Category Archives: Selangor

Cuti-cuti : Golden Palm Tree Resort


Selepas lebih 2 bulan cik isteri bertukar ke tempat kerja baru yang tahap stressnya lebih tinggi…tibalah masa dia dibawa berehat dan bercuti….sekadar untuk merehatkan minda dan hati yang bercelaru.

Puas berfikir…ke mana arah tuju kali ini. Desaru? Melaka? PD? Ya lah…itu sahaja kawasan laut yang terdekat bagi golongan orang-orang seperti kami yang malas untuk memenatkan diri untuk bergerak terlalu jauh dari JB. Akhirnya…destinasi yang menarik hati kali ini ialah resort yang bentuknya seperti pohon kelapa sawit…jauh sedikit menuju ke arah negeri Sayangi Selangor, Yakini BN….ehhh…sorry…terngiang-ngiang pula lagu tu bila kerap sangat terdengar di telinga sejak akhir-akhir ini.

Resort berbentuk kelapa sawit ini lebih indah daripada pokok kelapa sawit itu sendiri

Resort berbentuk kelapa sawit ini lebih indah daripada pokok kelapa sawit itu sendiri

Yuppp…cantik kan? Reka letak chalet atau villa airnya membentuk sepohon pokok kelapa sawit. Ada 8 dahan pokok kesemuanya. Reka bentuknya hampir menyerupai “pulau” kelapa sawit yang terkenal di Dubai tu. Nama resort ini ialah Golden Palm Tree Iconic Resort & SPA. Ada kalanya orang panggil Sepang Gold Coast sahaja memandangkan ianya terletak di Bagan Lalang, Sepang. Difahamkan tidak lama lagi, namanya akan bertukar kepada Aviani Golden Palm Resort & Spa…biasalah…keperluan perniagaan agaknya.

Terdapat beberapa jenis villa yang disediakan bergantung kepada tahap kemampuan kita mengeluarkan belanja dan juga jumlah ahli keluarga yang ingin kita sumbatkan bersama di dalam satu villa. Yang paling kecil bersaiz kira-kira 500 kaki persegi sehinggalah kepada villa (penthouse) 3 bilik tidur bersaiz kira-kira 2 000 kaki persegi, siap dengan jakuzi lagi.

Harga? Dah agak dah mesti nak tahu senarai harganya kan? Pemalas betul…Pergilah laman web resort tu, semuanya ada di sana. Harganya berubah-ubah ikut musim tetapi anggarannya bagi villa paling murah ialah kira-kira RM740 dan yang paling mahal mencecah sehingga RM3.5k semalam. Berikut merupakan contoh anggaran harga bagi setiap villa bagi tempahan hujung minggu.

Anggaran harga semalam di hujung minggu

Anggaran harga semalam di hujung minggu

Read the rest of this entry

%d bloggers like this: