Blog Archives

Hormati Pasangan Masing-Masing


On the way nak ke office tadi pagi bersama puan roomate, singgah sebentar di sebuah gerai untuk mengalas perut dengan kalori dan lemak tepu secukup rasa. Tidak lama kemudian, masuk sepasang suami isteri dalam lingkungan usia lewat 50-an bersama dengan seorang anak remaja mereka.

Si suami terus berhenti dan duduk di sebuah meja yang ada seorang lelaki lain, rakan beliau barangkali dan terus berbual mesra.

Si isteri dan si anak terus masuk ke dalam gerai untuk memilih makanan. Melihat si suami masih tidak berganjak dari tempat duduk, si isteri menegur dari jauh:

Isteri: “Abang..nak makan apa…?? Nak saya ambilkan?”

dan jawab suami :

Suami : “Yang ko sibuk aku nak makan apa tu apahal ? Ko ambik jerlah apa yang ko nak makan, aku tahulah apa aku nak makan nanti…”

dan si isteri terus buat tak tahu, seolah-olah tidak mendengar apa yang diucapkan oleh si suami dan meneruskan aktiviti memilih makanan (mengelakkan rasa malu barangkali kerana ditengking sebegitu di khalayak ramai).

dan hati saya terus berkata : adakah rasa cinta, kasih sayang, persefahaman, hormat seorang suami kepada isterinya (dan begitu juga sebaliknya) adalah berkadar songsang dengan usia perkahwinan yang semakin meningkat ? Bagaimana boleh kita terfikir untuk meluahkan kata-kata yang kasar (dan biadap) kepada pasangan hidup kita, amanah kita, tanggungjawab kita…yang sama-sama mengharungi suka-duka kehidupan mungkin lebih daripada separuh usia kehidupan kita…??

dan saya terus berkata pada roomate saya yang sedang tunduk…khusyuk menghirup, menghabiskan kuah meehoon sotonya..

Saya : “Awak…kalau kita dah tua nanti..kita jangan jadi camgitu ya. Walaupun awak mungkin masa tu makin kerepot, bulat, bongkok 3…abang tak kisah..”
Dia : “Jadi macam mana..?? apanya ? tak faham…” (sambil terus menghirup kuah sotonya itu…kepala pun tak diangkat untuk memandang suaminya yang hensem terutamanya di pagi hari Jumaat).

Huh…dasar orang perempuan. Kalau dapat makan….apa yang berlaku di sekeliling, semua pun tak sedar…..itu belum tua lagi tu. Kalau dah tua macam kakak yang tadi tu…lagilah parah. Mendengar pun tidak nanti. Manalah suami tak marah….

Ni yang rasa nak marah ni….hee hee

ps : sayangilah pasangan masing-masing seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Hormati dan layanlah mereka seperti mana kita inginkan mereka melayan dan menghormati kita…

Suami dan Pasar


Golongan Suami d.Pasarian : Mana Satu Suami Anda….(Atau..Mana Satu Diri Kita Wahai Golongan Suami)

Aktiviti pergi ke pasar basah atau pasar awam untuk berbelanja merupakan antara aktiviti paling menyeronokkan bagi sebahagian daripada lelaki yang bergelar suami tetapi mungkin juga aktiviti yang paling merimaskan bagi segolongan suami yang lain. Ini semua bergantung kepada didikan, pengalaman hidup, tanggungjawab dan tujuan.

Pasar
Berikut merupakan antara golongan lelaki bergelar suami yang ada d.Pasarian…

1. Suamiku…Idaman Malaya

Suami begini akan ke pasar untuk berbelanja tanpa perlu menyusahkan isterinya. Dia mahir berbelanja dan dia juga yang menentukan apa yang patut dibeli dan sebaliknya. Dia juga yang menentukan apa menu pilihan yang akan dimasak oleh isterinya untuk hidangan sarapan pagi, makan tengahari atau malam untuk beberapa hari yang seterusya. Sesekali sekiranya dirasakan perlu, si isteri juga boleh memberi pandangan dan meminta si suami membeli barangan keperluan dapur mengikut keperluan si isteri tetapi dalam banyak keadaan, suami yang akan memberi kata putus. Si isteri diminta memberi lebih tumpuan kepada kerja-kerja rumah yang lain khususnya dari aspek keperluan anak-anak dan sebagainya.

2. Suamiku…Pencetus Ummah

Suami sebegini akan seboleh mungkin cuba membantu isterinya walaupun pengetahuannya tentang urusan dapur tidak setinggi mana. Apabila diminta membeli ikan kembung misalnya, mungkin yang dibawa balik ialah ikan tongkol yang perutnya buncit. Apabila yang diminta ialah lengkuas, yang dibawa balik mungkin halia. Tetapi atas faktor ketidakmampuan untuk pergi ke pasar bersama-sama dengan si isteri (ada anak kecil di rumah misalnya yang perlu dijaga), si suami perlu ke pasar secara sendiri. Suami begini biasanya mudah dikenali. Di tangannya ada kepingan kertas (atau handphone) yang mengandungi senarai apa yang perlu dibeli…tulisan si isteri. Dia akan membeli mengikut arahan spesifik apa yang ditulis atau diminta oleh si isteri tanpa sedikit pun berusaha meletakkan kreativitinya sendiri untuk mengubahsuai mengikut keadaan atau keperluan semasa. Golongan suami yang begini akan mudah marah sekiranya tiba-tiba si isteri menyalahkan mereka kerana tidak membeli sesuatu yang tidak ada ada dalam senarai

Isteri : Alaaa…abang ayamnya mana ?? Tak ada beli ker..??
Suami : Errr..errr…awak ada tulis tak tadi…??
Isteri : Laaa..abang yang kata nak makan nasi ayam hari ni. Yang saya pesan suruh beli tu ialah bahan sampingannya…kentang, daun salad, tomato…
Suami : Ya lah..tapi awak tak tulis pun suruh beli ayam..??
Isteri : Abis tu..nak makan nasi ayam. Takkanlah itu pun nak kena tulis. Takkanlah nak beli kambing lak..???
Suami : Ya lah…saya beli apa yang awak pesan. Awak tak tulis, manalah saya nak ingat semuanya..!!!!
Isteri : Habis tu…nak buat macam mana ni…?
Suami : Cancel nasi ayam…kita makan kentang cicah salad jer hari ni. Malaslah saya nak keluar lagi. Lain kali…tulis…!!!!!

Read the rest of this entry

Awak ketua keluarga, awak kena berjalan di hadapan..!!!


Sekiranya anda berjalan dgn pasangan anda (suami atau isteri), adakah anda berjalan beriringan (sebelah menyebelah, berpimpinan tangan), berderetan (seorang di hadapan & seorang di belakang) atau bergulingan (sukahatilah nak berjalan macam mana pun)…?

Mungkin banyak pasangan (khususnya pasangan yang baru berkahwin atau pun yang masih ingin memperlihatkan mereka masih romantik seperti baru berkahwin) dengan pantasnya akan menjawab..mestilah beriringan, berpimpinan tangan. Tambahan pula sekiranya di dapati ada mata mata yang mungkin sedang memerhati, lagilah beriring-iring-iring-iringan mereka berjalan. Semuanya bagi memperlihatkan kepada umum, kitalah pasangan yang paling mesra alam dan romantik.  Alhamdulillah baguslah…kalau itu realiti yang ingin ditonjolkan.  Tak ada salahnya berjalan beriringan berpimpin tangan suami-isteri dan anak-anak. Saya juga suka berjalan beriringan bersama isteri dalam banyak keadaan terutamanya apabila berada di jalanraya, semasa melintas jalan dan sebagainya…agar mudah untuk saya menyeret dan mengheret beliau jikalau masih terkedek-kedek seperti itik pulang petang di tengah-tengah jalan raya yang sibuk. Ataupun..di shopping complex yang menawarkan jualan murah atau jualan tak murah…dengan memimpin tangan, mudah untuk tangan si isteri tadi digenggam erat agar tidak terlepas atau tersesat memasuki kawasan-kawasan yang tidak sama waktu dengannya..

Read the rest of this entry

3.30am – Nikmati Rumahtangga dengan Maksimum


Terjaga Jam 3.30 pagi: Bagaimana untuk Mendapat Nikmat Maksimum dalam Rumahtangga…

Amaran Lembut: Hanya untuk Bacaan Pasangan  Suami-Isteri Sahaja ya..

Jam 3.30 am: Apakah caranya untuk mendapat hiburan di tengah malam (atau pagi buta) apabila anda terjaga daripada tidur, kebosanan atau sukar untuk tidur semula…sedangkan pasangan anda sedang tidur dengan nyenyaknya. Ikuti langkah kerja yang berikut untuk mendapat kepuasan atau nikmat yang maksimum dalam berumahtangga.

Read the rest of this entry

Aku, Mereka, Mee Goreng dan Lamunan yang Tidak Pernah Berhenti.


Dihadapan sebuah gerai makan, kelihatan dua jejaka asing dari negara seberang, berbadan agak sasa mengusik seorang gadis tempatan separuh manis yang sedang berdiri di sisi jalan. Gaya usikan mereka mampu membuatkan nyamuk pun menangis dek kerana agak kasar dan terlebih ajarnya usikan tersebut.

“Ishhh…apa cerita lak ni? Nak dibantu atau tidak budak ni..?”

Read the rest of this entry

%d bloggers like this: