Blog Archives

Travelogue Video : Korea-Saigon


Berikut merupakan koleksi 5 episod video travelogue di sepanjang sesi jalan-jalan cari pasal kami ke Vietnam dan juga Korea pada bulan April 2012 yang lalu.

Episod 1
Saigon  Central Mosque & Vietnamese Water Puppet Show

Video perjalanan dari KL ke Saigon, Vietnam. Berhenti seketika (selama 8 jam) sebelum bertolak ke Seoul, Korea. Sempat meluangkan masa seketika melawat kawasan sekitaran bandar Saigon atau Ho Chi Minh City termasuk Saigon Central Mosque dan menonton pertunjukan patung air yang popular iaitu Vietnamese Water Puppet Show.

Read the rest of this entry

Advertisements

Spring Sonata 7 – Korea : Membelah Poket di Nandaemun Market


Sedutan daripada episod lalu : Spring Sonata 6 – Korea : Gyeongbokgung Palace.

Setelah puas menghayati dan menghargai sejarah dan budaya di Gyeongbokgung Palace….masa untuk BERTUKAR..!!! Masa untuk membeli-belah sekali lagi. Kali ini kami akan ke Nandaemun market pula.

Membeli dan Membelah Poket di Nandaemun Market

Namdaemun Market merupakan salah sebuah pasar tradisional yang paling lama dan paling besar terletak di Seoul. Ianya terletak di Namdaemun atau “Great South Gate” iaitu pagar atau gate utama untuk memasuki bandar asal dari sebelah selatan.  Terdapat 8 pintu/pagar yang boleh digunakan untuk memasuki Namdaemun. Disebabkan saiz pasar ini yang besar, anda boleh meluangkan masa sehari-suntuk di sini dengan aktiviti membelah poket yang ada.

Read the rest of this entry

Spring Sonata 6 – Korea : Gyeongbokgung Palace


Hari ini merupakan hari ketiga kami di Korea. Sebelah paginya selepas sarapan pagi di bilik hotel masing-masing, kami terus mendaftar keluar dari hotel dan bergerak untuk aktiviti hari ketiga di Korea. Malamnya nanti kami akan mendaftar masuk ke hotel yang lebih hampir dengan airport kerana tiket penerbangan ke destinasi jalan-jalan cuci mata dan jiwa yang seterusnya (iaitu Vietnam) ialah pada jam 10 pagi keesokan harinya. Untuk mengelakkan kesesesakan lalu lintas dan juga memberi keselesaan agar tidak perlu kami bangun terlalu awal di waktu pagi, menginap di hotel yang lebih hampir dengan airport sememangnya satu pilihan yang lebih bijak. Kami mesti pilih….

Kalau petang semalamnya kami berguling-guling dengan aktiviti mengoyakkan poket masing-masing di Dongdaemun (Spring Sonata 5 – Korea : Membeli dan Membelah di Dongdaemun), pagi ini aktiviti pemanas badan dimulakan dengan melawat beberapa lokasi yang mempunyai daya tarikan pelancongan di Seoul.  Kami mulakan dengan Amethyst Centre, sebuah pusat batu permata Amethyst yang mempamer dan menjual batu-batu permata (dalam bentuk cincin, rantai, keronsang dan sebagainya). Amethyst ni merupakan batu dari gunung…alaaa..di Malaysia pun ada, siap di jual di pasar malam lagi (hee hee). Kononnya mempunyai aura positiflah, ion positiflah…ntahlah. Ada yang menjadikannya lampu tidur dan sebagainya. Malas untuk ambil tahu mengenai benda-benda sebegini. Dah puas dah belajar mengenai ion positif, ion negatif ni masa belajar Kimia di Universiti dahulu..cukuplah sudah.

Read the rest of this entry

Spring Sonata 5 – Korea : Membeli dan Membelah di Dongdaemun


Membeli-belah di Dongdaemun

Doota : gedung fesyen 10 tingkat untuk igauan anda

Setelah lebih 4 jam di Everland Resort (Rujuk Spring Sonata 4 – Korea : Everland Resort), kami bergerak keluar menuju ke pusat bandaraya. Pusat tumpuan kali ini ialah pusat fesyen dan membeli-belah di Dongdaemun. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai produk berkualiti buatan Korea khususnya yang berkaitan dengan fesyen – pakaian, kasut, bag tangan, topi, kerongsang dan sebagainya.

Dua pusat membeli dan membelah poket yang popular di sini ialah Doota dan Milliore. Di Doota misalnya Cenderahati boleh diperolehi di tingkat 5. Tingkat-tingkat yang lain dipenuhi dengan pelbagai barangan berbentuk pakaian, bag, kasut dan sebagainya. Kami meluangkan masa lebih daripada 2 jam di sini.

Read the rest of this entry

Spring Sonata 4 – Korea : Everland Resort


Hari ini merupakan hari kedua kami berada di bumi Winter Sonata ini. Hari pertamanya semalam di akhiri dengan sesi melawat kawasan perkampungan tradisional Korea di Namsangol Hanok Village (Rujuk Episod 3 – Spring Sonata 3 : Namsangol Hanok Village). Hari kedua ini, dengan penuh semangat seawal jam 7.30 pagi, kami bersiap-sedia untuk bertolak ke Everland Park/Resort. Apa bendanya Everland Resort ni..?? Tunggulah…nanti kita story. Untuk ke sana, dari hotel (Seoul) mengambil masa kira-kira sejam menaiki bas ke arah selatan Seoul. Dalam perjalanan, kami berhenti seketika di pusat hentian pelancong yang dikenali sebagai Tourist Restaurant untuk menemankan rakan-rakan menikmati sarapan pagi.

Read the rest of this entry

Spring Sonata 3 – Korea : Namsangol Hanok Village


Namsangol Hanok Village

Selesai menikmati aura cinta Winter Sonata di Pulau Nami (rujuk Episod 2 –  Spring Sonata 2 – berSpring Sonata di  Nami Island), kami meneruskan perjalanan lagi. Hentian seterusnya ialah sebuah perkampungan atau rumah tradisional Korea yang dikenali sebagai Namsangol Hanok Village. Bagi yang berminat untuk ke perkampungan ini, ianya terletak berhampiran Chungmuro Subway Station di daerah Pil-doing (kalau nak pergi menggunakan kemudahan pengangkutan awam – subway) dan ianya dibuka setiap hari daripada jam 9 pagi sehingga jam 8 malam kecuali hari Selasa.

Read the rest of this entry

Spring Sonata 2 – Korea : berSpring Sonata di Nami Island


Perjalanan sejauh lebih 3500km dari Saigon, Vietnam ke bandar Incheon di Korea, mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit menerusi penerbangan Vietnam Air. Kami selamat sampai ke bandar Incheon kira- kira jam 6.40 pagi (Waktu di Korea ialah awal 1 jam dari waktu Malaysia). Catatan awal perjalanan semasa  di Saigon sebelum sampai ke Korea boleh di baca di sini.

Merehatkan kaki di awal pagi di lapangan terbang Incheon, Korea Selatan

Read the rest of this entry

Spring Sonata 1 – Saigon : Bermulanya Sebuah Perjalanan


Pada cuti pertengahan semester yang lalu (April 2012) saya dan isteri mengambil keputusan untuk bercuti untuk merehatkan diri seketika dari kesibukan tugas yang semakin hari semakin kelihatan ombaknya…di lautan yang tidak bertepi…tenang tetapi menggusarkan.

Puas berfikir ke mana lokasi yang ingin dituju, kami mengambil keputusan untuk ke Korea. Mengapa Korea…??? Tiada sebab yang khas…cuma mungkin kerana Korea adalah negara 4 musim yang terdekat dengan Malaysia (kalau tak silap saya) dan teringin juga untuk melihat cara hidup dan gaya orang Korea yang selalunya nampak penuh emosi, dramatik, pantas bergerak dan bertindak, serius dalam kerja tetapi ada masanya kelihatan kelakar tak ingat dunia (ini semua merupakan kesan dan pengaruh daripada filem dan rancangan TV Korea lah ni…hee hee).

Read the rest of this entry

%d bloggers like this: