Blog Archives

Europe.de.Mana 08a1 : Kota London 1


London oh London. Mengelilingi kota London sambil diberi penerangan mengenai sejarah dan kepentingan sesebuah bangunan yang ada, lokasi-lokasi bersejarah dan utama untuk rakyat London.  Sempat juga singgah sebentar menghayati keunikan bangunan-bangunan utama di kota London seperti Westminster Abbey, House of Parliaments dan banyak lagi. Penatnya mengambil kelas Sejarah di sini. Apa-apa pun..London sememangnya klasik dan unik.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 8a2 : Kota London 2

Advertisements

Europe.de.Mana 07 : Amsterdam – Belgium – London


Dari Amsterdam kita bergerak meneruskan perjalanan menuju ke Brussels, Belgium. Di Brussels kita melihat keunikan beberapa monomen popular di Belgium seperti Atomium, Manneken Pis dan juga menghayati keindahan struktur bangunan lama yang terkenal di sana yang dikenali sebagai The Grand Place. Selesai di Brussels, kita bertolak ke London menggunakan perkhidmatan keretapi laju (Eurostar).

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 08a : Kota London

Europe.de.Mana 06c : Amsterdam (Windmill@Zaanse Schans, Volendam)


Seterusnya, kita ke perkampungan windmill (kincir angin) yang dikenali sebagai Zaanse Schans, Volendam. Cantik tempatnya….tenang sifatnya.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 07 : Amsterdam – Belgium – London

Europe.de.Mana 06b : Bandar Amsterdam


Cuti-cuti dan jalan-jalan di Amsterdam..segalanya ada di sini. Hati-hati dengan Red Light District ya. Apa dia tu…? Google sendiri, pasti banyak maklumat mengenainya. Sesuatu yang halal dan menjadi sesuatu kebiasaan di sini tetapi bukan untuk kita pastinya. Kita juga akan pergi melawat kilang batu permata (berlian) dan melihat bagaimana ianya dihasilkan sebelum akhirnya kita merehatkan minda dengan menaiki Canal Cruises menyusuri terusan de sepanjang bandar Amsterdam.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 06c : Amsterdam (Windmill)

Europe.de.Mana 06a : Paris Menuju Amsterdam


Paris dikatakan kota cinta romantik. Selepas penat beromantika di kota Paris, mari kita meneruskan perjalanan cuti-cuti dan shopping-shopping ke bandaraya Amsterdam, Holland pula. Negara yang mengingatkan kita kepada iklan susu Dutch Lady…susu cap junjung. hee hee hee. negara yang penuh dengan kincir angin atau windmill dan macam-macam lagilah. Yezzzaaa….

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 06b : Bandar Amsterdam

%d bloggers like this: