Jom Mengumpat Semasa Minum Pagi


Baru balik minum pagi bersama seorang rakan…dan dia begitu sopan berkata-kata di sepanjang aktiviti makan-minum kami. Cerita semua yang baik-baik sahaja…sedangkan selalunya itu bukan perangai dia yang sebenarnya. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta dia mula kembali kepada keadaan asal (suka marah-marah, bercerita hal orang, mengalahkan gaya apek jual tilam lama tukar baru dari dalam lori tu). Saya merasa agak pelik dan bertanya:

Saya : Wei Longkai (bukan nama sebenar)…ko ni apa hal…??
Dia : Hal apa pulaknya…
Saya : Aku ingat ko dah insaf…dah kembali ke pangkal jalan. Tak mengumpat orang dah, tak menyalahkan satu dunia lagi….
Dia : Hee hee…belum lagi boss. Belum sampai seru…selagi dunia keliling kita camgini, aku akan terus berkata-kata ketidakpuasan hati aku.
Saya : Abis tu…tadi masa makan bukan main lagi sopannya..?? Aku ingatkan buang tebiat ke apa….
Dia : Oooo..yang itu…haaaa….ini aku nak cerita apa yang aku baca kat Internet tadi sebelum masuk office…
Saya : Apa dia…????

Katanya lagi…..

Mengapa orang kita (baca sebagai Islam), membaca surah yasin atau ayat-ayat suci Al-Quran yang lain di depan air…dan air itu kemudiannya boleh menjadi serba-guna..minum terutamanya. Katanya lagi…(menurut apa yang dibaca), air merupakan alat rakaman yang baik dan mampu merakamkan apa sahaja getaran di sekelilingnya…tenaga-tenaga positif dari bacaan ayat suci Al-Quran ini kemudiannya akan bersatu dengan tubuh badan kita. Itu sebab orang tak sihat, anak degil, malas belajar..macam-macamlah…kita minta ustaz bacakan ayat suci pada air….macam jampilah kononnya tu…

waterinGlass

Betul tu kata saya kerana pernah dengar ada seorang ustaz tu cerita (ke saya terbaca kat mana-mana mungkin) pasal tenaga atau aura atau tenaga positif ni..dan sebagai seorang bekas guru praktikal yang pernah mengajar subjek Sains Tingkatan 2 di Batu Pahat, saya sedar bahawa badan kita ni lebih kurang 70 peratus terdiri daripada cecair…dan sebagai seorang bekas guru Kimia Tingkatan 4 dan 5 di Tamparuli, Sabah…saya juga sedar (rasanya) bahawa air atau H20 ni terdiri daripada molekul-molekul yang menggedik dan bergetar sentiasa…..

H20

Sambungnya lagi…

Dia : Jadi….kalau tenaga positif tu boleh dirakamkan menerusi baaan ayat-ayat suci Al-Quran..bermaksud apa sahaja percakapan kita di hadapan air minum boleh membekalkan tenaga yang sama…
Saya : Habis tu..???
Dia : Itu pasallah waktu makan-minum….kita tak boleh cakap benda-benda yang tak elok. Tak boleh mengumpat, marah-marah, sumpah seranah…sebab ianya akan dirakamkan sebagai tenaga negatif ke dalam air minum tu…lepas tu kita minum air tu. Woooooo….tak mo ooo badan aku penuh dengan tenaga negatif…aku dahlah tak berapa nak pandai…nanti makin bodoh jadinya aku ni….susah nak masuk ilmu…
Saya : Ooooo….gitu…..

Betul juga katanya tu….tak pernah terfikir pula pasal benda ni. Sedangkan waktu minum pagi dan waktu-waktu makan yang lainlah bila kita berkumpul bersama rakan-rakan…kita mula mengumpat, meluahkan rasa marah pada boss atau rakan sepejabat etc…atau kalau dirumah…marah anak-anak, jiran tetangga etc…tanpa kita sedar…tenaga negatif itu turut dihantar ke dalam air minum yang kita minum??? Seterusnya…mungkin itu sebabnya ramai di antara kita yang mungkin susah nak masuk ilmu, emo tak tentu hujung pangkal, susah nak berubah ke arah kebaikan, rezeki tak pernahnya lekat dan sebagainya. Ya lah…kalau bacaan ayat suci al-Quran mampu membawa tenaga positif kepada kita mengapa tidak umpatan, kutukan, marahan (hee hee..tak der kot ayat ni dalam kamus Dewan) turut membekalkan elemen yang sama…???

Saya : oooo….itu sebabnya ko begitu ayu masa makan tadi…?? Cisss…aku ingatkan dah berubah….
Dia : Hee heee
Saya : Tapi aku nak tanya sikitlah….yang ko telan tiap-tiap hari air liur tu apa cerita pulak..???
Dia : Maksud ko…
Saya : Ya lah…tiap kali ko marah-marah, ngumpat orang tu…mesti tak cukup air liur dibuatnya…bergelas-gelas ko telan tu…tak jadi aura negatif juga ke..?? free free jer masuk tekak tiap-tiap hari…
Dia : (Diam……lama, termenung..)
Saya : Ni apa hal lak ni…
Dia : Betullah ko kata…..insaf aku jadinya tiba-tiba…Ya Allah….patutlah aku jadi camgini….
Saya : Lain kali..aku tak mo lah minum pagi dengan ko lagi…kalau kita gi sama pun..pastikan ko ngumpat atau marah jauh dari air minum aku….haa haa
Dia : Ko ni….aku tengah serius ni…

Dan kami terus diam…..sepanjang perjalanan kembali ke pejabat….mengenangkan betapa banyaknya aura negatif yang telah ditelan setiap hari……

dan baru saya terfikir…Ooooo itulah sebabnya juga para isteri digalakkan sentiasa berzikir dan yang seangkatan dengannya sewaktu memasak…kerana ianya secara tidak langsung akan memberi sesuatu yang positif pada masakan yang bakal dimakan oleh suami dan anak-anaknya…

dan….bayangkanlah…kita makan di kedai…yang tukang masaknya…sentiasa mengumpat atau bercakap sesuatu yang tak berapa nak baik…???? Adoiii………….

Posted on October 30, 2013, in Rojak and tagged , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. HJ ABDUL AZIZ HJ ABDUL SHUKOR

    Assalamualaikum Tuan,

    Nampaknya selepas nie kena banyak beristifar dan berzikir………..

    Selamat menyambut tahun baru 1435H….muga di tahun 1435H ini ALLAH memberikan RAHMAT kepada tuan sekeluarga………….

Leave a comment