Tukang Rojak

Dunia ini semakin rojak sifatnya…dan kini dengan perkembangan teknologi moden, ianya semakin unik dan mengundang pelbagai rasa yang berbeza. Blog Digital Rojak ini merupakan blog yang tiada matlamat khusus..apa sahaja yang kelihatan di mata, terasa di hati, terfikir di fikiran tukang rojaknya akan dikongsikan di sini. Adakalanya rojak itu manis, ada masanya ianya pahit, ada ketika ianya pedas, dan ada keadaaan di mana ianya tidak membawa sebarang rasa yang bermakna.

Rojak

Apa juga rasa rojak yang dihidangkan, terimalah seadanya. Tiada siapa yang memaksa, tiada siapa yang meminta sesiapa pun merasa. Setiap tukang rojak ada citarasa, dan Dunia ini Rojak @ Digital Rojak adalah lahir daripada citarasa seorang tukang rojak yang berusaha untuk menghidupkan hidupnya sendiri tanpa perlu terlalu bergantung kepada sesiapa. Tepuk kepala, tanya selera…sama ada ingin terus ditelan, mahupun diluahkan semula.


Ikhlas

Tukang.Rojak
seorang manusia biasa yang telah berumahtangga, bekerjaya yang biasa-biasa dan bahagia dengan hidupnya yang penuh dengan kesederhanaan.

  1. Baru jumpa blog rojak ni. Bagus. Sangat relevan kepada orang biasa-biasa macam saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: