Ikut Sahaja Pilihan Isteri


Ikut Sahaja Pilihan Isteri…Itu Lebih Selamat Untuk Kita (Merancang Strategi)


Balik dari pejabat tadi, singgah sebentar di kedai cat. Ada projek yang ingin diuruskan. Kedai agak ramai orang, dan di kaunter kelihatan sepasang suami isteri, muda dan seorang anak kecil yang sedang merengek-rengek..sama ada inginkan susu, kepanasan ataupun mungkin saja jer…dah itu naluri seorang kanak-kanak kecil…

Kelihatannya mereka sedang membelek panduan kod warna cat yang disediakan di kaunter. Kedengarannya juga suara si suami yang agak tegas dan suara si isteri yang bunyinya kelihatan tidak bermaya seolah-olah tidak puas hati dengan pilihan warna yang telah dibuat oleh si suami. Ada tanda-tanda perselisihan pendapat dan citarasa di situ.

Disebabkan pelanggan agak ramai, saya membiarkan semua orang dengan keperluan masing-masing. Saya tidak ada apa-apa yang nak dikejar. Isteri pun masih outstation…balik rumah awal pun, bukannya dapat makan nasik pun. Saya mendekatkan diri ke kaunter…

Suami : Awak sekali ni boleh tak ikut jer keputusan abang. Kita pilih warna untuk bahagian dalam yang earth tone dan jenis glossy. Nanti kalau kotor senang nak cuci.
Isteri : Alaaa bang. earth tone tu warna dah biasa.
Suami : Sudah…sudah. Malas nak bertekak dengan awak. Ikut jer cakap Abang. Dah lebih 1/2 jam kita kat sini. Berapa kali nak tukar warna ni??

Ingin sahaja saya menyampuk. Kalaulah saya boleh menyampuk, mungkin ini yang saya nak cakapkan…

Hello brother…lu jangan buat pasal. Lu baru kahwin kan..?? Ini nak pilih warna cat untuk rumah pertama kan?? Ikut sahaja pilihan warna yang cik isteri pilih tu. Mengapa..?? Kalau mereka salah pilih…kita tak ada apa-apa masalah. Pejam jerlah mata untuk 4, 5 tahun yang mendatang melihat warna yang mungkin tak berapa sesuai tu. Lagipun, apalah sangat yang nak dikecohkan dengan warna. Asalkan isteri kita bahagia, kita tumpang gembira juga nantinya.

Ada kalanya, sesekali kalau boring, bolehlah juga menyakat dan menyalahkan pilihan warna yang isteri kita pilih…seronok apa. Gurau-gurau manja namanya. DAN yang paling best…apabila tiba masanya terniat nak tukar warna cat rumah lagi atau tiba masa untuk membuat pilihan lain seperti penentuan warna atau jenis sofa (atau kereta, atau apa sahaja) yang nak dibeli dan sebagainya….kita boleh gunakan kes yang telah berlaku itu sebagai senjata tambahan (kalau nak menang membuat pilihanlah)…Misalnya:

Suami : Betul ke awak nak pilih warna sofa yang camgini…??
Isteri : Ya lah abang. cantik ni. Match dengan warna langsir kita dan handbag saya. Tudung Mawar saya pun ada yang warna begini. Matching…cantikkkk
Suami : Hmmm..ntahlah. Abang macam tak berkenan jer.
Isteri : Ala..abang ni. Cantik apa warnanya….abang tu semuanya tak berkenan.
Suami : Haah…cantik…macam warna cat bilik tidur kita yang awak pilih dulu tu..?? Sampai sekarang tiap kali tidur, anak kita mengigau….meracau. Ada ke pilih feature wall warna merah menyala camgitu…kontemporari konon…ishh…
Isteri : Huhuhuhu….ya lah..ya lah…saya salah. Abang pilihlah warna apa yang abang nak. Saya ikut jerlah…

Mudah bukan…??? Mengalah buat kali pertama bukan semestinya tanda kalah selamanya. Itu namanya berundur untuk mengatur strategi jangka panjang. hee hee

TETAPI….katakanlah kita yang menentukan pilihan warna cat kali ini…tanpa kerelaan hati isteri kita dan kebetulannya pilihan kita tu salah…apa yang bakal terjadi ??? Kita akan mendengar keluh-kesah, bebelan, ungkit-ungkitan kalau tak setiap minggu, mungkin setiap bulan sepanjang 5 atau 6 tahun berikutnya. Sanggup..??? Kalau sanggup…teruskanlah….silakanlah wahai encik-encik semua. Mahu cair taik telinga nanti dibuatnya…

Berbalik pada kes suami-isteri tadi….alaa…yang di kedai cat tadi tulah…jauh dah sesat ntah ke mana cerita kita ni. Memandangkan mereka masih gagal mendapat persetujuan dan kata putus, dan saya pun malas sudah untuk terus menunggu…saya pun memanggil tokei kedai…

Saya : Tokei….minta katalog cat…Nippon ya…
Tokei : Untuk luar atau dalam ??
Saya : Both…Interior dan Exterior, Yang weather shield tu sekali ya.

Tak lama kemudian, 3 katalog cat bertukar tangan. Saya pun bergerak kembali ke kereta. Apa ke susah nak bergaduh memilih warna cat di khalayak ramai…bawalah balik ke rumah untuk tatapan bersama isteri. Boleh bergaduh manja-manja di rumah. Lagi berfaedah…

Katalog Cat
Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki dari belakang. Saya menoleh…dan kelihatan brother tadi ada di belakang saya…

Dia : Assalamualaikum bang…
Saya : Waalaikumsalam (menjawab dengan sedikit kerisauan…dia tahu ke apa yang saya fikirkan tadi..?? aiseh..magic betul budak ni)
Dia : Tumpang tanya bang…abang contractor ya?
Saya : Haaa..?? Taklah…mengapa ?
Dia : Ooo…bukan ya. Sorry..sorry. Ingatkan abang contractor rumah tadi.
Saya : Hee hee. Tak mengapa. Apasal…muka saya ni ada muka macam orang pecah rumah ya…??
Dia : Tak tak…tadi tengok abang minta katalog cat, Tokei tu bagi senang jer. Ingatkan abang customer tetap kat sini, ada ambil upah untuk cat rumah ke…kami nak upah. Isteri saya cakap muka abang nampak jujur jer. Kami ada sedikit masalah dengan contractor sedia ada.
Saya : haa haa. Lawaklah korang ni. Katalog tu minta jer. Mesti tokei tu bagi. Kita customer..nak pilih warna cat bukan main-main punya kerja tau. Kena duduk menghayati..mahu 4, 5 jam punya kerja tu. Baik bawa balik, bincang di rumah.
Dia : Tu lah pasal. Kami dah dekat 1 jam kat sini tadi. tak tahu pula boleh minta katalog untuk bawa balik. Huhuhu. Terima kasih bang…

Moral of the story 1 : Malu bertanya, sesat jalan…..
Moral of the story 2 : Bila isteri outstation ni….banyak betul masa lapang. Siap boleh tulis benda tak berfaedah begini punya panjang….OK siap. masa untuk mengemas rumah. Sikit lagi flightnya nak sampai dah….kesian dia nanti tengok dapur yang berselerak….kang tak pasal-pasal dia minta kabinet baru pulak. kui kui kui…

Posted on May 3, 2014, in Rumahtangga and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. somi ai salu tanya pendapat ai ni ok tak itu ok tak.. bila ai kasi pendapat dia bangkang, bukan sekali bukan dua kali mmg salu wat camni.. nyampah.. korang salu guna kuasa veto.. konon2 soal ala2 demokrasi tp huh!!! blah ahhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: