Projek Iceland 101


Dari Malaysia Kita Terbang ke Bumi Iceland….Iceland Yoooo….

Perjalanan dimulakan pada hari Selasa 19 Mei 2015, penerbangan dari Johor Bahru pada jam 4.45pm menuju ke Kuala Lumpur. Seterusnya pada jam 11.25pm kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Istanbul menggunakan perkhidmatan MAS tetapi diuruskan oleh Turkish Airline.Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa kira-kira 11 jam. Kami selamat tiba di Istanbul pada jam 5.25am waktu tempatan.

Di Istanbul, kami menunggu selama lebih kurang 3 jam sebelum penerbangan seterusnya. Masa yang selesa dan mencukupi untuk kami mengambil baggage, melalui pemeriksaan kastam, dan bersedia untuk penerbangan seterusnya. Memandangkan penerbangan seterusnya juga kelak akan menggunakan Turkish Airline, maka boarding pass telah sedia diambil terus semasa berada di KLIA lagi.

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan seterusnya dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Semasa menguruskan pembelian tiket untuk semua penerbangan untuk projek jalan-jalan cari pasal kali ini, memang sengaja kami cari waktu layover yang begitu tempoh masanya. Lebih dari 3 jam, tetapi kurang dari 6 jam. Walaupun ada pilihan penerbangan yang waktu layovernya lebih pendek (1 atau 2 jam), tetapi pada pandangan saya, ianya cukup merbahaya. Ya..memang selesa, tidak membuang masa dan tidak perlu menunggu lama tetapi oleh kerana saya berhasrat untuk mengambil baggage kami secara manual untuk dipindahkan ke penerbangan seterusnya, masa 1 atau 2 jam itu dirasakan terlalu suntuk. Selain itu, masalah yang timbul akibat kemungkinan penerbangan yang mungkin lewat sampai juga dapat ditangani sama.

Apa yang dibuat semasa transit atau layover 3 jam di Istanbul boleh dibaca di sini; XXXXX

Mengapa kami tidak mengambil jalan mudah iaitu membenarkan baggage dipindahkan secara automatik atau secara terus oleh pihak airline (memandangkan kami menggunakan penerbangan dari airline yang sama untuk penerbangan seterusnya)….boleh di baca di sini. Kes dah banyak kali terkena, baggage lewat sampai, baggage sesat, jadi kali ini malas nak tanggung risiko lagi. Ini memandangkan kami akan banyak bergerak dan menyulitkan sekiranya terpaksa menunggu baggage yang tidak kunjung tiba nantinya.

Selepas menunggu selama 3 jam lebih, seterusnya perjalanan diteruskan ke Helsinki, Finland juga dengan menggunakan perkhidmatan Turkish Airline (masa penerbangan 3 jam 25 minit) sebelum bertukar ke Iceland Air untuk penerbangan dari Helsinki menuju Reykjavik, Iceland iaitu destinasi akhir kami untuk projek jalan-jalan cari pasal kali ini (masa perjalanan 3 jam 25 minit). Harga tiket seorang untuk setiap perjalanan (untuk rujukan bagi sesiapa yang mungkin perlu atau akan berpergian atau bermusafir di laluan yang sama) adalah seperti berikut:

  • Kuala Lumpur – Istanbul (Turkish Airline) : RM 1534.50
  • Istanbul – Reykjavik (Turkish Airline +  Iceland Air) : RM 1521.00
Itenary Perjalanan kami ke Iceland

Itenary Perjalanan kami ke Iceland

Terdapat banyak laluan sebenarnya untuk ke bumi Iceland dari Malaysia, tetapi tiada penerbangan secara terus. Kita boleh ke Istanbul, Helsinki, Paris, Amsterdam, London, Berlin, Frankfurt, Copenhagen, Stockholm dan banyak lagi bandar-bandar utama di Eropah. Dari bandar tersebut, kita boleh mengambil pula mana-mana penerbangan jarak dekat seterusnya untuk ke Iceland. Kami menjadikan Istanbul sebagai pintu masuk kali ini untuk mengambil aura udara Istanbul, kerana niat di satu hari nanti, Istanbul…Aku Datang.

Pengangkutan dari Lapangan Terbang Keflavik Menuju Bandar Reykjavik

Jam 4pm, kami selamat sampai ke bumi Iceland. Keluar sahaja dari kawasan airport, sudah terasa kesejukan udaranya yang teramat sangat walaupun waktu iaitu sudah menghampiri musim panas (summer). Suhu pada waktu itu sekitar 5 darjah Celcius. Yang menjadikan bumi Iceland ini sejuk ialah angin yang bertiup…bukannya sepoi-sepoi bahasa, tetapi tahap sepoi yang tak tahu bahasa.

Keflavik International Airport, Reykjavik ialah lapangan terbang yang dituju dan dari Keflavik kami ke hotel penginapan yang disediakan oleh penganjur program iaitu hotel Raddison Blue Saga di bandar Reykjavik menggunakan perkhidmatan bas yang dikenali sebagai Flybus (Diuruskan oleh kumpulan syarikat yang dikenali sebagai Reykjavik Exercusions).

Satu kelebihan perkhidmatan bas di sini ialah ianya sentiasa bergerak 30 minit selepas setiap penerbangan tiba dari mana-mana lokasi. Tiket boleh dibeli di kaunter yag disediakan di arrival hall, di dalam kapalterbang (sekiranya anda menggunakan penerbangan Iceland Air) dan juga secara online. Untuk perjalanan kali ini, sebelum bertolak dari Malaysia lagi saya telah pun mendapatkan tiket secara online. Harganya, 1950 ISK untuk dihantar ke stesen bas di bandar Reykjavik atau 2500 ISK (bersamaan dengan kira-kira 17 Euro) untuk perjalanan dari airport terus ke muka pintu hotel pilihan di mana kita menginap. Tapi ianya tidak dimaklumkan kepada cik isteri. Setibanya sahaja di airport, bila mana cik isteri terkial-kial mencari maklumat pengangkutan bagaimana untuk bergerak dari airport ke hotel, saya dengan bangganya berkata:

Tak apa….leave it to me. Jom…ikut abang. Kacang jer ni….

Dengan bangganya juga, saya memimpinnya keluar dari airport dan menuju ke bas yang telah sedia menunggu di luar airport. Kiranya macam Reykjavik tu kampung bapak saya jer. Cik isteri yang masih terkial-kial terus mengikut dan melihat heronya terus memasukkan bag ke dalam ruang penyimpanan dan kemudiannya memasuki bas, memaklumkan nama hotel kepada pembantu pemandu dan seterusnya menyerahkan tiket bas yang telah tersedia dicetak dari rumah lagi. Perghhh…mesti dia kagum dengan suaminya ini, confirmed sebab lepas tu tangannya tak lepas dari memeluk tangan saya. Tak tahulah sebab bangga dapat suami yang bijak dan sentiasa bersedia sebegini (haa haa, jangan muntah) ataupun sebab kesejukan yang mula menyerang setiap kulit dan urat saraf.

Tiket Flybus yang dibeli secara online

Tiket Flybus yang dibeli secara online

Flybus. Bas yang besar untuk membawa penumpang dari airport ke stesen bas di bandar Reykjavik. Bas yang kecil pula untuk Drop Off (membawa penumpang dari stesen bas ke hotel masing-masing)

Flybus. Bas yang besar untuk membawa penumpang dari airport ke stesen bas di bandar Reykjavik. Bas yang kecil pula untuk Drop Off (membawa penumpang dari stesen bas ke hotel masing-masing)

Tempoh perjalanan dari airport ke bandar Reykjavik ialah kira-kira 45 minit. Bas juga dilengkapi dengan kemudahan wifi. Maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan bas ini boleh diperoleh di laman web Flybus di http://www.flybus.is.

Terdapat juga perkhidmatan bas tambang murah (kira-kira Euro 10) dari airport menuju ke bandar Reykjavik. Untuk mendapatkan perkhidmatan bas ini, kita perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit keluar dari kawasan airport.

Kita boleh juga menggunakan perkhidmatan teksi tetapi harganya agak mahal iaitu sekitar 15000 ISK untuk kumpulan tidak lebih 4 orang. Untuk kita yang travel berkumpulan antara 5-9 orang pula tambangnya ialah kira-kira 20000 ISK.

Hah…cuba ulang suara sekali lagi. Berapa ISK tadi? Berapa Ringgit Malaysia pula tu?

15000 hingga 20000 ISK atau bersamaan dengan kira-kira 420 hingga 560 ringgit Malaysia.

Gila apa? Tambang teksi gitu mahalnya.

Terasa membazir menghabiskan wang rakyat lebih RM400 hanya untuk pengangkutan dari airport  ke hotel walaupun ianya dibayar oleh kerajaan Malaysia memandangkan kehadiran kami di sini adalah atas urusan rasmi. Ehhhh…silap, ulang suara…isteri saya yang datangnya atas urusan kerja, saya pula atas urusan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami yang risau melepaskan isterinya untuk terbang seorang diri, ke satu lokasi yang maha jauh dan maha asing.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata cik isteri lebih sebulan dari tarikh dia sepatutnya bertugas di bumi Iceland itu.

Dia : Abang….ingat tak saya cakap pasal University Forum hari tu?
Saya : Haah…ngapa?
Dia : Haaa dah dapat surat jemputan dah untuk saya bagi plenary kat University Forum tu. You know what….kali ni dia buat kat Iceland tu. Boleh pergi tak? abang ikut ya…
Saya : Iceland? Iceland ke Ireland?
Dia : Iceland, hujung Europe nun. Abang kan ke suka gi Europe.

Saya terus mencapai handphone dan mencari…di mana lokasi Iceland ni sebenarnya. Mak aiiii…memang betul cakap si isteri, nun pulau jauh paling utara di hujung Eropah. Dah hampir nak sampai ke Greenland nun.

Dia : Ikut ya….
Saya : Awak pergilah. Abang Malaslah. Macam tak ada apa-apa pun kat sana. Tempat sejuk tu. Lagi pun jauh tu…Tiket mesti mahal nanti. Buang duit jerlah…baik simpan untuk pergi haji nanti.
Dia : Alaaaaa. Jomlah temankan. Sesekali. Kita anggaplah pergi cuti sekali nanti. Kita lama dah tak bercuti kan.
Saya : Malaslah…awak gi lah ngan mana-mana staf pejabat awak tu.
Dia : Mana boleh. Huhuhu

Akhirnya…selepas berbincang, saya setuju untuk bersama dengan syarat, selepas selesai urusan kerja, kami akan menyambung beberapa hari lagi untuk terus pergi bercuti. Ke mana….? Teruskan membaca….

Merayau-rayau di bandar Reykjavik

Jarak dari hotel ini ke lokasi isteri saya bertugas untuk kali ini (University of Iceland) hanyalah kira-kira 8 minit berjalan kaki. Aman tenteram kawasannya. Biarlah dia bertugas dengan tenang di sana. Kita yang tak bertugas ni, perlu manfaatkan setiap detik masa yang ada ini sepenuhnya.

Hotel Raddison Blue Saga, terletak di sebelah University of Iceland

Bergambar di bahagian belakang Hotel Raddison Blue Saga yang terletak berhampiran University of Iceland

Untuk merayau ke bandar Reykjavik pula boleh dilakukan dengan mudah kerana bas dan teksi sentiasa ada menunggu di seberang jalan hotel. Seperti biasa, bila sampai ke bandar asing yang tidak terlalu luas begini, saya lebih suka melakukan aktiviti merayau dengan berjalan kaki atau menyewa basikal kerana setiap sudut dan celah boleh ditinjau dengan lebih mudah dan menjanjikan pengalaman mata dan rasa yang lebih indah. Pada hari pertama isteri keluar bekerja, saya pun mula keluar merayau….

Meninjau kawasan sekitaran yang bakal diredah menggunakan kemudahan Instantstreetview dan apps Stay.

Meninjau kawasan sekitaran yang bakal diredah menggunakan kemudahan Instantstreetview dan apps Stay.

Tasik Tjörnin terletak di tengah-tengah bandar Reykjavik (Berhenti rehat di sini sebab tersalah lorong...hee hee).

Tasik Tjörnin terletak di tengah-tengah bandar Reykjavik (Berhenti rehat di sini sekejap sebab penat, tersalah baca peta…hee hee).

Ruang berjalan kaki dan berehat di sekitar Tasik Tjörnin

Ruang berjalan kaki dan berehat di sekitar Tasik Tjörnin

National Museum of Iceland. Bergambar jer, tak masuk pun. Tak minat Museum.

National Museum of Iceland. Bergambar jer, tak masuk pun. Maklumlah…orang bukan kaki Museum.

Bangunan Tourist Information. Boleh masuk dan tanya apa sahaja. Nak booking tour package pun boleh. Saya masuk sebab nak panaskan badan jer sekejap.

Bangunan Tourist Information. Boleh masuk dan tanya apa sahaja. Nak booking tour package pun boleh. Saya masuk sebab nak ambil brochure dan panaskan badan jer sekejap.

Tidak banyak yang menariknya di bandar Reykjavik ini. Seperti bandar-bandar yang lain di Eropah juga, bezanya ialah senibina bangunan di sini kelihatan lebih moden tetapi tidak secantik atau unik seperti di bandar-bandar Europe seperti Budapest, Vienna, Paris dan sebagainya. Adalah beberapa mercu tanda bandar yang popular dalam kalangan pelancong tetapi gagal menarik perhatian saya. Antaranya:

Hallgrímskirkja. Gereja utama di Iceland. Pusat tumpuan pelancong kerana keunikan senibinanya.

Hallgrímskirkja. Gereja utama di Iceland. Pusat tumpuan pelancong kerana keunikan senibinanya. Kalau masuk, boleh melihat keseluruhan bandar dari puncak menaranya.

Sculpture : Sun Voyager. Kiranya ini seperti landmark di Reykjavik

Sculpture : Sun Voyager. Kiranya ini seperti landmark di Reykjavik

Harpa Concert Hall. Satu lagi landmark di sini. Di dalamnya ada concert hall (duhhh), restoran etc.

Harpa Concert Hall. Satu lagi landmark di sini. Di dalamnya ada concert hall (duhhh), restoran etc.

Sedang seronok merayau tiba-tiba hujan turun tanpa memberi sebarang salam. Hujannya..apabila terkena kulit, terasa terus nak membeku. Pedih rasa kulit dibuatnya.

Mencari tempat berteduh seketika. Patutlah semua orang di sini pakai baju sejuk yang ada bulu tu...sejuk gila beb...

Mencari tempat berteduh seketika. Patutlah semua orang di sini pakai baju sejuk yang ada bulu tu…sejuk gila beb…


Makanan Halal di bandar Reykjavik 

Aktiviti seterusnya ialah mencari lokasi makanan halal. Menggunakan aplikasi Zabilah dan dengan review dari pengguna-pengguna Islam di Internet, akhirnya menemukan saya kepada lokasi makanan halal ini.

Ali Baba Fast Food, Veltusundi 3 & Suourlandsbraut 8, Reykjavik 101

Ali Baba Arabic Food and Pizza. Address :  Veltusundi 3b, Reykjavik 101

Restoran halal Ali Baba terletak betul-betul di hadapan City Center Hotel, Downtown Reykjavik.

Restoran Ali Baba ini terletak betul-betul di hadapan City Center Hotel, Downtown Reykjavik. Kiranya kalau nak duduk Downtown, sesuai sangatlah kalau duduk hotel ni rasanya.

Nasi apa ntah namanya. Tapau bawa balik ke hotel untuk cik isteri.

Nasi apa ntah namanya. Lupa pulak. Tapau dari Ali Baba dibawa balik ke hotel untuk cik isteri.

Satu lagi restoran makanan halal yang ada di bandar ini ialah Kebab Grill (Alamatnya : Laekjargata 10, Reykjavik 105). Tapi berhati-hati ya. Di negara asing begini, bila disebut halal tak semestinya halal keseluruhan. Contohnya di kedai Ali Baba tadi tu, yang halal hanya makanan berasaskan lamb sahaja. Rasanya ??? Bolehlah…

Jadi apa yang menariknya di bandar Reykjavik ini? Ntah…biasa sahaja. Jadi saya membuat kesimpulan soalan yang lebih sesuai ditanya ialah…apa yang menariknya di bumi Iceland ini…itu memang menjanjikan jawapan yang lebih menarik untuk diperbincangkan. Jom kita lihat….

Bersambung…ke Projek Iceland 102.

Posted on June 13, 2015, in Eropah, Iceland, Travelogue-luar.Negara and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: