Projek Venice 101


Venice…..Jom kita ke Venice..!!!

Dari Reykjavik, Iceland, kami terbang menggunakan Iceland Air ke Copenhagen, Denmark (masa perjalanan, 3 jam); transit untuk kira-kira 4 jam sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Marco Polo, Venice, Italy menggunakan Scandinavian Airlines (masa perjalanan, 2 jam). Italy, seperti mana Iceland dan negara-negara Eropah yang lain, tidak memerlukan Visa untuk pelancong dari Malaysia. Matawangnya pula, semestinya – Euro.

Venice….yuppp, dari berzaman dahulu saya sering terbayangkan betapa uniknya Venice dengan konsep bandar dan terusan airnya dan sudah pasti lelaki berbaju belang yang mengayuh gondola. Ada kalanya terfikir juga tentang pizza, spaghetti dan mafia Italy.

Gondola : Trademark Venice sejak sekian lama

Gondola : Trademark Venice sejak sekian lama

Dan tidak disangka, dengan izinNya dapat juga dijejakkan kaki ini di bumi Venice. Tetapi…apa lagi yang ada di Venice? Mengapa kami memilih Venice untuk trip seterusnya apabila meninggalkan bumi Iceland ? Satu soalan yang tiada jawapan yang pasti. Sebenarnya…panjang ceritanya, tapi takkan semua nak cerita di sini kan…so dipendekkan cerita, akhirnya kami menetapkan untuk berada di Venice selama 4 hari 3 malam.

Seterusnya saya menggunakan kemudahan Wego dan Skyscanner untuk mencari laluan dan waktu penerbangan yang sesuai dengan keperluan kami. Untuk penginapan pula, saya menggunakan kemudahan booking.com, trivago.com dan agoda.com untuk mencari hotel yang bersesuaian dengan citarasa, lokasi dan keperluan. Untuk memastikan hotel yang dipilih tidak akan menimbulkan sebarang masalah menyesal di kemudian hari, review pengguna lain khususnya di TripAdvisor dimanfaatkan sebagai salah satu panduan asas. Nantilah, kalau rajin dan ada masa saya akan buat satu entry khas tentang persediaan dan cara menentukan apa yang perlu dibuat sekiranya kita berhasrat untuk merayau ke negara dan bandar asing yang jauh dari kebiasaan. Bukanlah pandai sangat, tetapi sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman cetek yang ada.

Dan…sekarang kita mulakan cerita jalan-jalan di Venice, Italy. Mungkin ada manfaat untuk seseorang kalau bukan semua apa yang bakal dikongsikan di sini seterusnya.

Penginapan di Venice…ehhh atau di Mestre ?

Kami menginap di hotel Plaza, downtown Mestre, bukannya di Venice.Mestre ialah sebuah bandar yang jaraknya kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bas atau keretapi ke bandar Venice. Mengapa kami menginap di sini dan bukannya di Venice? Ini adalah berdasarkan beberapa faktor, antaranya :

Harga

Hotel di Mestre jauh lebih murah berbanding di Venice. Harga hotel 2 bintang di Venice mungkin sama harganya dengan hotel 4 bintang di Mestre. Dengan harga yang lebih murah, saiz bilik yang lebih besar dan selesa, wifi percuma 24 jam sehari…maka Hotel Plaza di Mestre menjadi pilihan kami untuk trip kali ini. Itupun setelah mengkaji dan menyelidik untuk beberapa waktu. Ia dipilih khususnya atas dasar lokasinya yang amat strategik dengan keperluan kami. Nanti kita story seterusnya.

Maklumat lanjut Hotel Plaza, Mestre :  http://www.hotelplazavenice.com/

Hotel Plaza, Mestre. Di hadapannya stesyen keretapi, di hujung jalannya stesyen bas.

Hotel Plaza, Mestre. Di hadapannya stesyen keretapi, dan pondok menunggu bas untuk ke Venice dan lain-lain bandar utama di Italy.

Kemudahan Pengangkutan

Tiada kenderaan (teksi, bas, kereta dan sebagainya) yang boleh memasuki Venice. Semuanya menggunakan kenderaan air seperti water taxi, water bus (dikenali sebagai Vaporetto dan Motoscafo).

Vaporetto : Bas air - Pengangkutan utama di Venice

Vaporetto : Bas air – Pengangkutan utama di Venice

Ini bermakna, sebaik sahaja sampai di Venice dari airport, anda perlu mengheret bag yang mungkin 15-20 lebih kilonya melalui jalan yang berbatu, tidak rata, mungkin berbukit dan mungkin juga perlu melalui beberapa buah jambatan dan beratus-ratus meter (atau mencecah lebih 1 kilometer juga) untuk ke hotel kita. Sekiranya tersalah pilih hotel yang jauh dari laluan utama…maka, selamat mengheret kaki, perut dan baglah nampaknya ya.

Selamat mengheret bag sambil mencari di mana hotel masing-masing. Venice..kota romantik. Romantiklah sangat...

Selamat mengheret bag sambil mencari di mana hotel masing-masing. Venice..kota romantik. Romantiklah sangat…hee hee

Berdasarkan pengalaman kami semasa merayau di Venice, ini sedikit tips bagi anda yang berhasrat ingin menetap di Venice. Pilih hotel yang berdekatan dengan stesyen keretapi Santa Lucia atau stesyen bas/teksi Piazzale Roma. Selain dari mudah untuk bergerak, makanan halal juga boleh diperoleh di kawasan berdekatan. Rujuk catatan di bahagian makanan halal di Venice nanti ya. Anda juga boleh memilih mana-mana hotel yang berhampiran dengan kawasan di mana perkhidmatan bot dari airport (dikenali sebagai Alilaguna – syaraikat yang menguruskannya) berhenti.

Hubungan dengan Dunia Luar

Hotel Plaza, Mestre menjadi pilihan kami juga kerana ianya terletak betul-betul di hadapan stesyen keretapi Mestre yang menghubungkan Mestre dengan Venice, Milan, Florence, Rome dan bandar-bandar utama Italy dan juga Eropah yang lain. Kita boleh memilih sama ada untuk menaiki keretapi laju atau keretapi biasa untuk ke bandar-bandar tersebut. Manalah tahu, kalau-kalau terniat di hati nanti nak merayau ke bandar lain….mudah sikit nanti prosesnya.Stesyen keretapi Mestre juga beroperasi sehingga lewat malam berbanding stesten keretapi Santa Lucia di Venice. Manalah tahu kalau-kalau kita bercadang nak travel ke bandar lain nanti…semua ni faktor yang memudahkan kehidupan.

Stesyen Keretapi Mestre

Stesyen Keretapi Mestre

Stesyen bas utama untuk ke airport dan lain-lain bandar yang berhampiran juga terletak kira-kira 200m dari hotel Plaza ini. Pondok menunggu bas untuk ke Venice pula terletak betul-betul di seberang jalan dari hotel. Merangkak dari lobi hotel pun boleh sampai rasanya.

Selain dari Hotel Plaza, hotel lain yang berada di kawasan yang sama (berdekatan dengan stesyen bas dan stesyen keretapi) Mestre ialah :

Hotel Best Western Bologna

Hotel Tritone

Keperluan Asas

Makanan halal dan kedai runcit termasuk kedai runcit Asia lebih mudah diperoleh di Mestre. Rujuk catatan di bahagian Makanan Halal nanti.

Ringkasnya banyak kelebihan menginap di  Mestre ni. Kelebihan menginap di Venice pula ? Mestilah banyak juga…seolah-olah kita duduk di dalam shopping complex, tak perlu risau nak balik rumah. Kalau tiba-tiba terasa nak pergi toilet atau terasa penat dan ingin berehat sebenar, boleh saja berjalan balik ke hotel dan kemudian keluar semula bila-bila masa yang diperlukan. Tak perlu risau nak beli tiket keretapi atau bas. Sama ada menginap di Mestre mahupun di Venice, masing-masing ada kelebihan, dan kelemahan tersendiri. Bergantung kepada keperluan kita untuk memilih mana yang bersesuaian.

Pengangkutan : Dari lapangan terbang Marco Polo ke Venice atau Mestre.

Bagi yang menginap di Venice, anda boleh sama ada menaiki teksi atau bas terus dari lapangan terbang Marco Polo ke stesyen bas Piazzale Roma di Venice. Dari stesyen bas tersebut anda perlu mengheret bag dengan berjalan kaki mencari hotel kediaman. Sekiranya hotel terletak jauh dari stesen bas/teksi atau stesen keretapi, anda boleh juga seterusnya menaiki Vaporetto (bas air) dan berhenti di hentian air yang terdekat dengan hotel kediaman anda.

Jadi…maksudnya kena kajilah dahulu kedudukan hotel ya. Kerana sepanjang beberapa hari di Venice, banyak kami melihat kes di mana pelancong dengan bag besar kebingungan tak tahu arah untuk dituju sebaik sahaja memasuki bandar Venice. Jadi, pastikan anda telah print alamat hotel dan nombor telefonnya. Ini bagi memudahkan anda menghubungi pihak hotel mahupun bertanya orang tempatan lokasi hotel tersebut sekiranya gagal ditemui juga nanti. Bagi yang tak larat nak mengangkat atau mengheret bag, bolehlah menggunakan kemudahan porter untuk membantu nanti (tetapi bukan free ya)

Stesyen Keretapi Santa Lucia, Venice

Stesyen Keretapi Santa Lucia, Venice

Anda juga boleh menaiki water taxi atau water bus dari airport terus ke hentian atau port yang ada di sekitar Venice yang berhampiran dengan hotel anda. Ini lebih mudah sebenarnya. Tiket water bus lebih murah berbanding water taxi (duhhh..) dan ianya boleh dibeli dengan mudah di kaunter jualan tiket atau pun terus menerusi mesin jualan tiket yang disediakan. Tapi ingat ya…kalau tak jumpa “Venice” sebagai destinasi yang ingin dituju, jangan meroyan pula di sana. Nama glamer Venice di sana ialah Venezia.

Water taxi boleh digunakan untuk bergerak dari airport terus ke Venice

Water bas Alilaguna : boleh digunakan untuk bergerak dari airport terus ke Venice

Selesai info tentang pengangkutan dari airport untuk ke Venice. Seperti yang dimaklumkan tadi, kami tidak duduk di Venice, sebaliknya kami menginap di Mestre. Jadi seterusnya, dikembangkan jalan cerita ini berdasarkan pengalaman kami menginap di Mestre.

Dari lapangan terbang Marco Polo ke Mestre kami menaiki bas yang dikenali sebagai FlyBus (diuruskan oleh syarikat ATVO). Kemudahan bas ini bermula awal pagi sehingga lewat tengah malam. Tempoh perjalanan hanya kira-kira 15 hingga 20 minit (bas berhenti di stesyen bas Mestre yang jaraknya kira-kira 200 meter dari hotel Plaza), dan harga tiket pula hanya 6 Euro (Boleh juga terus dibeli tiket 2 hala, pergi dan balik…harga lebih murah).

Tiket bas boleh dibeli awal secara online di laman web ATVO atau juga boleh dibeli dari mesin atau kaunter tiket yang ada di arrival hall. Jangan terkeliru dengan syarikat bas ACTV pula ya. Boleh juga kalau nak menaiki Flybus oleh syarikat ACTV tetapi kekerapan perjalanan bas milik syarikat ini kurang berbanding ATVO. Bermaksud sekiranya kita terlepas satu trip, kita mungkin perlu menunggu lebih dari 1 jam untuk bas seterusnya. Berbanding dengan Flybus oleh syarikat ATVO yang basnya lebih banyak dan lebih kerap perjalanannya.

Tiket bas dari airport untuk ke Venice, Mestre dan lain-lain bandar utama di Italy boleh dibeli menggunakan mesin ini

Tiket bas dari airport untuk ke Venice, Mestre dan lain-lain bandar utama di Italy boleh dibeli menggunakan mesin ini

Tapi kalau tak pandai nak guna mesin, boleh beli di kaunter tiket

Tapi kalau tak pandai nak guna mesin, boleh beli di kaunter tiket di tempat mengambil baggage atau di arrival hall

Selepas mendapatkan tiket, anda boleh keluar melalui pintu C atau pintu D lapangan terbang dan cari papan tanda ATVO yang bewarna magenta atau pink di seberang jalan tidak jauh dari pintu keluar tadi. Cari papan kenyataan elektronik yang tertulis Mestre FS dan tunggu bas nombor 2 di situ. Jangan silap naik bas ke Piazzale Roma (Venice) atau bandar-bandar lain pula ya. Tetapi kalau tersilap naik juga…just enjoy your ride ya. Nanti beli tiket lain, dan patah balik semula.

Untuk ke lapangan terbang pula (dari Mestre), tiket bas boleh dibeli dari stesyen bas di Mestre di mana bas berhenti semasa menghantar penumpang dari lapangan terbang tadi.

Stesyen Bas Mestre

Stesyen Bas Mestre

Menunggu bas di stesyen bas Mestre untuk ke airport (hari terakhir di Venice)

Menunggu bas di stesyen bas Mestre untuk ke airport (hari terakhir di Venice)

Pastikan anda mengaktifkan atau mengesahkan penggunaan tiket (validate) sebelum menaiki bas. Cari mesin validation yang disediakan, atau ada juga disediakan di dalam bas.

Validate tiket bas anda di mesin ini (di dalam bas)

Validate tiket bas anda di mesin ini (di dalam bas)

Kalau tidak, sekiranya ditakdirkan disemak oleh inspektor sahab, yang biasanya dilakukan secara rawak, dendanya agak mahal.

Tak selesa atau malas nak naik bas ? Nak naik teksi…? No problemo…naiklah. Tak berdosa pun. Harga tambang sebuah teksi dari lapangan terbang Marco Polo ke Venice ialah kira-kira Euro 45 hingga Euro 60 untuk terus ke stesyen bas/teksi Piazzale Roma di Venice. Harga mencecah kepada lebih Euro 100 sekiranya kita ingin mendapatkan servis tambahan (water taxi) pula untuk bergerak dari Piazzale Roma ke bahagian dalam Venice sekiranya hotel penginapan anda jauh dari stesyen bas/teksi tersebut. Terdapat juga perkhidmatan teksi air terus dari Marco Polo airport dan bayarannya untuk ke Venice ialah dalam lingkungan 100 hingga 130 Euro (bergantung kepada jarak, jumlah penumpang dan jumlah bag yang dibawa).

Untuk ke Mestre pula tambang teksinya ialah kira-kira 35 hingga 40 Euro.

Salah satu pondok menjual tiket teksi air untuk ke Venice (dari airport)

Salah satu pondok menjual tiket teksi air untuk ke Venice (dari airport)

Pengangkutan : Dari Mestre ke Venice dan Sebaliknya

Bagi anda yang menginap di Mestre, untuk ke Venice dari Mestre, harga tiket keretapi ialah Euro 1.25 untuk satu perjalanan yang memakan masa kira-kira 10-12 minit. Keretapi ke Venice (dan sebaliknya) sentiasa ada bagi setiap 10 minit.

Harga tiket bas untuk ke Venice pula ialah Euro 1.20 bagi satu perjalanan yang memakan masa kira-kira 12-15 minit. Bas juga sentiasa ada bagi setiap 15-20 minit. Jangan risau, bas dan keretapi memang tak putus-putus, jadual perjalanan juga amat boleh dipercayai…tepat dan menggiurkan mata dan rasa. Ehhhhh…

Tiket bas atau tiket keretapi boleh dibeli menerusi mesin tiket atau kaunter tiket yang disediakan. Boleh juga dibeli di kaunter hotel masing-masing kalau malas sangat nak berusaha mencari…cisss…

Mesin menjual tiket keretapi di stesyen bas Santa Lucia, Venice

Mesin menjual tiket keretapi di stesyen keretapi Santa Lucia, Venice

Hanya Euro 1.25 untuk seorang (dewasa) - 1 hala.

Hanya Euro 1.25 untuk seorang (dewasa) – 1 hala. Masa perjalanan 10 -12 minit.

Pengangkutan : Sekitar Venice

Sebenarnya, Venice ni tak besar mana pun. Bagi kita yang mampu dan tidak mempunyai masalah kesihatan, berjalan kaki sudah memadai. Bagi yang tidak, tiada perkhidmatan bas atau teksi darat yang disediakan. Yang ada ialah teksi atau bas air.

Bas air yang dikenali sebagai Volporatto, adalah pengangkutan utama di Venice. Kita boleh menggunakannya untuk bergerak misalnya dari stesen keretapi Venice (Santa Lucia) untuk terus ke pusat tumpuan utama pelancong di Piazza San Marco. Tambang untuk sehala ialah euro 7 manakala sekiranya dibeli terus untuk perjalanan 2 hala ialah euro 10. Maklumat lanjut tentang ini akan dikongsikan dalam entry seterusnya nanti (Projek Venice 102).

Makanan Halal

Setiap kali kami travel, biasanya kami akan membawa periuk nasi saiz mini dan juga kettle sendiri. Kebanyakan hotel di Eropah tidak menyediakan kettle di dalam bilik. Takkanlah teringin nak minum kopi panas secawan pun kita rajin sangat nak kena pergi ambil di pantry atau call room service minta dihantar kan…??

Seterusnya kami akan membawa beras (hee hee…yuppp, memang bawa beras, kerana hidangan nasi panas dengan ikan bilis pedas misalnya jauh lebih nikmat dan menyelerakan berbanding dengan makanan barat yang cantik rupa parasnya. Tekak melayu babe….tak boleh nak ubah). Kami juga akan membawa serunding, sambal jawa, sambal ikan bilis dan lain-lain makanan tahan lama yang lain di samping makanan segera lain sebagai backup. Selain itu, beberapa kotak nasi segera Brahim dan Sharifah juga boleh dibawa sama.

Kalau malas nak bawa semua tu, kenalah pandai cari lokasi makanan halal ya tak. Jangan ambil mudah pasal makan ya. Ini bukan Malaysia. Jangan sangka makan roti, kek, seafood, pizza sayur, ais krim tu dah kira selamat dan halal. Minyak yang digunakan? Perasa dan pelembut makanan yang digunakan ? Hati-hati kerana kalau kita ambil mudah pasal makanan yang kita makan….ehhh sorry, sesat jauh dah ni. Termembebel pulak pasal makan.

Back to our topic. Di sekitar hotel Plaza Mestre, terdapat beberapa kedai makanan halal. Yang pertamanya kedai yang ini, menjual pelbagai jenis nasi, pizza dan kebab:

Restoran halal paling hampir dengan stesyen keretapi Mestre - Brothers Fast Food Doner kebab

Restoran halal paling hampir dengan stesyen keretapi Mestre – Brothers Fast Food Doner kebab

Brothers Fast Food

Brothers Fast Food

Betul-betul di jalan yang sama dengan hotel, kira-kira 150 meter sahaja jaraknya. Pekerja kebanyakannya ialah orang Afghanistan. Di sebelah kanan hotel pula, berjalan ke arah lorong belakang, kira-kira 200 meter ada satu lagi kedai halal yang menjual pizza dan kebab. Tak ingat nama kedainya, nak ambil gambar pun tak ingat. Di laluan yang sama, terdapat juga kedai runcit milik orang Asia (Cina)….bolehlah beli magee Indomee, Air Tin Yeos, beras, sayur dan macam-macam lagi.

Sebuah lagi kedai halal (full menu) yang berdekatan tetapi perlu berjalan sikit…tak jauh sangatlah, dalam 1 kilometer lebih sahaja ialah:

Al Baraka Pasticceria
Via Teatro Vecchio 2, Mestre, Veneto 30172

Restoran Halal : Al Baraka Pasticceria

Restoran Halal : Al Baraka Pasticceria

Makanan halal Di Venice…?? Ada  dikongsikan dalam entry seterusnya nanti (Projek Venice 102).

Apa Yang Menarik di Venice.

Okay…semua perkara asas yang memudahkan hidup kita di Venice dan Mestre dah diceritakan, jom kita mula jengjalan di bandar Venice. Tapi macam dah penat bercerita di sini…kita pindah ke entry seterusnya ya.

Jom…

Projek Venice 102 : Jalan-jalan di Venice

atau kembali ke awal cerita : Projek Iceland 101 atau Projek Iceland 102

Posted on June 15, 2015, in Eropah, Italy, Travelogue-luar.Negara and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: