Blog Archives

Projek Venice 102


Jalan-jalan, Sesat larat di Venice Satu Nikmat…

Venice atau lebih dikenali dengan nama Venezia dalam kalangan orang tempatan merupakan sebuah bandar yang terletak di timur laut Italy. Ianya terdiri daripada lebih daripada 100 buah pulau kecil yang dipisahkan oleh terusan dan dihubungkan dengan jambatan.

Apa yang menariknya di Venice ?

Ntahlah. Bila merancang pertama kalinya untuk singgah di Venice, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah permandangannya yang indah. Terusan kecil dan gondola terutamanya dan semua ini pengaruh dari rancangan TV dan filem yang ditonton. The Tourist (2010) lakonan Johnny Depp dan Angelina Jolie adalah antara yang memaparkan keindahan kota Venice sebagai lokasi utama penggambaran.

Bila dah sampai di Venice? Hmmm…macam mana nak cakap ni ya. Rasanya macam biasa sahaja. Mungkin kerana saya sudah hilang deria rasa untuk berpoya-poya agaknya haa haa. Apa yang saya lihat ada di Venice sebenarnya ialah beribu-ribu buah kedai yang menjual pelbagai barangan. Seolah-olah ianya sebuah gedung membeli-belah yang besar diletakkan di sebuah pulau yang dipisahkan oleh lorong-lorong kecil yang mengelirukan (tetapi amat menyeronokkan untuk diterokai).Yuppp…memang seronok untuk diterokai menurut isteri saya sekiranya beliau dijadikan pusat rujukan yang kelihatannya seperti lipas kudung bila berada di Venice. Sekelip mata dia boleh hilang dalam deretan kedai-kedai yang ada. Huhh…

Venice kota cinta, bandar romantik ? Ntahlah. Apa yang romantiknya dengan hanya menaiki gondola yang dikendalikan oleh seorang lelaki berbaju belang-belang? Gondola tu pada saya umpama sampan kita di Malaysia sahaja ibaratnya…cuma ianya lebih panjang dan lebih selesa apabila disediakan tempat duduk berkusyen dan dihiasi indah.

Gondola yang setia menanti penumpang

Gondola yang setia menanti penumpang

OKlah…Sorry. Tak mahu menjejaskan selera orang lain. Jom kita lihat apa yang menariknya ada di Venice ni ya. Apa yang sempat kami lihat dan rasa sepanjang beberapa hari di bumi Venice yang boleh kata kebetulannya sentiasa gerimis dan mendung dilitupi awan pada waktu tersebut.

Bukan romantik tetapi kebetulannya memang asyik hujan memanjang semasa kami berada di Venice ini

Bukan romantik tetapi kebetulannya memang asyik hujan memanjang semasa kami berada di Venice ini

Read the rest of this entry

Projek Venice 101


Venice…..Jom kita ke Venice..!!!

Dari Reykjavik, Iceland, kami terbang menggunakan Iceland Air ke Copenhagen, Denmark (masa perjalanan, 3 jam); transit untuk kira-kira 4 jam sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Marco Polo, Venice, Italy menggunakan Scandinavian Airlines (masa perjalanan, 2 jam). Italy, seperti mana Iceland dan negara-negara Eropah yang lain, tidak memerlukan Visa untuk pelancong dari Malaysia. Matawangnya pula, semestinya – Euro.

Venice….yuppp, dari berzaman dahulu saya sering terbayangkan betapa uniknya Venice dengan konsep bandar dan terusan airnya dan sudah pasti lelaki berbaju belang yang mengayuh gondola. Ada kalanya terfikir juga tentang pizza, spaghetti dan mafia Italy.

Gondola : Trademark Venice sejak sekian lama

Gondola : Trademark Venice sejak sekian lama

Dan tidak disangka, dengan izinNya dapat juga dijejakkan kaki ini di bumi Venice. Tetapi…apa lagi yang ada di Venice? Mengapa kami memilih Venice untuk trip seterusnya apabila meninggalkan bumi Iceland ? Satu soalan yang tiada jawapan yang pasti. Sebenarnya…panjang ceritanya, tapi takkan semua nak cerita di sini kan…so dipendekkan cerita, akhirnya kami menetapkan untuk berada di Venice selama 4 hari 3 malam.

Read the rest of this entry

Projek Iceland 102


Iceland : The Golden Circle Tour

Reykjavik, yang bermaksud Smoky Bay merupakan ibu negara Iceland dan kira-kira 2/3 populasi Iceland tinggal di sini. Seperti juga negara-negara Eropah yang lain, kita tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini.

Kami ke Reykjavik, pada bulan Mei 2015 iaitu di kala musim panas baru nak bermula (Mei – Ogos). Ini bermakna juga siangnya amat panjang, malamnya pula agak pendek. Subuhnya jam 2.25 am, Maghribnya 10.57pm, dan sekitar jam 4am…matahari sudah mula menerangi alam.

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Waktu Solat di bumi Reykjavik pada 20 Mei 2015

Memang payah jugalah untuk adjust mata dan hati ni. Ketam confused dibuatnya. Bayangkanlah, jam 10 malam suasana di luar hotel masih terang benderang, budak-budak masih kelihatan bermain bola sepak di padang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. Jam 3am, suasana sudah seakan 7.30am sekiranya di bumi Malaysia. Kiranya lenguhlah juga hati nak menunggu Maghrib dan baru sahaja usai Isyak, baru nak tidur, dah tiba waktu Subuh. Nak tidur semula selepas Subuh rasa bersalah pula sebab dah dibiasakan sejak kecil tak tidur selepas Subuh, tetapi berbeza di sini kerana Subuhnya terlalu awal pagi. Itulah antara kelebihan bermusafir ke negara orang. Kita berpeluang untuk melihat dan merasa lebih dekat lagi dengan kekuasaan yang Maha Esa, yang mungkin tiada atau berbeza di tempat sendiri.

Matawang rasmi Iceland ialah Iceland Krona. 100 Iceland Krona atau ISK bersamaan RM2.70. Matawang Euro juga boleh digunakan di beberapa kedai yang masih sudi menerima, tetapi wang bakinya sekiranya ada dipulangkan dengan duit ISK.

Tak banyak pokok di sini menyebabkan kebanyakan kawasan agak berangin tambahan pula cuaca memang sejuk, antara 3 hingga 7 darjah celcius pada musim panas dan mencecah negatif pada musim sejuk. Memandangkan Iceland ialah sebuah negara yang begitu sifatnya, ia menawarkan banyak pakej percutian yang menarik untuk pengunjung. Antaranya ialah yang berkaitan:

  • Aktiviti melihat ikan paus
  • Aktiviti melihat isi perut gunung berapi
  • Aktiviti mengunjungi taman negara
  • Aktiviti yang melibatkan salji, lagun dan glacier
  • Aktviti yang melibatkan air terjun dan pantai
  • Aktiviti mandi-manda air panas geothermal
  • Aktiviti lasak seperti berkayak, menunggang ATV, pacuan 4 roda dan sebagainya

Bagi kita-kita yang tak reti mencari jalan, memandu sendiri ni, jangan risau. Ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sesuai mengikut citarasa masing-masing. Antara pakej yang popular ialah :

  • The Golden Circle
  • South Shore Adventure
  • The Wonders of Snaefellsnes
  • The Blue Lagoon Tour
Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Terdapat berpuluh-puluh jenis pakej yang boleh dipilih

Read the rest of this entry

Projek Iceland 101


Dari Malaysia Kita Terbang ke Bumi Iceland….Iceland Yoooo….

Perjalanan dimulakan pada hari Selasa 19 Mei 2015, penerbangan dari Johor Bahru pada jam 4.45pm menuju ke Kuala Lumpur. Seterusnya pada jam 11.25pm kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Istanbul menggunakan perkhidmatan MAS tetapi diuruskan oleh Turkish Airline.Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa kira-kira 11 jam. Kami selamat tiba di Istanbul pada jam 5.25am waktu tempatan.

Di Istanbul, kami menunggu selama lebih kurang 3 jam sebelum penerbangan seterusnya. Masa yang selesa dan mencukupi untuk kami mengambil baggage, melalui pemeriksaan kastam, dan bersedia untuk penerbangan seterusnya. Memandangkan penerbangan seterusnya juga kelak akan menggunakan Turkish Airline, maka boarding pass telah sedia diambil terus semasa berada di KLIA lagi.

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan seterusnya dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Semasa menguruskan pembelian tiket untuk semua penerbangan untuk projek jalan-jalan cari pasal kali ini, memang sengaja kami cari waktu layover yang begitu tempoh masanya. Lebih dari 3 jam, tetapi kurang dari 6 jam. Walaupun ada pilihan penerbangan yang waktu layovernya lebih pendek (1 atau 2 jam), tetapi pada pandangan saya, ianya cukup merbahaya. Ya..memang selesa, tidak membuang masa dan tidak perlu menunggu lama tetapi oleh kerana saya berhasrat untuk mengambil baggage kami secara manual untuk dipindahkan ke penerbangan seterusnya, masa 1 atau 2 jam itu dirasakan terlalu suntuk. Selain itu, masalah yang timbul akibat kemungkinan penerbangan yang mungkin lewat sampai juga dapat ditangani sama.

Apa yang dibuat semasa transit atau layover 3 jam di Istanbul boleh dibaca di sini; XXXXX

Mengapa kami tidak mengambil jalan mudah iaitu membenarkan baggage dipindahkan secara automatik atau secara terus oleh pihak airline (memandangkan kami menggunakan penerbangan dari airline yang sama untuk penerbangan seterusnya)….boleh di baca di sini. Kes dah banyak kali terkena, baggage lewat sampai, baggage sesat, jadi kali ini malas nak tanggung risiko lagi. Ini memandangkan kami akan banyak bergerak dan menyulitkan sekiranya terpaksa menunggu baggage yang tidak kunjung tiba nantinya.

Read the rest of this entry

%d bloggers like this: