Jelajah.Pantai.Timur 02 : Terengganu Bersatu


Ini merupakan kesinambungan daripada komik bergambar episod Jelajah Pantai Timur pada tahun 2010 yang lalu…terperuk di dalam Facebook sejak sekian lama dan telah mula dipindahkan ke dalam bentuk blog sejak setahun yang lalu tetapi baru hari ini (tahun 2013), barulah berkesempatan untuk menyelesaikan kerja tidak berfaedah ini yang masih tertungggak.

Episod pertama boleh baca di sini : Jelajah Pantai Timur 01 : From Pekasam Gi Budu (Kelantan)

Dari Kelantan kami terus bergerak ke Terengganu pula. Dah tak berapa nak ingat apa yang berlaku…so tengok gambar jerlah ya. Malaslah pula nak menulis. Nak gi ke dapur bantu tengok cik isteri masak di hari Sabtu ni…lagi bagus

Seperi biasa co-pilot saya sentiasa siap sedia dengan perancangan ad-hoc dan spontannya

Dan seperti biasa….ada kalanya lebih seronok menjelajah secara menkhinzir buta. Tiada arah tujuan yang spesifik, tiada hotel tertentu yang ditempah bagi tujuan penginapan. Menginaplah kami di mana sahaja hotel pertama yang sedap mata memandang lokasi dan rupa parasnya di mata kami.

Memulakan sesi merayau di sekitar bandar Terengganu

Setiap kali bercuti..mesti pergi tengok laut..tetapi mandinya tidak juga..maklumlah tak pandai berenang. Berendam pun boleh lemas kalau salah gaya.

Tak lengkap kalau ke Terengganu kalau tidak singgah sebentar ke Taman Tamadun Islam. Rajin betul kawan-kawan kita tu membuat replika bagi setiap masjid utama dari seluruh dunia ni ya. Di sini juga terletak Masjid Kristal yang popular tu.

Taman Tamadaun Islam

Aksi poyo sebelum menuju ke Masjid Kristal

Aksi-aksi poyo di sekitar Masjid Kristal

Cuaca memang agak panas masa tu…nak buka mata pun susah.

Seterusnya kami merayau lagi. Kali ini lokasi seterusnya ialah kawasan berkumpulnya pakar-pakar membuat keropok Losong. Setiap selang 50m…orang menjual keropok losong Terengganu yang popular tu. Macam-macam saiz, macam-macam jenis…semuanya rasa keropok. Muka penjual keropok tu masing-masing pun dah macam keropok juga…hee hee

Keropok Losong Terengganu

Membeli memang best terutamanya untuk kawan-kawan dan jiran tetangga yang terdekat

Setelah berkeropok sejam-dua, kami terus bergerak lagi ke Pasar Payang…mana boleh dilepaskan peluang ke sini..kata cik isteri (dengan mata yang bersinar-sinar dan hidung yang kembang-kempis).

Pasar Payang…segalanya ada di sini (bagi orang perempuanlah)

Kain baju, makanan pelbagai rupa dan rasa, barang kemas…semuanya ada

Lama lagi ke ni…dah lebih 2 jam di sini..masih tiada tanda-tanda cik isteri nak kembali ke pangkal jalan. Aduhh…Arghhh

Dan akhirnya dia sampai ke kawasan ini. Double Argghhh….

Selesai berjimba-raya di kawasan Pasar Payang, Terengganu kami bercadang meneruskan perjalanan ke Pahang pula…rasanya macam nak singgah tidur di Cherating sebelum kembali ke Johor esok harinya nanti.

Pantai Kelulut, Marang

Pantai Rantau Abang

Pantai Rantau Abang

Cik isteri mencuri hasil laut yang terdampar di bumi Pantai Rantau Abang

Tak senonoh sungguh budak ni…Ishhhh

Pantai di kampung Kuala Abang

Aksi-aksi poyo lagi

Dari pantai Kuala Abang kami memandu lagi dan dari jalan raya terpandang sebuah perkampungan nelayan yang dari kejauhan kelihatan seperti gambar di dalam poskad yang dijual dengan harga RM1.50 tu. Kami melencong sebenar ke sini…perkampungan nelayan Paka…menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.

Perkampungan nelayan Paka, Terengganu

Perkampungan nelayan, Paka Terengganu

Dari perkampungan nelayan Paka…kami meneruskan perjalanan dan kami tersinggah lagi. Kali ini di tepian pantai Kampung Gelugur Kerteh.

Kampung Gelugor, Kerteh

Hari dah makin senja…perjalanan masih jauh lagi. Huhuhu

Akhirnya jam 9pm…kami sampai di salah sebuah resort di Cherating…mujurlah maih ada bilik yang kosong. Kalau tidak, tidur dalam keretalah nampaknya.

Bersambung nanti seterusnya ke Episod Jelajah Pantai Timur 03 : From Cherating to Mersing and Beyond (Ntah bilalah agaknya nak buat dan disiapkan…tahun 2014 agaknya).

From Cheratuing to Mersing and Beyond...

From Cherating to Mersing and Beyond…

Posted on May 11, 2013, in Komik Realiti Bergambar, Terengganu, Travelogue-dalam.Negara and tagged , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

  2. Salam,
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp)
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:

    http://freelancetour.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: