Bahayanya Kejujuran dalam Rumahtangga


Ada yang berkata, salah satu elemen penting dalam menentukan keharmonian sebuah rumahtangga ialah kejujuran. Saya bangkang. Kejujuran amat merbahaya dan ianya merupakan salah satu faktor yang boleh menganggu keharmonian sesebuah rumah tangga. Lihat..ehhh maksud saya…baca contoh-contoh senario yang berikut:

KejujuranSenario 1
Di meja makan…

Isteri : Abang….sedap tak?
Suami : Hmmmm….
Isteri : Apa yang hmmmmm nya.? Sedap tak saya masak hari ni?
Suami : Hmmm…gulai ni masin sikitlah Ayang (Jujur)
Isteri : Masin ? (Sambil merasa gulai yang dikatakan masin itu). Mana ada masin…lidah abang tu jer. Lain kali tak nak masak gulai ni dah. Abang masaklah sendiri (merajuk).

Kejujuran – tengok tu…bukan ke menganggu keharmonian rumah tangga?

Senario 2
Di depan TV…menonton drama

Isteri : ehhh sejak bila lak abang minat nonton drama melayu ni?
Suami : ntah..macam best lak ceritanya..
Isteri : ke abang suka tengok heroinnya?
Suami : haah…OK juga dia berlakon. Cantik tapi OK taklah macam kayu sangat. Siapa namanya ya?
Isteri : Izara Aishah. Cantik? Mulalah tu…(mula nak merajuk). Antara saya dengan Izara Aishah tu…siapa yang lagi cantik?
Suami : Ishhh awak ni. Soalan yang tak logik untuk ditanya.
Isteri : Hee hee…cakaplah siapa yang lagi cantik di mata abang?
Suami : ishhh…mestilah dia lagi cantik. Nama pun heroin. Tak logiklah awak ni (Jujur)
Isteri : (Terus mengambil remote TV, off TV dan masuk bilik…merajuk….)

Kejujuran – sekali lagi menganggu keharmonian rumah tangga..

Senario 3
Di depan komputer…

Isteri : Abang buat apa tu…banyak kerja ke?
Suami : Taklah banyak sangat. Tengah semak tesis sambil chat dengan sorang student ni…(Jujur)
Isteri : Student mana?
Suami : Ntah..tak kenal pun. Dia contact tanya pasal cara analisis data dari forum online..
Isteri : Lelaki ke perempuan?
Suami : Ntah..kalau tengok gambar dengan nama..perempuan rasanya.
Isteri : Abang ni..kalau perempuan lain yang tanya, beria nak tolong jawab. Kalau saya yang tanya..semua suruh buat sendiri (mula nak merajuk).
Suami : Laaa..betullah. Budak2 ni tak ada kaitan dengan kita..so kenalah tolong apa yang patut supaya nanti depa tak kacau dah. Ayang…isteri abang…abang kenalah latih supaya berdikari…(Jujur).
Isteri : Yalah…ada jer alasannya (sambil menghempas-hempas kakinya…merajuk).

Kejujuran – Confirm….ianya menganggu keharmonian rumah tangga..

Senario 4
Shopping Complex

Isteri : Abang…Cantik tak baju ni ?
Suami : Hmmm..tak cantiklah Ayang. Crowded sangat coraknya.
Isteri : Oooo…ya ke. Yang ini lak?
Suami : Kat tangannya tu jaranglah kainnya. Janganlah…

Bergerak ke kedai lain pula…dan proses yang sama berulang lagi. Suami terus jujur memberi pendapatnya pada setiap pertanyaan isteri dan akhirnya….

Isteri : Yang ini abang…?? Cantikkan…?
Suami : hmmm…nampak macam tahun 70-an jer..
Isteri : Hmmm…jom baliklah Abang. Tak jadilah nak beli.
Suami : Apasal lak? Belilah..Ayang kata nak cari baju 2, 3 helai..
Isteri : Tak jadilah..Abang kata semuanya tak cantik. Tak ada mood dah (Merajuk…)
Suami : Laaa…gitu pulak. OKlah kalau gitu…jom balik. Penat juga dah ni…
Isteri : Abangggggggggg ni tau. Pujuklah ajak gi tempat lain. Dia ni tau….!!!! Eeeee…geramnya….
Suami : Errrkkkk…

Kejujuran – bukankah ianya merbahaya dan boleh menganggu keharmonian rumah tangga..?Hee hee….

Posted on March 15, 2014, in Rumahtangga and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. suke sgt post ni,,,,sgt reality ,,heheeehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: