Projek Venice 102


Jalan-jalan, Sesat larat di Venice Satu Nikmat…

Venice atau lebih dikenali dengan nama Venezia dalam kalangan orang tempatan merupakan sebuah bandar yang terletak di timur laut Italy. Ianya terdiri daripada lebih daripada 100 buah pulau kecil yang dipisahkan oleh terusan dan dihubungkan dengan jambatan.

Apa yang menariknya di Venice ?

Ntahlah. Bila merancang pertama kalinya untuk singgah di Venice, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah permandangannya yang indah. Terusan kecil dan gondola terutamanya dan semua ini pengaruh dari rancangan TV dan filem yang ditonton. The Tourist (2010) lakonan Johnny Depp dan Angelina Jolie adalah antara yang memaparkan keindahan kota Venice sebagai lokasi utama penggambaran.

Bila dah sampai di Venice? Hmmm…macam mana nak cakap ni ya. Rasanya macam biasa sahaja. Mungkin kerana saya sudah hilang deria rasa untuk berpoya-poya agaknya haa haa. Apa yang saya lihat ada di Venice sebenarnya ialah beribu-ribu buah kedai yang menjual pelbagai barangan. Seolah-olah ianya sebuah gedung membeli-belah yang besar diletakkan di sebuah pulau yang dipisahkan oleh lorong-lorong kecil yang mengelirukan (tetapi amat menyeronokkan untuk diterokai).Yuppp…memang seronok untuk diterokai menurut isteri saya sekiranya beliau dijadikan pusat rujukan yang kelihatannya seperti lipas kudung bila berada di Venice. Sekelip mata dia boleh hilang dalam deretan kedai-kedai yang ada. Huhh…

Venice kota cinta, bandar romantik ? Ntahlah. Apa yang romantiknya dengan hanya menaiki gondola yang dikendalikan oleh seorang lelaki berbaju belang-belang? Gondola tu pada saya umpama sampan kita di Malaysia sahaja ibaratnya…cuma ianya lebih panjang dan lebih selesa apabila disediakan tempat duduk berkusyen dan dihiasi indah.

Gondola yang setia menanti penumpang

Gondola yang setia menanti penumpang

OKlah…Sorry. Tak mahu menjejaskan selera orang lain. Jom kita lihat apa yang menariknya ada di Venice ni ya. Apa yang sempat kami lihat dan rasa sepanjang beberapa hari di bumi Venice yang boleh kata kebetulannya sentiasa gerimis dan mendung dilitupi awan pada waktu tersebut.

Bukan romantik tetapi kebetulannya memang asyik hujan memanjang semasa kami berada di Venice ini

Bukan romantik tetapi kebetulannya memang asyik hujan memanjang semasa kami berada di Venice ini

Piazza San Marco

Lokasi tumpuan utama orang ramai di Venice ialah Piazza San Marco atau juga dikenali sebagai St. Mark’s Square. Ia dikatakan sebagai heart and soul of Venice. Antara bangunan utama yang menjadi tumpuan orang ramai di sini ialah San Marco, St. Mark’s Basilica, Palace of the Doge dan Clock Tower. Gereja St. Mark’s Basilica misalnya merupakan antara  bangunan yang menarik perhatian dari segi senibinanya yang memperlihatkan gabungan senibina antara barat dan timur. Doge’s Palace pula merupakan sebuah bangunan yang memaparkan struktur senibina Greek yang menghadap ke arah Venetian lagoon.

Piazza San Marco atau juga dikenali dengan nama San Marco Square

Piazza San Marco atau juga dikenali dengan nama San Marco Square

Apa yang menariknya di sini? Ntahlah…semua orang berkumpul di sini, maka kita pun berkumpullah sama. Tengok gondola, naik gondola kalau berminat, minum-minum, shopping-shopping, ambil gambar dengan pelabagi jenis bangunan yang ada, bagi burung merpati makan, kejar burung merpati, kena berak dengan burung merpati, tengok orang buat persembahan jalanan…dan kemudian tanya diri sendiri, mengapa semua orang berkumpul di sini…???

Piazza San Marco dan burung merpati berpisah tiada.

 venice102-02e

Jawapannya….saya rasa sebab tak ada tempat lain di Venice yang terbuka dan seluas kawasan ini. Haa haa. Sorry…orang tak minat atau buta sejarah dan geografi, memang begini…tak menghargai nilai sejarah bangunan-bangunan yang ada di sini. Ya lah…bukan sejarah kita ya tak…haa haa.

Grand Canal

Grand Canal atau dikenali sebagai Canal Grande dalam kalangan orang tempatan merujuk kepada terusan atau laluan berair utama merentasi bandar Venice. Canal atau terusan berbentuk seperti huruf S sepanjang kira-kira 4km ini merentasi lokasi-lokasi utama bandar Venice seperti Piazzale Roma (stesen bas/teksi), Santa Lucia (stesen keretapi) sehinggalah ke Piazza San Marco dan St. Mark’s Basin.

Grand Canal - seperti huruf S yang terbalik bentuknya

Grand Canal – seperti huruf S yang terbalik bentuknya

Grand Canal boleh

Grand Canal boleh “diterokai” menggunakan Water bus atau vaporetto terutamanya

Untuk menghayati keindahan kota Venice, kita boleh menaiki vaporetto (bas air) dari Piazzale Roma atau Santa Lucia di sepanjang Grand Canal ini sehingga ke penghujungnya iaitu San Marco. Nak lagi menarik, naik di waktu senja di kala lampu-lampu rumah dan kedai mula menyala. Di kala ini juga, vaporetto biasanya sudah kurang sesak kerana orang ramai kebanyakkannya mula bergerak dari arah bertentangan iaitu dari San Marco menuju Piazzale Roma atau Santa Lucia untuk kembali ke rumah atau hotel masing-masing.

Grand Canal di kala malam semakin menghampiri

Grand Canal di kala malam semakin menghampiri

Perjalanan menggunakan vaporetto secara terus menerus melalui Grand Canal memakan masa kira-kira 40 minit. Vaporetto bergerak setiap 10 minit setiap hari dan setiap 20 minit selepas jam 9.30 malam. Kita juga boleh berhenti di mana-mana lokasi perhentian mengikut keperluan masing-masing.

Kita juga boleh menaiki gondola untuk tujuan yang sama, tetapi hanya melalui sebahagian kecil sahaja grand canal.

Deretan Gondola sedia menunggu di San Marco untuk membawa penumpang merentasi Grand Canal

Deretan Gondola sedia menunggu di San Marco untuk membawa penumpang merentasi Grand Canal

Ponte di Rialto

Ponte di Rialto atau Rialto Bridge merupakan satu lagi daya tarikan di Venice. Ianya merupakan salah satu jambatan utama di Venice (Venice dikatakan mempunyai lebih daripada 400 buah jambatan). Ia dikatakan jambatan paling tua yang dahulunya digunakan oleh penduduk tempatan untuk melintasi Grand Canal.

Ianya boleh diakses sekiranya kita berjalan kaki terus dari stesen bas atau stesen keretapi Venice. Ikut sahaja papan tanda yang disediakan. Selepas sesat larat buat seketika, insyaallah jambatan ini akan ditemui juga akhirnya. Tak jauh…dalam 20 minit berjalan kaki sahaja. Ya lah…mana ada teksi kan. Hee hee

Kalau malas nak berjalan kaki, boleh juga menaiki vaporetto di laluan Grand Canal dan berhenti di hentian Rialto. Dan apabila sampai ke jambatan ini, kita dengan penuh semangatnya pun akan bergambar berlatarbelakangkan Grand Canal. Selepas 10, 20 shot…kita pun selesai dan bertanya, apa istimewanya jambatan ini? Ntah…hee hee. Makanya…kita pun angkat kaki dan berlalu pergi…

Di atas Rialto Bridge yang merentasi Grand Canal

Di atas Rialto Bridge yang merentasi Grand Canal

Dah selesai meninjau Rialto Bridge dan tak tahu nak buat apa lagi di sini.

Dah selesai meninjau Rialto Bridge dan tak tahu nak buat apa lagi di sini.

Sewaktu kami di sini, jambatan ini sedang dibaik pulih, dipelihara dan dipulihara, maka tiada gambar menarik yang dapat diperoleh. Kita tengok gambar dari Encik Google jerlah ya. Ini dianya…

Ponte di Rialto atau Rialto Bridge

Ponte di Rialto atau Rialto Bridge

Romantika Bersama Menaiki Gondola

Ramai yang berkata, tidak sah kalau ke Venice kalau kita tidak mengambil peluang dan ruang masa untuk menaiki Gondola. Walaupun bayarannya mungkin dirasakan oleh ramai antara kita agak tinggi (dalam Euro 80 hingga Euro 100 lebih – bergantung pada pakej yang diambil) untuk “belayar” menaiki sampan…ehh maksud saya gondola selama kira-kira 30 hingga 40 minit, tetapi ramai juga yang akan berkata…”alaaa..tak apalah, dah kebetulan sampai, janganlah kedekut sangat. Bukan ada peluang lagi nanti…..”. Yupppp betul juga kata ramai orang tu kan…

Pondok pengemudi Gondola yang sedia menanti penumpang di San Marco

Pondok pengemudi Gondola yang sedia menanti penumpang di San Marco

Perkhidmatan Gondola (yang biasanya lebih murah) boleh juga diperoleh di banyak lorong-lorong kecil begini.

Perkhidmatan Gondola (yang biasanya lebih murah) boleh juga diperoleh di banyak lorong-lorong kecil begini.

Tapi…kami tak naik juga pun Gondola tu.

Saya : Awak…betul ke tak mo naik gondola ni ? Alang-alang dah sampai sini. Nanti menyesal. Esok kita dah nak balik.
Dia : Tak mo. Takutlah. Baru lepas hujan ni…tengok ombak tu. Lagipun membazir jer 80 Euro…macam naik sampan biasa jer. Bukannya best sangat pun.
Saya : Are you sure ?? Orang semua kalau datang Venice mesti kata tak sah kalau tak naik Gondola ni.
Dia : Haah…baik 80 Euro tu saya buat beli handbag, boleh gak buat pelasah pakai pergi kerja.
Saya : Tak habis-habis dengan handbag dia tu…tak faham betul.

Beberapa jam kemudian…puas mengikut dia merayau dari kedai ke kedai….memang betul rupanya dia nak beli handbag. Ingatkan main-main.

Dia : Boleh ya abang…? beli handbag satu….satu jer…cantik tu…
Saya : Nak buat apa dengan handbag lagi. Membazir jer…tak payahlah.
Dia : Alaaa…bolehlah. Satu jer. Ini lain sikit, banyak compartment, banyak zip. Senang sikit nak simpan barang.
Saya : OKlah…satu jer. Kata baggage dah penuh, takut over weight nanti nak naik flight.
Dia : OK…terima kasih abang….satu jer pun.

Beberapa minit selepas keluar dari kedai yang ke-N (N bagai infiniti rasanya…dalam hujan renyai pula tu)

Dia : Ni haa bagnya bang….cantik tak…?
Saya : Cantik apanya…rupa handbag, biasa jer…macam yang dah ada kat rumah tu jer.
Dia : Mana ada sama. Lainlah….
Saya : Suka hatilah. Kira puaslah ni….tak naik gondola, dapat handbag…?
Dia : Hee hee. Haah, Puas….tapi harganya lebih sikit tau bang. Jangan marah…
Saya : Berapa ?
Dia : Hee hee…lebih dari harga gondola tu…Euro XXX (sambil menyebut harganya).

Hmmm….Gondol suami kalau camgini. Siapalah yang cipta handbag ni…menyusahkan betul. haa haa.

Hilang dalam timbunan handbag  melayani keasyikan dunia

Hilang dalam timbunan handbag melayani keasyikan dunia

Moral of the story : Siapa yang kata Venice ni kota romantik memanglah tepat sekali. Tempat ni penuh dengan kedai jadi semua pasangan perlu jalan berpimpinan tangan. Kalau dilepaskan jer tangan pasangan tu…memang depa akan hilang masuk ke kedailah jawabnya…hee hee. Romannnnnnnntik sangat…!!!

Tak dapat naik Gondola, bergambar dengan Gondola pun jadilah kan

Tak dapat naik Gondola, bergambar dengan Gondola pun jadilah kan

Macam naik sampan jer bang...kata dia. Baik kita beli handbag duit tambang tu

Macam naik sampan jer bang…kata dia. Baik kita beli handbag duit tambang tu

Membeli-belah di Venice

Aktiviti di Venice yang utama ialah window shopping, jalan-jalan cuci mata. Terdapat beribu buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan sama ada yang berjenama, barangan asli, barangan tiruan dan sebagainya.

Turun sahaja dari stesen keretapi atau bas, berjalan ke arah kiri, kita akan memasuki kawasan Cannaregio. Di sana ada ruang pejalan kaki yang luas dikenali sebagai Strada Nuova, terdapat deretan kedai cenderahati dan cenderajiwa.

venice102-06b

Sekiranya ingin membeli belah di kedai yang menjual barangan berjenama eksklusif mewah, kebanyakannya terletak di kawasan San Marco terutamanya di bahagian Napoleonic dan juga dihujung Piazza tersebut.

Kawasan membeli belah Mercerie menuju ke Rialto atau kawasan menuju Campo San Stefano pula terdapat ratusan deretan kedai menjual pakaian, barangan art, hasil kerjatangan, barangan kaca Murano dan banyak lagi.

venice102-06e

Hiasan Kaca Murano

Hiasan Kaca Murano

Hiasan Kaca Murano

Hiasan Kaca Murano

venice102-12cc

Barangan kaca Murano? Yuppp… Venice juga terkenal dengan pelbagai jenis barangan hiasan kaca yang dibentuk. Terdapat dua buah pulau kecil di Venice yang terkenal dalam menghasilkan barangan kaca tersebut iaitu Murano dan Burano. Kita boleh ke pulau tersebut dan sebuah lagi pulau yang popolar di Venice iaitu Torcello dengan menggunakan bot air dengan tiket sekitar 20 Euro (siap dengan tourist guide dan sebagainya).

Ke utara Rialto Bridge juga terdapat pasar yang menjual buah-buahan, ikan dan barangan basah yang lain. Ianya dibuka dari Selasa hingga Sabtu.

venice102-06f2

Kalau nak cerita pasal membeli-belah ni memang tak akan habis. Jadi, baik kita habiskan di sini sahaja ya.

Sesat Larat di Venice

Venice dibentuk dari beratus-ratus lorong kecil dan jambatan serta berpuluh-puluh laluan air atau canal serta square. Potensi untuk kita sesat memang cerah terutamanya apabila kita rabun mata dan jiwa ketika bergerak masuk dan keluar dari satu kedai ke kedai yang lain.

Papan tanda pula sememangnya tidak banyak dan agak mengelirukan. Tapi jangan risau. Venice ni taklah besar mana, dan sekiranya kita sesat…nikmati pengalaman tersebut kerana ianya mungkin menemukan kita dengan lorong-lorong kecil yang unik ataupun menemukan kita dengan kedai-kedai yang mungkin tidak dijangka.

Ikut kiri boleh, ikut kanan pun boleh. Ikut sukalah.

Ikut kiri boleh, ikut kanan pun boleh. Ikut sukalah.

Nak ikut kiri ke atau ikut kanan atau nak menyenget ? Suka hatilah labu.

Nak ikut kiri ke atau ikut kanan atau nak menyenget ? Suka hatilah labu.

Terdapat 3 kawasan utama yang boleh dituju. Piazzale Roma, Rialto dan Piazza Marco.

Untuk balik ke kawasan permulaan (stesen bas atau stesen keretapi), cari sahaja papan tanda ke arah Paizza Roma atau Santa Lucia. Anda mungkin akan sesat larat juga ketika mengikut arah papan tanda kerana ia ada kalanya hilang tanpa sebarang pesanan.

Rialto pula arah yang boleh dituju untuk memastikan kita berada di kawasan tengah Venice. Piazza Marco pula ialah kawasan utama di penghujung salah satu sudut bandar Venice. Dari sini, anda boleh mengambil vaporetto untuk kembali ke Piazzale Roma tanpa perlu lagi berjalan kaki.

Untuk membantu, dinasihatkan anda berjalan dengan membawa peta Venice, sama ada yang boleh diperoleh secara percuma di hotel masing-masing ataupun di kaunter-kaunter pertanyaan dan perlancungan. Peta jalan yang lebih lengkap dan mempunyai maklumat yang lebih menyeluruh juga boleh dibeli.

Peta percuma yang boleh diperoleh di mana-mana sekitar Venice (abaikan pil bagai yang perlu ditelan tu)

Peta percuma yang boleh diperoleh di mana-mana sekitar Venice (abaikan pil bagai yang perlu ditelan tu)

Tetapi kalau ditakdirkan kita sesat juga, no worries. Tak jauh sangat pun kita sesatnya kerana Venice ni bukannya besar sangat pun. Relax….

Penat berjalan (sebab sesat), kite rehat dulu...

Penat berjalan (sebab sesat), kite rehat dulu…

Pengangkutan di Venice

Venice ialah bandar kecil yang boleh disempurnakan penerokaannya dengan hanya berjalan kaki cuma. Masa berjalan kaki dari Piazzale Roma (stesyen bas) ke Piazza Marco misalnya mengambil masa kira-kira 45 minit sekiranya berjalan santai tanpa melencong atau berhenti di kedai-kedai sekitaran. Kalau berjalan sambil window shopping maka, peruntukan masa sekitar 2, 3 jam mungkin diperlukan. Walau bagaimanapun, bagi kita yang malas berjalan kaki atau mempunyai masalah kesihatan dan sebagainya, boleh sahaja menggunakan kemudahan bas air atau teksi air yang disediakan.

Bas air atau vaporetto ACTV (nama syarikat yang menguruskannya) tersedia sentiasa. Tiket-tiket boleh dibeli di:

  • Pejabat jualan tiket ACTV yang ada di merata-rata lokasi sekitar Venice terutamanya di sekitar tempat hentian vaporetto.
  • Mesin jualan tiket layan diri.
  • Konduktor bas semasa di dalam bas air tersebut.
Pondok menjual tiket dan pelabuhan Vaporetto mengambil penumpang betul-betul di hadapan stesyen keretapi Santa Lucia

Pondok menjual tiket dan pelabuhan bas air (Vaporetto) mengambil penumpang betul-betul di hadapan stesyen keretapi Santa Lucia

Harga tiketnya pula untuk pelancong seperti kita ialah Euro 7 bagi satu laluan tanpa henti (kira-kira 60 minit perjalanan). Euro 4 bagi bas berhenti-henti. Kanak-kanak bawah 6 tahun (kalau tak silap) – percuma

Seperti juga penggunaan bas di darat, penggunaan vaporetto juga memerlukan kita mengesahkan penggunaan tiket. Pastikan anda mencari mesin pengesahan tiket atau card reader yang ada disediakan.

Bagi kita yang merancang ingin menggunakan bas air tersebut secara optimum, adalah dinasihatkan mendapatkan Tourist Travel Card, kerana ianya lebih menjimatkan. Kad pelancong ini sah untuk tempoh masa 1 hingga 7 hari dan boleh digunakan untuk menaiki bas air dan juga bas darat (ke bandar-bandar lain misalnya) tanpa had. Untuk maklumat lanjut tentang proses pembelian, harga dan sebagainya bokeh terus ke laman web mereka di sini: Tourist Travel Card.
https://quickvenice.com/transportation/actv-tourist-travel-cards.htm

Okaylah, saya tolong copy paste sikit harganya di sini:

  • 1 hari : €20
  • 2 hari : €30
  • 3 hari : €40
  • 7 hari : €50

Makanan Halal di Venice

Ketika merayau di Venice, kami berkesempatan mencari dan menemui dua buah kedai makanan halal. Berikut merupakan alamatnya. Kalau tak tahu lokasi pun tak apa…redah sahaja lorong-lorong di venice itu mengikut nombor kedai.

Kedai nombor 148
Quanto Basta
Cannaregio
(Tidak jauh dari stesen keretapi Santa Lucia)

Kedai nombor 148 Quanto Basta Cannaregio

Terpegun tak tahu nak pilih makanan di Kedai nombor 148 Quanto Basta Cannaregio

Kedai nombor 148 Quanto Basta Cannaregio

Deretan pelajar sekolah di Quanto Basta

Kedai nombor 148 Quanto Basta Cannaregio

Gelato (Ais Krim) pelbagai perisa di kedai nombor 148 Quanto Basta, Cannaregio

Gelato (sejenis ais krim) halal dari kedai nombor 148 Quanto Basta Cannaregio

Gelato halal dari Quanto Basta, Cannaregio


Kedai nombor 2222

Pizza e Poi
Cannaregio 2222,
Strada Nova
(Menjual pizza terutamanya)

Kedai nombor 2222 Pizza e Poi, Cannaregio

Kedai nombor 2222 Pizza e Poi, Cannaregio

Memilih pizza Halal di kedai nombor 2222 Pizza e Poi, Cannaregio

Memilih pizza Halal di kedai nombor 2222 Pizza e Poi, Cannaregio


Lain-lain yang Anda Perlu Tahu Tentang Venice

Hati-hati dengan penyeluk saku terutamanya di kawasan utama di mana pelancong ramai berkumpul. Hati-hati juga dengan setiap bantuan yang diberikan oleh orang lain. Contohnya, ketika anda terkial-kial sedang belajar menggunakan mesin membeli tiket keretapi, mungkin ada yang menawarkan bantuan, dan bantuan tersebut mungkin akan berakhir dengan upah yang perlu dibayar.

Begitu juga ketika di Piazza San Marco, misalnya. Banyak burung merpati yang jinak-jinak dan menarik sekiranya dijadikan subjek dalam gambarfoto anda. Sekiranya tiba-tiba ada yang menghulurkan sejemput gandum untuk diberikan kepada merpati tersebut, ianya bukan percuma ya. Dan ada kalanya anda mungkin terkejut dengan harganya. Tetapi kalau niat untuk bersedekah, tak apalah. Tak akan jatuh miskin kita dengan bersedekah, dan tak mungkin juga kita boleh kaya raya dengan terlalu berkira walaupun dengan seEuro dua.

Burung merpati di San Marco

Burung merpati di San Marco

Kita juga akan melihat ramai artis dan penglipura yang membuat persembahan jalanan dengan pelbagai gaya, seni persembahan dan pakaian. Hati-hati ketika ingin mengambil gambar bersama kerana tidak semuanya percuma. Kita mungkin mampu membayar tetapi yang menyebabkan ramai juga pelancong yang marah kerana rasa tertipu kerana tidak dimaklumkan lebih awal. Disangkakan baik sungguh dilayan begitu rupa, tetapi akhirnya merah telinga bila dimaklumkan satu gambar bersama, 5 Euro, 5 keping gambar maka kos perlu dibayar ialah 25 Euro. Haa haa. Panas telinga mendengarnya nanti.

Tandas awam ada disediakan tetapi jarang ditemui yang percuma. Paling kurang pun 1 Euro perlu disediakan. Jadi, sentiasa bersedia dengan duit syiling yang secukupnya sekiranya anda termasuk dalam golongan pencinta toilet. Seperti biasa juga, jangan harap dalam toiletnya ada paip air. Jadi sentiasalah bersedia dengan botol kosong yang boleh digunakan sekiranya kecemasan kelak.

Jangan terkejut melihat begitu ramai yang bukannya orang Italy yang berniaga di sana terutamanya sebagai peniaga jalanan. Rakan-rakan dari Bangladesh terutamanya mendominasi dalam menjaga kedai cenderahati, pasar-pasar dan yang paling utama….sebagai peniaga jalanan menjual selfie stick (monopod) dan pelbagai barangan permainan dan aksesori pelbagai jenama.

venice102-10b4 venice102-10b2 venice102-10b1

Perkara yang sama juga berlaku di Rome. Rome? Ya….kami boring berada di Venice terlalu lama (2 hari), jadi kami pun menaiki keretapi laju ke Rome. Pergi subuh, balik semula ke Venice di sebelah malamnya. Hee hee.

Jom kita cerita pasal Rome pula selepas ini.

Atau sekiranya anda terlepas kapal….boleh baca juga :

Projek Venice 101

Projek Iceland 101

Projek Iceland 102

Jom….

Sebenarnya penat sudah bercerita ni….tapi kalau tak ditulis, sayang semua kenangan tu nanti hilang dimakan masa. Ringkasnya saya menulis ni untuk diri saya sendiri sebenarnya, untuk rekod…..jadi kepada yang turut sama membaca…suka hati koranglah…bacalah…tapi jangan simpan dalam hati, jangan nak merungut-rungut. Redha jer ya. Hee hee

Posted on June 19, 2015, in Eropah, Italy, Travelogue-luar.Negara and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Thanks for sharing your adventures in venice!

  1. Pingback: Projek Venice 101 | Dunia ini Rojak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: