Rumahtangga Bahagia – Ujian Pengetip Kuku


Selalunya, apabila seorang suami, isteri atau sesiapa sahaja yang layak ditanya; apakah panduan membentuk sebuah rumahtangga bahagia, jawapan yang popular ialah:

“Suami isteri perlu ada sifat saling mempercayai, memahami dan bertolak-ansur”

Yupppp…itulah antara jawapan standard yang selalu diberikan oleh ramai orang. Tak perlu berfikir pada aras tinggi, kita semua boleh menerima pandangan ini tanpa banyak bicara. Tepat sekali…tiga sifat ini memang amat penting dalam memastikan kerukunan sesebuah rumahtangga.

Namun demikian, isunya ialah…untuk mencapai kesepakatan tersebut, ia tidaklah semudah yang disangka, bagai dikata.

Pagi Jumaat ini…saya nak kongsikan satu tip atau panduan bagaimana untuk mengukur aras kepercayaan, kefahaman dan sifat tolak ansur dalam rumahtangga masing-masing.

Caranya mudah sahaja. Saya dah amalkan sejak hampir 7, 8 yang lalu. Itupun setelah hampir 10 tahun perkahwinan kami…barulah kami lulus ujian tersebut.

Nama ujian atau latihan ini ialah “Ujian Pengetip Kuku”.

Di pagi Jumaat ini,…cuba ambil pengetip kuku dan berikan pada pasangan masing-masing, dan katakan pada mereka:

“Awak….tolong potongkan kuku abang/ayang boleh ?”

Kalau si isteri/suami memandang anda dengan satu pandangan misteri sambil menjawab:

“Awak jangan nak mengada-ngada boleh tak? Buang tebiat ke apa ni, kuku sendiri pun nak orang potongkan?”

Maka…pasangan anda telah gagal ujian pertama. Dia gagal MEMAHAMI bahawa segagah mana pun seorang suami atau sesibuk mana pun si isteri menguruskan rumahtangga mereka masih suka dimanja dan dibelai mesra. Kalau bukan setiap hari…seminggu sekali pun jadilah. Aktiviti memotong kuku pasangan (dan banyak lagi contohnya membelai rambut, mencabut rambut gatal, mengurut jari-jemari termasuklah memandikan pasangan…ehhh yang ini tak perlu cerita detail sangat) adalah antara contoh aktiviti mudah dan ringkas dalam memanjakan pasangan masing-masing. Aktiviti sebegini amat penting bagi meremajakan kembali cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga.

Andai kata, pasangan anda tadi tanpa banyak soal mengambil pengetip kuku yang dihulurkan dan terus bersedia untuk membantu memotong kuku anda…apa pula tandanya? Dia lulus ujian MEMAHAMI tetapi kini ujian seterusnya adalah dipulangkan kembali kepada anda. Adakah anda MEMPERCAYAI orang lain (yang tidak terlatih) untuk memotong kuku anda? Oiiii…ngeri oooo. Ianya tidak semudah yang disangka. Bayangkan kalau ia tersalah atau terlebih potong..kalau tak tangan, mahu kaki naik ke muka secara spontan akibat kesakitan.

Jadi…tepuk dada, tanya kekuatan hati. Sejauh mana kita mempunyai sifat SALING MEMPERCAYAI terhadap pasangan sendiri. Kalau perkara semudah menyerahkan kuku jari untuk dipotong kita sudah kecundang, bagaimana pula agaknya bila kita diuji dengan ujian kepercayaan yang lebih besar?

Andai kata kita berusaha juga untuk mengizinkan kuku jari tangan dan kaki kita dipotong dan “kemalangan” berlaku. Jari kita mungkin terluka kerana pasangan kita tersalah sasaran atau terlebih lajak potongannya. Di sinilah ujian BERTOLAK-ANSUR perlu ditangani. Adakah anda mampu berdiam-diri dan bertolak-ansur serta memaafkan atau anda MENOLAK mereka sehingga mereka terpaksa berANSUR-ANSUR membawa diri dan hati yang terluka. Ya…pertengkaran atau pergaduhan memang mudah berlaku dalam sesebuah rumahtangga akibat perkara-perkara kecil sebegini.

Adakah saya mempraktikkan aktiviti ini ? Yupppp…sejak hampir 7 atau 8 tahun yang lalu, kuku saya sememangnya diuruskan oleh isteri saya. Bukan membuli tetapi memanjakan diri. Pada peringkat awal memang menakutkan tetapi kini tidak lagi. Memanglah ada masanya jari itu terluka juga..tetapi apalah sangat rasanya jika dibandingkan dengan kemesraan yang terbentuk.

Dan setiap kali selesai, saya sering juga mempelawa dirinya:

“Meh…abang potong kuku awak pulak”

Dan sejak dulu jawapannya tetap sama…

“Haa haa…jangan nak cuba. Tak adanya saya nak percaya abang tu…”

Yuppp…dia sememangnya seorang isteri yang amat MEMAHAMI. Dia faham suaminya ini memang tidak boleh DIPERCAYAI langsung untuk diberikan tugas-tugas kritikal yang sedemikian…hee hee…

Selamat mencuba….yezzaaa…kuku sudah pendek, masa untuk menunggu solat jumaat dengan penuh ketenangan…

Posted on July 13, 2014, in Rumahtangga. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. ha ha betula tuan..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: