Blog Archives

Jelajah.Pantai.Timur 01 : From Pekasam Gi Budu


Ikuti perjalanan dan catatan pengalaman kami menjelajah pantai Timur. Dari Johor menuju ke Perak dan seterusnya mendaki tanah tinggi Cameron Highlands. Dari Cameron Highlands kami bercadang seterusnya untuk ke Kota Bharu, Kelantan sebelum bergerak ke Terengganu, Pahang dan kembali ke Johor. Perjalanan yang tidak dirancang, tiada tempahan hotel dibuat, tiada agenda khusus, tiada lokasi sasaran yang ditetapkan…kami hanya memandu dan berhenti mengikut rasa, tidur apabila bertemu hotel/resort yang sesuai, menginap sekiranya merasakan badan sudah penat. Jarak perjalanan keseluruhannya ialah 2000km dan mengambil masa selama..selama…ntah tak ingatlah pula berapa hari…adalah dalam 4, 5 hari kot. Maklumlah…dah lama dah cerita ni. Tahun 2010 dulu..cuma hari ini di muat naik ke blog…sebelum ini ianya menginap dengan tenang di dalam naugan Facebook.

Kita ikuti dulu Episod pertama perjalanan Jelajah Pantai Timur ini menerusi Episod 1 yang diberi tajuk From Pekasam gi Budu. Dari Perak menuju ke Kelantan.

Perjalanan bermula dari kampung di Malim Nawar, Perak

Read the rest of this entry

Kelate.D.Hati 01 – Jale2.Masa.Kerja


Rakaman video yang dipaparkan seterusnya ini mengikuti perjalanan saya dan isteri daripada lewat petang di satu hari sehingga ke lewat petang keesokan harinya merentasi beberapa buah negeri untuk sampai ke negeri Che Siti Wan Kembang…Kelantan Darul Naim. Tujuan perjalanan :  bagi menghadiri mesyuarat MAGNETIC – Malaysian Higher Education Teaching and Learning Council. Tapi seperti biasa…walaupun pemergian bagi tujuan rasmi, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak berusaha mencari sedikit masa dan mengambil kesempatan menikmati  keunikan budaya dan kepelbagaian masyarakat di negara sendiri. Kami sempat singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu…walaupun sekadar untuk menikmati sarapan pagi….jadilah daripada tidak sempat untuk ke mana-mana nanti.

Selepas sarapan pagi, kami juga sempat mendaftarkan diri ke Pangkalan Kubor, kawasan membeli dan membelah yang popular di sana. Sebelah petangnya, kami meneruskan aktiviti merayau mencari makanan tradisi yang popular di negeri Che Siti Wan Kembang ini seperti laksa lemak, somtam, nasi kerabu ayam percik dan pelbagai jenis kuih yang manis dan berwarna-warni bagai pelangi.

Kesimpulannya…walaupun penat kerana terpaksa memandu seharian dari Johor Bahru ke Kota Bahru dan tidak menaiki kapalterbang seperti yang diarahkan…ianya berbaloi-baloi kerana dengan memandu kenderaan sendiri…lebih puas kita berguling-guling menikmati keindahan alam dan keunikan negara kita sendiri. Tanggungjawab dan tugas dapat dipenuhi, keperluan emosi dan belaian hati juga dapat dilayani.

Anda juga boleh mengikuti komik realiti bergambar perjalanan dan pengalaman kami semasa menjelajah pantai timur di sini : Jelajah.Pantai.Timur 01 : From Pekasam Gi Budu

Nota kaki kiri :
Video dihasilkan sepenuhnya hanya dengan menggunakan IPhone4. Sebahagian daripada video di dalam ini juga menggunakan teknik Tilt.Shift dan Miniature yang tak berapa menjadi..kerana jururakamnya agak pemalas..hee hee…

%d bloggers like this: