Blog Archives

Travelogue Video : Korea-Saigon


Berikut merupakan koleksi 5 episod video travelogue di sepanjang sesi jalan-jalan cari pasal kami ke Vietnam dan juga Korea pada bulan April 2012 yang lalu.

Episod 1
Saigon  Central Mosque & Vietnamese Water Puppet Show

Video perjalanan dari KL ke Saigon, Vietnam. Berhenti seketika (selama 8 jam) sebelum bertolak ke Seoul, Korea. Sempat meluangkan masa seketika melawat kawasan sekitaran bandar Saigon atau Ho Chi Minh City termasuk Saigon Central Mosque dan menonton pertunjukan patung air yang popular iaitu Vietnamese Water Puppet Show.

Read the rest of this entry

Advertisements

Ini Masjid Boleh Off Handphone Tak ?


Lokasi – Sebuah masjid di Daerah Perak Tengah
Masa – 12.50pm…satu hari Jumaat di minggu akhir Ramadhan (Beberapa ketika sebelum masuknya waktu untuk solat Jumaat)
Watak utama – Seorang pak haji lewat 60-an (mungkin AJK Masjid) dan saya…seorang pemuda awal 40-an dengan IPhone 4s barunya yang sungguh oohsemmmmm..

Pak Haji – Off handphone, off handphone (sambil memegang bahu saya dengan agak kuat).

Saya – Hah ? (Agak terkejut dan terpinga-pinga kerana disergah begitu).

Pak Haji – Off handphone tu saya kata. Dalam masjid ni. Cuba hormat sikit rumah Allah. Inilah perangai orang-orang muda yang aku tak berapa berkenan. 24 jam dgn handphone…sampai dalam masjid pun….

Saya – Oooo…maafkan saya Haji…tapi saya baca Quran ni..bukannya….

Pak Haji – (terus memotong kata)…jangan ingat aku dah tua…nyanyuk sampai tak kenal handphone dgn Quran…(dan terus memberi khutbah pra-Jumaatnya).

Saya – Maafkan saya Haji. Saya off sekarang (malas nak melawan dan sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua..

Al-Quran – Konvensional & Digital berpisah tiada

Moral of the story 1 – Bacalah Al-Quran dalam bentuk bercetak…konvensional sekiranya anda berada di dalam masjid kerana ianya lebih afdal dan dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya salah-faham, buruk sangka dan fitnah…

Moral of the story 2 – Saya masih tergolong dalam golongan orang-orang muda…hee hee…ohhhsemmmm..

Moral of the story 3 – Sama-samalah kita fikirkan apa yang tersirat di sebalik setiap apa yang tersurat ya….

%d bloggers like this: