Kanak-kanak dan Duit Raya


Cerita lama di musim perayaan yang lalu….

Sebentar tadi…di kala kami suami isteri berehat-rehat kerana kepenatan melayan tetamu yang datang beraya di rumah dan juga aktiviti ziarah rumah-rumah terbuka, tiba-tiba loceng rumah berbunyi….ding dong..ding dong. Dari kejauhan terdengar suara kanak-kanak

“Assalamualaikum…kami datang nak beraya…”

Kalau diikutkan badan yang penat, ingin sahaja kami mendiamkan diri atau meminta mereka datang esok harinya nanti. Tetapi mengenangkan setiap tetamu itu adalah rahmat…pintu pagar pun dibuka.

Sambil menikmati juadah raya…kami sengaja mengusik mereka dengan pelbagai soalan. Ada 4 orang, adik beradik.

Saya : Berapa rumah dah pergi hari ni?
Budak 1 : 4 buah tapi…
Budak 2 : haah 4 buah tapi yang dapat masuk beraya, rumah pakcik ni jer lah
Isteri Saya : Hah…? Habis tu 3 buah lagi tu?
Budak 3 : 1 rumah tu dia tak buka pintu pun. Nampak dia ada kat dalam.
Saya : Yalah…korang datang dah lewat petang. Mungkin tuan rumah tu nak solat ke, nak masak untuk makan malam ke.
Budak 1 : 2 rumah tu, belum sempat beraya, dah terus dapat duit raya. Hee hee
Budak 4 : Haah..tekan jer loceng, terus dapat duit raya
Saya : Macam mana tu?
Budak 1 : Ada sorang Makcik tu tanya, nak masuk beraya ke atau nak duit raya. Kami jawablah nak beraya. Tiba-tiba, makcik tu gelak jer. Terus bagi duit raya.
Budak 3 : Haah..tak dapat pun beraya.
Budak 2 : Haah..rumah makcik yang baru pindah tu pun sama. Bagi jer salam, dia terus suruh anak dia bagi duit raya. Tak jemput pun masuk.

Hmmm…betul juga tu. Ada kalanya kita ni malas nak melayan budak2 yang datang beraya, bukan sebab sombong tetapi mungkin masa yang tak sesuai, melayan rasa penat dan sebagainya. Kami terus mengorek pemikiran kanak-kanak ini lagi.

Isteri Saya : Mana yang lebih penting, masuk beraya ke atau duit raya?
Budak 2 : Duit raya tu mestilah nak, rezeki. hihihi. Tapi lagi penting kalau masuk beraya dengan tuan rumah.
Saya : Mengapa pula?
Budak 1 : Ayah kata setiap tetamu yang datang…membawa rahmat bila masuk dan apabila keluar, membawa dosa-dosa bersamanya.

Hmmm…tu dia..ambil engkau. Anak-anak hasil didikan cemerlang ini sudah mula berkata-kata.

Saya : Oooo ya ke? Abis tu korang balik ni nanti bawa dosa pakcik & makcik keluar samalah ya? Bawa pergi mana?
Budak 1 : Hmmmmm…bawa ke mana Ya? Ntahlah..ayah tak cakaplah pula…
Saya : Betul ke ni? Kita gi rumah orang, kita bawa rahmat untuk orang tu. Masa kita keluar, kita bawa dosa orang tu? Lepas tu dosa tu jadi apa, kita ke yang kena tanggung dosa tu…bawa kehulu kehilir?
Budak 1 : Hmmmm…tak tahulah pakcik. Balik nanti saya tanya ayah…

Moral of the story : Setiap tetamu yang datang, membawa rahmat bersamanya, dan perginya nanti membawa sama dosa-dosa. Siapa yang tak mahu kan….?? Jemput…jemput…

Posted on July 31, 2014, in Rojak and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: