Hormati Pasangan Masing-Masing


On the way nak ke office tadi pagi bersama puan roomate, singgah sebentar di sebuah gerai untuk mengalas perut dengan kalori dan lemak tepu secukup rasa. Tidak lama kemudian, masuk sepasang suami isteri dalam lingkungan usia lewat 50-an bersama dengan seorang anak remaja mereka.

Si suami terus berhenti dan duduk di sebuah meja yang ada seorang lelaki lain, rakan beliau barangkali dan terus berbual mesra.

Si isteri dan si anak terus masuk ke dalam gerai untuk memilih makanan. Melihat si suami masih tidak berganjak dari tempat duduk, si isteri menegur dari jauh:

Isteri: “Abang..nak makan apa…?? Nak saya ambilkan?”

dan jawab suami :

Suami : “Yang ko sibuk aku nak makan apa tu apahal ? Ko ambik jerlah apa yang ko nak makan, aku tahulah apa aku nak makan nanti…”

dan si isteri terus buat tak tahu, seolah-olah tidak mendengar apa yang diucapkan oleh si suami dan meneruskan aktiviti memilih makanan (mengelakkan rasa malu barangkali kerana ditengking sebegitu di khalayak ramai).

dan hati saya terus berkata : adakah rasa cinta, kasih sayang, persefahaman, hormat seorang suami kepada isterinya (dan begitu juga sebaliknya) adalah berkadar songsang dengan usia perkahwinan yang semakin meningkat ? Bagaimana boleh kita terfikir untuk meluahkan kata-kata yang kasar (dan biadap) kepada pasangan hidup kita, amanah kita, tanggungjawab kita…yang sama-sama mengharungi suka-duka kehidupan mungkin lebih daripada separuh usia kehidupan kita…??

dan saya terus berkata pada roomate saya yang sedang tunduk…khusyuk menghirup, menghabiskan kuah meehoon sotonya..

Saya : “Awak…kalau kita dah tua nanti..kita jangan jadi camgitu ya. Walaupun awak mungkin masa tu makin kerepot, bulat, bongkok 3…abang tak kisah..”
Dia : “Jadi macam mana..?? apanya ? tak faham…” (sambil terus menghirup kuah sotonya itu…kepala pun tak diangkat untuk memandang suaminya yang hensem terutamanya di pagi hari Jumaat).

Huh…dasar orang perempuan. Kalau dapat makan….apa yang berlaku di sekeliling, semua pun tak sedar…..itu belum tua lagi tu. Kalau dah tua macam kakak yang tadi tu…lagilah parah. Mendengar pun tidak nanti. Manalah suami tak marah….

Ni yang rasa nak marah ni….hee hee

ps : sayangilah pasangan masing-masing seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Hormati dan layanlah mereka seperti mana kita inginkan mereka melayan dan menghormati kita…

Posted on July 13, 2014, in Rumahtangga and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: