Projek Iceland 102


Iceland : The Golden Circle Tour

Reykjavik, yang bermaksud Smoky Bay merupakan ibu negara Iceland dan kira-kira 2/3 populasi Iceland tinggal di sini. Seperti juga negara-negara Eropah yang lain, kita tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini.

Kami ke Reykjavik, pada bulan Mei 2015 iaitu di kala musim panas baru nak bermula (Mei – Ogos). Ini bermakna juga siangnya amat panjang, malamnya pula agak pendek. Subuhnya jam 2.25 am, Maghribnya 10.57pm, dan sekitar jam 4am…matahari sudah mula menerangi alam.

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Memang payah jugalah untuk adjust mata dan hati ni. Ketam confused dibuatnya. Bayangkanlah, jam 10 malam suasana di luar hotel masih terang benderang, budak-budak masih kelihatan bermain bola sepak di padang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. Jam 3am, suasana sudah seakan 7.30am sekiranya di bumi Malaysia. Kiranya lenguhlah juga hati nak menunggu Maghrib dan baru sahaja usai Isyak, baru nak tidur, dah tiba waktu Subuh. Nak tidur semula selepas Subuh rasa bersalah pula sebab dah dibiasakan sejak kecil tak tidur selepas Subuh, tetapi berbeza di sini kerana Subuhnya terlalu awal pagi. Itulah antara kelebihan bermusafir ke negara orang. Kita berpeluang untuk melihat dan merasa lebih dekat lagi dengan kekuasaan yang Maha Esa, yang mungkin tiada atau berbeza di tempat sendiri.

Matawang rasmi Iceland ialah Iceland Krona. 100 Iceland Krona atau ISK bersamaan RM2.70. Matawang Euro juga boleh digunakan di beberapa kedai yang masih sudi menerima, tetapi wang bakinya sekiranya ada dipulangkan dengan duit ISK.

Tak banyak pokok di sini menyebabkan kebanyakan kawasan agak berangin tambahan pula cuaca memang sejuk, antara 3 hingga 7 darjah celcius pada musim panas dan mencecah negatif pada musim sejuk. Memandangkan Iceland ialah sebuah negara yang begitu sifatnya, ia menawarkan banyak pakej percutian yang menarik untuk pengunjung. Antaranya ialah yang berkaitan:

  • Aktiviti melihat ikan paus
  • Aktiviti melihat isi perut gunung berapi
  • Aktiviti mengunjungi taman negara
  • Aktiviti yang melibatkan salji, lagun dan glacier
  • Aktviti yang melibatkan air terjun dan pantai
  • Aktiviti mandi-manda air panas geothermal
  • Aktiviti lasak seperti berkayak, menunggang ATV, pacuan 4 roda dan sebagainya

Bagi kita-kita yang tak reti mencari jalan, memandu sendiri ni, jangan risau. Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sesuai mengikut citarasa masing-masing. Antara pakej yang popular ialah :

  • The Golden Circle
  • South Shore Adventure
  • The Wonders of Snaefellsnes
  • The Blue Lagoon Tour
Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Pakej The Blue Lagoon antara yang selalunya menarik perhatian ramai sekiranya ke bumi Iceland ini kerana ia menawarkan aktiviti mandi-manda di kolam bertemakan spa geothermal yang dikatakan baik untuk kesihatan kulit.

Spa Blue Lagoon ini terletak kira-kira 20km dari Keflavik iaitu lapangan terbang utama Iceland dan kira-kira 40km dari Reykjavík. Itu sebabnya ia sering juga dijadikan hentian sementara bagi kebanyakan pelancong berehat dan bersantai sebelum penerbangan seterusnya.

Bayaran masuk bagi yang ingin pergi sendiri ialah antara 35 Euro (biasa) hinggalah kepada lebih 150 Euro (mewah). Bagi kita yang malas nak berfikir macam mana nak pergi, di mana nak beli tiket dan sebagainya, ambil sahaja pakej The Blue Lagoon Tour ini. Siap pengangkutan pergi balik hotel penginapan (atau terus ke airport), tiket masuk dan lain-lain keperluan, bayarannya lebih kurang 9000 ISK atau RM 250. Harga tiket semasa musim sejuk (winter) biasanya lebih murah berbanding musim panas (summer).

Memandangkan saya datang bersama isteri yang “bertugas” maka kami hanya berpeluang merayau pada hari terakhir yang ditambah sendiri sebaik sahaja tugas rasminya berakhir. Setelah membuat sedikit rujukan tentang pakej yang bersesuaian dengan masa singkat yang ada, kami merasakan pakej The Golden Circle yang paling sesuai. Ini kerana tempoh masa ia boleh disempurnakan ialah sekitar 8 jam dan agak selesa untuk kami bersedia seterusnya untuk ke airport untuk penerbangan meninggalkan bumi Iceland pada hari yang sama nantinya.

Nak ke Blue Lagoon, tak ada faedah pula rasanya. Kulit kami dah memang cantik, tak perlu rawatan spa lagi. Haa haa. Sebenarnya tak selesa nak mandi beramai-ramai begitu, pakaian yang sesuai pun tak ada dibawa.

The Golden Circle tour merupakan pakej lawatan yang membawa kita ke 3 lokasi utama atau tumpuan perlancongan di Iceland iaitu:

  • Gullfoss waterfall
  • Geyser
  • Thingvellir National Park

Seawal jam 6.30am, kami menunggu di lobi hotel. Kali ini kami mengambil pakej tour dari syarikat Reykjavik Excursions iaitu syarikat yang sama mengendalikan FlyBus yang membawa penumpang dari/ke airport. Pakej dibeli terus secara online sehari sebelum perjalanan. Tidak lama menunggu, bas kecil Reykjavik Excursions datang mengambil kami dan membawa ke hentian bas khas di mana berkumpulnya mana-mana ahli rombongan cik kiah yang lain.

Voucher The Golder Circle yang dibeli terus secara online.

Voucher The Golder Circle yang dibeli terus secara online.

Tepat jam 7am, perjalanan dimulakan dengan menaiki bas kecil yang mampu menampung 24 penumpang dalam satu masa. Perjalanan melalui kawasan pergunungan, lembah, tasik, hutan yang sungguh indah permandangannya. Kelihatan di sana sini di beberapa kawasan tinggi, salji yang semakin mencair kerana musim panas sudah mula menghadirkan diri.

Ruang menunggu di dalam stesen bas khas milik Reykjavik Exercusions

Ruang menunggu di dalam stesen bas khas milik Reykjavik Exrcusions

Stesen Bas syarikat Reykjavik Excursions

Stesen Bas syarikat Reykjavik Excursions

Bas kecil yang membawa kami untuk pakej The Golden Circle. Amat selesa.

Bas kecil yang membawa kami untuk pakej The Golden Circle. Amat selesa.

Hentian pertama kami ialah air terjun Gullfoss. Gullfoss atau Goldel Falls merupakan kawasan air terjun dari sungai Hvita setinggi kira-kira 30 meter. Masih kelihatan salji beku di mana-mana walaupun waktu itu musim panas (summer) sudah menghampiri. Untuk sampai ke kawasan air terjun tersebut, kita perlu berjalan menuruni laluan cerun sejauh kira-kira 300 meter, jadi pastikan memakai kasut yang bersesuaian.

Iceland102-04a Iceland102-04b Iceland102-04c Iceland102-04d

Selepas puas meninjau kawasan air terjun ini dan sekitarannya, kami bergegas ke kedai minum dan cenderahati yang disediakan. Cuaca yang agak gerimis dengan angin kuat menyebabkan badan manja orang kampung kami tak mampu menahan kedinginannya. Hidung sendiri pun rasanya tak tahu di mana letaknya lagi. Di kedai tersebut kita boleh minum kopi, membeli cenderahati, pakaian musim sejuk dan sebagainya. Untuk ke kedai atau cafe tersebut, kita perlu mendaki bukit, tetapi jangan risau, tangga ada disediakan.

Iceland102-05a

Tangga menuju ke puncak di mana kedai minum dan cenderahati berada

Tangga menuju ke puncak di mana kedai minum dan cenderahati berada

Frust juga sebenarnya kerana cuaca terlalu sejuk, berangin dan “berair”…awan tidak kelihatan, mendung berpanjangan. Ini menyebabkan agak sukar untuk mengambil gambar yang menarik untuk disimpan sebagai kenangan. Semua gambar kelihatan berkabus dan mendung dibawa bersamanya. Mahunya tidak…lense asyik basah, berkabus dan jari kebas kedinginan, tak terasa untuk menekan shutter. Gambar gegar memanjang jadinya…haa haa.

Sampai di puncak.

Sampai di puncak.

Koleksi gambar basah, kabur dan gegar.

Koleksi gambar basah, kabur dan gegar.

Selepas memanaskan badan seketika di dalam cafe yang disediakan, seterusnya perjalanan diteruskan ke kawasan Geyser yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari kawasan air terjun tadi. Geyser merupakan kawasan geothermal di mana terdapat beberapa geyser yang masih aktif seperti Geysir dan Strokkur yang mampu memancutkan air panas ke udara sehingga lebih 30 meter setiap 4-8 minit. Apa bendanya geyser ni? Bukan Glasier tau…ulang suara : Gesyer. Googlelah sendiri ya. Tu lah…masa kelas Geografi dulu malas, asyik bersembang masa dalam kelas. Hee hee..

Tourist Guide kami merangkap pemandu bas sedang memberi penerangan tentang geyser

Tourist Guide kami merangkap pemandu bas sedang memberi penerangan tentang geyser

Panas katanya air yang bakal memancut keluar dari perut bumi tu nanti. Kalau ada bawa telur ayam, boleh try rebus.

Panas katanya air yang bakal memancut keluar dari perut bumi tu nanti. Kalau ada bawa telur ayam, boleh try rebus.

Sedang mencari spot untuk menunggu air yang bakal memancut ke udara

Sedang mencari spot untuk menunggu air yang bakal memancut ke udara

Rupanya tak boleh berdiri dekat sangat. Basah lenjun dibuatnya. Lepas tu terus insaf...pakai baju hujan.

Rupanya tak boleh berdiri dekat sangat. Basah lenjun dibuatnya. Lepas tu terus insaf…pakai baju hujan.

Ramai yang sanggup menunggu berjam-jam hanya untuk mendapat shot yang terbaik. Tak ada kerja lain agaknya dema ni.

Ramai yang sanggup menunggu berjam-jam hanya untuk mendapat shot yang terbaik. Tak ada kerja lain agaknya dema ni.

Iceland102-06g Iceland102-06h Iceland102-06i

Setelah meluangkan masa kira-kira sejam melihat aktiviti geyser memancutkan air panas dari mukabumi, kami bergerak ke cafe dan kedai cendehati yang disediakan. Berehat seketika sambil melihat orang menikmati makan tengahari. Nampak macam sedap…tapi tak berani untuk disentuh…hee hee. Mujurlah kami ada bawa bekal sendiri…alhamdulillah…errppp. Kenyang dan dijamin Halal dan tanpa Plumbum.

Iceland102-07a

Muka tak puas hati sebab basah kuyup (hujan gerimis + percikan air dari geyser)

Iceland102-07b

Ruang dalam kedai cenderahati. Turut menjual kelengkapan pakaian sejuk dan juga cafe

Iceland102-07c

Antara cenderahati tak boleh bla. Fresh Icelandic Mountain Air (di jual dalam tin…haa haa. Gila apa..??)

Golden Circle tour seterusnya membawa kita ke kawasan bersejarah dan penuh dengan keindahan geogologi di taman negara utama di Iceland iaitu Thingvellir National Park. Memang mengasyikkan berjalan di sekitar kawasan ini tetapi pastikan anda memakai baju yang bersesuaian kerana anginnya agak kuat (kawasan lapang, tidak berpokok) dan suhu dingin mencengkam jiwa.

Tourist Guide kami berhenti seketika di tepi tasik untuk menunjukkan betapa bersihnya air tasik tersebut. Diambil menggunakan botol air mineral dan terus boleh diminum.

Tourist Guide kami berhenti seketika di tepi tasik untuk menunjukkan betapa bersihnya air tasik tersebut. Diambil menggunakan botol air mineral dan terus boleh diminum. Dia ajerlah yang minum…kami ada air mineral sendiri. hee hee

Thingvellir National Park ini mempunyai sejarah dan cerita yang agak menarik. Ianya tidak putus-putus disampaikan oleh pemandu aka tourist guide kami, Mr. Hersyie (lebih kurang begitulah bunyi namanya), tapi macam malaslah pula nak ditaipkan di sini. Googlelah sendiri sekiranya berminat ya. Kita layan gambar dahlah…

Iceland102-09a Iceland102-09b Iceland102-09c Iceland102-09d Iceland102-09e Iceland102-09f Iceland102-09g Iceland102-09h
Selain itu, pakej The Golden Circle ini juga akan berhenti rehat di Friðheimar greenhouse cultivation centre. Di sini kita akan diberi penerangan ringkas bagaimana petani moden di Iceland bertani…menghasilkan tanaman seperti tomato, timun khususnya yang bersih, sihat dan berbuah sepanjang tahun. Mereka mencipta “matahari” sendiri (menggunakan lampu yang dipasang 24 jam sehari), “hujan” sendiri, menternak lebah yang ditipu (di dalam kotak yang dibentuk menjadi sarang) untuk bekerja dan semuanya terlindung dari persekitaran dunia luar. Hasilnya memang memberangsangkan. Buah-buah ini selain dari untuk kengunaan pasaran tempatan juga akan dieksport ke luar. Di sini kita boleh duduk berehat menikmati minuman dan sop berasaskan tomato dan madu lebah. Bagi yang berminat, kita juga boleh membeli produk-produk berasaskan tomato dan madu lebah di sini.

Iceland102-10b

Pemilik ladang sedang menggoreng....

Pemilik ladang sedang menggoreng….

Kami selesai mengikuti pakej The Golden Circle kira-kira jam 3.30pm dan terus dihantar pulang ke hotel. Sempatlah bersiap-siap, berkemas, berehat seketika sebelum bertolak ke lapangan terbang di sebelah malamnya untuk terbang meninggalkan bumi Iceland ini. Penerbangan kami jam 1am menggunakan Iceland Airline..tidak terus ke bumi bertuah Malaysia, sebaliknya kami akan berhenti di 2 buah negara untuk sesi jalan-jalan cari pasal seterusnya.

Italy dan Turki…..Mu tunggu Kami Datang.

Jom….

Bersambung….ke Projek Venice 101 (akan datang)

atau baca bahagian pertama : Projek Iceland 101

atau menonton video Projek Europe.de.Mana – ikut kami jalan-jalan pusing Eropah…

Posted on June 13, 2015, in Eropah, Iceland, Travelogue-luar.Negara and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Terbaiklah…seronok bace…dah mcm bercerita..santai n bshja…yg pntg d gak in4 menarik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: