Blog Archives

Projek Iceland 101


Dari Malaysia Kita Terbang ke Bumi Iceland….Iceland Yoooo….

Perjalanan dimulakan pada hari Selasa 19 Mei 2015, penerbangan dari Johor Bahru pada jam 4.45pm menuju ke Kuala Lumpur. Seterusnya pada jam 11.25pm kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Istanbul menggunakan perkhidmatan MAS tetapi diuruskan oleh Turkish Airline.Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa kira-kira 11 jam. Kami selamat tiba di Istanbul pada jam 5.25am waktu tempatan.

Di Istanbul, kami menunggu selama lebih kurang 3 jam sebelum penerbangan seterusnya. Masa yang selesa dan mencukupi untuk kami mengambil baggage, melalui pemeriksaan kastam, dan bersedia untuk penerbangan seterusnya. Memandangkan penerbangan seterusnya juga kelak akan menggunakan Turkish Airline, maka boarding pass telah sedia diambil terus semasa berada di KLIA lagi.

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Boarding Pass dari KL ke Istanbul dan seterusnya dari Istanbul ke Helsinki sedia untuk digunakan

Semasa menguruskan pembelian tiket untuk semua penerbangan untuk projek jalan-jalan cari pasal kali ini, memang sengaja kami cari waktu layover yang begitu tempoh masanya. Lebih dari 3 jam, tetapi kurang dari 6 jam. Walaupun ada pilihan penerbangan yang waktu layovernya lebih pendek (1 atau 2 jam), tetapi pada pandangan saya, ianya cukup merbahaya. Ya..memang selesa, tidak membuang masa dan tidak perlu menunggu lama tetapi oleh kerana saya berhasrat untuk mengambil baggage kami secara manual untuk dipindahkan ke penerbangan seterusnya, masa 1 atau 2 jam itu dirasakan terlalu suntuk. Selain itu, masalah yang timbul akibat kemungkinan penerbangan yang mungkin lewat sampai juga dapat ditangani sama.

Apa yang dibuat semasa transit atau layover 3 jam di Istanbul boleh dibaca di sini; XXXXX

Mengapa kami tidak mengambil jalan mudah iaitu membenarkan baggage dipindahkan secara automatik atau secara terus oleh pihak airline (memandangkan kami menggunakan penerbangan dari airline yang sama untuk penerbangan seterusnya)….boleh di baca di sini. Kes dah banyak kali terkena, baggage lewat sampai, baggage sesat, jadi kali ini malas nak tanggung risiko lagi. Ini memandangkan kami akan banyak bergerak dan menyulitkan sekiranya terpaksa menunggu baggage yang tidak kunjung tiba nantinya.

Read the rest of this entry

Advertisements
%d bloggers like this: