Blog Archives

Europe.de.Mana 8b : Shopping@London


London oh London. Penatnya menjadi seorang lelaki apabila seorang wanita bergelar isteri sibuk dengan aktiviti shopping di sana. Hari ini…kita jalan-jalan ke Oxford Street dan Bicester Village…antara contoh lokasi popular untuk aktiviti membeli belah di Kota London. Oxford Street untuk sesi membeli-belah secara kuak lentang berirama manakala Bicester Village pula…sesi pandang-pandang, jeling-jeling , fikir-fikir kalau berkenan barulah diakhiri dengan pembelian. Barangan berjenama dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran biasa. Kalau di Malaysia…Johor khususnya kita ada sebuah gedung yang mengamalkan konsep yang serupa…JPO – Johor Premium Outlet.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 09 : London – Kuala Lumpur

Europe.de.Mana 08a1 : Kota London 1


London oh London. Mengelilingi kota London sambil diberi penerangan mengenai sejarah dan kepentingan sesebuah bangunan yang ada, lokasi-lokasi bersejarah dan utama untuk rakyat London.  Sempat juga singgah sebentar menghayati keunikan bangunan-bangunan utama di kota London seperti Westminster Abbey, House of Parliaments dan banyak lagi. Penatnya mengambil kelas Sejarah di sini. Apa-apa pun..London sememangnya klasik dan unik.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 8a2 : Kota London 2

Europe.de.Mana 06a : Paris Menuju Amsterdam


Paris dikatakan kota cinta romantik. Selepas penat beromantika di kota Paris, mari kita meneruskan perjalanan cuti-cuti dan shopping-shopping ke bandaraya Amsterdam, Holland pula. Negara yang mengingatkan kita kepada iklan susu Dutch Lady…susu cap junjung. hee hee hee. negara yang penuh dengan kincir angin atau windmill dan macam-macam lagilah. Yezzzaaa….

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 06b : Bandar Amsterdam

Europe.de.Mana 05c : Sungai Seine, Paris.


Selepas penat mendaki Eiffel Tower, kita menyusuri Sungai Seine, Paris menikmati keindahan jambatan dan bangunan bersejarah di sekitar kota Paris.

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 6a : Paris menuju Amsterdam

Europe.de.Mana 05a : Fribourg Menuju ke Paris


Dari Switzerland kami meneruskan perjalanan sehingga ke Paris, France…Mencari menara cinta bernama Miss Eiffel Tower.  Istimewa sangatkah dia…??

Sambungan seterusnya ke Europe.de.Mana 05b : Eiffel Tower

%d bloggers like this: