Blog Archives

Projek Iceland 102


Iceland : The Golden Circle Tour

Reykjavik, yang bermaksud Smoky Bay merupakan ibu negara Iceland dan kira-kira 2/3 populasi Iceland tinggal di sini. Seperti juga negara-negara Eropah yang lain, kita tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini.

Kami ke Reykjavik, pada bulan Mei 2015 iaitu di kala musim panas baru nak bermula (Mei – Ogos). Ini bermakna juga siangnya amat panjang, malamnya pula agak pendek. Subuhnya jam 2.25 am, Maghribnya 10.57pm, dan sekitar jam 4am…matahari sudah mula menerangi alam.

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Memang payah jugalah untuk adjust mata dan hati ni. Ketam confused dibuatnya. Bayangkanlah, jam 10 malam suasana di luar hotel masih terang benderang, budak-budak masih kelihatan bermain bola sepak di padang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. Jam 3am, suasana sudah seakan 7.30am sekiranya di bumi Malaysia. Kiranya lenguhlah juga hati nak menunggu Maghrib dan baru sahaja usai Isyak, baru nak tidur, dah tiba waktu Subuh. Nak tidur semula selepas Subuh rasa bersalah pula sebab dah dibiasakan sejak kecil tak tidur selepas Subuh, tetapi berbeza di sini kerana Subuhnya terlalu awal pagi. Itulah antara kelebihan bermusafir ke negara orang. Kita berpeluang untuk melihat dan merasa lebih dekat lagi dengan kekuasaan yang Maha Esa, yang mungkin tiada atau berbeza di tempat sendiri.

Matawang rasmi Iceland ialah Iceland Krona. 100 Iceland Krona atau ISK bersamaan RM2.70. Matawang Euro juga boleh digunakan di beberapa kedai yang masih sudi menerima, tetapi wang bakinya sekiranya ada dipulangkan dengan duit ISK.

Tak banyak pokok di sini menyebabkan kebanyakan kawasan agak berangin tambahan pula cuaca memang sejuk, antara 3 hingga 7 darjah celcius pada musim panas dan mencecah negatif pada musim sejuk. Memandangkan Iceland ialah sebuah negara yang begitu sifatnya, ia menawarkan banyak pakej percutian yang menarik untuk pengunjung. Antaranya ialah yang berkaitan:

  • Aktiviti melihat ikan paus
  • Aktiviti melihat isi perut gunung berapi
  • Aktiviti mengunjungi taman negara
  • Aktiviti yang melibatkan salji, lagun dan glacier
  • Aktviti yang melibatkan air terjun dan pantai
  • Aktiviti mandi-manda air panas geothermal
  • Aktiviti lasak seperti berkayak, menunggang ATV, pacuan 4 roda dan sebagainya

Bagi kita-kita yang tak reti mencari jalan, memandu sendiri ni, jangan risau. Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sesuai mengikut citarasa masing-masing. Antara pakej yang popular ialah :

  • The Golden Circle
  • South Shore Adventure
  • The Wonders of Snaefellsnes
  • The Blue Lagoon Tour
Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Read the rest of this entry

Advertisements

Cuti-cuti : Grand Lexis Port Dickson


Cuti…cuti..cuti lagi. Itulah untungnya kita rakyat Malaysia ini…pelbagai agama dan bangsa yang membawa bersamanya pelbagai perayaan (baca sebagai cuti…cuti…cuti). Baru-baru ini, sempena cuti Maulidul Rasul yang disusuli dengan cuti perayaan Thaipusam membolehkan saya dan isteri “berehat” sebentar dari kesibukan dan kegilaan bekerja yang tidak ada penghujungnya.

Kebetulannya cuti Maulidul Rasul itu sama tarikh dengan hari kelahiran si isteri…istimewa sungguh tarikh tersebut. Alhamdulillah…semoga dia terus kekal sebagai seorang isteri solehah yang mampu menenang dan menyenangkan suami dalam mengharungi arus kehidupan. Fikir punya fikir, ke manakah diri mahu di bawa berehat dan seterusnya meraikan hari ulang tahun kelahiran si isteri. Syaratnya ialah lokasi yang tidak terlalu jauh, boleh dikunjungi dengan memandu dan lain daripada yang lain. Cari punya cari…terdetik hati untuk ke mari…yuppp…nampak macam best…Grand Lexis, Port Dickson.

Grand Lexis, Port Dickson

Grand Lexis, Port Dickson (gambar dari website Grand Lexis)

Mengapa ianya menjadi pilihan kali ini? Sekejap ya..nak upload gambar sekejap. Nah…tengok gambar ni dulu.

Private Swimming Pool (dalam bilik)

Private Swimming Pool (dalam bilik) untuk bilik jenis Executive Pool Villa

Kedalaman kolam : 4 kaki

Faham dah mengapa? Yuppp…dalam setiap bilik ada private swimming pool yooooo…!!! Tempat lain, mana nak dapat. Layan video ni dulu.

Read the rest of this entry

Tanjung Piai Resort : Memancing ke Der..??


Aktiviti 2 hari 1 malam berpanas dan bermain embun mengintai ikan buntal di lautan separuh dalam di Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor.

Cerita dan gambar selengkapnya….nantilah akan dimasukkan kemudian. Banyak kerja yang lebih berfaedah perlu diuruskan sekarang ni….

Dua pemancing ikan buntal yang ternama (yang juga semakin buntal) sedang berehat seketika

Jelajah.Pantai.Timur 01 : From Pekasam Gi Budu


Ikuti perjalanan dan catatan pengalaman kami menjelajah pantai Timur. Dari Johor menuju ke Perak dan seterusnya mendaki tanah tinggi Cameron Highlands. Dari Cameron Highlands kami bercadang seterusnya untuk ke Kota Bharu, Kelantan sebelum bergerak ke Terengganu, Pahang dan kembali ke Johor. Perjalanan yang tidak dirancang, tiada tempahan hotel dibuat, tiada agenda khusus, tiada lokasi sasaran yang ditetapkan…kami hanya memandu dan berhenti mengikut rasa, tidur apabila bertemu hotel/resort yang sesuai, menginap sekiranya merasakan badan sudah penat. Jarak perjalanan keseluruhannya ialah 2000km dan mengambil masa selama..selama…ntah tak ingatlah pula berapa hari…adalah dalam 4, 5 hari kot. Maklumlah…dah lama dah cerita ni. Tahun 2010 dulu..cuma hari ini di muat naik ke blog…sebelum ini ianya menginap dengan tenang di dalam naugan Facebook.

Kita ikuti dulu Episod pertama perjalanan Jelajah Pantai Timur ini menerusi Episod 1 yang diberi tajuk From Pekasam gi Budu. Dari Perak menuju ke Kelantan.

Perjalanan bermula dari kampung di Malim Nawar, Perak

Read the rest of this entry

Ong Bak di Bangkok 01 : Sungai Chao Phraya


Tarikh : 26 – 28 Julai 2011. Saya berkesempatan mengikuti rakan-rakan sekerja untuk ke Bangkok, Thailand.  Tujuan pemergian ialah untuk melihat potensi menjalinkan kerjasama dengan dua buah universiti terkemuka di Thailand. Tetapi itu agenda untuk hari kedua. Agenda hari pertamanya…sebaik sahaja mendarat, kami terus berusaha membentuk Ong Bak di Bangkok. Kami berkesempatan dan juga berusaha mengambil kesempatan untuk berkejar-kejaran di sekitar Bangkok. Di mulakan dengan aktiviti bersepai-sepai di Restoran Al-Hilal sebelum meneruskan ombakan ke Galeri Madu Thailand (SK Honey Bee), jalan-jalan di sekitar Bangkok, dan seterusnya ke River City untuk memulakan aktiviti menyusuri Sungai Chao Phraya dengan menaiki bot.

Di sepanjang Sungai Chao Phraya kami juga berkesempatan melihat rumah-rumah terapung, pelbagai bentuk rumah ibadat Buddha (wat), memberi makan ikan patin yang menyewa kediaman di sekitar wat tersebut (kalaulah dapat ditangkap, memang confirm boleh dimasak gulai tempoyak). Seterusnya, kami ke MBK Plaza, salah sebuah gedung membeli-belah yang terkemuka di Bangkok sebelum sekali lagi melakukan aktiviti bersepai di restoran Mak Yah. Hampir jam 10 malam..barulah kami melabuhkan tirai ombakan dan menuju ke hotel untuk mencari katil dan bilik air untuk bersiram…bau badan sudah aseeemmmm….

Anda juga boleh mengikuti Episod 2 Ong Bak di Bangkok di sini.

Europe.de.Mana 09 : London – Kuala Lumpur


Penutup kepada siri jelajah Eropah. Setelah meluangkan masa selama 13 hari 11 malam ke German, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium dan England. Dari London kami terbang balik ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Eropah. Walaupun indah di mata ianya cuma buat seketika. Malaysia jugalah yang bertakhta di hati untuk dahulu,kini dan insyallah selamanya. Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat jarang kita jatuh….

Kembali ke Europe.de.Mana 01 : Persediaan awal

Europe.de.Mana 8b : Shopping@London


London oh London. Penatnya menjadi seorang lelaki apabila seorang wanita bergelar isteri sibuk dengan aktiviti shopping di sana. Hari ini…kita jalan-jalan ke Oxford Street dan Bicester Village…antara contoh lokasi popular untuk aktiviti membeli belah di Kota London. Oxford Street untuk sesi membeli-belah secara kuak lentang berirama manakala Bicester Village pula…sesi pandang-pandang, jeling-jeling , fikir-fikir kalau berkenan barulah diakhiri dengan pembelian. Barangan berjenama dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran biasa. Kalau di Malaysia…Johor khususnya kita ada sebuah gedung yang mengamalkan konsep yang serupa…JPO – Johor Premium Outlet.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 09 : London – Kuala Lumpur

Europe.de.Mana 08a2 : Kota London 2


Tepat jam 11 pagi, kami bergegas ke arah Buckingham Palace…istana yang popular di London, England. Tujuannya ialah untuk menyaksikan upacara atau istiadat pertukaran pengawal diraja. Mengapa..?? Dah sampai…tengok sahajalah. Sekurang-kurangnya ada pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Seterusnya kami makan tengahhari di salah sebuah restoran Melayu yang ada di Kota London..Retoran Delima namanya sebelum meneruskan siri jalan-jalan di Kota London.  Destinasi seterusnya ialah London Bridge dan Tower of London. Alamak..bateri IPhone untuk rakaman video ni dah keringlah pulak….tengok sahajalah apa yang sempat dirakamkan ni ya.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 08b : Shopping@London

Europe.de.Mana 08a1 : Kota London 1


London oh London. Mengelilingi kota London sambil diberi penerangan mengenai sejarah dan kepentingan sesebuah bangunan yang ada, lokasi-lokasi bersejarah dan utama untuk rakyat London.  Sempat juga singgah sebentar menghayati keunikan bangunan-bangunan utama di kota London seperti Westminster Abbey, House of Parliaments dan banyak lagi. Penatnya mengambil kelas Sejarah di sini. Apa-apa pun..London sememangnya klasik dan unik.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 8a2 : Kota London 2

Europe.de.Mana 07 : Amsterdam – Belgium – London


Dari Amsterdam kita bergerak meneruskan perjalanan menuju ke Brussels, Belgium. Di Brussels kita melihat keunikan beberapa monomen popular di Belgium seperti Atomium, Manneken Pis dan juga menghayati keindahan struktur bangunan lama yang terkenal di sana yang dikenali sebagai The Grand Place. Selesai di Brussels, kita bertolak ke London menggunakan perkhidmatan keretapi laju (Eurostar).

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 08a : Kota London

%d bloggers like this: