Newfoundland : Satu Permulaan


01- Newfoundland : Satu Permulaan Sebuah Perjalanan

Beberapa bulan yang lalu, apabila cik isteri memujuk untuk saya ikut serta ke Kanada atas urusan kerja beliau…berat hati untuk mengikutnya. Ya lah…apa yang ada di Kanada…sudahlah perjalanannya agak jauh dan saya memang tak suka terperap di dalam pesawat dalam tempoh masa yang lama. Tiketnya juga pasti mahal…membazir jer nanti kata hati, lainlah kalau pergi memang untuk bercuti. Tetapi setelah dipujuk berkali-kali dan mengenangkan tak sampai hati pula rasanya membiarkan dia ke sana sendiri, seorang diri..maka diikutkanlah juga. Dan…tindakan saya turut serta memang ada kebaikannya. Semuanya telah ditetapkan olehNya. Kalau tidak, kesian isteri saya tu. Untuk mengetahui mengapa, baca ceritanya nanti di sini : 04-Newfoundland : Satu Penantian

5 September 2014, kami memulakan perjalanan dengan menaiki pesawat MAS dari KL ke London (13 jam) dan seterusnya pesawat Air Canada dari London ke St. John, New Foundland (4.5 jam).

nfl-01a

nfl-1b

nfl-1c

St John merupakan ibu negeri kepada Newfoundland & Labrador dan merupakan bandar yang berada paling timur di Amerika Utara. Kedudukannya kira-kira 3 jam dari Toronto, 4 jam penerbangan dari New York dan 5 jam dari London. Ianya merupakan sebuah bandar yang tenang dan mendamaikan. Tiada apa yang menarik sangat di sini selain dari permandangan indah di kawasan-kawasan sekitarnya. Bahasa yang digunakan selain dari Bahasa Inggeris ialah bahasa Perancis.

Untuk fasa pertama tugas di sana, kami menginap di Hotel Sheraton, sebuah hotel yang betul-betul berada di pusat bandar St. John. Jadi…semuanya boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. Di hadapan hotel pula, terbentang luas St John Harbour. Setiap hari jelas dapat diperhatikan berpuluh kapal sama ada kapal pelayaran, pengangkutan mahupun bot nelayan yang keluar masuk. Salah satu kelebihan mengapa hotel ini dipilih bagi tujuan penginapan ialah FREE Internet access (cable and wifi) !!!! Yupp….Free accesss untuk 24 jam sehari menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang diberikan dan ianya tidak terikat untuk berapa jumlah peranti atau devices yang kita gunakan untuk tujuan capaian tersebut. Mana boleh hidup di perantauan beb kalau susah nak akses Internet. Hi hi hi

nfl-02

Hotel Sheraton, St. John, Newfoundland

nfl-03

Permandangan dari bilik hotel terus ke St John Harbour

Kebanyakan kedai dibuka setiap hari jam 10am, dan ditutup pada jam 5.30pm. Hari Ahad pula, kebanyakannya hanya mula dibuka pada jam 12pm dan ditutup pada jam 5pm dan ada sebahagiannya ditutup terus. Kedai barangan harian atau groceries pula biasanya dibuka lebih awal (sekitar 8.30am) dan ditutup lebih lewat (8 atau 9 pm).

nfl-04

Shopping Complex ?? Jangan diharaplah sangat. St. John bukanlah bandar yang menawarkan daya tarikan dari aspek bangunan dan lokasi gah untuk membeli belah. Sepanjang kami di sana merayau-rayau, hanya ada dua sahaja shopping complex yang utama dan biasa menjadi tumpuan rakyat jelata di sana iaitu iaitu Avalon Mall dan Village Shopping Centre. Kalau tak pergi pun tak apa…tak rugi apa-apa pun.

nfl-05

Avalon Mall : Salah sebuah pusat membeli belah yang terbesar di St. John. Tak nampak besar pun kan.

Bagi yang gemarkan hiburan pulalain ceritanya. George Street merupakan antara kawasan di bandar St John yang menjadi tumpuan ramai pelancong apabila malam memunculkan diri. Di sini terdapat 2 blok bangunan yang terdiri daripada pub, kelab malam, restoran dan segala bentuk hiburan ditempatkan. Bagi yang beragama Islam….baik dok kat hotel jer ya…baca surah yassin atau tidur. Itu jauh lebih baik.

George Street, salah sebuah lokasi hiburan utama di bandar St. John

George Street, salah sebuah lokasi hiburan utama di bandar St. John

Berjalan menyusuri Downtown St. John, kita pasti terpesona dengan deretan kedai-kedai dan rumah yang diperbuat daripada kayu dan dicat dengan pelbagai warna. Ianya popular dengan nama panggilan Jellybean Row. Yang ini…nanti kita story di entry seterusnya kelak : 02 – Newfoundland : Satu Perayauan.

nfl-08a

Jellybean row – menjadikan bandar St John kelihatan bewarna-warni dan indah untuk diabadikan dalam bentuk gambarfoto

Pengangkutan awam memang terbaik. Teksi dan bas memang mudah diperoleh. Metro bus misalnya boleh dimanfaatkan untuk bergerak ke mana-mana kawasan yang ada di dalam laluannya dengan tiket beharga CAD 2.25 untuk satu perjalanan tidak mengira jarak laluan. Jadual perjalanan juga amat tepat dan efektif dan kita boleh melihat kedudukan bas yang ingin dinaiki terus secara langsung dari laman web yang disediakan. Teksi pula boleh diperoleh dengan mudah dengan tambang yang berpatutan (mengikut meter atau sekitar 10 Canadian Dollar (CAD) untuk perjalanan biasa di sekitar bandar).

Setiap pergerakan bas boleh dipantau secara online

Setiap pergerakan bas boleh dipantau secara online

Makanan Halal – Memandangkan di St John terdapat sebuah universiti (Memorial University Newfoundland) yang pelajarnya datang dari pelbagai pelusuk dunia dan rata-rata pemandu teksinya pula datang dari negara Timur Tengah maka sedikit sebanyak ianya mempengaruhi taburan kedai-kedai makanan dan kedai runcit di seluruh bandar St John. Selain dari kedai makanan Jepun, Cina, Korea, kedai makanan berkonsepkan Mediterranean juga boleh diperoleh di sekitar bandar.

Untuk mencari makanan halal juga agak mudah. Dalam jarak berjalan kaki dari hotel tempat kami menginap (Sheraton Hotel), terdapat 3 kedai makanan yang menawarkan makanan Halal iaitu:

Mohamed Ali
177 Duckworth Street, St. John’s, NL

Shalimar
272 Duckworth Street, St. John’s, NL

Afghan Restaurant
375 Duckworth Street, St John’s, NL

Kalau diperhatikan, semuanya berada di satu laluan yang sama iaitu di Duckworth Street yang merupakan antara salah satu jalan utama dan happening di St. John, Newfoundland selain dari Water Street dan George Street.

nfl-10a

Restoran Mohamed Ali yang menawarkan makanan halal yang paling hampir dengan Hotel Sheraton (kira-kira 500m)

nfl-10b

Antara hidangan makanan halal yang disediakan

nfl-10c

nfl-10d

Sedang berehat-rehat selepas makan di luar restoran Shalimar

nfl-10e

Antara contoh hidangan yang disediakan…boleh tapau bawa balik ke hotel. Nasi apa ntah namanya yang berharga 18.00 dollar Canada

Apa yang menariknya di NewFoundland?

Ya…itulah soalan yang bermain di fikiran saya bila pertama kali mendapat tahu lokasi yang bakal kami kunjungi.  Kalau masa sekolah dahulu, rasanya pernah belajar tentang Newfoundland ni. Kalau tak silap, ianya salah sebuah pusat perikanan utama di Kanada. Takkanlah nak terbang berpuluh ribu kilometer sekadar untuk tengok nelayan (atau ikan), kata hati saya.

Apabila dikaji, rupa-rupanya ianya juga menjadi pusat tumpuan pelancong atas 3 faktor utama iaitu :

  • Permandangan indah (kolam, tasik, laut)
  • Trail atau pusat riadah yang indah dan menarik (khususnya mendaki dan menyusuri cerunan bukit di tepian laut)
  • Lokasi untuk melihat glasier, ikan paus, dan banyak lagi haiwan lain yang sukar ditemui di tempat lain.
Antara contoh permandangan menarik di Newfoundland

Antara contoh permandangan menarik di Newfoundland. Lokasi : Trinity East (3 jam perjalanan dari bandar St John)

Bila tiba musimnya, glasier jelas kelihatan di pantai-pantai dan laut sekitar Newfoundland

Bila tiba musimnya, glasier jelas kelihatan di pantai-pantai dan laut sekitar Newfoundland

Antara contoh perkhidmatan menaiki bot untuk melihat ikan paus dengan lebih dekat yang ada disediakan

Antara contoh perkhidmatan menaiki bot untuk melihat ikan paus dan puffin dengan lebih dekat yang ada disediakan

Hmmmmacam menarik jer. Walaupun pergi atas tujuan menemankan isteri yang harus bekerja, insyaallah kami akan cuba juga mencari sedikit masa yang terluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi ini.

Teruskan membaca nanti ya…

02 – Newfoundland : Satu Perayauan

03 – Newfoundland : Satu Pendakian

04 – Newfoundland : Satu Penantian

atau boleh juga membaca catatan kami semasa melawat Budapest, Hungary pada September 2013 yang lalu. Opss yang ini belum ditulis lagi…skripnya masih tesimpan ketat, erat di dalam mimpi. Nantilah…bila ada masa, kita story….

 

Posted on September 30, 2014, in Canada, Travelogue-luar.Negara and tagged , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Assalamualaikum… buat la new posting dlm blog…
    Dah lama xde posting baru en rojak..

  2. Salam. Please update blog lagi.. Nak baca cerita seterusnya. Hehen

    • Hee hee. Tak sangka pula ada yang minat nak membaca sambungannya. Sorrylah ya sebab belum sempat nak update lagi. Agak sibuk dengan tugas dan tambahan pula mood nak menulis belum datang lagi. Agak malas sejak 2, 3 menjak ni. Insyaallah….akan diusahakan nanti juga..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: