Ziarah Raya : Kanak-kanak vs Dewasa


Penat memandu hampir 8 jam dari kampung, barulah sampai semula ke rumah kediaman. Bahagian paling malas seterusnya ialah memunggah dan mengangkat barang dari dalam kereta masuk ke dalam rumah. Penat memandu belum hilang, ditambah pula penat melihat barang dari kampung yang menimbun dan perlu diangkat dan disusun mengikut kategorinya.

Tiba-tiba terdengar orang memberi salam…

“assalamualaikum…pakcik, kami datang nak beraya….”

Kelihatan sekumpulan kanak2 perempuan lengkap berbaju kurung…di luar pagar, datang nak beraya. Adoii…budak2 ni…timing cukup main baik lagi. Pintu rumah baru jer dibuka tak sampai 3 minit tadi….

Saya : Waalaikumsalam. Datang nak beraya ya…? Datang dari mana ni?
Budak 1 : Saya dari Bistari 7, dia ni dari Bistari 4, yang tiga orang lagi ni dari Pulai Mesra.
Saya : Ooo. Pakcik dan makcik baru sampai dari kampung ni. Bukan tak boleh beraya. Rumah pun belum kemas, kuih raya pun belum masuk dalam bekas lagi. Adik gi beraya rumah orang lain dulu boleh? Dalam 1 atau 2 jam lagi, datang semula rumah pakcik.
Budak 2 : Oooo…pakcik balik kampung ke. Patutlah kami datang semalam tak ada orang.
Budak 1 : Haah…hari Khamis pun datang tak ada orang, Jumaat pun tak ada orang. Tapi kereta ada 2…tu yang ingat ada orang.
Saya : Haah…pakcik balik kampung. Ni tengok…barang pun tak habis angkat lagi.
Budak 1 : Alaaa…tak kisahlah pakcik. Rumah tak kemas, kuih tak ada pun tak apa. Kami datang nak beraya ajer.
Budak 2 : Haah…kami boleh tolong pakcik angkat barang sama.

Hee hee…berusaha sungguh budak2 ni nak masuk “beraya”.

Saya : Tak apa…pakcik boleh angkat sendiri. Bukan tak boleh beraya sekarang…biarlah makcik susun kuih raya dalam bekas dulu. Pakcik pun nak mandi. Gi pusing rumah belakang tu dulu…nanti datanglah semula sini.
Budak : OKlah….

Tak sampai sejam, mereka datang semula. Maka dilayanlan dengan apa yang ada…..setiap tetamu adalah rahmat….

Raya untuk kanak-kanak amat mudah. Redah sahaja mana-mana rumah yang ada. Tak perlu difikirkan sama ada tuan rumah bersedia atau sebaliknya. Misinya 2…makan dan duit raya….walaupun dalam banyak keadaan, faktor yang kedua tadi lebih utama.

Berbeza dengan kita yang dewasa. Ada masanya terlalu banyak perkara yang kita fikirkan. Kalau tidak ada rumah terbuka…ada masanya kita segan/malas untuk berziarah. Nak datang pagi…risaulah tuan rumah mungkin sibuk dengan urusan rumahtangga. Nak datang petang, risau jikalau tuan rumah ingin berehat. Nak datang malam, takut menganggu masa tuan rumah bersama keluarga. Akhirnya…ada masanya urusan ziarah yang ditangguh-tangguh terus gagal terlaksana sehingga ke penghujung raya. Itulah sebabnya juga, ramai yang lebih selesa menunggu jemputan rumah terbuka. Konsep ziarah terbuka yang menjadi amalan sejak dulu kini bertukar menjadi ziarah rumah di kala ianya terbuka dan di masa lain…ziarahnya tertutup.

Dan amalan rumah terbuka ini juga ada masanya mampu menyinggung hati dan perasaan ramai sahabat handai. Contohnya…di satu hari bekerja, jam 1 pm.

Ali Iskandar : Woi…jomlah. Masa dah time. Lambat karang, sate habis nanti. Rugi oooo.

Mohd Aiman, Siti Saleha, Jimmy Chin, Firdaus…..semuanya bangun dan bersedia untuk bergerak mengikut Ali Iskandar.

Abdul Wahab : Ehhhh….korang nak pergi mana ni oooi? Siapa nak belanja sate ni?
Mohd Aiman : Jomlah. Tengahari ni kan ke rumah terbuka Ghani Abdul Karim. Ko tak ingat ke?
Abdul Wahab : Oooo ya ke. Haah aku lupa. Tak apalah korang pergi dulu. Nanti aku pergi kemudian, ada kerja sikit ni.
(Sedangkan beliau segan dan sedang berfikir mengapa beliau tidak dijemput sama oleh tuan rumah….mengapa? Maka perasaan serba salah, tersinggung, malu kerana tidak dijemput sama ini akan menjadi barah dalam persahabatan sekiranya emosi gagal dikawal dengan bijak).

Kita harus faham bahawa, tak semua orang mampu membuat rumah yang benar-benar terbuka untuk menerima semua tetamu. Oleh yang demikian, berlakulah keadaan di mana jemputan rumah terbuka disampaikan secara diam-diam. Menerusi eMail, sms, WhatsApp dan sebagainya hanya kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan sahaja. Dalam keadaan tertentu, pastilah juga ada nama-nama yang sepatutnya dijemput, terlupa atau tercicir juga.

Kepada yang dijemput…alhamdulillah. Tahniah…hadirkanlah diri anda untuk meraikan tuan rumah. TETAPI…janganlah pula dihebahkan kepada tatapan umum. Janganlah sibuk mengajak rakan-rakan yang lain yang anda belum pasti mereka itu dijemput sama atau tidak. Ini pasti akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa…kepada rakan yang tidak dijemput atau kepada rakan tuan rumah yang menjemput.

Dan…dengan perkembangan teknologi media sosial yang ada…kecelaruan konsep rumah terbuka ini menjadi semakin “terbuka”. Tuan rumah seboleh mungkin cuba menjemput rakan-rakan yang ada tetapi disebabkan faktor bajet dan sebagainya…ianya tidak berdaya untuk direalisasikan. Oleh yang demikian…seboleh mungkin tuan rumah akan mengamalkan konsep jemputan rumah terbuka yang tertutup…tetapi malangnya….dengan adanya Facebook dan WhatsApp…sekelip mata juga…mungkin adalah hamba Allah yang mengupload gambar rumah terbuka tersebut dengan caption2 seperti…

“Adoiii…sedapnya laksa Johor rumah terbuka Leha ni. Rugilah siapa yang tak hadir ooooo”.

Sekelip mata juga…rumah terbuka yang tertutup tadi…terbuka dengan seluas-luasnya menjadi tatapan rakan-rakan lain yang tak semuanya mampu dijemput. Maka bertali aruslah komen-komen yang mungkin mengundang perasaan serba salah di hati tuan rumah.

Dan yang paling menariknya, ada juga keadaan di mana tuan rumah sendiri mengupload gambar-gambar makanan dan tetamu yang hadir di rumah terbukanya. Tulisnya lagi bagi mewakili gambar tersebut:

“seronoknya. 1st time buat rumah terbuka, seronok tengok kawan-kawan makan, hilang rasa penat. Terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir”.


Hmmmm…HOKAY…kata hati dua, tiga orang rakan beliau yang rapat tetapi tidak dijemput sama. Sampai hati ko tak jemput aku…sedangkan kita BFF. Tak apalah…

Seperkara lagi, ramai juga yang menunggu rumah terbuka barulah ingin datang berziarah. Ini disebabkan beberapa perkara, antaranya ialah faktor makanan yang dihidangkan…lebih banyak pilihan, lebih “basah, lembab dan meriah” berbanding mungkin kuih raya seadanya kàlau datang berziarah di hari biasa. Konsep utama ziarah iaitu untuk mempereratkan siratulrahim dan mengetatkan ikatan persahabatan/persaudaraan tercabar di situ. Yang lebih diberi tumpuan ialah hidangan yang disediakan. Konsep ziarah masa kini ialah singgah-màkan-sembang-salam-balik. Elemen sembang untuk memperindah dan menperelokkan ikatan persahabatan sebaliknya menjadi elemen penyendal atau sampingan semata. Ini memandangkan tuan rumah sibuk melayan tetamu yang ramai dan juga sibuk memastikan hidangan yang disediakan mencukupi untuk tetamu yang hadir. Ini jauh berbeza kalau kita datang berziarah di hari biasa. Peruntukan masa dan tumpuan sepenuhnya untuk kita bersama berbual-bicara, memperindahkan segala ikatan yang ada. Hidangan bukan faktor utama, ia sekadar pelengkap suasana.

Maka kepada yang berhasrat untuk membuat atau menghadiri rumah terbuka yang tertutup….berhati-hati…jangan ada yang makan hati. Kepada yang tidak dijemput pula…bersangka baik dan jangan ambil hati ya. Janganlah disebabkan laksa johor semangkuk, sate 10 cucuk, nasi impit dan lemang 4, 5 ulas kita bermasam muka dan berhati resah. Ingatlah bahawa ikatan persahabatan tidaklah semurah dan serendah itu nilainya.

Selamat hari raya semua. Jemputlah datang ke rumah ya….yang sentiasa terbuka walaupun tiada jemputan untuk majlis rumah terbuka…

Posted on August 3, 2014, in Rojak and tagged , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. salam,,,tahniah sbb sempoi n very rare blog ni,,blog ke website ni,,pape jelah,,
    saya mau tanya,,sbg seorg guru yg sedang smbung master..
    memang x ada ke biasiswa selain drpd HLP …

    sbbnya,,utk aply HLP wajib keje dulu 3thn..maslahnya skrg,,,saya sedang sambungmaster,,n br bkidmat dgn kpm below 1 year,, yg gatal g sambung awal2 sapa suruh,,haha

    so ade ke idea atau sebarang komen,,dipersilakan prof

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: