Category Archives: Travelogue-dalam.Negara

Jelajah.Pantai.Timur 02 : Terengganu Bersatu


Ini merupakan kesinambungan daripada komik bergambar episod Jelajah Pantai Timur pada tahun 2010 yang lalu…terperuk di dalam Facebook sejak sekian lama dan telah mula dipindahkan ke dalam bentuk blog sejak setahun yang lalu tetapi baru hari ini (tahun 2013), barulah berkesempatan untuk menyelesaikan kerja tidak berfaedah ini yang masih tertungggak.

Episod pertama boleh baca di sini : Jelajah Pantai Timur 01 : From Pekasam Gi Budu (Kelantan)

Dari Kelantan kami terus bergerak ke Terengganu pula. Dah tak berapa nak ingat apa yang berlaku…so tengok gambar jerlah ya. Malaslah pula nak menulis. Nak gi ke dapur bantu tengok cik isteri masak di hari Sabtu ni…lagi bagus

Seperi biasa co-pilot saya sentiasa siap sedia dengan perancangan ad-hoc dan spontannya

Dan seperti biasa….ada kalanya lebih seronok menjelajah secara menkhinzir buta. Tiada arah tujuan yang spesifik, tiada hotel tertentu yang ditempah bagi tujuan penginapan. Menginaplah kami di mana sahaja hotel pertama yang sedap mata memandang lokasi dan rupa parasnya di mata kami.

Memulakan sesi merayau di sekitar bandar Terengganu

Read the rest of this entry

Advertisements

Cuti-cuti : Golden Palm Tree Resort


Selepas lebih 2 bulan cik isteri bertukar ke tempat kerja baru yang tahap stressnya lebih tinggi…tibalah masa dia dibawa berehat dan bercuti….sekadar untuk merehatkan minda dan hati yang bercelaru.

Puas berfikir…ke mana arah tuju kali ini. Desaru? Melaka? PD? Ya lah…itu sahaja kawasan laut yang terdekat bagi golongan orang-orang seperti kami yang malas untuk memenatkan diri untuk bergerak terlalu jauh dari JB. Akhirnya…destinasi yang menarik hati kali ini ialah resort yang bentuknya seperti pohon kelapa sawit…jauh sedikit menuju ke arah negeri Sayangi Selangor, Yakini BN….ehhh…sorry…terngiang-ngiang pula lagu tu bila kerap sangat terdengar di telinga sejak akhir-akhir ini.

Resort berbentuk kelapa sawit ini lebih indah daripada pokok kelapa sawit itu sendiri

Resort berbentuk kelapa sawit ini lebih indah daripada pokok kelapa sawit itu sendiri

Yuppp…cantik kan? Reka letak chalet atau villa airnya membentuk sepohon pokok kelapa sawit. Ada 8 dahan pokok kesemuanya. Reka bentuknya hampir menyerupai “pulau” kelapa sawit yang terkenal di Dubai tu. Nama resort ini ialah Golden Palm Tree Iconic Resort & SPA. Ada kalanya orang panggil Sepang Gold Coast sahaja memandangkan ianya terletak di Bagan Lalang, Sepang. Difahamkan tidak lama lagi, namanya akan bertukar kepada Aviani Golden Palm Resort & Spa…biasalah…keperluan perniagaan agaknya.

Terdapat beberapa jenis villa yang disediakan bergantung kepada tahap kemampuan kita mengeluarkan belanja dan juga jumlah ahli keluarga yang ingin kita sumbatkan bersama di dalam satu villa. Yang paling kecil bersaiz kira-kira 500 kaki persegi sehinggalah kepada villa (penthouse) 3 bilik tidur bersaiz kira-kira 2 000 kaki persegi, siap dengan jakuzi lagi.

Harga? Dah agak dah mesti nak tahu senarai harganya kan? Pemalas betul…Pergilah laman web resort tu, semuanya ada di sana. Harganya berubah-ubah ikut musim tetapi anggarannya bagi villa paling murah ialah kira-kira RM740 dan yang paling mahal mencecah sehingga RM3.5k semalam. Berikut merupakan contoh anggaran harga bagi setiap villa bagi tempahan hujung minggu.

Anggaran harga semalam di hujung minggu

Anggaran harga semalam di hujung minggu

Read the rest of this entry

Cuti-cuti : Grand Lexis Port Dickson


Cuti…cuti..cuti lagi. Itulah untungnya kita rakyat Malaysia ini…pelbagai agama dan bangsa yang membawa bersamanya pelbagai perayaan (baca sebagai cuti…cuti…cuti). Baru-baru ini, sempena cuti Maulidul Rasul yang disusuli dengan cuti perayaan Thaipusam membolehkan saya dan isteri “berehat” sebentar dari kesibukan dan kegilaan bekerja yang tidak ada penghujungnya.

Kebetulannya cuti Maulidul Rasul itu sama tarikh dengan hari kelahiran si isteri…istimewa sungguh tarikh tersebut. Alhamdulillah…semoga dia terus kekal sebagai seorang isteri solehah yang mampu menenang dan menyenangkan suami dalam mengharungi arus kehidupan. Fikir punya fikir, ke manakah diri mahu di bawa berehat dan seterusnya meraikan hari ulang tahun kelahiran si isteri. Syaratnya ialah lokasi yang tidak terlalu jauh, boleh dikunjungi dengan memandu dan lain daripada yang lain. Cari punya cari…terdetik hati untuk ke mari…yuppp…nampak macam best…Grand Lexis, Port Dickson.

Grand Lexis, Port Dickson

Grand Lexis, Port Dickson (gambar dari website Grand Lexis)

Mengapa ianya menjadi pilihan kali ini? Sekejap ya..nak upload gambar sekejap. Nah…tengok gambar ni dulu.

Private Swimming Pool (dalam bilik)

Private Swimming Pool (dalam bilik) untuk bilik jenis Executive Pool Villa

Kedalaman kolam : 4 kaki

Faham dah mengapa? Yuppp…dalam setiap bilik ada private swimming pool yooooo…!!! Tempat lain, mana nak dapat. Layan video ni dulu.

Read the rest of this entry

Tanjung Piai Resort : Memancing ke Der..??


Aktiviti 2 hari 1 malam berpanas dan bermain embun mengintai ikan buntal di lautan separuh dalam di Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor.

Cerita dan gambar selengkapnya….nantilah akan dimasukkan kemudian. Banyak kerja yang lebih berfaedah perlu diuruskan sekarang ni….

Dua pemancing ikan buntal yang ternama (yang juga semakin buntal) sedang berehat seketika

Jelajah.Pantai.Timur 01 : From Pekasam Gi Budu


Ikuti perjalanan dan catatan pengalaman kami menjelajah pantai Timur. Dari Johor menuju ke Perak dan seterusnya mendaki tanah tinggi Cameron Highlands. Dari Cameron Highlands kami bercadang seterusnya untuk ke Kota Bharu, Kelantan sebelum bergerak ke Terengganu, Pahang dan kembali ke Johor. Perjalanan yang tidak dirancang, tiada tempahan hotel dibuat, tiada agenda khusus, tiada lokasi sasaran yang ditetapkan…kami hanya memandu dan berhenti mengikut rasa, tidur apabila bertemu hotel/resort yang sesuai, menginap sekiranya merasakan badan sudah penat. Jarak perjalanan keseluruhannya ialah 2000km dan mengambil masa selama..selama…ntah tak ingatlah pula berapa hari…adalah dalam 4, 5 hari kot. Maklumlah…dah lama dah cerita ni. Tahun 2010 dulu..cuma hari ini di muat naik ke blog…sebelum ini ianya menginap dengan tenang di dalam naugan Facebook.

Kita ikuti dulu Episod pertama perjalanan Jelajah Pantai Timur ini menerusi Episod 1 yang diberi tajuk From Pekasam gi Budu. Dari Perak menuju ke Kelantan.

Perjalanan bermula dari kampung di Malim Nawar, Perak

Read the rest of this entry

Kelate.D.Hati 01 – Jale2.Masa.Kerja


Rakaman video yang dipaparkan seterusnya ini mengikuti perjalanan saya dan isteri daripada lewat petang di satu hari sehingga ke lewat petang keesokan harinya merentasi beberapa buah negeri untuk sampai ke negeri Che Siti Wan Kembang…Kelantan Darul Naim. Tujuan perjalanan :  bagi menghadiri mesyuarat MAGNETIC – Malaysian Higher Education Teaching and Learning Council. Tapi seperti biasa…walaupun pemergian bagi tujuan rasmi, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak berusaha mencari sedikit masa dan mengambil kesempatan menikmati  keunikan budaya dan kepelbagaian masyarakat di negara sendiri. Kami sempat singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu…walaupun sekadar untuk menikmati sarapan pagi….jadilah daripada tidak sempat untuk ke mana-mana nanti.

Selepas sarapan pagi, kami juga sempat mendaftarkan diri ke Pangkalan Kubor, kawasan membeli dan membelah yang popular di sana. Sebelah petangnya, kami meneruskan aktiviti merayau mencari makanan tradisi yang popular di negeri Che Siti Wan Kembang ini seperti laksa lemak, somtam, nasi kerabu ayam percik dan pelbagai jenis kuih yang manis dan berwarna-warni bagai pelangi.

Kesimpulannya…walaupun penat kerana terpaksa memandu seharian dari Johor Bahru ke Kota Bahru dan tidak menaiki kapalterbang seperti yang diarahkan…ianya berbaloi-baloi kerana dengan memandu kenderaan sendiri…lebih puas kita berguling-guling menikmati keindahan alam dan keunikan negara kita sendiri. Tanggungjawab dan tugas dapat dipenuhi, keperluan emosi dan belaian hati juga dapat dilayani.

Anda juga boleh mengikuti komik realiti bergambar perjalanan dan pengalaman kami semasa menjelajah pantai timur di sini : Jelajah.Pantai.Timur 01 : From Pekasam Gi Budu

Nota kaki kiri :
Video dihasilkan sepenuhnya hanya dengan menggunakan IPhone4. Sebahagian daripada video di dalam ini juga menggunakan teknik Tilt.Shift dan Miniature yang tak berapa menjadi..kerana jururakamnya agak pemalas..hee hee…

Kuching.D.Sarawak 03 : Unimas.D.Hati


Episod akhir video perjalanan dari JB menuju ke Kuching, Sarawak. Tujuan kami ke sini ialah untuk bertemu dengan rakan-rakan sekerja di Unimas. Sesi perbincangan, perkongsian idea dan sumber yang boleh dimanfaatkan bagi kemajuan bersama. Terima kasih kepada rakan-rakan CALM, Unimas atas layanan dan kesudian menerima kami….tetamu dari pagi hingga ke senja….

Anda juga boleh kembali ke Episod 01 : Kuching.D.Sarawak – From.JB.with.Love atau Episod 02 : Kuching.D.Sarawak – Sungai Sarawak

Kuching.D.Sarawak 02 : Sungai Sarawak


Video memaparkan aktiviti merentasi Sungai Sarawak  untuk mencari berlapis-lapis kek lapis sarawak dan juga ikan terubuk masin. Kek lapis Dayang Salhah antara yang menjadi tumpuan, tak tahulah mengapa. Ikut sahajalah apa yang kumpulan majoriti kata. Juga aktiviti makan-makan malam bersama rakan – hidangan istimewa malam ini ialah nasi ayam penyet versi Sarawak.

Anda juga boleh menonton video perjalanan dari JB ke Kuching dalam episod Kuching.D.Sarawak 01 atau menonton video episod Kuching.D.Sarawak 03 untuk mengetahui lebih lanjut kenapa kami ke mari.  Untuk itu, maka lengkaplah aktiviti membuang masa anda untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi ke mari.

Kuching.D.Sarawak 01 : From.JB.with.Love


Video travelogue (kalau boleh dipanggil travelogue) yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan IPhone4 yang membawa perhatian semua kepada satu perjalanan dari Johor Bahru sampai ke Kuching, Sarawak. Apa yang dipandang, apa yang dirasa…semuanya dizahirkan secara visual di sini. Tujuan ke Kuching, Sarawak ialah untuk tujuan kerja tetapi dalam masa yang sama sedikit masa diluangkan untuk siri jalan-jalan cari pasal berjimbaraya di sekitar bandar Kuching. Aktiviti berjimbaraya itu, kita saksikan nanti di Episod 02.

Bersambung ke episod 2 –  Kuching.D.Sarawak 02 : Sungai Sarawak

%d bloggers like this: