Category Archives: Iceland

Projek Iceland 102


Iceland : The Golden Circle Tour

Reykjavik, yang bermaksud Smoky Bay merupakan ibu negara Iceland dan kira-kira 2/3 populasi Iceland tinggal di sini. Seperti juga negara-negara Eropah yang lain, kita tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini.

Kami ke Reykjavik, pada bulan Mei 2015 iaitu di kala musim panas baru nak bermula (Mei – Ogos). Ini bermakna juga siangnya amat panjang, malamnya pula agak pendek. Subuhnya jam 2.25 am, Maghribnya 10.57pm, dan sekitar jam 4am…matahari sudah mula menerangi alam.

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Memang payah jugalah untuk adjust mata dan hati ni. Ketam confused dibuatnya. Bayangkanlah, jam 10 malam suasana di luar hotel masih terang benderang, budak-budak masih kelihatan bermain bola sepak di padang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. Jam 3am, suasana sudah seakan 7.30am sekiranya di bumi Malaysia. Kiranya lenguhlah juga hati nak menunggu Maghrib dan baru sahaja usai Isyak, baru nak tidur, dah tiba waktu Subuh. Nak tidur semula selepas Subuh rasa bersalah pula sebab dah dibiasakan sejak kecil tak tidur selepas Subuh, tetapi berbeza di sini kerana Subuhnya terlalu awal pagi. Itulah antara kelebihan bermusafir ke negara orang. Kita berpeluang untuk melihat dan merasa lebih dekat lagi dengan kekuasaan yang Maha Esa, yang mungkin tiada atau berbeza di tempat sendiri.

Matawang rasmi Iceland ialah Iceland Krona. 100 Iceland Krona atau ISK bersamaan RM2.70. Matawang Euro juga boleh digunakan di beberapa kedai yang masih sudi menerima, tetapi wang bakinya sekiranya ada dipulangkan dengan duit ISK.

Tak banyak pokok di sini menyebabkan kebanyakan kawasan agak berangin tambahan pula cuaca memang sejuk, antara 3 hingga 7 darjah celcius pada musim panas dan mencecah negatif pada musim sejuk. Memandangkan Iceland ialah sebuah negara yang begitu sifatnya, ia menawarkan banyak pakej percutian yang menarik untuk pengunjung. Antaranya ialah yang berkaitan:

  • Aktiviti melihat ikan paus
  • Aktiviti melihat isi perut gunung berapi
  • Aktiviti mengunjungi taman negara
  • Aktiviti yang melibatkan salji, lagun dan glacier
  • Aktviti yang melibatkan air terjun dan pantai
  • Aktiviti mandi-manda air panas geothermal
  • Aktiviti lasak seperti berkayak, menunggang ATV, pacuan 4 roda dan sebagainya

Bagi kita-kita yang tak reti mencari jalan, memandu sendiri ni, jangan risau. Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sesuai mengikut citarasa masing-masing. Antara pakej yang popular ialah :

  • The Golden Circle
  • South Shore Adventure
  • The Wonders of Snaefellsnes
  • The Blue Lagoon Tour
Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Read the rest of this entry

Projek Iceland 101


Dari Malaysia Kita Terbang ke Bumi Iceland….Iceland Yoooo….

Perjalanan dimulakan pada hari Selasa 19 Mei 2015, penerbangan dari Johor Bahru pada jam 4.45pm menuju ke Kuala Lumpur. Seterusnya pada jam 11.25pm kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Istanbul menggunakan perkhidmatan MAS tetapi diuruskan oleh Turkish Airline.Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa kira-kira 11 jam. Kami selamat tiba di Istanbul pada jam 5.25am waktu tempatan.

Di Istanbul, kami menunggu selama lebih kurang 3 jam sebelum penerbangan seterusnya. Masa yang selesa dan mencukupi untuk kami mengambil baggage, melalui pemeriksaan kastam, dan bersedia untuk penerbangan seterusnya. Memandangkan penerbangan seterusnya juga kelak akan menggunakan Turkish Airline, maka boarding pass telah sedia diambil terus semasa berada di KLIA lagi.

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan seterusnya dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Semasa menguruskan pembelian tiket untuk semua penerbangan untuk projek jalan-jalan cari pasal kali ini, memang sengaja kami cari waktu layover yang begitu tempoh masanya. Lebih dari 3 jam, tetapi kurang dari 6 jam. Walaupun ada pilihan penerbangan yang waktu layovernya lebih pendek (1 atau 2 jam), tetapi pada pandangan saya, ianya cukup merbahaya. Ya..memang selesa, tidak membuang masa dan tidak perlu menunggu lama tetapi oleh kerana saya berhasrat untuk mengambil baggage kami secara manual untuk dipindahkan ke penerbangan seterusnya, masa 1 atau 2 jam itu dirasakan terlalu suntuk. Selain itu, masalah yang timbul akibat kemungkinan penerbangan yang mungkin lewat sampai juga dapat ditangani sama.

Apa yang dibuat semasa transit atau layover 3 jam di Istanbul boleh dibaca di sini; XXXXX

Mengapa kami tidak mengambil jalan mudah iaitu membenarkan baggage dipindahkan secara automatik atau secara terus oleh pihak airline (memandangkan kami menggunakan penerbangan dari airline yang sama untuk penerbangan seterusnya)….boleh di baca di sini. Kes dah banyak kali terkena, baggage lewat sampai, baggage sesat, jadi kali ini malas nak tanggung risiko lagi. Ini memandangkan kami akan banyak bergerak dan menyulitkan sekiranya terpaksa menunggu baggage yang tidak kunjung tiba nantinya.

Read the rest of this entry

%d bloggers like this: