tidak sukakan makanan di hotel, jangan risau. Pantai Bagan Lalang memang menyediakan banyak restoran khususnya restoran makanan laut. Ada yang dalam jarak berjalan kaki sahaja dari resort. Pada malam kedua kami di sini, kami berpeluang pergi menikmati makan malam di sebuah restoran yang dikenali sebagai HM Sri Bagan Seafood Restaurant. Di sini kita boleh memilih hidupan laut yang segar-segar untuk dijadikan hidangan. Kalau kita datang di waktu yang masih ada matahari, dapatlah kita makan sambil menikmati keindahan laut kerana restoran ini sebahagian daripadanya berkonsepkan restoran terapung. Rupa bentuk restoran ni buruk jer…tapi rasa makanannya…cantikkkkkk..!!! Dikhabarkan kalau datang di musim cuti atau hujung minggu, memang agak sukar untuk mendapat tempat duduk kerana ramai orang. Maklumat lanjut tentang lokasi dan menu boleh dilihat di sini: http://hmsribaganlalang.blogspot.com/

Hidangan makan malam kami

Hidangan makan malam kami di resoran makanan laut SM Sri Bagan

Berbalik pada Golden Palm Resort tadi, bagi sesiapa yang jenis tak mahu duduk diam, boleh sahaja menjalankan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang disediakan oleh pihak resort. Ada yang percuma dan ada juga yang dikenakan bayaran. Antaranya Bicycle Tour (naik basikal mengelilingi kawasan sekitar beramai-ramai), Extreme Park (Go-Kart, Paintball, All Terrain Vehicles-ATV, Memanah) dan banyak lagi. Maklumat lanjut tentang aktiviti-aktiviti lasak  ini boleh di lihat di sini.

Bagi yang tak berminat dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan, boleh sahaja merayau-rayau menikmati keindahan alam, sama ada di dalam kawasan resort itu sendiri mahupun di pantai terbuka di sekitar resort.

Boleh sahaja jalan-jalan memnanjat setiap pohon kelapa sawit yang ada

Boleh sahaja jalan-jalan memnanjat setiap pohon kelapa sawit yang ada

Konon nak buat aksi gwiyomi tu

Konon nak buat aksi gwiyomi lah tu kononnya

Villa di belakang tu ialah Gym. Yang dihadapan ni pula..dua orang yang tak pernah masuk Gym.

Di belakang tu ialah Gym. Yang dihadapan ni pula..dua orang yang tak pernah masuk Gym…tapi masih maintain cute dan semi-macho

Tempat rehat dan menunggu buggy (bagi yang tak larat atau malas berjalan lagi)

Tempat rehat dan menunggu buggy (bagi yang tak larat atau malas berjalan lagi)

Buggy : kalaulah dapat sebiji

Buggy : kalaulah dapat sebiji untuk dibawa balik ke pejabat

Bila penat...kita naik buggy

Bila penat…jom kita naik buggy

Pepohon kelapa sawit

Salah satu pepohon kelapa sawit

Santai di tepi laut

Santai di tepi laut; Smiley Beach

Smiley Beach nama diberi

Smiley Beach nama diberi. Pelbagai kemudahan untuk aktiviti air ada disediakan di sini

Pantai khas untuk pengunjung resort sahaja. Terpisah di sebelah hujung sana pula, pantai terbuka untuk orang ramai

Pantai khas untuk pengunjung resort sahaja. Terpisah di sebelah hujung sana pula, pantai terbuka untuk orang ramai

Akhirnya…sekadar untuk makluman bagi anda yang memandu ke sini, tempat meletak kenderaan agak jauh dari resort ini tetapi masih dalam jarak berjalan kaki (kira-kira 500-600m dari resort). Kebanyakan hotel di pantai Bagan Lalang ini mengamalkan konsep tempat meletak kenderaan terbuka iaitu mereka berkongsi tempat letak kenderaan yang sama. Tetapi jangan risau, ada pengawal yang menjaganya dan kenderaan (van) juga disediakan untuk membawa anda pergi dan balik dari resort ke tempat meletak kenderaan tersebut. Ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan tempat permainan Go-kart dan juga padang memanah yang disediakan oleh pihak resort untuk kegunaan pengunjung.

Ruang meletakkan kenderaan. Betul-betul bersebelahan padang go-kart dan tempat aktiviti memanah

Ruang meletakkan kenderaan. Betul-betul bersebelahan padang go-kart dan tempat aktiviti memanah

Cukuplah buat kali ini. Jumpa lagi lain kali dengan sesi cerita cuti-cuti Malaysia. Next destination….??? Ada dua yang sedang diintai…satu, sebuah resort di tepi tasik di negeri Kelantan, satu lagi sebuah resort dalam hutan di Seremban. Tengoklah bila berjaya kumpulkan cukup duit dalam tabung ayam jantan merah nanti…dan masa mengizinkan…kita jumpa di sanaaaaaaaa…..

Untuk maklumat lanjut mengenai Resort ini :

Laman Web :

http://www.goldenpalmtree.com/

Alamat :

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa
NO. 67, JALAN BAGAN LALANG, KG. BAGAN LALANG
SUNGAI PELEK SELANGOR DARUL EHSAN 43950
60331823600 | 60331823667

Kawasan sekitaran :

15 Minutes drive from Sungai Pelek
35 Minutes drive from Sepang International F1 Circuit
41 Minutes drive from Sepang
41 Minutes drive from Low Cost Carrier Terminal (LCCT)
43 Minutes drive from Morib
46 Minutes drive from Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
47 Minutes drive from Port Dickson
57 Minutes drive from Banting
62 Minutes drive from Cyberjaya
64 Minutes drive from Putrajaya
85 Minutes drive from Kuala Lumpur

Maklumat Lokasi : Peta dan Lokasi

Posted on May 11, 2013, in Selangor, Travelogue-dalam.Negara and tagged , , . Bookmark the permalink. 14 Comments.

  1. Beautiful pictures! Bestkan kat sini? Experience it at your own getaway at Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa at a discounted rate of more than 50% – only RM 350 nett!! Visit http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ and drop me a comment! Thank you🙂

  2. Thanks for sharing such a pleasant thought, post is fastidious, thats why
    i have read it fully

  3. tmpang lal….post yg sgt menarik..as member golden palm tree sy bleh dptkn best rate RM 350 for 2D1N and RM650 for 3D2N..Email abuburn888@gmail.com (0122208140)

  4. hi uncle.. i’m from indonesia, just a short question.. how to get there from kl sentral since i don’t want to take taxi.. is there any bus available going there? thus, a friend of mine went there by the hotel car and it cost him RM250..which is too much for me to spend since there are going to be me, my husband and my son. I’m looking forward from hearing from you soon. many thanks.

    yensri

  5. salam. sy ingin bertanya… kenderaan (van) juga disediakan untuk membawa pergi dan balik dari resort ke tempat meletak kenderaan ada dikenakan sebarang bayaran ker??

    • van dr carpark >resort>carpark>resort>carpark>resort Percuma…..nk ulang alik dr pg sampai ptg pun boleh….. : ) …..buggy dr lobby ke bilik n pusing2 dlm tu pun percuma…. : )

  6. boleh tak pihak resort buat cadangan buat satu jalan mehubongkan sungai pelik dengan klia.

  7. Sweet blog! I found it while searching on Yahoo News.
    Do you have any suggestions on how to get listed in Yahoo
    News? I’ve been trying for a while but I never seem to get there!

    Cheers

  8. abuburn tu betul ke member?Kalu betul2 nak murah tu blh dpt ke?

    • DaisukeAlfredo 806046

      Kepada yg kurang jelas tentang package ..maybe INI Boleh jelaskan
      Resort 5 star=Avani Sepang Gold Coast

      Price per room net=2h1m–rm450(service charge and tax included).

      Aktiviti FREE: -Sailing, Cart Sailing, Speed Sailing, Canoe, Windsurfing, Stand Up Paddle, -Cycling/Biking, Beach Soccer, Beach Volley, Frisbee, -Kids Club, Infinity pool, Gym.

      Term
      : Ahad- khamis(at least 2d1n & 3d2n)
      : Friday- Saturday(at least 3d2n)

      Harga market(Agoda,booking.com.etc)–>Normal Rm600-Rm800(not included tax)

  9. Avani Sepang Gold Coast sama ke dengan golden palm resort?
    kalau nak booking yg RM450 tu camana dlm bulan feb ni? TQ

  10. Assalamulaikum.. kepada yang berminat nak meginap di AVANI Sepang.. sila layari FB berikut https://www.facebook.com/avanicuti2u..

  11. Fairose SPK 2003-2006

    Hai
    DR Zaidah
    DR J

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: