Antara Kita dan Mereka


Minggu lalu, selepas selesai seorang saudara dari Myanmar yang biasa datang memotong rumput dan membersihkan kawasan rumah, saya menunjukkan kepadanya sekotak t-shirt lama milik saya dan bertanya sama ada dia mahukannya atau tidak. Sudah lama beberapa kotak pakaian lama tersebut terperuk dalam stor, tak sempat untuk diagihkan ke tempat yang sepatutnya.

Tanpa membuka, memeriksa isi kotak, dia terus menyambutnya dengan gembira. Alhamdulillah. Kurang sudah sekotak dan sekurang-kurangnya pakaian lama tersebut boleh digunakan oleh orang yang lebih memerlukannya. Sudah lama saya perhatikan pakaian yang dipakainya adalah pakaian terpakai yang sudah lusuh dan tidak begitu sesuai saiznya.

Petang tadi, loceng rumah berbunyi. Bila dijenguk, kelihatan seorang lelaki bermotosikal, berkemeja lengan panjang, kemas berdiri di hadapan pagar. Aiseh…salesman apa pulak ni. Saya cuma menunjukkan isyarat tangan dari jauh menunjukkan tidak mahu apa juga yang dijual atau apa juga servis yang ditawarkan.

Tiba-tiba, baru saya perasan..lelaki itu bukannya salesman, tetapi pekerja Myanmar yang biasa datang membersihkan kawasan rumah saya. Saya membuka pintu pagar…

Dengan tersengih-sengih macam kerang separuh masak, dia berkata:

Dia : Abang..ini saya. Baju, seluar abang kasi…cantik. (Katanya sepatah-sepatah).

Nampak jelas seluar lama saya yang dipakainya itu agak besar untuk pinggangnya yang agak kecil. Kelihatan tali pinggang plastik yang dipakai menjerut pinggangnya. Kaki seluar juga kelihatan sedikit berlipat. Ia dipadankan dengan sehelai kemeja berlengan panjang bewarna kuning muda selembut bayu. Bahagian tangannya dilipat sedikit. Memang jauh berbeza dengan penampilan biasanya.

Mak aiiii. Kata hati saya. Salah kotak ke yang saya serahkan pada budak ni. Rasanya, yang diberikan ialah kotak yang mengandungi t-shirt lama, dan bukannya kotak kemeja dan seluar kerja lama. Adoiii.

Saya : Ehhhbanyak hensem. Mahu pergi mana? Kerja ke?
Dia : Kerja? Haa haa. Pakai cantik apa guna kerja juga? Mahu pergi town. Jalan-jalan. Happy. Baju, seluarbanyakabang kasi.
Saya : Oooo. Sudah pandai pergi town. Haa haa.
Dia : Haa haa. OK Abang. Saya pergi dulu. Datang sini…utk tunjuk sama abang dan kata terima kasih juga.

Dan saya memandangnya pergi. Tak pernah nampak budak muda ini begitu. Selalunya datang dalam keadaan kotor, tidak terurus, dan biasanya kepenatan. Hari ini nampak bersih, berseri dan begitu ceria. Gigi putihnya juga jelas kelihatan tersusun rapi kerana senyumannya menguntum kekal sepanjang masa.

Saya terus bergegas masuk ke dalam rumah semula. Membuka kotak-kotak pakaian lama dan menyemak isi dalamnya. Adoiiii. Betullah. Tersalah bagi kotak. Bukannya kotak t-shirt yang saya berikan kepadanya, sebaliknya terberikan kotak pakaian pejabat. Haa haa. Lantaklah kawan. Berseluar slack dan berkemeja lengan panjang pelbagai jenamalah ko silih berganti nanti. Asalkan jangan digunakan semasa pergi dari rumah ke rumah untuk menawarkan servis memotong rumput dengan berpakaian begitu..sudahlah….haru nanti…hee hee.

Sesuatu yang tidak begitu berguna atau berharga lagi kepada kita, mungkin merupakan sesuatu yang amat bermakna kepada yang lain. Sesuatu yang biasa kepada kita, mungkin adalah suatu kemewahan untuk mereka.

Hati tiba-tiba terasa hiba dan insaf. Bersyukur dengan nikmat hidup yang telah terlalu banyak diberikan olehNya….tiada apa lagi yang perlu dipinta, hanya redha dan keampunan semata-mata…

 

Posted on April 23, 2014, in Rojak and tagged . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Great article! We are linking to this great article on our
    website. Keep up the great writing.

  2. Thanks for ones marvelous posting! I seriously enjoyed reading it,
    you can be a great author.I will make certain to bookmark your blog
    and definitely will come back at some point. I want to encourage
    you to ultimately continue your great writing, have a nice day!

  3. I’m curious to find out what blog system youu happen to be working with?

    I’m experiencing some minor security issues with my latest
    blog and I would like to find something more secure.
    Do you hav any suggestions?

  4. A motivating discussion is woorth comment.
    I do believe that you should write more on this issue, it may not be a taboo matter buut typically people do not speak abolut
    such subjects. To the next! Many thanks!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: